Você está na página 1de 43

1

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0
11.0
12.0
13.0
14.0

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
BORANG REKOD KOLABORASI TUGASAN
JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN
TUGASAN KERJA KURSUS
PENGENALAN PROSES PEMBENTUKAN KATA
KATA TUNGGAL
KATA TERBITAN
KATA GANDA
KATA MAJMUK
SINOPSIS CERPEN
ANALISA IMBUHAN DALAM CERPEN
RUJUKAN
LAMPIRAN
1
2
3
4
5
7
7
13
16
22
28
30
40
41




2
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah i zin-
Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
juga penghargaan khusus buat Dr. Hajah Nur Farah Lo bt.
Abdullah atas segala tunjuk ajar serta membimbing saya
dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan seperjuanganPengajian
Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.Penghargaan juga kepada orang yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, penghargaan istimewa buat isteri saya
yang banyak memberi galakan dan sokongan agar
memastikan saya berjaya dalam setiap tugasan yang diberi.
Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal
daripada Yang Maha Esa. Sekian, Terima kasih.










3
BORANG REKOD KOLABORASI TUGASAN

NAMA PELAJAR : ZULKIFLI BIN MAT SIRON
NO. ANGKA GILIRAN : 2009212360029
KUMPULAN : PGSR BAHASA MELAYU SEMESTER : 6
MATA PELAJARAN : MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMM3109)

PENSYARAH PEMBIMBING : DR. HJH NURFARAH LO ABDULLAH
PN. NORIAH CHE LEH

TARIKH PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
KOMEN T/TANGAN
PENSYARAH

25 Julai
2012

Bertanyakan mengenai
ketidakfahaman mengenai cara
untuk membuat tugasan.
- imbuhan






















4
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

Bil Tarikh Tajuk Tindakan
1 16 Jun 2012 Tugasan diberikan.
Taklimat diberikan oleh pensyarah
pembimbing secara online.

2 30 Jun 2012 Maklumat diperolehi daripada
internet.

3 14 Julai 2012 Mendapatkan maklumat dari buku-
buku rujukan.
Ke Perpustakaan
Kuala Kubu Bharu
4 21 Julai 2012 Mendapatkan pandangan rakan-
rakan.
Bertanya rakan
5 25 Julai 2012 Berbincang dengan pensyarah
pembimbing mengenai maklumat
yang diperolehi.
Masalah dapat
diatasi
6 1 Ogos 2012 Mula menaip maklumat yang
diperolehi.

7 4 Ogos 2012 Mencari maklumat tambahan
daripada pelbagai sumber.
Ke Perpustakaan
Kuala Kubu Bharu
8 11 Ogos
2012
Membaik pulih kesalahan yang sedia
ada.

9 12 Ogos
2012
Menaip maklumat tambahan yang
diperolehi.

10 14 Ogos
2012
Menaip tugasan.
11 15 Ogos
2012
Menyiapkan tugasan.
12 19 Ogos
2012
Semakan terakhir sebelum
menghantar tugasan.

13 20 Ogos
2012
Menghantar tugasan. Tugasan di pos

5


INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
TAJUK PROGRAM :
PGSR Bahasa Melayu Kohot 2 (Ambilan
November 2009)
NAMA GURU PELATIH :
TAJUK KURSUS :
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
(BMM3109)
SEMESTER : 6
TARIKH MULA : 19 Jun 2012 TARIKH HANTAR : 20 Ogos 2012

Objektif Kerja Kursus
Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:
(i) menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu,
termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan pembentukan kata
baharu.
(ii) mengklasifikasikan golongan kata dalam bahasa Melayu.
(iii) membandingbezakan imbuhan dan bentuk perkataan bahasa Melayu.

ARAHAN SOALAN:
Pengimbuhan merupakan proses merangkaikan imbuhan pada kata dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa
Melayu, terdapat empat jenis imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan.
Berdasarkan satu cerpen yang dipilih:
(i) jelaskan pembentukan kata melalui proses pengimbuhan.
(ii) huraikan jenis-jenis imbuhan yang terdapat dalam cerpen yang berkenaan
dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

6
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS:
(i) Tugasan ini ialah tugasan individu.
(ii) Format penulisan adalah seperti yang berikut:
Fon Arial
Saiz huruf 12
Langkau satu setengah baris
Rujukan mengikut format APA
Lampiran
(iii) Amalan plagiat tidak dibenarkan.
(iv) Panjang tugasan tidak kurang daripada 30 muka surat.
(v) Hasil tugasan perlu dijilidkan (tanpa comb binding) dan disertakan perkara-
perkara yang berikut:
Soalan Tugasan
Jadual Pelaksanaan Tugasan
Borang Kolaborasi
Bahan Rujukan dengan kadar minimum tiga naskhah buku
(vi) Muka atau kulit hadapan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat
yang berikut:
Nama Guru Pelatih dan Nombor Kad Pengenalan
Nama Pensyarah
Nama Kursus
Tahun Pengajian


Disediakan oleh,

t.t.

