Você está na página 1de 12

TUGASAN 2

Menurut Kamus Dewan, unsur-unsur asli bermaksud kebudayaan orang yang asal
keturunannya, lahir dan tinggal di sebuah negeri ataupun orang asli penduduk asal sesebuah
negeri.
Menurut G. Coedes penduduk peribumi Nusantara pada zaman prasejarah sudah memilih
peradaban mereka sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha
pertanian padi, menternak binatang, menguasai ilmu pelayaran dan penggunaan. Sementara itu
dari segi agama dan kepercayaan, Linton membuat hipotresis bahawa orang melayu pada zaman
prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada kuasa-kuasa luar biasa dan animis me,
makhluk alam ghaib yang menguasai alam semesta. Secara ringkasnya masyarakat asli telah
sedia ada mempunyai kepercayaan animisme dan tantrayana yang tidak dipengaruhi oleh mana-
mana unsur lain.
Maksud bagi pengaruh luar pula adalah kebudayaan yang berasal atau datang dari daerah
atau negeri lain ataupun bukan tempatan. Antara unsur luar yang ada di alam Melayu ini seperti
Hindu-Buddha dan Islam. Hindu dianuti oleh penduduk di situ dari aliran Brahmaisme.
Menurut catatan Fa-Hsien, penduduk Jawa Barat menyembah berhala dan menganut
fahaman agama Hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan Visyanisme. Kira-kira tahun 420
masihi seorang raja dari Kasymir, India bernama Gunaarman telah mengunjung alam Melayu untuk
menyebarkan agama Buddha. Dalam laporan I-Tsing menyatakan bahawa raja-raja di Sumatera
menganut agama buddha. Dan Islam mulai tersebar di alam melayu sejak abad ke 13 masihi.
Agama ini bertapak di pasai sekitar tahun 1297 masihi Di Terangganu pada tahun1303. Dengan
kedatangan semua pengaruh asing ini perkembangan dalam masyarakat telah berlaku begitu juga
dengan kebudayaan Melayu. Perkembangan ini, meliputi bidang politik, kepercayaan, adat istiadat,
undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Ini adalah hasil dari percampuradukan budaya yang
dibawa dari pengaruh Hindu-Buddha dan Islam dengan pengaruh tempatan iaitu animisme dan
Tantrayana.
dibawa dari pengaruh Hindu-Buddha dan Islam dengan pengaruh tempatan iaitu animisme
dan Tantrayana.
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu
mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar. Berbagai adat istiadat
dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung
adat ini perlu dilakukan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata di mana genap ibu
mengandung tujuh bulan. Ia bertujuan membuang garuh atau kecelakaaan.
Mencecah garam pula upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan
dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh
Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi
Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang
biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah
dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. Selain itu terdapat juga adat menjejak kaki ke bumi,
menindik telinga, dan kematian. Adat yang sangat popular adalah adat perkahwinan masyarakat
Melayu.
Dalam masyarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan
mereka.Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama
dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam
memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Kedatangan temadun-temadun dan
pertembungan pengaruh-pengaruh luar di Alam Melayu telah meninggalkan kesan yang
menjadi amalan oleh masyarakat Melayu kita pada hari ini. Sebagai contohnya adat resam
perkahwinan Melayu turut dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang lama-kelamaan
menjadi amalan masyarakat Melayu dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan
yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti
merisik,meminang, akad nikah, berendam dan berasah gigi,istiadat berinai, bersanding adat
mandi limau, mandi bunga. selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan
beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.

Pengaruh Hindu dalam Adat Perkahwinan .

