Você está na página 1de 3

FAKTOR MOTIVASI , CABARAN DAN HUBUNGAN KEJAYAAN PERNIAGAAN

USAHAWAN BUMIPUTERA

ABSTRAK

Bidang perniagaan merupakan bidang yang sangat mencabar, ianya melibatkan aktiviti-
aktiviti penggemblengan sumber pengeluaran, pengurusan organisasi dan pengambilan
risiko.Ianya memerlukan iltizam dan daya juang yang tinggi.Namun begitu bukan semua
memilih bidang keusahawanan sebagai bidang pekerjaan utama. Ini dibuktikan lagi oleh
Jones & Nummela,(2008) dimana banyak kajian di Eropah menunjukkan secara umum,nyata
kecenderungan bekerja dalam beberapa syarikat(untuk seseorang yang lain) lebih baik
memulakan perniagaan mereka sendiri.Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk memberi
tumpuan kepada aspek-aspek utama iaitu faktor motivasi yang mendorong usahawan
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, masalah yang dihadapi semasa memulakan
perniagaan dan semasa perniagaan beroperasi serta hubungan motivasi dengan kejayaan
bumiputera dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, satu kajian terperinci dilakukan bagi
mengenalpasti apakah faktor utama yang memotivasikan kepada penglibatan bidang
usahawan.
Kata kunci, keusahawanan, motivasi usahawan, masalah, kejayaan usahawan.

PENGENALAN
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi luas dalam
perkembangan ekonomi negara.Menurut (Ivan, Slobado dan Ljubodrag,2010) perkembangan
keusahawanan adalah fenomena keperluan pada masa ini.Malah isu ini telah berkembang di
Malaysia selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Negara (DEB) pada tahun 1970. Antara
matlamat DEB ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula
masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Semua kaum ingin maju, mereka perlu berusaha untuk merubah sendiri seperti kata Stephen
Convey, seorang pakar pengurusan, the change must come from within. Ini disokong oleh
kenyataan (Mohamad Basri, 1996) dalam menuju kecemerlangan, perubahan harus dibuat
bermula dengan diri sendiri dan pihak-pihak tertentu sebagai escapism terhadap segala
kelemahan dan kegagalan kita.
Menurut (Bernama,3 Julai 2009) menunjukkan bahawa beberapa langkah yang sedang
digiatkan oleh kerajaan ialah menambah dan mengembangkan lagi peranan dan keupayaan
institusi latihan keusahawanan, memperkasakan sektor koperasi dan menyediakan bantuan
kepada sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mempertingkatkan sumbangannya
kepada ekonomi ke tahap 40% menjelang 2015. Manakala Shahzad et.al (2008) berpendapat
perusahaan Kecil dan Sederhana boleh memainkan peranan penting dalam pertumbuhan
negara dengan mewujudkan peluang pekerjaan baru dan mempunyai potensi untuk bertindak
balas kepada perubahan alam sekitar dalam konteks global. Ini dapat dilihat melalui
peruntukan dari RM4,450.9 bagi RMKe-8 kepada RM4792.6 RMKe-9.(RMKe-9,2006).
Menurut (Pengajian Perniagaan Kertas 2,2000) menunjukkan sasaran kerajaan Malaysia
sehingga tahun 2020 ialah menjadikan seorang usahawan bagi setiap lima keluarga.
Secara meluasnya, Program Pendidikan Keusahawanan sebagai mana-mana program
atau proses pedagogi pendidikan untuk sikap dan kemahiran keusahawan yang melibatkan
membina kualiti peribadi(Fayolle et al.2006,p.702), meningkatkan kualiti dan kuantiti
usahawan (Matlay,2005), mempengaruhi tingkah laku keusahawan (Kolvereid dan Isaksen,
2006) dan hasil keusahawanan (Matlay,2008)
Disebabkan demikian, kerajaan telah menekankan pentingnya diadakan satu program
secara menyeluruh untuk membentuk usahawan-usahawan baru dan antaranya adalah
pendidikan keusahawanan. Persoalannya ialah bolehkah usahawan dibentuk melalui
pendidikan keusahawanan?.Hytti & Kuopusjarvi,(2004) berpendapat mempelajari tentang
keusahawanan dan belajar untuk menjadi usahawan melambangkan keputusan seseorang
yang selalu lebih atau kurang subjektif dan menerima mendekati keperluan kualitatif apabila
keperluan menilai program. Beberapa individu memasuki perniagaan dengan batas
pengetahuan, pengalaman dan kebolehan.Menurut Cruz et al.,(2012) pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran membolehkan usahawan menawarkan sumber dan (Davidson &
Honig,2003; Dimov & Shepherd,2005) menyatakan bahawa kejayaan usahawan lebih mudah
dicapai apabila banyak pengetahuan dipersembahkan.Mc Mullen & Shepherd,(2006)
pendidikan dan pengalaman perkerjaan dahulu sebagai faktor perhatian keusahawan telah
dipelajari. Pengetahuan dan pengalaman ini sebagai keyakinan diri individu dalam
pengetahuan dan kemahiran mereka. Cruz et al.,(2012) pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman membolehkan usahawan untuk mengunakan sumber yang lain dan (Davidsson &
Honig, 2003;Dimov & Shepherd,2005) kejayaan keusahawanan lebih mudah dicapai apabila
lebih banyak pengetahuan dipersembahkan.Kajian oleh McMullen & Shepherd,(2006)
pendidikan dan pengalaman bekerja lepas sebagai faktor cadangan yang telah dikaji.
Walaupun sistem pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap
bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan
bumiputera yang masih ketinggalan dari segi cipta, amalan perniagaan yang baik dan semagat
bekerja yang gigih.budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih
belum dihayati sepernuhnya oleh perniaga bumiputera.Maka pengkaji ingin mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai faktor motivasi usahawan bumiputera di negeri Kelantan
menceburi bidang perniagaan disamping mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh
usahawan bumiputera serta cadangan kaedah-kaedah peningkatan ke arah kejayaan usahawan
bumiputera.

Você também pode gostar