(DR. NURFARAH LO)



7
Analisa Cerpen Rashid Suamiku Dari Aspek Morfologi
PENGENALAN

Komunikasi yang berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan
maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat . Sehubungan dengan
itulah dapat menguasai bidang morfologi dengan baik. Morfologi ialah satu bidang yang
mengkaji tentang struktur, bentuk dan penggolongan kata. Penguasaan ilmu dalam
bidang ini dapat membantu kita untuk menggunakan bahasa Melayu dengan lebih
berkesan terutama dalam penulisan dan berinteraksi. Pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa itu merupakan merupakan proses penyusunan morfem berdasarkan peraturan
morfologi. Pembentukan kata pula melibatkan pengimbuhan yang menghasilkan kata
terbitan melalui proses perluasan kata dasar yang secara tidak langsung menyusun dan
membentuk sistem ejaan.

Berdasarkan Progaram Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) BMM
3109, tugasan ini telah memfokuskan kepada satu analisa sebuah cerpen bertajuk
Rashid Suamiku dari aspek morfologi. Rangkuman morfologi yang meliputi analisa
mengenai penggolongan kata, pembentukan kata serta imbuhan dalam Bahasa
Melayu. Diharapkan pada akhir tugasan ini, saya dapat menghuraikan dan
menghasilkan maklumat yang berkaitan morfologi Bahasa Melayu menggunakan
cerpen Rashid Suamiku






8
DEFINISI MORFOLOGI

Sebelum kita menelusuri lebih jauh analisa dan tugasan ini, takrifan ringkas
tentang morfologi dan sub-sub tajuk adalah sebagai pengatahuan dan juga
pemahaman untuk lebih memahami aspek yang akan dibincangkan dan dihuraikan.
Morfologi merupakan antara cabang linguistic yang mengkaji struktur pembentukan
kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinasikan morfologi sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi
Ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata
dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 )
mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam
tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun
ke 19.

Menurut Abdullah Hassan ( 2009:117 ) menyatakan bahawa morfologi ialah
bidang linguistic yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini
dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Nik Safiah Karim
( 2009:43 ) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Kamus Linguistik ( 1997 :
162 ) member takrifan kepada morfologi iaitu cabang tatabahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata.

Secara literasinya, definisi morfologi ialah satu bidang linguistic dan cabang
tatabahasa yang memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi
struktur, pembentukkan kata mahupun penggolongan kata. Unsur yang membentuk
pertabahasa yang memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi
struktur, pembentukkan kata mahupun penggolongan kata. Unsur yang membentuk

9
perkataan ialah morfem dan juga kata. Morfem dan kata adalah unsure bahasa yang
digunakan untuk mengkaji cara-cara membentuk kata.

Morfem ialah unsur atau unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau
fungsi tatabahasa. Menurut Nik Safiah Karim ( 2009: 43 ) menyatakan bahawa morfem
ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Contohnya perkataan rumah, bangku, kantin adalah morfem
bebas yang tidak dapat dijadikan morfem yang lebih kecil lagi. Selain itu unsure lain
seperti nya, -kah, -pun, ber-, -an pula adalah morfem terikat. Unsur ini tidak bermakna,
namun jika dilihat dari aspek tatabahasa ia berfungsi dan ia juga dikenai sebagai
morfem. Kata pula ialah morfem bebas yang tidak dapat dijadikan unsur yang lebih
kecil lagi. Kata adalah unsur yang terkecil yang mempunyai makna. Contohnya, ketawa,
cinta, tabung dan buku. Perkataan ini adalah sesuatu yang bermakna dalam bahasa
Melayu. Kata juga adalah unsur bahasa yang digunakan bagi membentuk perkataan
lain.

