Você está na página 1de 14

Ancaman Terhadap Biodiversiti

Pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis
yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam
keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang
tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung.
Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan
biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak
dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Dalam ruang lingkup ini,
ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda
banyak spesies dengan kadar purata kawasan 1 km2. Langkah mengurangkan ekosistem kepada
satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami
kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang,
harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies
terus dapat dikekalkan.
Unsur kemusnahan biodiversiti yang seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan
secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa
ekosistem tersebut, yang mana ia sekaligus akan memberi kesan buruk kepada spesies asal yang
menghuni dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies asing ini bukan sahaja memberi kesan
buruk kepada flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan kegiatan manusia. Satu contoh
jelas yang telah dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur di Lautan Atlantik.
Pencerobohan spesies ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal yang mana kini
ia terdiri daripada 95% jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana yang
memberi kesan besar terhadap ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau
didapati 70% spesies ikan air tawar di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat
daripada pengenalan spesies luar biasa (exotic species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan
daripada pencerobohan spesies asing ke atas spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana,
sekiranya terus dibiarkan ia akan membawa kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas
spesies-spesies lain.
Selain itu, pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan biodiversiti
kita. Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya boleh membawa
kepada lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Bahan-bahan yang terhasil
daripada usaha-usaha pertanian, seperti baja dan racun serangga pula, boleh meresap ke dalam
akuifer dan sungai yang akhirnya akan sampai ke laut dan akan meracuni hidupan laut. Keadaan
ini sekaligus akan mengancam sumber makanan kita yakni ikan yang kita sedia maklum
merupakan sumber protein utama dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, malah lebih buruk lagi
ia akan turut mempengaruhi dan merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Manakala
pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim mendadak yang
dijangka akan mengakibatkan gangguan ke atas taburan spesies, dan seterusnya membawa
kepada kepupusan biodiversiti yang sedia ada.
Pada hari ini perubahan iklim dunia menjadi mawdu' hangat yang sering diperdebatkan oleh
peminpin-pemimpin dunia dalam mana mana persidangan. Malah perkara ini turut
dibincangkankan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-62
baru-baru ini, yang mana sangat bersesuaian dengan tema perhimpunan tersebut iaitu "Masa
Depan Di Tangan Kita: Menghadapi Cabaran Kepimpinan Terhadap Perubahan Iklim". Perkara
ini sebenarnya bukan perkara yang baru, malah jika diimbas kembali, kesan daripada perubahan
iklim lebih sedekad yang lepas misalnya telah menyebabkan suhu dunia meningkat antara 0.3
dan 0.6 oC yang mana ia merupakan peningkatan terbesar dalam jangkamasa 1000 tahun, dan
daripada peningkatan suhu ini ia telah menyebabkan kesan rumah hijau' (greenhouse effect).
Malah akhbar ada melaporkan kajian terbaru IPCC menjangkakan bahawa suhu purata Malaysia
akan meningkat antara 0.6 oC hingga 4.5 oC menjelang tahun 2060. Jangkaan ini amatlah
membimbangkan dan jika ia menjadi kenyataan bermakna biodiversiti kita akan berhadapan
dengan pelbagai ancaman yang lebih besar lagi.
Bukan itu sahaja, malah akibat perubahan iklim ini juga telah memberi kesan yang ketara kepada
paras air laut yang mana ia telah meningkat kepada 10-20 cm di seluruh dunia, pencairan glasier
di kutub, perubahan bentuk pemendapan dan meningkatnya peristiwa kejadian suhu melampau.
Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim seluruh bumi terganggu. Apa yang lebih
membimbangkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam jangkamasa yang cukup pantas dan ini
akan menimbulkan masalah kepada kebanyakan spesies untuk menyesuaikan diri, dan sekaligus
akan memberi masa depan yang suram kepada nasib biodiversiti kita.
Unsur kepupusan biodiversiti yang seterusnya ialah disebabkan oleh penuaian berlebihan yang
dilakukan ke atas sumber biodiversiti secara berterusan. Pada hari ini, bukan sahaja di negara
kita malah di negara-negara lain juga didapati banyak spesies yang diburu dan dituai secara
berterusan untuk tujuan pembangunan. Malah kadar ekonomi sesebuah negara sangat bergantung
kepada hasil yang diperoleh daripada sumber biodiversiti. Salah satu contoh jelas kepupusan
secara langsung yang disebabkan oleh penuaian secara berlebihan ialah melibatkan spesies
burung merpati dan kakak tua Carolina dalam abad yang ke-20. Jika pemburuan dan penuaian
sumber biodiversiti dilakukan secara berterusan tanpa adanya langkah pemuliharaan yang
berkesan, dikhuatiri biodiversiti yang masih lagi wujud pada hari ini akan menerima nasib yang
sama dengan kedua-dua spesies yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, pada hari ini di negara
kita spesies harimau merupakan antara salah satu spesies yang semakin berkurangan dan
diancam kepupusan berikutan pemburuannya untuk tujuan perdagangan.
Meskipun kadar pertumbuhan masyarakat adalah penggerak utama kepada kelima-lima unsur
yang disebutkan tadi, kehilangan biodiversiti tidak dapat dielakkan yang mana ia sangat
mempengarauhi pertumbuhan dan pembangunan masyarakat dan ekonomi sesebuah negara.
Namun ia hanyalah sebahagian daripada unsure khusus secara menyeluruh yang bertitik tolak
daripada asas kemasyarakatan, ekonomi, siasah, budaya dan sejarah masyarakat. Kekurangan
pengetahuan terhadap kepentingan biodiversiti, terutamanya di kalangan masyarakat khasnya,
merupakan antara unsur langsung yang menyumbang kepada terancamnya sumber biodiversiti
kita yang masih wujud pada hari ini.
Kita sebagai pemegang amanah di muka bumi ini sepatutnya sedar bahawa biodiversiti yang
terdapat di negara kita merupakan khazanah yang tidak ternilai, dan ia adalah sumber tempat
manusia bergantung untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun perkembangan terkini
menunjukkan semakin manusia maju dengan bermacam-macam bentuk pembangunan, satu
aspek yang terpaksa dikorbankan ialah alam dan biodiversiti yang dimilikinya. Manusia
mengeksploitasi biodiversiti tanpa mengambilkira kepentingan masa depan dan padah yang akan
diterima apabila biodiversiti yang menjadi pendokong kepada kehidupan manusia dieksploitasi
tanpa batasan.
Jika dilihat, agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya prihatin terhadap keselamatan
biodiversiti yang dikurniakan Ilahi dan kita sebagai sebagai pemegang amanah disaran agar
memakmur dan menjaganya sama seperti nyawa sendiri kerana ia menjanjikan sumber rezeki
kepada kehidupan kita. Sebarang tindakan menzalimi biodiversiti dan alam akan memudaratkan
dan membahayakan umat manusia itu sendiri. Sebenarnya menjaga biodiversiti adalah sama
seperti menjaga keturunan kita dan ia merupakan suatu kelangsungan generasi manusia pada
masa akan datang. Oleh itu sudah tiba masanya kita meletakkan kepentingan pemeliharaan
biodiversiti sebagai matlamat utama dalam kehidupan kita serta berusaha menjaga dan
menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan. Malah, Rasulullah
S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini indah dan segar dan sesungguhnya
Tuhan Yang Maha Kuasa (yakni Allah SW.T) telah menjadikan kamu sebagai penjaganya, dan
Dia melihat apa yang kamu lakukan" (Riwayat Abu Said Al-Khudri). Daripada hadis ini, jelas
menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat perlulah sedar bahawa hasil bumi anugerah
Allah S.W.T haruslah dipertahankan dan tidak boleh dieksploitasi dan dizalimi sesuka hati
mengikut hawa nafsu. Ini kerana dikhuatiri kerakusan pengeksploitasian secara berlebihan
sumber biodiversiti akan membawa padah yang buruk kepada kehidupan manusia sejagat.
Justeru itu, pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti secara mapan dan lestari adalah perlu bagi
menjamin kehidupan yang sejahtera dan makmur kepada manusia sejagat. Jadi, sama-samalah
kita muhasabah diri kita agar menjadi umat yang bijaksana dan bersyukur ke atas nikmat yang
Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita dalam usaha mencapai keberkatan hidup kita di dunia
dan juga akhirat.