Adat Berinai
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu mengamalkan agama Hindu-Budha yang
dibawa oleh pedagang-pedagang negara India. Kemasukkan agama dan pedagang-pedagang
India tersebut ke Tanah Melayu telah mempengaruhi kelakuan, adat dan cara kehidupan
masyarakat Melayu. Salah satu adat masyarakat India yang kekal sehingga kini di kalangan
masyarakat Melayu adalah adat berinai. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan berinai
sebagai memerahkan kuku dan jari dengan menggunakan inai. Inai merupakan sejenis
tumbuhan yang daunnya mampu untuk mewarnakan kuku dan jari kepada warna merah.
Walaupun adat ini berasal dari negara India, ianya tetap diteruskan walaupun selepas
kedatangan agama Islam. Hal ini berlaku kerana ianya tidak salah dari sisi agama Islam. Adat
berinai merupakan pelengkap kepada upacara perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu
dan adat ini digelar berinai di pelamin.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu mengamalkan agama Hindu-Budha yang
dibawa oleh pedagang-pedagang negara India. Kemasukkan agama dan pedagang-pedagang
India tersebut ke Tanah Melayu telah mempengaruhi kelakuan, adat dan cara kehidupan
masyarakat Melayu.
Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat
sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. Adat ini
dilakukan untuk pengantin perempuan sahaja. Bahagian yang diinai ialah kedua telapak tangan,
sepuluh jari, bahagian kuku dan sekeliling tapak kaki. Kemerahan inai juga boleh dijadikan
sebagai tanda bahawa seseorang itu baru saja melangsungkan perkahwinan. Sepekara lagi
yang menjadi pegangan teguh kepada pepatah masyarakat Melayu yang berbunyi biar mati
anak jangan mati adat.
Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam tiga peringkat. Pada kali pertama
dinamakan berinai curi, pada kali kedua dinamakan berina kecil dan pada kali ketiga dinamakan
berinai besar. Dalam kebanyakan negeri, biasanya adat berinai di pelamin ini dijalankan pada
malam hari. Berbeza dengan negeri Johor, upacara ini dijalankan di sebelah petang. Upacara
berinai akan dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding. Dalam majlis tersebut,
anak dara itu akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, iaitu pakaian pengantin, lalu
dibawa duduk di atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Anak dara itu akan duduk di
hadapan sekumpulan kaum keluarga dan sahabat handai yang biasanya terdiri daripada kaum
perempuan. Bagi upacara berinai curi dan berinai kecil, hanyapengantin perempuan sahaja
yang akan duduk di atas pelamin dan diinaikan. Pengantin lelaki akan datang ke rumah
pengantin perempuan untuk diinaikan pada upacara berinai besar. Dalam upacara tersebut,
pengantin perempuan akan diinai terlebih dahulu di atas pelamin. Setelah selesai, pengantin
perempuan akan dibawa masuk ke dalam bilik dan pengantin lelakpula akan diinaikan di atas
pelamin. Ringkasan cara menginai di atas pelamin akan diterangkan di peringkat seterusnya.
Di atas pelamin, di hadapan pengantin itu akan diletakkan sebuah pahar berkaki tinggi
yang disusun dengan beberapa bekas dan piring, satu berisi beras kunyit, satu berisi
bertih dan satu lagi berisi air tepung tawar yang lengkap dengan perenjisnya. Di tengahtengah
pahar itu diletakkan sebiji astakona kecil berisi inai yang sudah siap digiling halus.
Pengantin akan diinaikan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga dan upacara akan dimulakan
dengan ahli keluarga lelaki yang berpangkat tua-tua seperti datuk, bapa dan bapa saudara.


Mula-mula, sejemput beras kunyit akan diambil dari bekas yang di atas pahar tersebut
dan dihamburkan ke kiri dan kanan pengantin. Kemudian, diikuti dengan sedikit bertih dan
akhir sekali perenjis tepung tawar akan dicicahkan sedikit ke dalam bekas berisi air tepung
tawar lalu ditepukkan sedikit ke atas belakang tangan pengantin yang berada di atas ribaan
pengantin itu. Akhir sekali, inai akan dicubit sedikit dari astakona inai dan dicalitkan di tapak
tangan yang sudah beralas dengan daun sirih. Setelah selesai, emak pengantin akan
menyusunkan jari kedua-dua tangan pengantin itu dan diangkatkan ke muka pengantin
seperti orang menyembah. Dalam adat ini, bilangan orang lelaki yang hendak menginaikan
pengantin mestilah ganjil, iatu tiga, lima atau tujuh orang. Setelah tamat diinaikan oleh orang
lelaki, mereka akan keluar daripada majlis itu dan upacara diteruskan oleh orang perempuan
dengan cara yang sama juga. Cara yang sama akan dilakukan dalam setiap majlis berinai
tidak kira ianya majlis berinai curi, berinai kecil atau berinai besar. Apa yang berbeza
hanyalah pengantin lelaki akan turut diinai dalam adat berinai besar.