SINOPSIS CERPEN RASHID SUAMIKU
Cerpen ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Rashid yang hanya
menunaikan solat di hadapan mentuanya sahaja dan ingin meneruskan perjalanan
pulang. Dalam perjalanan pulang, isterinya ingin menunaikan solat maghrib namun,
Rashid berhajat untuk tidak menunaikannya dan dia hanya ingin berehat di perhentian .
Setelah rehat, mereka meneruskan perjalanan. Kemudian, datangnya sebuah
kereta merempuh kereta yang dipandu oleh Rashid dari belakang. Dalam kemalangan
tersebut, isterinya dapat diselamatkan namun, Rahid sahaja yang tersepit dan tidak
boleh dikeluarkan oleh orang ramai mahupun pihak penyelamat. Rashid hanya mampu
melihat seorang lelaki berjubah putih memegang tasbih. Rashid juga tidak boleh
mengerakkan mana-mana anggota badan termasuklah mulutnya tidak boleh berkata
atau bersuara. Setelah itu, baru dia sedar bahawa hanya Allah sahaja yang mampu

10
menyelamatkannya. Apabila kesedaran itu telah timbul dalam dirinya, Barulah Rashid
tersedar bahawa semua itu hanyalah mimpi. Setelah sedar dari tidurnya itu, Rashid
terus menunaikan solat tanpa melengahkan masa.

MORFOLOGI DALAM CERPEN RASHID SUAMIKU

Morfologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan
kata. Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.


ASPEK MORFOLOGI
STRUKTUR KATA
Susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi
unit bahasa yang
bermakna
BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk
ttunggal atau hasil
daripada proses
pengimbuhan,
pemajmukan dan
penggandaan
PENGGOLONGAN
KATA
Rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk
tunggal atau hasil
daripada proses
pengimbuhan,
pemajmukan dan
penggandaan

11
Apabila menyentuh tentang disiplin morfologi unsur yang membentuk kata perlu
difahami, iaitu morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi
gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan adalah bentuk yang terkecil
juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Morfem terbahagi kepada dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem
bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah
morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, petikan dalam
cerpen Rashid Suamiku;
i. Dentuman yang amat kuat kedengaran
ii. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid.
Perkataan dentum dan jubah ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam
berjubah dan an dalam dentuman ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak
boleh wujud tanpa kata dasar.
iii. Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan
Zakiah dan dirinya.
Perkataan berdoa terdiri daripada dua morfem, iaitu awalan /ber-/ yang menjadi
morfem terikat dan kata dasar /doa/ yang merupakan morfem bebas, iaitu dapat
berdiri sendiri dan tidak perlu bergabung dengan morfem yang lain untuk
membentuk kata yang sempurna.







12











Jenis Morfem
Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut
peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang
mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah
Sesutu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses
morfolgi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada
bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan. Proses
morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakronian.



Morfem Bebas
Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu
kata dan mempunyai makna yang tersendiri,
serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak
memerlukan kata lain. Contoh : ikan, meja,
baju, kertas, manusia, jalan.

Morfem Terikat
Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai
kata, dan hanya wujud sebagai imbuhan yang
digabungkan dengan morfem lain untuk
membentukkata yang berfungsi dalam ujaran.
Contoh :
Ber + jalan = berjalan
Tulis + kan = tuliskan
Ke + tulang + an = ketulangan

13
STRUKTUR KATA
Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa
bermakna. Struktur kata juga ialah kata tunggal bahasa Melayu yang mengandungi satu
suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Struktur kata dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu pola suku kata terbuka (bola, buku dan pusaka) dan pola suku kata
tertutup (kamus, rapat dan ketupat). Struktur suku kata ada sebelas jenis di mana
empat berasal daripada bahasa Melayu manakala tujuh daripadanya pinjaman bahasa
asing. Struktur suku kata yang asli ( v , vk , kv , kvk ). Struktur suku kata pinjaman
daripada bahasa asing ( kkv , kkvk , vkk , kkvkk , kkvk ).
STRUKTUR KATA
SUKU KATA ASLI SUKU KATA PINJAMAN
v - agak, emosi, aku, kkv - prihatin, kreativiti, proses, projector
vk - untuk, impak, aktiviti, amboi, kkvk - praktis, konflik
kv - guru, juga, tari, vkk inspirasi, saintifik
kvk makna, mesra, maksud, kompang kvkk - konteks, sindrom
kkvkk kompleks
kkkv - strategi
kkkvk struktur
Jenis struktur kata
Beberapa contoh petikan dalam cerpen Rashid Suamiku yang mengandungi
suku kata asli:
i. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mentua. ( v ibu )
ii. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid
tersepit. ( v usaha )
iii. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim. ( v alim )
iv. Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon
ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.
( v amat, atas ).
v. Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya.