Keadaan yang mendorong pencerobohan

Pakar sains mencadangkan beberapa mekanisma bagi menerangkan spesies ceroboh, termasuk:
mekanisma berasaskan spesies dan mekanisma berasaskan sistem ekologi, kemungkinannya, ia
merupakan gabungan beberapa mekanisma yang menyebabkan keadaan ceroboh berlaku kerana
kebanyakan pokok dan haiwan yang dipindah tidak menjadi ceroboh.

Mekanisma berasaskan spesies

Mekanisma berasaskan spesies menumpu kepada persaingan. Sementara semua spesies bersaing
untuk terus hidup, spesies ceroboh kelihatannya mempunyai ciri khusus atau gabungan ciri-ciri
khusus yang membenarkannya mendahului spesies tempatan. Kadangkala ia hanyalah
mempunyai keupayaan untuk membesar dan membiak lebih pantas berbanding spesies tempatan;
sering kali pula ia lebih rumit, membabitkan gabungan ciri-ciri interaksi.
Beberapa ciri telah dikenal pasti oleh penyelidik sebagai jangkaan keupayaan spesies untuk
menceroboh. Sebagai contoh bagi tumbuhan, keupayaan bagi membiak kedua-
dua aseksual (tumbuhan) termasuk seksual, pertumbuhan pantas, kematangan seksual awal,
kadar pembiakan tinggi, keupayaan menyebar anak pokok secara meluas, ketahanan kepada
keadaan persekitaran yang luas, (phenotypic plasticity) yang tinggi dan allelopathi merupakan
keupayaan yang mungkin membantu tumbuhan ceroboh bagi segar dan membiak dipersekitaran
baru.
Kajian menunjukkan bahawa ciri tertentu menandakan sesuatu spesies sebagai berpotensi
ceroboh. Satu kajian menunjukkan bahawa dari senarai spesies ceroboh dan bukan ceroboh, 86%
spesies ceroboh boleh dikenal pasti dari ciri-ciri sahaja. Kajian mendapati bahawa spesies
ceroboh cenderong mempunyai hanya sebilangan kecil subset ciri ceroboh dan kebanyakan ciri
ceroboh ini turut terdapat bagi spesies bukan ceroboh juga menunjukkan bahawa pencerobohan
sepsies membabitkan hubungan rumit yang tidak mudah dikategorikan. Ciri-ciri spesies ceroboh
biasa termasuk pertumbuhan pantas, pembiakan pantas, keupayaan menyebar yang tinggi,
keupayaan menyesuaikan dengan keadaan semasa (phenotypic plasticity), ketahanan kepada
keadaan sekeliling yang luas, keupayaan untuk hidup bergantung kepada jumlah makanan yang
luas, pembiakan asexual, dan hubungkait dengan manusia. Peramal tunggal terbaik bagi sifat
ceroboh, bagaimanapun, adalah samaada spesies tersebut pernah menjadi spesies ceroboh
ditelpat lain. Biasanya spesies perlu terus hidup pada kepadatan polupasi kecil sebelum ia
menjadi spesies ceroboh di tempat baru. Pada kepadatan penduduk, ia sering sukar bagi spesies
diperkenal bagi membiak dan kekal ditempat baru, tetapi sering kali tindakan manusia seperti
sesuatu spesies mungkin dipindahkan kesesuatu tempat beberapa kali sebelum ia bertapak. Pola
pergerakan manusia yang berulang, seperti kapal berlayar pergi dan balik dari pelabuhan, atau
kereta dipandu ke hulu ke hilir lebuhraya, membenarkan sesuatu spesies untuk mempunyai
banyak peluang bagi bertapak (juga dikenali sebagai tekanan propagule).
Spesies yang diperkenalkan mungkin menjadi ceroboh sekiranya ia mampu mengatasi spesies
tempatan bagi sumber seperti baja, cahaya, ruang fizikal, air, atau makanan. Sesetengah spesies
apabila diperkenalkan kepada persekitaran baru yang tiada saingan atau pemangsa yang terdapat
pada persekitaran asal mereka membebaskannya untuk membiak dengan pantas. Ekosistem di
mana kesemua sumber yang ada telah digunakan sepenuhnya oleh spesies tempatan boleh di
modelkan sebagai sistem jumlah-sifar (zero-sum), di mana sebarang kelebihan bagi penceroboh
merupakan kerugian pada spesies tempatan. Bagaimanapun kelebihan persaingan sebelah pihak
(unilateral) (dan kejadian, spesies tempatan pupus dengan peningkatan populasi spesies ceroboh)
bukanlah kebiasaan. Spesies ceroboh seringkali wujud serentak bersama spesies tempatan bagi
tempoh yang lama dan perlahan-lahan keupayaan saingan lebih baik spesies ceroboh menjadi
jelas apabila populasinya semakin besar dan lebih padat. ini sering kali berlaku selepas ia
menyesuaikan diri dengan tempat barunya.

