Você está na página 1de 2

Apakah itu baka?

Menurut J.A Thomson baka ialah satu istilah yang menyatakan perhubungan
genetik di antara generasi manusia manakala Amran Scheinfield pula mengatakan baka
menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anak dan di kalangan
ahli-ahli dalam satu kumpulan dari segi trait-trait fizikal dan mental. Ernest R.Hilgard
pula menyatakan bahawa baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan melalui
ibubapa kepada anak-anak melalui gen-gen.

Kajian baka ialah kajian mengenai keturunan, perubahan, perkembangan dan


ubah ansur. Kod baka dapat menerangkan sifat-sifat keturunan yang diwarisi dari satu
generasi ke generasi yang seterusnya. Mengapakah anak tidak seiras dengan rupa ibu atau
bapanya? Persoalan ini boleh diterangkan oleh dua hukum iaitu hukum keturunan dan
hukum perubahan. Hukum keturunan menyatakan anak-anak berkecenderungan untuk
menyerupai sifat salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya. Hukum perubahan pula
menyatakan bahawa anak-anak berkecenderungan untuk mempunyai sifat-sifat yang
berbeza daripada nenek moyangnya dan daripada yang lain. Dari segi penjelasan secara
saintifik, sel membahagi secara mitosis dan meiosis. Setiap nucleus mengandungi 46
kromosom. Semasa meiosis gamet mempunyai 23 kromosom sahaja. Di dalam
kromosom pula mengandungi gen yang merupakan unit asas perwarisan. Gen
bertanggungjawab untuk mengawal sifat-sifat manusia seperti contoh sifat ketara dapat
dilihat. Gen yang ada di dalam diri seseorang sebenarnya boleh diperhatikan. Sifat ini
dikenali sebagai dominan kerana sifat yang lemah, resesif tidak dapat diperhatikan kerana
sifat dominan ini lebih kuat.

Semasa proses persenyawaan, sel ovum ibu dan sel sperma ayah akan
menyumbangkan separuh daripada kromosom mereka untuk membentuk sel baru,iaitu sel
anak. Setiap kromosom yang disumbangkan mengandungi ciri-ciri genetik ibu atau bapa
yang mana ciri-ciri ini akan mempengaruhi rupa atau perwatakan anak mereka nanti. Sel
anak ini akan memiliki 46 kromosom dan berkembang secara berperingkat sehingga
dilahirkan dan dewasa. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, gen merupakan penentu
sifat organisma. Kanak-kanak memperolehi potensi perkembangan yang tersimpan di
dalam nucleus dan struktur sel yang berkenaan daripada ibu bapa mereka. Gen-gen
seseorang individu adalah paling unik untuk dirinya sendiri. Interaksi di antara pelbagai
gen telah mempengaruhi pertumbuhan ke semua struktur fizikal seluruh anggota badan.

Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti perkembangan
fizikal, ciri-ciri sahsiah dan ciri-ciri mental. Baka mempengaruhi perkembangan fizikal
anak-anak walaupun pada masa yang sama faktor bukan baka juga turut terlibat.
Misalnya anak-anak daripada ibu bapa yang berbadan besar akan mempuyai tubuh badan
yang tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang berbadan kecil. Sahsiah
banyak dipengaruhi oleh persekitaran tetapi tidak dapat disangkalkan bahawa baka juga
turut mempengaruhi sahsiah anak-anak seperti sifat introvert dan extrovert. Begitu juga
dengan pantulan dan perasaan takut, mudah marah, rasa stres dan bimbang. Dari segi
mental kanak-kanak, faktor baka banyak memainkan peranan kerana tahap kecerdasan
biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi ibu bapa. Namun faktor persekitaran tidak
kurang pentingnya. Kecacatan mental juga disebabkan oleh gen, misalnya kelembaban
anak-anak untuk menerima sesuatu pelajaran adalah disebabkan faktor yang diwarisinya
dari ibu bapa yang memilik gen resesif

Você também pode gostar