Você está na página 1de 17

KULIAH 5

Penghujahan Dalam
Akademik

GB6012
Penulisan Akademik 1

Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod
PENGHUJAHAN
Penghujahan bermaksud memberi hujah berdasarkan fakta
atau bukti yang menyokong atau bertentangan dengan
sesuatu teori/perkara/situasi/data/rumusan yang dibuat.
Dalam bidang akademik, penghujahan bermaksud
penulis/pengkaji mengemukakan sesuatu fakta/bukti
yang menyokong mengapa pengkaji membuat kajian.
Hujah yang kukuh dengan didasari teori dan kajian
kepustakaan, maka sesuatu fakta/bukti yang dikemukakan
lebih mudah difahami sebabnya.
samb. Penghujahan
Dalam bidang akademik, penghujahan dapat membantu
pembaca memahami apa yang sebenarnya hendak
dikemukakan oleh penulis
Tanpa hujah yang kukuh, tidak didasari dengan teori atau
kajian berkaitan, segala fakta atau bukti yang dikemukakan
hanyalah satu andaian daripada penulis.
Rumusan: Dalam kajian ataupun penulisan akademik yang
ilmiah, pengkaji/penulis perlu memasukkan aspek
penghujahan dalam kajian/artikel yang ditulisnya.
MENGAPA PENTING
PENGHUJAHAN
1. Penghujahan memberi gambaran awal tentang kajian
yang ingin dijalankan oleh pengkaji. Sebagai contoh:
Ulasan Kepustakaan / Tinjauan Literatur, melalui
pembacaan, pengkaji dapat mengaitkan maklumat yang
dibaca untuk:
Membina kerangka teori/kerangka konseptual kajian
Membina satu teori baru
Mencabar dapatan kajian lepas
Mencabar teori yang pengkaji sebelumnya dan
sebagainya
samb. Mengapa Penghujahan Penting
2. Penghujahan menyokong sebab/tujuan kenapa pengkaji
membuat kajian/ penulis menulis artikel tersebut.
Sebagai contoh: Pernyataan Masalah, Tujuan Kajian atau
Soalan Kajian:
Pernyataan masalah perlu jelas berdasarkan kajian
kepustakaan, teori yang dikemukakan dan soalan kajian
yang dibina.
Tujuan dan soalan kajian perlu jelas adakah tujuan dan
soalan kajian yang dibina itu mencakupi kerangka
teori/konseptual yang dibina.
samb. Mengapa Penghujahan Penting
3. Penghujahan dalam menutup kekurangan/ kelemahan/
lompang yang wujud dalam kajian atau artikel yang
ditulis. Sebagai contoh:
Jika pernyataan masalah tidak jelas, kabur/ tidak kuat
untuk kita membuat kajian bagaimanakah untuk
mengatasinya.
Jika soalan kajian yang dibina tidak sesuai dengan
pernyataan masalah dan kerangka teori/konseptual
kajian yang dibina sukar untuk menjalankan kajian.
Jika metodologi tidak dihuraikan dengan baik kajian
yang dibuat tidak menepati tujuan sebenar kajian dibuat.
BAGAIMANA MEMBINA
HUJAH YANG KUKUH
1. Mengenali/memahami/menguasai tujahan ilmu yang
dikaji (bidang kajian).
2. Mengenal pasti isu dan sub-isu penting yang hendak
dikaji (pembacaan ulasan kepustakaan).
3. Meluaskan pembacaan kepustakaan bagi membina
teori/kerangka konseptual serta untuk tujuan
perbincangan (bab 5).
4. Memastikan hujah yang dibina disokong dengan teori
dan kajian berkaitan (kajian kepustakaan).
5. Setiap hujah, dikemukakan rujukan yang terkini,
lengkap.
samb. Bagaimana Membina
Hujah Yang Kukuh
6. Menyimpulkan hujah/data kajian dengan mantap.
7. Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan betul untuk
menerangkan fakta/bukti yang dikemukakan.
8. Teori dan kajian yang menyokong/bertentangan perlu
terkini/semasa/ikut peredaran masa dalam tujahan ilmu
yang dikaji.
9. Setiap satu hujah perlu ada kesinambungan idea/ tidak
melompat-lompat.
10. Hujah berupa teori atau kajian berkaitan perlu bersifat
semasa/terkini.
KESAN NEGATIF KEPADA
PENGKAJI & PENULIS
1. Jika hujah plagiat dituduh tidak bermoral/ tidak
beretika.
2. Jika hujah tidak kukuh artikel/kajian boleh ditolak
diterima/ diminta dibaiki.
3. Jika hujah tidak mantap perlu diperbaiki banyak
perkara:
i. Ulasan kepustakaan. Cth: tidak terkini/semasa
ii. Kerangka teori. Cth: tidak sesuai/tidak tepat
iii. Kerangka konseptual.
iv. Pernyataan masalah.
v. Definisi operasional dll.
Samb. Kesan Negatif Kepada
Pengkaji & Penulis
4. Bahasa yang digunakan tidak jelas, kabur, huraian
yang meleret-leret sehingga menyukarkan
pembaca membaca.
5. Rujukan yang dikemukakan tidak lengkap, tidak
tepat, tidak terkini sehingga menjejaskan hujah
yang dikemukakan.