Pengaruh Barat Dalam Adat Perkahwinan

Pemakaian
Pemakaian merupakan satu aspek yang amat penting dalam sesuatu majlis perkahwinan.
Tanpa pemakaian yang sesuai suatu majlis itu tidak akan meriah dan berwarna-warni.
Kebanyakan bakal pengantin akan mengidamkan satu majlis yang meriah dengan corak
pemakaian yang menarik seperti pemakaian ala melayu tradisional, pemakaian ala baba dan
nyonya (cina), pemakaian ala Punjabi (India), pemakaian ala barat dan pelbagai lagi. Majlis
perkahwinan adalah satu agenda yang amat ditunggu-tunggu oleh bakal-bakal pengantin baru
kerana ianya adalah hari yang tidak akan mereka lupakan. Ini adalah salah satu sebab kenapa
cara pemakaian menjadi aspek penting pada majlis tersebut. Ramai dikalangan masyarakat
melayu sekarang menggunakan tema ala-ala barat lebih-lebihlagi golongan artis.Cara
pemakaian menunjukkan intergriti masyarakat itu sendiri dan dapat ditakrifkan bahawa
masyarakat melayu zaman sekarang sudah terpengaruh dengan budaya dan cara pemakaian
budaya lain.
Dahulu, pakaian adat perkahwinan orang Melayu merupakan pakaian tradisional orang Melayu.
Pada hari persandingan, kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, lazimnya baju
songket dan dihias indah. Pemakaian mereka diperbuat daripada pelbagai jenis kain tekstil.
Namun, akibat daripada arus pemodenan dan pengaruh dari barat, pakaian pengantin pada
zaman moden telah mengalami perubahan.
Malah, pakaian tradisional Melayu yang dahulunya kelihatan labuh dan gelobos diubahsuai
mengikut perubahan zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas dan mengikut susuk tubuh.
Bagi pengantin perempuan, mereka akan memakai pakaian khas pengantin yang
sarat dengan perhiasan yang sangat berat. Malahan kain yang digunakan merupakan jenis kain
yang tebal. Perhiasan di kepala juga amat berat. Antara jenis-jenis baju tradisional yang sering
menjadi pilihan ialah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung
Kedah dan baju Pahang. Baju-baju tersebut berkeadaan longgar, bertangan panjang, berpersak
dan kembang di bahagian bawah. Namun, akibat pengaruh dari barat, pengantin perempuan
pada zaman moden lebih suka memaka gaun yang tidak berat dan mempunyai gaya yang
ringkas. Mereka lebih suka menggunakan gaun serba putih yang mempunyai pelbagai jenis
fesyen yang digunakan oleh pengantin perempuan di serata dunia. Perhiasan di kepala juga
bersesuaian dengan gaun yang dipakai, bukan lagi perhiasan berat seperti zaman dahulu.
Bagi pengantin lelaki, mereka akan memakai pakaian songket, bertengkolok,
berbengkong dan berkeris. Mereka juga memakai baju Melayu yang mempunyai ciri-ciri
baju kurung tetapi dipakai dengan seluar dan samping. Kain samping tersebut bertujuan untuk
mengiringi baju dan seluar pakaian tersebut. Namun, pada zaman moden sekarang, pengantin
lelaki lazimnya hanya memakai tuksedo yang serba putih atau hitam yang dikatakan lebih
ringkas. Cara pemakaian tersebut juga merupakan pengaruh dari barat. Pengantin lelaki pada
zaman ini jarang memilih baju Melayu sebagai pilihan mereka. Bagi mereka, tuksedo
merupakan pakaian pengantin lelaki seperti yang digunakan oleh pengantin lelaki yang lain.

Demikianlah perubahan dari segi pakaian perkahwinan tradisi orang Melayu akibat dari
pengaruh barat. Pasangan pengantin zaman moden lebih suka memilih tusedo dan gaun
sebagai pakaian pengantin. Dapat dilihat begitu kuat pengaruh barat terhadap pemakaian pada
masa kini dan pakaian tradisi pula semakin dilupakan. Hal ini kerana orang muda sekarang
lebih suka memilih gaya yang ringkas dan sesuai dengan arus pemodenan.
Tambahan lagi, barang perhiasan bagi pengantin juga merupakan aspek terpenting
dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sudah diwajibkan barang kemas yang dipakai harus
diperbuat daripada emas bagi pengantin perempuan manakala bagi pengantin lelaki pula
adalah selain daripada emas.
Pengaruh pemakaian barang kemas adalah datang daripada pengaruh Hindu. Hal ini masih
lagi diteruskan oleh masyarakat zaman kini. Antara barang kemas yang dipakai ialah cincin,
gelang tangan dan gelang kaki rantai leher dan lain-lain.
Ini menunjukan bahawa pemakaian barangan kemas adalah salah satu pengaruh luar
terhadap konsep perkahwinan dalam masyarakat melayu. Boleh disimpulkan yang cara
pemakaian dan perhiasan diri itu adalah salah satu pengaruh luar yang ada dalam konsep
perkahwinan masyarakat melayu.