Lantana tumbuh di ladang citrus yang ditinggalkan;
Spesies ceroboh mungkin mampu menggunakan sumber yang sebelumnya tidak terdapat bagi
spesies tempatan, seperti sumber air dalam yang dicapai melalui akar taproot, atau keupayaan
untuk hidup pada jenis tanah yang dahulunya tidak didiami. Sebagai contoh, barb goatgrass
(Aegilops triuncialis), boleh dijumpai dikawasan ia diperkenalkan di California pada tanah
serpentine, yang mempunyai keupayaan mengekalkan air yang rendah, kurang baja, kadar
Mg/Ca yang tinggi, dan kemungkinannya ketoksid logam berat. Populasi tumbuhan pada tanah
ini cenderung menunjukkan kepadatan rendah tetapi goatgrass mampu tumbuh padat pada tanah
ini mengatasi spesies tempatan yang tidak menyesuaikan diri dengan baik pada tanah serpentine.
Spesies ceroboh samaada tumbuhan atau haiwan, dari kawasan lain mengatasi saingan spesies
tempatan lain yang tinggal dikawasan tersebut.
Pemudahan merupakan mekanisma dari masa sesetengah spesies mampu menukar persekitaran
mereka melalui faktor kimia atau faktor abiotik (abiotic), biasanya dengan menghasilkan sesuatu
yang melemahkan spesies lain yang bersaing dengannya, membenarkan spesies itu untuk
membesar dan membiak. Salah satu mekanisma pemudahan tersebut adalah alelopati, juga
dikenali sebagai persaingan kimia. Dalam alelopati sesuatu tumbuhan atau bakterium akan
merembes bahan kimia yang mennjadikan tanah di sekelilingnya tidak dapat didiami, atau
membantut, spesies saingan.
Satu contohnya adalah knapweed (Centaurea diffusa). Rumpai yang berasal dari Eropah Timur
ini telah merebak menerusi sepanjang barat Amerika Syarikat. Ujian menunjukkan
bahawa Hydroxyquinoline, sejenis bahan kimia yang dihasilkan pada akar C. diffusa,
mempunyai kesan negatif hanya kepada tumbuhan yang tidak berubah bersama C. diffusa.
Tumbuhan tempatan asal yang turut mengubah pertahanan dengan itu C. diffusa tidak kelihatan
dalam habitat asalnya sebagai pesaing yang amat berjaya. Keputusan ini menunjukkan bahawa
adalah sukar bagi menjangka samaada sesuatu spesies akan menjadi ceroboh hanya dengan
melihat tabiatnya pada habitat asal, dan menunjukkan potensi bagi senjata baru bagi membantu
penjajahan ).
Pertukaran dalam kuasa kebakaran merupakan satu lagi cara pembantu. Bromus tectorum, yang
berasal dari Eurasia, adalah amat bersesuaian kebakaran. Ia bukan hanya merebak dengan pantas
selepas kebakaran, tetapi turut meningkatkan ulangan dan kepanasan (haba) kebakaran, dengan
membekalkan sejumlah besar serpihan kering semasa musim kebakaran kering di barat Amerika
barat. Di kawasan di mana ia merebak, ia telah menukar kuasa kebakaran tempatan dengan
banyaknya sehinggakan tumbuhan asal tidak mampu hidup kebakaran yang kerap, dengan itu
membenarkan B. tectorum untuk berkembang semakin lanjut dan mengekalkan penguasaan pada
kawasan ia diperkenalkan.
Pemudahan turut berlaku apabila sesuatu spesies mengubahsuai sesuatu habitat dan
pengubahsuaian itu memberi kelebihan kepada spesies lain. Sebagai contoh, kupang zebra
meningkat kerumitan habitat pada dasar tasik dengan memberikan ceruk dan rekahan bagi
haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata). Ini meningkatkan lagi kerumitan, bersama zat
yang dibekalkan oleh permakanan-tapis kupang meningkatkan kepadatan dan kepelbagaian
masyarakat invertebrata bentos (benthic).
Mekanisma berasaskan sistem ekologi

Dalam sistem ekologi jumlah sumber yang ada dan berapa banyak sumber tesebut digunakan
oleh organisma, menentukan kesan tambahan baru ini kepada sistem ekologi. Dalam sistem
ekologi stabil wujud keseimbangan dalam penggunaan sumber yang ada.
Apabila berlaku perubahan pada sistem ekologi, seperti kebakaran yang menyingkir sejumlah
besar tumbuhan pada sesuatu kawasan, perwarisan semulajadi akan menyokong rumput dan
tumbuhan renek, tetapi dengan pengenalan spesies yang mampu membiak dan merebak lebih
pantas di kawasan terbuka berbanding spesies tempatan, keseimbangan berubah dan sumber
yang dahulunya mungkin digunakan oleh spesies tempatan kini digunakan oleh penceroboh,
dengan itu memberi kesan kepada sistem ekologi dan menukar komposisi organisma dan
penggunaannya pada sumber yang ada. Data menunjukkan
bahawa nitrogen dan phosphorus sering kali merupakan faktor pengekang bagi keadaan
sedemikian.
Setiap spesies mempunyai peranan dalam ekologi tempatannya; sesetengah spesies memainkan
peranan yang luas dan pelbagai sementara yang lain amat khusus. Peranan ini dikenali sebagai
ceruk ekologi. Sesetengah spesies ceroboh mampu memenuhi ceruk yang tidak digunakan oleh
spesies tempatan, dan ia turut mampu mencipta ceruk yang tiada sebelumnya.
Apabila pertukaran berlaku kepada ekosistem, keadaan bertukar yang memberi kesan interaksi
spesies dinamik dan pembangunan ceruk. Ini mampu menyebabkan spesies yang jarang
menggantikan spesies yang lain, kerana ia kini mampu menggunakan sumber tersedia yang lebih
banyak yang tiada sebelumnya, contohnya adalah kesan tepi. Pertukaran ini mungkin
menguntungkan pengembangan spesies yang tanpa pertukaran tersebut mungkin tidak mampu
menempati kawasan dan ceruk yang tidak wujud sebelumnya.
Mekanisma ini menggambarkan situasi di mana ekosistem yang dibincangkan mengalami sejenis
bentuk gangguan, yang menukar asas ekosistem.