CONTOH PENGHUJAHAN
1. Pernyataan masalah
2. Kajian kepustakaan
3. Metodologi
4. Dapatan kajian
5. Perbincangan
Penghujahan Pernyataan Masalah
Masalah yang hendak dikemukakan/dikaji perlu ada asas
kenapa hendak dikaji.
Masalah perlu relevan dengan teori dan kajian berkaitan.
Masalah yang dikaji mungkin dapat membina teori baru,
membaiki teori yang sedia ada, menghasilkan modul,
dan sebagainya.
Contoh rujuk lampiran

Penghujahan Ulasan Kepustakaan
Asas membina kerangka konseptual, kajian-kajian
berkaitan dan bahan perbincangan bermula daripada
sejauh mana pengkaji banyak membaca/buat
penyelidikan.
Ulasan kepustakaan yang mantap sebaiknya terkini,
disertakan dengan rujukan terkini.
Ulasan kepustakaan perlu mencakupi apa yang hendak
dikaji.
Contoh:
Penghujahan Kerangka Konseptual
Kajian
Sesuatu kerangka konseptual yang digunakan perlu
dinyatakan dengan hujah signifikan kerangka itu.
Sesuatu kerangka selalunya didasari dengan teori (ulasan
kepustakaan) dan dikukuhkan dengan kajian berkaitan
yang ada menggunakan teori itu untuk.
Setiap kerangka yang dibina perlu diberi penerangan
(hujah) yang jelas tentang kerangkan tersebut.
Contoh -
Penghujahan Dapatan Kajian
Data yang dibincangkan perlu menggunakan laras
bahasa yang jelas dan tidak berulang-ulang.
Elakkan daripada membincangkan semua data dalam
jadual yang dibincangkan.
Ambil data yang signifikan atau tidak signifikan sahaja
yang menunjukkan ada sesuatu yang baru/tidak dalam
kajian.
Jika kajian menggunakan dua/lebih kaedah penyelidikan,
bincangkan secara berurutan.
Penghujahan Perbincangan
Perbincangan (Bab 5) merupakan transisi kepada
seseorang itu memiliki kesarjanaan ataupun tidak.
Perbincangan yang baik harus disokong dengan hujah
yang MENYOKONG ataupun BERTENTANGAN.
Perbincangan yang baik harus dikaitkan dengan kajian
berkaitan dalam dan luar negara.
Contoh -
KESIMPULAN
Penghujahan amat penting dalam menghasilkan
satu penulisan akademik.
Tanpa hujah yang dikukuh dengan dibantu teori,
kajian berkaitan serta rujukan terkini, maka
sesuatu hasil penulisan akademik itu tidak akan
dikatakan ilmiah.

Você também pode gostar