Pengaruh Jawa Dalam Adat Perkahwinan

Adat Mandi
Perkahwinan di kalangan masyarakat melayu merupakan satu perkara yang amat
penting dalam kehidupan mereka. Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu sama ada di
bandar mahupun di kampung-kampung adalah satu peristiwa yang mesti dilakukan mengikut
adat istiadat tertentu. Pada dasarnya, perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti
dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira darjat atau taraf.
Amalan mandi bunga atau bersiram juga turut diamalkan oleh masyarakat Melayu
kini. Amalan ini dikatakan merupakan salah satu amalan dalam perkahwinan masyarakat
jawa dan telah diadaptasikan dalam majlis perkahwinan Melayu. Di Malaysia, bukan semua
negeri atau tempat mengamalkan adat ini kecuali negeri Selangor dan Johor. Hal ini kerana,
kita sedia maklum di dua buah negeri ini wujud sekumpulan masyarakat yang dipanggil
masyarakat Jawa. Masyarakat tersebut mengamalkan adat bersiram untuk membuang sial
atau malapetaka agar tidak mempengaruhi kehidupan mereka kelak. Jenis tumbuhan yang
biasa digunakan dalam adat perkahwinan masyarakat melayuialah daun sirih, buah pinang,
pelbagai jenis bunga-bungaan, daun pandan dan lain-lain lagi.

Penggunaan tumbuh-tumbuhan ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri dan
tujuan-tujuan tertentu. . Keperluan yang diperlukan untuk mengandam pengantin turut
melibatkan penggunaan tumbuh-tumbuhan seperti limau purut, bunga-bungaan, sirih, tepung
tawar, disamping bahan-bahan lain seperti kain putih, gunting kecil, sikat, semangkuk air,
bedak sejuk dan lain-lain lagi. Upacara ini diadakan di suatu tempat yang terasing dari lalu
lalang orang ramai seperti di dalam bilik yang menjadi kawasan larangan selain pasangan
pengantin. Upacara ini dimulakan apabila Mak Andam meletakkan kain putih dibahu pengantin
dan menyelubungkannya ke seluruh badan. Sirih yang telah dijampi akan diberikan kepada
pengantin untuk dikunyah. Pengantin juga akan diperasap dengan kemenyan sambil dijampi.
Tujuh jenis bunga yang berbau harum dipusingkan di sekeliling pengantin dan disapukan ke
muka dan badan. Penggunaan tumbuhan ini berserta dengan jampi yang dibaca kononnya
dapat menaikkan seri pengantin. Perkara tersebut jelas menunjukkan pengaruh Hindu kerana
terdapat penggunaan kemenyan dan sireh. Terdapat sesetengah tempat yang Mak Andam
akan melumurkan badan pengantin
dengan kunyit yang dicampur dengan kulit pokok mempelam dan kulit pokok kekabu.
Bahan-bahan tadi ditumbuk halus. Bahan-bahan tersebut digunakan adalah bertujuan untuk
menambahkan keserian dan keyakinan di wajah pengantin.. Mak Andam juga akan mencukur
bulu-bulu roma di sekeliling muka dan mencukur kening supaya wajah pengantin nampak
lebih kemas. Pengantin akan dimandikan dengan air berlimau setelah tugas tersebut selesai.
Tujuannya adalah untuk membuang segala kekotoran dan badi di badan serta menjauhkan
bala yang menimpa di sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.





Kesimpulan
Secara kesimpulannya, adat perkahwinan masyarakat Melayu kini telah banyak menerima
pengaruh asing. Hal ini mungkin disebabkan wujud masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Pengaruh asing ini dapat dilihat melalui upacara perkahwinan dan majlis
persandingan yang diadakan yang menerapkan budaya dan tradisi bangsa atau tamadun lain.
Ini jelas menunjukkan kemasukkan pengaruh luar ini merupakan satu nilai tambah dalam
budaya perkahwinan masyarakat Melayu kini.
`Agama Islam juga tidak pernah melarang penganutnya untuk mengadakan majlis
perkahwinan seperti yang diidam-idamkan tetapi biarlah secara sederhana dan selari dengan
ajaran Islam. Hal ini kerana sekiranya masyarakat terlampau meniru adat perkahwinan bangsa
atau tamadun lain ini boleh mendatangkan kemudaratan kerana adat mereka jelas
bertentangan dengan agama Islam. Di samping itu, masyarakat perlu bijak menilai agar
setiap apa yang dilakukan adalah mendatangkan kebaikkan terhadap mereka bukan
hanya
keseronokkan semata-mata.
BIBLIOGRAFI
Ab.Aziz Mohd Zain, Hashim Musa, & Zainal Abidin Borhan.(2006). Tamadun Islam dan
Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.
Abu Bakar Jaafar.(2001). Adat Amalan dan Kepercayaan Khurafat dalam Perkahwinan
Masyarakat Melayu : Satu kajian di Felda Keratong , Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Abdul Latiff Abu Bakar, Mohd Nafi Imran.(2004). Busana Melayu Serumpun. Melaka :
Institut Seni Malaysia.
Abdul Latiff Abu Bakar.(1989). Adat Perkahwinan Melaka : Himpunan Perbilangan dan
Pantun. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Amran Kasimin.(2002). Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Hj. Mad Aros.(2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS). Selangor : Penerbit
Fajar Bakti.

Você também pode gostar