Você está na página 1de 2

Sekolah Kebangsaan Kunak 1,

Peti Surat 09, 91207 Kunak, Sabah.





1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Tarikh : 25 Oktober 2013

Pn. Ummai Salmah Binti Abdul Karim
Pegawai Pendidikan Daerah Kunak
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak
Peti Surat 52
91207 Kunak


Puan,


PERASMIAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DAN READ 2013


Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Kunak 1 akan mengadakan Majlis Perasmian
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2013 seperti butiran berikut:

Tarikh : 28 Oktober 2013
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan SK. Kunak 1

3. Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan Kunak 1 dengan berbesar hati ingin menjemput Puan
untuk merasmikan majlis pelancaran itu nanti. Aturcara majlis adalah seperti di lampiran.

Kerjasama Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

Yang benar,



(SAINUM BINTI SALIO)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kunak 1


KOD SEKOLAH : XBA3202
FAKS : 089-851216
TEL : 089-851216
ATURCARA MAJLIS

8.00 : Berkumpul di Dewan

: Bacaan Doa

: Ucapan Guru Besar

: Ucapan Pegawai Perasmi &
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2013

: Penyampaian Cenderahati kepada perasmi

: Program Membaca Selama 33.55 minit Tanpa Henti
( Membaca Bersama Bonda )

: Kuiz (Pengetahuan Semasa)

: Persembahan murid-murid tahun 6

: Persembahan guru
( Nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan )

: Bersurai

Você também pode gostar