14
( v anehnya).
vi. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyaum. Zakiah sudah
terlena. ( vk isterinya )
vii. Bertahan, encik. Kami sudah panggil bomba!. ( vk encik )
viii. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mentuanya, Haji
Sarip. ( kv baru, saja, bapa, haji )
ix. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. ( kv tiga, hari )
x. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang. ( kv diri )
xi. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah
sembahyang. ( kvk sembahyang ).
xii. Dentuman yang amat kuat kedengaran. ( kvk - dentuman)
Beberapa contoh petikan dalam cerpen Rashid Suamiku yang mengandungi suku
kata pinjaman.
i. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu
membantu. Syukur. ( Syukur kkv )
ii. Kiah tunggu sekejababang nak solat Mahgrib kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. ( Maghrib kvkk )
iii. Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke kompleks
rawat dan rehat. ( kompleks kkvkk )
iv. Usaha dan strategi untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semuanya yang
ada di situ kebingungan. ( strategi kkkv )
v. Abang tak tak turun sekali? Tanya Zakiah penuh harapan dan inspirasi.
(inspirasi vkk )
vi. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum
menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah. Struktur keretanya
telah rosak teruk. ( Struktur kkvk )




15
BENTUK KATA
Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem.
Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk Kata Tunggal, bentuk Kata Terbitan,
bentuk Kata Majmuk dan bentuk Kata Ganda. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan
( 1996 ), perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Dengan itu,
dapatlah disimpulkan bahawa kita dapat membentuk perkataan baharu dengan
menambah imbuhan kepada satu perkataan lain iaitunkata terbitan. Kita juga boleh
membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan perkataan kepada suatu
perkataan lain iaitu kata majmuk. Malah kita juga boleh membentuk perkataan baharu
dengan menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. Perkataan yang
diimbuhkan, digabungkan dan digandakan ini dipanggil kata dasar atau kata tunggal.


PEMBENTUKAN KATA
BENTUK KATA TUNGGAL
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan, pengimbuhan dan pemajmukkan
tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal didefinasikan sebagai bentuk kata
akar dan kata inilah yang akan membentuk perkataan sendiri. Tidak dinafikan bahawa
terdapat beberapa perkataan daripada kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-
apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana, namun kebanyakkan kata tunggal dalam
bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dan menjadi bentuk terbitan.
PEMBENTUKAN KATA
Bentuk Kata
Tunggal
Bentuk Kata
Terbitan
Bentuk Kata
Majmuk
BentukKata
Ganda

16

J ENIS KATA TUNGGAL
Bilangan kata tunggal satu suku kata di dalam cerpen Rashid Suamiku terhad
bilangannya. Terdapat perkataan untuk kata tunggal satu suku kata dalam bahasa
Melayu, merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing dan terdapat perkataannya
merupakan kependekan daripada perkataan yang terdiri daripada dua suku kata atau
lebih seperti kamu menjadi mu. Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat dalam
bahasa Melayu.
Boleh dikatakan sebahagian besar daripada perkataan dalam cerpen Rashid
Suamiku terdiri daripada dua suku kata. Jika dibandingkan dengan kata tunggal dua
suku jumlah kata tunggal tiga suku kata agak kecil ataupun sedikit bilangannya.
Sebahagian besar daripada perkataan dalam cerpen Rashid Suamiku terdiri daripada
kata tunggal tiga suku kata merupakan kata-kata pinjaman. Namun, pola-pola susunan
konsonan-vokalnya agak banyak. Kata tunggal empat suku kata atau lebih juga amat
kecil bilangannya. Sebahagian kata-kata ini merupakan kata pinjaman.






KATA TUNGGAL
Satu Suku Kata Dua Suku Kata Tiga suku Kata Empat Suku Kata

17
KATA TUNGGAL BAHASA MELAYU YANG TERDAPAT DALAM RASHID SUAMIKU*
SATU SUKU
KATA
DUA SUKU KATA TIGA SUKU KATA EMPAT SUKU KATA
kv ku, ya* v + kv itu ,ini*,
ibu*, ada*, aku*,
apa*,
kv + v + kv suara*,
biasa*, cuaca*,
suami*

