Você está na página 1de 9

KAEDAH MAGI C BOX: MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID

DALAM MENGHAFAL SIFIR 6, 7, 8 DAN 9



Wan Athirah Bt Wan Mohd Aminuddin
athirahaminuddin@gmail.com
Puan Hjh Saruvari Bt Badru Duja Khan
saruvari@ipda.edu.my
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan responden dalam
menghafal sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan kaedah Magic Box. Kajian ini telah
melibatkan lima responden dari Tahun 4 Cemerlang dari sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu.
Instrumen yang telah saya gunakan adalah pemerhatian dan analisis dokumen yang berbentuk
lembaran kerja harian responden. Borang pemerhatian yang disediakan adalah tertumpu kepada
langkah pengiraan responden dalam menggunakan kaedah Magic Box. Tujuan instrumen ini
digunakan adalah untuk melihat kesilapan yang mungkin dilakukan oleh responden sewaktu
membina sifir 6, 7, 8 dan 9. Borang analisa dokumen responden pula digunakan untuk
mencatatkan bilangan jawapan yang betul dan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan setiap
lembaran kerja tersebut. Masa yang diperuntukkan dan bilangan jawapan yang betul akan diambil
untuk melihat tahap pencapaian responden semasa mengaplikasikan kaedah Magic Box dalam
kemahiran mendarab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Magic Box telah memberi
kesan positif terhadap pencapaian responden dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang
melibatkan sifir 6 sehingga sifir 9. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurangan
bilangan X dalam borang pemerhatian dan penurunan masa yang diperuntukkan oleh responden
semasa membina dan menyelesaikan soalan-soalan pendaraban yang melibatkan sifir 6 hingga 9
dengan menggunakan kaedah Magic Box.


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penguasaan sifir dalam kalangan murid dilihat sebagai aspek yang perlu diberi perhatian. Sekiranya situasi
ini dipandang enteng, maka akan bertambah jumlah murid yang keciciran dalam bidang matematik. Maka, dalam
situasi ini, saya telah menyarankan murid-murid untuk menggunakan kaedah konvensional iaitu hafalan biasa yang
kebanyakannya digunakan oleh guru-guru. Hal ini demikian kerana menurut Jarema (2007), penghafalan sifir adalah
penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa kaedah ini sangat sesuai digunakan
dalam kalangan murid-murid. Namun begitu, amalan ini dilihat telah menjadi satu perkara yang kurang menarik,
membosankan dan tidak merangsang keinginan murid untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah ini juga
hanya sesuai bagi sesetengah murid dan tidak praktikal bagi murid yang mempunyai masalah lemah daya ingatan.
Mereka merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar.

Oleh yang demikian, menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak adalah berguna dalam
mempelajari pendaraban. Justeru, saya merasakan pola nombor (pola hasil darab) sangat memainkan peranan
penting dalam membantu murid menguasai sifir darab. Berdasarkan pengalaman lalu, saya mendapati ramai murid
menganggap sifir darab sembilan adalah susah. Sebaliknya, ramai murid berkata bahawa sifir darab sembilan sangat
mudah apabila didedahkan tentang pola hasil darabnya. Situasi ini menyedarkan saya selaku penyelidik bahawa
murid-murid memerlukan sesuatu teknik yang mudah untuk menguasainya. Oleh itu, pendekatan kaedah Magic
Box telah digunakan untuk membantu murid untuk menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9. Kaedah yang
digunakan pengkaji ini turut diperkenalkan dalam Modul Skim Baucar Tuisyen Matematik Tahun 5 Kementerian
Pelajaran Malaysia (2004).





2.0 FOKUS KAJIAN

Kebiasaannya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk menyelesaikan
soalan yang melibatkan operasi darab. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, didapati murid-murid menghadapi
kesukaran sebegini adalah disebabkan oleh mereka lemah dalam menguasai sifir.

Menurut Brown (2003), corak nombor adalah penting untuk pembelajaran murid-murid dalam mata
pelajaran Matematik. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada satu kaedah iaitu kaedah Magic Box dalam membantu
murid untuk menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9. Pendekatan kaedah Magic Box yang akan digunakan
pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam Modul Skim Baucar Tuisyen Matematik Tahun 5 Kementerian
Pelajaran Malaysia (2004).

