Você está na página 1de 16

Analisis Pendekatan

Dalam Laporan Kajian


Guru Pelatih PISMP
2013
Disediakan oleh :
Chow Yun Sin
Goh Qin Kai
Penggunaan Peta Minda dapat
Meningkatkan Kefahaman dan
Kemahiran dalam Topik
Elektrik dan Elektronik
Kemahiran Hidup Tahun 5
Oleh : MUHAMMAD BASHIR BIN
BAKAR
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman murid dalam topik
Elektrik dan Elektronik tahun 5 melalui
penggunaan peta minda. Kaedah penulisan nota
melalui peta minda adalah satu jenis pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
guru dan murid membina peta minda mengikut
turutan yang betul dan bersesuaian.
Kajian ini melibatkan 10 orang murid daripada kelas
5 Arif dan 10 orang daripada kelas 5 Bestari. Ujian
bertulis (ujian pra dan ujian pasca), soal selidik, dan
temu bual telah digunakan untuk mengumpul data
bagi kajian ini. Data dianalisis dengan analisis
deskriptif. Penyemakan data dilakukan dengan
menggunakan triangulasi data untuk meningkatkan
kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta
minda dapat meningkatkan kefahaman dan minat
murid.
Pendekatan yang Digunakan
- Pendekatan Berasaskan Penyelidikan
(Research-Based Approaches).
- Berdasarkan pendekatan di atas, proses P&P
dijalankan menggunakan strategi kognitif.
- Peta minda dipilih sebagai satu kaedah di
mana kaedah ini membantu murid untuk
memahami isi pembelajaran dengan lebih
mudah dan menggalakkan perkembangan
kognitif mereka.

Apa itu Peta Minda?
Peta minda adalah satu lakaran grafik
pemikiran individu.
Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepad
ayang tersurat.
Peranan penting dalam peta minda ialah:
merangka, mencatat, merekod maklumat dan
membuat suatu persembahan.
Contoh Peta Minda
Penggunaan Pendekatan dalam
Pendidikan Moral
Peta minda juga sesuai digunakan dalam proses
P&P Pendidikan Moral. Peta minda amat
berguna untuk membantu murid supaya lebih
memahami isi pembelajaran yang hendak
dipelajari. Hal ini kerana hanya isi penting sahaja
yang dimasukkan dalam peta minda. Selain itu,
pelbagai bentuk peta minda dan warna yang
digunakan juga dapat menarik perhatian murid
serta merangsang perkembangan kognitif
mereka.
Sebagai contoh, peta minda boleh digunakan
dalam mengajar nilai Keadilan dalam Pendidikan
Moral. Dalam peta minda tersebut boleh
dimasukkan definisi nilai, kata kunci nilai dan
contoh situasi nilai. Melalui penggunaan peta
minda, murid terus dapat mengenalpasti isi yang
penting dalam sesebuah isi pembelajaran.
Contoh Peta Minda
Keadilan
Definisi :
Tindakan dan keputusan
yang saksama serta tidak
berat sebelah.
Kata Kunci 1 :
tindakan yang saksama
atau keputusan yang
saksama
Kata Kunci 2 :
tidak berat sebelah
Contoh Situasi:
Encik Ali membahagikan
hartanya secara sama
rata kepada semua
anaknya tidak kira lelaki
atau perempuan.

Você também pode gostar