kv + kv + vk + kv -
keluarga

vk am v + vk aib kv + v + kvk -
kaedah
kv + kvk + kv + kv -
sederhana
kvk cik*, dah*,
jam*, tak*, beg*,
v + kvk esok*,
alat*, akan*,
amat*, aneh*,
agak*, alim*
v + kv + v - idea kvk + kv + kv + kv -
laksamana
kkvk - krim vk + kv asli kv + kv + v belia,
radio*,
kvk + kv + v + kv -
sentiasa
kkvk - krim vk + kvk ambil,
encik* , untuk*
kvk + kv + v
dahlia, mertua*,
kv + kv + kv + kv -
bidadari
kvkk teks,
bang*, yang*
kv + v bau, dia*,
dua*, doa*,
kv + kv + vk
rasuah, zuriat*
kv + kv + kv + kvk -
salasiah
kkkv - skru kv + vk jual,
puas*, soal*, biar*
kvk + kv + vk
berlian
kvk + kvk + kv + kvk -
santimeter
kkkvk skrip kv + kv baru*,
saja*, bapa*,
mata*
v + kv + kvk udara kvk + kvk + kv + kv -
singgahsana

18
kv + kvk bakul,
solat*, asar*,
tugas* tekak*,
v + kv + kvk
amatur
kv + kv + v + kvk -
mesyuarat
kvk + kv sendi,
waktu*, pasti*,
pintu*, mampu*
vk + kv + kv
asrama, isteri*,
v + kv + kvk + kv + kv -
university
kvk + kvk lantai,
pernah*, sambil*,
hampir*, maklum*
kv + kv + kv
budaya, rezeki*,
mereka*, cahaya*,
kerana*, ketika*,
selera*, tetapi*,
kereta*, semula*
risiko* , lelaki*,
kvk + kv + kv + kv +
kvk - cenderawasih
kvk + kv + kv
bendera, sendiri*,
kv + kv + kv + kv +kv +
kv - maharajalela
vk + kv + vk - ikhtiar kvk + kv + v + kv -
sentiasa
v + kv + vk - akaun
kv + kv + kvk
senapang, sedikit*,
sejadah*, nasihat*,
harapan*, sebelum*,
selamat*,

kvk + kv +kvk -
cendawan


19
kv +kvk + kv
belanja, bekerja,

kvk + kvk + kv -
belangkas

kv + kvk + kvk
sempurna,
serentak,*

*Kata yang terdapat dalam cerpen Rashid Suamiku
BENTUK KATA TUNGGAL
Contoh-contoh yang dinyatakan di atas tadi sudah diketahui umum sebagai kata
tunggal. Jika dilihat pada contoh-contoh yang dinyatakan, jelaslah bahawa suku kata
suku kata boleh mengandungi satu atau beberapa suku kata. Penulis cerpen Rashid
Suamiku banyak menggunakan kata tunggal dalam penulisannya supaya mudah
dihayati pembaca.

BENTUK KATA TERBITAN ( PENGIMBUHAN )
Sesuatu kata dalam bahasa Melayu dapat diubah bentuknya dan maknanya
dengan menggunakankan imbuhan. Imbuhan adalah bentuk terikat yang ditambah
pada sesuatu kata. Sesuatu kata yang diberi imbuhan dikenal sebagai kata terbitan.
Ada lima bentuk imbuhan yang digunakan oleh penulis cerpen Rashid Suamiku
seperti yang berikut:
a. awalan, yakni imbuhan yang letaknya diawal kata
b. awalan rangkap, yakni imbuhan yang letaknya di awal kata tetapi terjadi
daripada dua awalan yang dirangkapkan menjadi satu
c. akhiran, yakni imbuhan yang letaknya di akhir kata

20
d. apitan, yakni imbuhan yang letaknya di awal dan di akhir kata
e. sisipan, yakni imbuhan yang letaknya di tengah-tengah kata
Beberapa contoh imbuhan ini adalah seperti berikut :
Imbuhan Contoh
awalan ber-, me-, di-, kau-, ku-, ter-, ke-, se-, per-, dan pe-.
awalan rangkap memper-, diper-, dan teper-.
akhiran -an, -man, -wan, -wati, -kan, -I, -kah, -lah, -tah, -ku, -
mu, dan nya.
apitan beran, berkan, mekan, mei, dikan, dii,
terkan, teri, memperkan, memperi,
diperkan, diperi, kean, peran, pean, dan
senya.
sisipan -el, -em, dan -er.