Magic Box adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi tujuan pendaraban. Magic
Box tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalam petak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi
tujuan pendaraban. Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak nombor
dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang membentuk corak nombor yang
tertentu. Berikut merupakan Magic Box bagi sifir 7 sehinggalah sifir 9.



2
4
4
2
6

8
4
0
3
2
1
4
5
6
3
8
1
















1
2
2
4
3
6
4
1
5
3
6
5
7

8
2
9
4
2
7
4
6
6
5
8
4
0
4
2
3
4
2
6
1
8

1
8
2
7
3
6
4
5
5
4
6
3
7
2
8
1
9

Rajah 1: Magic Box Sifir 6 Rajah 2: Magic Box Sifir 7

Rajah 3: Magic Box Sifir 8 Rajah 4: Magic Box Sifir 9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid dapat mencapai objektif-objektif seperti berikut:

i. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menghafal sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan kaedah
Magic Box.
ii. Mempercepatkan tempoh masa murid untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan pendaraban yang
menggunakan sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan kaedah Magic Box.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Permasalahan yang dikaji adalah berdasarkan kepada persoalan-persoalan seperti berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah Magic Box dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menghafal
sifir 6, 7, 8 dan 9?
ii. Adakah dengan menggunakan kaedah Magic Box tempoh masa untuk menyelesaikan soalan-soalan
berkaitan pendaraban yang menggunakan sifir 6, 7, 8 dan 9 dapat dipercepatkan?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai lima orang responden yang terpilih daripada 36 orang
pelajar bagi tahun 4 Cemerlang di salah sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah. Responden-responden ini
dipilih tanpa mengira faktor jantina, namun tahap penguasaan mereka bagi Matematik dan sifir darab adalah hampir
sama kesemuanya.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian (Akhiar & Shamsina, 2011). Model Kurt Lewin ini melibatkan lima langkah utama iaitu
mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan dan
membuat refleksi ke atas segala tindakan.

6.1 Prosedur Intervensi

Terdapat beberapa langkah yang digunakan dalam memperkenalkan pendekatan ini terhadap murid-murid.
Antara langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

Langkah 1 Membina kotak 3x3










Rajah 5: Contoh Kotak 3x3

Langkah 2 Isi kotak dengan nombor-nombor magik

i. Bagi sifir 6 dan 8, nombor-nombor magik yang terlibat adalah seperti berikut:












ii. Bagi sifir 7 dan 9, nombor-nombor magik yang terlibat adalah seperti berikut:













Langkah 3 Letakkan anak panah bagi memulakan pengisian nombor-nombor seterusnya.

Contoh: Sifir 6















Langkah 4 Isi kotak dengan pola nombor


Aktiviti ini akan diteruskan dengan menyediakan beberapa lembaran kerja yang mengandungi soalan-
soalan yang melibatkan pendaraban bagi sifir 6 sehingga sifir 9. Soalan-soalan yang disediakan akan menjurus
kepada pembinaan sifir dengan menggunakan kaedah Magic Box seperti langkah-langkah yang ditunjukkan
sebelum ini dan seterusnya kepada sesi menjawab soalan-soalan berikut.


2 4 6
8 0 2
4 6 8
1 2 3
4 5 6
7 8 9
2 4 6
8 0 2
4 6 8
Rajah 6: Contoh Nombor Magik Sifir 6 dan Sifir 8

Rajah 7: Contoh Nombor Magik Sifir 7 dan Sifir 9

Rajah 8: Contoh Mengisi Anak Panah Bagi Sifir 6

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Analisis dan Interpretasi Data Borang Pemerhatian

Data yang diperolehi melalui hasil pemerhatian dinilai sama ada responden menunjukkan peningkatan atau
tidak terhadap pengaplikasian kaedah Magic Box dalam pengajaran dan pembelajaran. Data ini dinilai dengan cara
menganalisis bilangan kesilapan yang dilakukan responden disepanjang pelaksanaan kajian tersebut. Proses
memerhati kesilapan responden dalam menjawab soalan pendaraban dilakukan semasa responden membina Magic
Box dan juga sewaktu mengaplikasikan dalam lembaran kerja.