Ekologi

Sungguhpun spesies ceroboh sering kali ditakrifkan sebagai spesies dibawa masuk yang telah
merebak luas dan menyebabkan kerosakan, sesetengah spesies tempatan pada sesuatu kawasan
mampu, melalui pengaruh kejadian alam seperti pertukaran pola hujan jangka panjang atau
pengubahsuaian oleh manusia pada habitat sekeliling untuk meningkat jumlahnya dan menjadi
penceroboh.
Kesemua spesies di Bumi melalui tempoh jumlah populasi meningkat dan merosot, dalam
kebanyakan kes diikuti dengan pengembangan dan pengucupan kawasan taburannya. Campur
tangan manusia pada muka bumi adalah besar. PerubahanAnthropogenic pada persekitaran
mungkin membolehkan pengembangan sepsies ke kawasan muka bumi di mana ia tidak pernah
dilihat sebelumnya dan dengan itu spesies tersebut mungkin digambarkan sebagai ceroboh. Pada
asasnya, seseorang perlu mentakrifkan "tempatan" dengan berhati-hati, kerana ia merujuk kepada
taburan geografik sesuatu spesies, dan tidak selaras dengan sempadan politik manusia. Samaada
peningkatan disedari dalam jumlah populasi dan pengembangan taburan geografik merupakan
alasan mencukupi bagi menganggap spesies tempatan sebagai ceroboh memerlukan takrifan
umum istilah tersebut tetapi sesetengah spesies tempatan dalam sistemeko yang terganggu
mampu merebak secara meluas dan menyebabkan kerosakan dan dalam ertikata tersebut menjadi
ceroboh. Sebagai contoh Monterey Cypress adalah jarang dan terancam tempatan (endangered
endemic) wujud secara semulajadi hanya dua tempat di California. Ia bagaimanapun dihapuskan
sebagai spesies ceroboh esotik hanya pada jarak 50 batu (80 km) dari tempat asalnya.

Vektor
Spesies bukan tempatan mungkin mempunyai banyak vektor, termasuk yang semulajadi, tetapi
kebanyakan speseis dianggap ceroboh dikaitkan dengan kativiti manusia. Tambahan kawasan
semulajadi adalah biasa bagi kebanyakan spesies, tetapi kadar dan keluasan tambahan buatan
manusia bagi spesies ini cenderung jauh lebih besar berbanding tambahan secara semulajadi, dan
jarak yang sesuatu spesie mampu berpindah bagi menduduki tempat baru juga lebih jauh dengan
bantuan manusia.

ketam Chinese mitten
Salah satu pengaruh manusia dalam memperkenalkan spesies baru merupakan manusia
prasejarah memperkenalkan tikus Pasifik(Rattus exulans) ke Polynesia. Hari ini, spesies asing
datang dari tumbuhan hortikultur samada dalam bentuk tumbuhan itu sendiri atau haiwan dan
biji benih yang dibawa bersama mereka, dari haiwan dan tumbuhan yang dibebaskan dari
perdagangan haiwan peliharaan. Spesies ceroboh juga datang dari organisma mencuri naik
kenderaan dari pelbagai jenis yang boleh dibayangkan, bagi beberapa vektor yang tidak sengaja.
Sebagai contoh, air pemberat yang di ambil di laut dan dilepaskan di pelabuhan merupakan
sumber utama kehidupam laut esotik. Kupang zebra air tawar ceroboh, tempatan pada laut
Hitam, Caspian dan Azov, kemungkinannya diangkut ke Laut Besar melalui air pemberat yang
di bawa dari kapal menyeberang laut.
Spesies turut diperkenalkan dengan sengaja. Sebagai contoh, untuk lebih rasa seperti di
"rumah", koloni Amerika membentuk "Acclimation Societies" yang melepaskan brurung
tempatan di Eropah sehingga ia bertapak di persisiran timur Amerika Utara.
Ekonomi turut memainkan peranan utama dalam pemgenalan spesies esotik. Kekurangan dan
permintaan bagi ketamChinese mitten merupakan penjelasan bagi kemungkinan kenapa spesies
asing dibebaskan di perairan tempatan.