Di bawah ini merupakan jadual analisis terhadap borang-borang pemerhatian yang digunakan ke atas
responden sepanjang menjalankan kajian tersebut. Sebagai contoh, analisis terhadap borang pemerhatian 1. Dapatan
yang diperoleh adalah seperti berikut:




Berdasarkan Jadual 5, hanya empat kriteria yang diperhatikan. Hal ini demikian kerana kriteria kelima
masih belum diambil kira disebabkan oleh pada permulaan kajian, proses pembinaan Magic Box ditekankan
terlebih dahulu daripada penggunaannya. Daripada empat kriteria tersebut, didapati kebanyakkan responden sukar
dalam memenuhi kriteria ketiga di mana mereka perlu menunjukkan tanda anak panah pada kotak 3x3 bagi sifir-sifir
yang terlibat.
Hasil dapatan daripada jumlah bilangan X bagi kelima-lima borang pemerhatian diambil dan disimpulkan
ke dalam satu borang analisis akhir. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan analisis akhir dilakukan iaitu dengan
melihat pengurangan bilangan X dari permulaan kajian dilakukan sehinggalah kajian ini selesai terhadap responden-
responden. Hasil dapatan akhir bagi kelima-lima borang pemerhatian adalah seperti berikut:

Responden
Borang Pemerhatian
1 2 3 4 5
Responden 1 3/4 2/4 2/5 1/5 0/5
Responden 2 1/4 0/4 1/5 1/5 0/5
Responden 3 2/4 2/4 0/5 0/5 0/5
Responden 4 1/4 2/4 1/5 0/5 0/5
Responden 5 2/4 0/5 0/5 0/5


Borang Pemerhatian: 1
Responden
Kriteria-Kriteria dalam Borang Pemerhatian Bilangan X /
Jumlah Kriteria
1 2 3 4 5
Responden 1 X X X - 3/4
Responden 2 X - 1/4
Responden 3 X X - 2/4
Responden 4 X - 1/4
Responden 5 X X - 2/4
Jadual 5: Analisis Borang Pemerhatian 1

Jadual 6: Analisis Akhir Borang Pemerhatian

Berdasarkan Jadual 6, saya dapat lihat bahawa pada permulaan kajian ini dilakukan iaitu sewaktu borang
pemerhatian 1, kesemua responden melakukan kesilapan dalam membina Magic Box. Kebanyakkan mereka tidak
dapat memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam borang pemerhatian terutamanya dalam kriteria yang ketiga dan
keempat iaitu semasa menunjukkan anak panah dalam Magic Box dan mengisi pola nombor dalam kotak 3x3.

7.2 Analisis dan Interpretasi Data Borang Rekod Masa

Dalam kajian ini, borang rekod masa telah digunakan terhadap lembaran latihan yang digunakan ke atas
responden sepanjang menjalankan kajian tersebut. Borang rekod masa ini adalah berkaitan dengan tempoh masa
yang diambil oleh para responden dalam membina kesemua sifir-sifir iaitu bermula dari sifir 6 hinggalah sifir 9.
Dapatan yang diperoleh adalah seperti berikut:

Sifir: 6 & 8
Bil. Responden
Tempoh Masa
Catatan
Percubaan 1 Percubaan 2
1. Responden A 2 min 58 saat 1 min 10 saat
2. Responden B 2 min 11 saat 1 min 11 saat
3. Responden C 1 min 4 saat 1 min 20 saat
Masa semakin
bertambah
4. Responden D 42 saat 32 saat
5. Responden E 59 saat 39 saat




Sifir: 7 & 9
Bil. Responden
Tempoh Masa
Catatan
Percubaan 1 Percubaan 2
1. Responden A 53 saat 50 saat
2. Responden B 1 min 42 saat 59 saat
3. Responden C 1 min 54 saat 1 min 2 saat
4. Responden D 30 saat 31 saat
5. Responden E 48 saat 38 saat





Jadual 7: Analisis Borang Rekod Masa A dalam Membina Magic Box

Jadual 8: Analisis Borang Rekod Masa B dalam Membina Magic Box

Dalam menguji penguasaan mereka dalam mengaplikasikan kaedah tersebut, dua lembaran soalan latihan
yang terdiri daripada enam soalan bagi setiap lembaran diberikan kepada setiap responden. Setiap lembaran yang
diberikan diambil tempoh masa untuk mereka menyelesaikan soalan-soalan berikut. Kedua-dua lembaran ini
diberikan sewaktu awal pendekatan ini diperkenalkan dan sewaktu akhir pendekatan ini dijalankan.

Oleh yang demikian, dalam menganalisis latihan responden ini, satu borang rekod masa yang lain dibentuk
dan dapatan yang diperoleh adalah seperti berikut:


Berdasarkan Jadual 9, terdapat dua perkara yang digarab iaitu bilangan jawapan yang betul dan tempoh
masa yang diambil oleh setiap responden dalam menyelesaikan soalan bagi setiap kertas lembaran. Hasil daripada
analisa yang telah dilakukan, responden telah menunjukkan perubahan dari segi bilangan jawapan yang betul. Jika
dilihat pada Lembaran 1, kebanyakkan daripada responden tidak mampu untuk menyelesaikan kesemua soalan
dengan betul. Namun, perubahan positif dapat dilihat pada Lembaran 2 di mana kesemua responden telah menjawab
kesemua soalan dengan betul.

Di samping itu, dari segi tempoh masa untuk menyelesaikan setiap lembaran turut diambil. Melalui dapatan
data tempoh masa ini, saya dapat melihat kepantasan responden dalam menyelesaikan soalan pendaraban dengan
menggunakan kaedah Magic Box. Justeru, berdasarkan Jadual 9 ini, didapati tempoh masa yang diambil oleh para
responden dalam menyelesaikan soalan-soalan adalah semakin berkurang.

8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan analisis pemerhatian, pengurangan bilangan X terhadap lima kriteria yang digarabkan telah
membuktikan bahawa responden telah mampu untuk membina dan menjawab soalan-soalan yang melibatkan sifir 6,
7, 8 dan 9 dengan betul dengan menggunakan kaedah Magic Box. Manakala berdasarkan analisis dokumen pula,
peningkatan bilangan jawapan yang betul dan pengurangan tempoh masa menjawab pula turut menggambarkan
bahawa telah berlaku peningkatan yang positif terhadap responden dalam menguasai sifir 6 hingga sifir 9 dengan
menggunakan kaedah Magic Box.

Melalui hasil yang diperolehi ini, saya dapat rumuskan bahawa dapatan kajian ini menunjukkan kaedah
Magic Box adalah sangat berkesan dalam membantu responden mempelajari kemahiran mendarab yang
melibatkan sifir 6, 7, 8 dan 9 jika dibandingkan dengan amalan hafalan yang disarankan sebelum kajian dijalankan.
Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa murid-murid memerlukan pelbagai kaedah yang mudah dan
ringkas untuk menguasai sifir. Dengan mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), ia
secara tidak langsung dapat membantu mereka yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dalam P&P.
Bil. Responden
Lembaran
Perbezaan
Tempoh Masa
Lembaran 1 &
Lembaran 2
1 2
Bil. Soalan
yang betul
Tempoh
masa
Bil. Soalan
yang betul
Tempoh masa
1. Respondan A 4/6 36 minit 6/6 15 minit 21 minit
2. Respondan B 5/6 45 minit 6/6 18 minit 27 minit
3. Respondan C 4/6 42 minit 6/6 21 minit 21 minit
4. Respondan D 4/6 32 minit 6/6 15 minit 17 minit
5. Respondan E 4/6 48 minit 6/6 16 minit 32 minit



Jadual 9: Analisis Akhir Borang Rekod Masa bagi Kertas Lembaran

Perkara ini adalah selari dengan Teori Kepelbagaian Kecerdasan oleh Howard Gardner (1983) yang mengemukakan
lapan jenis kecerdasan yang berbeza dalam diri seseorang.