Kesan ekologi
Penjajahan spesies biologi menukar sistem ekologi dalam pelbagai cara. Di seluruh dunia,
dianggarkan 80% spesies terancam mampu terjejas akibat persaingan dengan atau menjadi
mangsa kepada spesies ceroboh. Pimentel turut melaporkan bahawa spesies yang diperkenalkan,
seperti jagung, gandum, padi, dan tanaman makanan lain, dan lembu, ayam, dan haiwan ternakan
lain, kini membekalkan lebih dari 98% dari sistem makanan Amerika Syarikat pada nilai sekitar
$800 bilion setahun. Apabila spesies mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan pada
persekitaran yang telahpun mengalami aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin
sukar untuk terus hidup sementara spesies yang lain meningkat.
Pembersihan tanah dan penempatan manusia memberikan tekanan besar kepada spesies tempatan
dan habitat terganggu cenderung kepada penjajahan yang memberikan kesan buruk pada spesies
tempatan. Spesies ceroboh yang berkait rapat dengan spesies tempatan jarang mempunyai
potensi untuk mengawan silang dengan spesies tempatan. Kesan buruh campuran telah
mendorong kepada kemerosotan malah kepupusan spesies tempatan.
Pencemaran genetik[sunting | sunting sumber]
Baka tulin berubah secara liar semulajadi khusus di kawasan tertentu boleh terancam dengan kepupusan
secara mendadak
[32]
melalui proses pencemaran genetik contoh, kacukan tidak terkawal, (introgression) dan
penengelaman genetik yang mendorong kepada sekata atau penggantian genotaip tempatan akibat haiwan
atau tumbuhan ceroboh mempunyai kelebihan jumlah / lebih sesuai secara biologi.
[33]

[34][35]

Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]
Kos ekonomi akibat spesies ceroboh boleh dipisahkan menjadi kos langsung akibat kehilangan pengeluaran
pada pertanian dan pembalakan, dan kos mengurus spesies ceroboh. Anggaran kerosakan dan kos
pengawalan spesies ceroboh di Amerika Syarikat sahaja berjumlah lebih $138 billion setiap
tahun.
[29]
Tambahan kepada kos ini, kos ekonomi boleh berlaku akibat dari kehilangan pendapatan dari
kegiatan rehlah In addition to these costs, economic losses can occur due to loss from recreational and tourism
revenues.
[36]
Kos ekonomi penjajahan, apabila dikira sebagai kerugian pengeluaran dan kos pengurusan
adalah rendah kerana ia biasanya tidak mengambil kira kerosakan persekitaran. Sekiranya nilai kewangan
dapat dinilaikan kepada kepupusan spesiesm kehilangan kepelbagaian bio biodiversity, dan kehilangan
perkhidmatan ekosistem, kos dari kesan spesies ceroboh akan meningkat dengan banyaknya.
[29]
Contoh
berikut dari sektor ekonomi berlainan menunjukkan kesan penjajahan biologi.

Pertanian[sunting | sunting sumber]
Rumpai pada pertanian menyebabkan penurunan dalam hasil tuaian. Kebanyakan spesies rumpai
diperkenalkan secara tidak sengaja bersama biji benih tanaman dan bahan tumbuhan import. Kebanyakan
rumpai dipadang ragut bersaing dengan tumbuhan ragut tempatan, adalah toksid (contoh., leafy
spurge, Euphorbia esula) kepada lembu atau kurang sesuai dimakan disebabkan duri dan tajam (contoh.,
yellow star thistle, Centaurea solstitialis). Kehilangan ragut akibat rumpai ceroboh di padang ragut berjumlah
hampir $1 bilion di Amerika Syarikat sahaja.
[29]
Kemerosotan dalam khidmat pendebungaan dan penurunan
penghasilan buah telah dilihat akibat jangkitan lebah madu (Apis melliferaanother invasive species to the
Americas) oleh spesies ceroboh kutu varroa. Rodent yang diperkenalkan (tikus ,Rattus rattus dan R.
norvegicus) telah menjadi haiwan perosak serius di ladang dengan memusnahkan bijirin yang disimpan.
[29]