Antara kekuatan yang diperoleh dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Responden-responden menunjukkan minat dalam menjawab soalan-soalan yang melibatkan kemahiran
mendarab.
ii. Keyakinan responden-responden dalam menjawab soalan-soalan mula menyerlah.
iii. Penglibatan aktif para responden.

Antara kelemahan bagi kajian ini pula adalah seperti berikut:

i. Kekeliruan dalam meletak anak panah dan mengisi nombor pola dalam kotak 3 x 3.

Oleh yang demikian, antara penambahbaikannya ialah:

i. Memperkenalkan cara yang mudah untuk mengingati cara untuk meletakkan tanda anak panah pada kotak
3x3.
ii. Sifir-sifir yang diperkenalkan boleh diajar secara berasingan dan berperingkat.
iii. Tempoh sebelum beralih kepada sifir-sifir seterusnya hanya akan berlaku apabila mereka sudah mahir
dalam membina satu-satu sifir itu.

Konklusinya, saya dapat katakan bahawa kaedah Magic Box merupakan satu kaedah yang baik dan
bersesuaian untuk dijalankan terhadap murid-murid dalam menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 dan mampu menjadi satu
alternatif baru kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam menghafal sifir-sifir tersebut. Oleh itu, hal ini
secara tidak langsung telah membuktikan bahawa objektif kajian ini untuk meningkatkan tahap penguasaaan murid
dalam menghafal serta menjawab dengan cepat soalan-soalan yang melibatkan sifir 6 hingga 9 dengan
menggunakan kaedah Magic Box telah tercapai dengan jayanya.


9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa kajian tentang penggunaan kaedah Magic Box dalam
menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 telah berjaya dan sekaligus telah membantu murid-murid mengaplikasikannya semasa
menjawab soalan-soalan pendaraban. Daripada penerangan tersebut, satu petunjuk yang jelas dapat diperolehi di
mana ia menunjukkan bahawa penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh murid jika suatu kaedah terbaik
diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan.

Oleh itu, berdasarkan kelemahan yang timbul dalam kajian ini, saya merancang untuk melakukan
penambahbaikan bagi kitaran kedua. Kitaran kedua ini perlu dilakukan bagi memastikan kajian ini akan lebih
berjaya pada masa akan datang. Maka, saya akan membuat pembacaan untuk menambaik kelemahan-kelemahan
yang ada terutamanya dalam mendapatkan cara yang mudah untuk menunjukkan tanda anak panah pada kotak 3x3.
Selain itu, penambahbaikan dalam prosedur pelaksanaan turut akan dilakukan supaya pelaksanaannya dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik. Guru yang mampu mengendalikan aktiviti dengan lancar dan teratur
merupakan salah satu kemahiran dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan (Kounin, 1970; Haliza Hamzah
& Joy Nesamalar Samuel, 2009).

Di samping itu, saya juga merancang untuk melanjutkan kajian ini kepada sifir-sifir yang kurang daripada
atau sama dengan 5 memandangkan kajian ini hanya melibatkan sifir 6 sehingga sifir 9. Kaedah yang sama masih
digunakan iaitu menggunakan pola nombor untuk membina sifir-sifir tersebut namun, pelaksanaannya perlulah
dijalankan secara berperingkat dan berasingan sebelum diteruskan kepada sifir yang berikutnya bagi mengelakkan
berlakunya kekeliruan. Seterusnya, kajian ini juga boleh dijalankan terhadap murid-murid pada tahun lain
memandangkan kajian ini hanya melibatkan Tahun 4 sahaja.

RUJUKAN

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Brown, T. (2003). Meeting The Standards In Primary Mathematics. London: RoutledgeFalmer Taylor and Francis
Group

Cooper, R. (1994). Alternative math techniques instructional guide. ERIC Digital
Dissertations

Gardner, H. (1983). Frames of mind. New York: Basic Book Inc.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Jarema, S. (2007). The importance of memorizing the times tables. Dimuat turun pada Mac 14, 2012 daripada
http://thephantomwriters.com/free content/db/j/memori-zing-the-times-tables.shtm

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Modul skim baucar tuisyen mathematics year 5. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia

Você também pode gostar