Perhutanan[sunting | sunting sumber]
Pembebasan tanpa sengaja spesies perosak hutan dan pathogen tumbuhan mampu menukar ekologi hutan
dan memberi kesan negetif kepada industri pembalakan. Kumbang badak (Asian long-horned beetle -
Anoplophora glabripennis) pertama kali diperkenalkan ke Amerika Syarikat pada 1996 dan dijangka
menjangkiti dan memusnahkan berjuta ekar hutan kayu keras. Tiga juta dolar telahpun dibelanjakan dalam
usaha menghapuskan kumbang perosak ini dan melindungi berjuta pokok di kawasan yang diserang.
[29]

Woolly adelgid menyebabkan kerosakan pada hutan fir spruce matang dan memberi kesan negetif kepada
industri pokok Krismas.
[37]
Fungi chestnut blight (Cryphonectria parasitica) dan penyakit Dutch elm
(Ophiostoma novo-ulmi) merupakan dua panthogen tumbuhan yang mempunyai kesan serious kepada
kesihatan hutan.
Rehlah dan pelancongan[sunting | sunting sumber]
Spesies ceroboh mampu memberi kesan ke atas aktiviti rehlah seperti memancing, memburu, merentas desa,
pemandangan hidupan liar, dan rehlah berasaskan air. Ia memberi kesan negetif sejumlah besar pada
persekitaran yang penting bagi kegunaan rehlah, tetapi tidak terhad kepada kualiti dan kuantiti air,
kepelbagaian tumbuhan dan haiwan, dan kepelbagaian spesies.
[38]
Eiswerth seterusnya menyatakan bahawa
"hanya amat sedikit penyelidikan yang telah dilakukan bagi menganggar kadar kerugian ekonomi pada skala
spatial seperti daerah, negeri, dan (watersheds)." Eurasian Watermilfoil (Myriophyllum spicatum) di sesetengah
bahagian Amerika Syarikat, memenuhi tasik dengan tumbuhan menyukarkan aktiviti memancing dan menaiki
bot.
[39]

Kesan kesihatan[sunting | sunting sumber]
Ancaman kepada biodiversiti[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Biodiversity
Pencerobohan biotik merupakan satu dari lima faktor utama kehilangan biodiversiti sejagat dan semakin
meningkat akibat pelancongan dan globalization. Ia merupakan ancaman khusus akibat sistem air tawar
yang tidak dikawal dengan mencukupi, sungguhpun kuarantin dan peraturan air pemberat telah
memperelokkan keadaan dari aspek lain.
[40]

Dalam sejarah, pengenalan secara sengaja spesies asing telah dilakukan tanpa menghirau kesan selain
mendapat haiwan, ikan, atau tumbuhan yang diingini di tempatan atau cubaan salah rancang bagi
mengawal perosak tempatan. Di kawasan dengan haiwan dan tumbuhan endemik, khusus dan terasing
seperti Australia, New Zealand, Madagascar,Kepulauan Hawai, dan Kepulauan Galapagos, spesies yang
diperkenalkan yang berjaya bertakap di ekologi yang digunakan oleh haiwan tempatan bersaing bagi
sumber terhad atau memburu spesies tempatan, yang sesetengahnya tidak mampu menyesuaikan diri
kepada persekitaran yang bersaing dan akhirnya pupus.
Ketika spesies yang lebih mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan kepada persekitaran yang
terjejas akibat aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin terjejas sementara yang lain
berkembang dalam ekosistem yang bertukar. Salah satu ancaman utama kepada biodiversiti adalah
penyebaran manusia ke kawasan yang dahulunya terasing dengan pembukaan tanah dan penempatan
memberi tekanan besar kepada spesies tempatan.Pertanian, ternakan dan perikanan juga mendatangkan
perubahan kepada spesies asal tempatan yang mungkin mengakibatkan spesies tempatan yang
dahulunya tidak merbahaya menjadi perosak akibat pengurangan pemangsa semulajadi.
Kawalan[sunting | sunting sumber]
Kawalan spesies ceroboh mungkin membabitkan penghapusannya atau menghad ia pada kawasan
khusus. Dalam kedua kes, mat;amatnya adalah bagi menghalang penyebaran selanjutnya ke sistem yang
belum diceroboh.
[41]
Pengurusan jenis ini boleh dilaksanakan pada beberapa skala, dari pemilik rumah
yang bertindak dilaman rumahnya sehingga agensi kerajaan besar yang melaksanakan pendekatan
kebangsaan. Keputusan bagi menghapuskan atau mengekang spesies bergantung kepada beberapa
faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jenis habitat, ciri-ciri organisma, medan spatial penyebaran,
masa yang ada bagi pengawalan, dan kos. Faktor ini turut memainkan peranan bagi menentukan teknik
kawalan khusus yang mana perlu digunakan.
Pengawalan mekanikal[sunting | sunting sumber]
Kawalan mekanikal membabitkan penyingkiran spesies ceroboh dengan menggunakan tangan atau
mesin. Seringkali, kaedah ini berkesan bagi mengawal populasi kecil dan boleh disasarkan secara khusus,
mengurangkan kerosakan kepada tumbuhan dan haiwan bukan ceroboh.
[42]
Kawalan mekanikal
memerlukan banyak pekerja dan memerlukan pelaboran masa yang lama, kerana rawatan perlu dilakukan
beberapa kali bagi memastikan kejayaan.
[42]
Kaedah kawalan biasa bagi tumbuhan termasuk dicabut
menggunakan tangan, memotong, girdling, dan membakar.
[42]
Bagi kawalan haiwan ceroboh, teknik
seperti memburu, menjerat, dan pembinaan halangan fizikal seperti pagar, atau jaring akan digunakan.
[43]

Pengawalan kimia[sunting | sunting sumber]
Sebatian kimia boleh digunakan bagi menghalang penyebaran spesies ceroboh. kaedah kawalan ini
mampu menjadi amat berkesan di kawasan kecil dan besar, tetapi sering kali dikritik kerana kemungkinan
pencemaran sumber air dan tanah dan tidak mampu mensasar sasaran khusus yang boleh
mengakibatkan kematian spesies tumbuhan dan haiwan yang diingini.
[44]
Selain itu, spesies sasaran
mungkin menjadi kebal kepada bahan kimia selepas jangka masa tertentu, menjadikan kaedah ini tidak
berkesan. Racun rumpai (Herbicides) merupakan bahan kimia yang digunakan bagi mengawal tumbuhan
ceroboh dan bergantung kepada spesies sasaran, boleh disembur secara langsung kepada tumbuhan,
pada tanah dipangkal pokok, malah pada tanah sebelum biji benih bercambah.
[42]
Bagi haiwan, racun
perosak (pesticides) digunakan bagi mengekang pertumbuhan dan pembiakan atau membunuh serangga
ceroboh perosak.
[41]
Satu bentuk lain bagi kawalan kimia merupakan penggunaan pheromone penarik bagi
menarik serangga mengawan kedalam perangkap.
[45]

Pengawalan biologi[sunting | sunting sumber]
Kawalan biologi membabitkan pembebasan spesies khas untuk menghad penyebaran spesies ceroboh.
Dengan penyelidikan betul, kaedah pengawalan ini selamat pada persekitaran dan berjaya.
Bagaimanapun ia tidak berkesan sekiranya spesies yang dibebaskan tidak terselamat atau kesannya
pada spesies ceroboh tidak sebesar yang dijangkakan.
[42]
Juga, spesies yang dipilih tidak sentiasa
merupakan organisma tempatan, meningkatkan kemungkinan lebih banyak spesies ceroboh. Serangga
pemangsa, dikenali sebagai pemakan rumpai, boleh dibebaskan bagi mengawal tumbuhan ceroboh.
Sama juga, tumbuhan boleh dijangkiti dengan organisma penyebab penyakit, seperti fungi, bakteria, dan
virus, membunuh atau merentat keluaran pembiakannya.
[46]
Haiwan ceroboh boleh dikawal dengan
membebaskan pemangsa atau organisma parasit (terutama bagi kes serangga ceroboh) atau dengan
penyebaran penyakit dengan cara yang sama bagi tumbuhan.
[46]
Tambahan lagi, serangga atau ikan
jantan spesies ceroboh yang dimandulkan boleh dibebaskan agar selepas mengawan, haiwan betina akan
bertelur telur "mati" atau telur yang menjadi dewasa mandul.
[45]
Terdapat kejadian di masa lalu apabila
kawalan biologi diperkenal khusus pada sesuatu kawasan bagi mengawal spesies asing telah mempunyai
kesan negetif kepada ekosistem. Contoh yang baik adalah apabila mongoose digunakan sebagai
pemangsa biologi di Hawai bagi mengawal populasi tikus yang dibawa masuk; malangnya mongoose turut
memburu spesies haiwan tempatan dan telornya.
Halangan[sunting | sunting sumber]
Menghalang spesies ceroboh bertapak sentias menjadi kaedah pengawalan yang
terbaik.
[42]
Menghentikan spesies merosakkan pada tahap ini adalah sukar. Banyak kerajaan cuba
menghad kemasukan spesies ceroboh kekawasan mereka melalui pemeriksaan penghantaran perkapalan
antarabangsa, pemeriksaan kastam, dan peraturan kuarantin yang betul. Menyediakan senarai spesies
yang selamat dan berpotensi menjadi masaalah boleh membantu dalam mengawal kemasukan spesies
ceroboh. Orang awam juga boleh menyertai pengawalan spesies perosak dengan mendapat ilmu
mengenainya dan membuat keputusan berpengetahuan.

Você também pode gostar