Imbuhan dapat bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata
seperti seperti kata nama, kata bilangan, kata sendi, kata adjektif, kata kerja, kata
hubung, dan kata keterangan. Imbuhan bukan saja dapat mengubah bentuk dan tugas
sesuatu kata yang disertainya, tetapi dapat juga mengubah makna kata-kata itu.
Awalan ber-
Awalan ber- sekeluarga dengan awalan-awalan be- dan bel-. Awalan ber-
berubah menjadi be- apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf r.
Contohnya:
Awalan Kata Dasar Kata Terbitan
ber- sama bersama
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Bersama isteri yang
dikahwininya dua tahun

21
yang lalu.
ber- dua berdua
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Lagi pun mereka berdua
sama-sama bekerja.

ber- lalu berlalu
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Hampir sejam berlalu,
Rashid membelok
memasuki lebuhraya.

Awalan ber- berubah menjadi be- juga apabila bertemu dengan kata yang suku
kata pertamanya diakhiri er. Contoh yang terdapat dalam cerpen Rashid Suamiku
ialah:
Awalan Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
ber- kerja bekerja
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Lagi pun mereka
berdua sama-sama
bekerja.

ber- berapa beberapa
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Beberapa kilometer
kemudian, Rashid

22
membelok masuk
ke kompleks rawat
dan rehat.
ber- serta beserta
ber terbang -an beterbangan

Awalan ber- berubah menjadi bel- apabila bertemu dengan kata ajar.
Awalan Kata Dasar Kata Terbitan
ber- ajar belajar
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Mereka berkenalan
semasa belajar di UKM
dahulu.
ber- unjur belunjur
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Rashid belunjur dan
memejamkan mata.

Awalan ber- tetap ber- juga apabila bertemu dengan kata yang bentuk lain
daripada yang tersebut di atas tadi. Contoh dalam cerpen Rashid Suamiku:
Awalan Kata Dasar Kata terbitan
ber- sama bersama
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Sepeninggalan Zakiah yang
turun bersama beg berisi
telekung.

23
ber- bau berbau
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Namun malang tidak
berbau.
ber- usaha berusaha
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Apabila menyedari apa
yang sebenarnya berlaku,
Rashid berusaha keluar.

Tugas awalan ber- ialah untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-
kata lain dalam pelbagai kelas. Contohnya;
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Tak Transitif
darah (kata nama) berdarah
dua ( kata bilangan ) berdua
engkau ( kata ganti diri ) berengkau
sedih ( kata adjektif ) bersedih
lalu ( kata kerja asal ) berlalu
jaja ( kata kerja terikat ) berjaja

Awalan ber- juga bertugas sebagai kata bilangan himpunan. Contohnya :
berbelas-belas, berbulan-bulan, berguni-guni, berhari-ha bilangan yang berawalan ber
ri, berjam-jam dan sebagainya. ( Kata dasar bagi kata bilangan yang berawalan ber-
mestilah kata ganda. Misalnya: belas-belas, bulan-bulan, guni-guni, hari-hari, dan jam-
jam.)
Disamping itu juga, awalan ber- boleh menggantikan awalan me- pada kata kerja
transitif supaya dapat dijadikan kata kerja pesif. Contohnya:

24

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Pasif
mengasah berasah
menjahit berjahit
melipat berlipat

Awalan me-
Awalan me- sekeluarga dengan awalan-awalan men-, meng- dan menge- . Huruf
pertama pada kata dasar akan menentukan adakah bentuk awalan me- tetap sebagai
me- atau berubah menjadi mem-, men-, meng-, atau menge-.tap
Awalan me- juaga akan tetap se, bagai me- apabila diimbihkan pada kata-kata
yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Contohnya :
Awalan Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
me- lipat melipat
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Rashid melipat
sejadah
me- mula kan memulakan
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Esok dia harus
memulakan tugas
seperti biasa.
me- lambung melambung
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Serentak dengan itu

25
kereta yang
dipandunya
melambung
sebelum
menghempas jalan
dengan bahagian
atas ke bawah.
me- luncur meluncur
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Tidak lama
kemudian, kereta
Wira Aeroback yang
dipandu meluncur di
jalanraya.
me- rancang merancang
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Cadangnya setelah
ekonomi mereka
kukuh sedikit
barulah merancang
untuk menerima
cahaya mata.
me- rasa kan merasakan
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Anehnya Rashid
tidak merasakan
kesakitan yang
sewajarnya.

26
me- lihat melihat
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Dengan
keremangan
malam, Rashid
melihat begitu ramai
yang mahu
membantu.
me- maklum kan memaklumkan
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Rashid berusaha
untuk memanggil,
ingin memaklumkan
bahawa dia
menyesal tetapi
mulutnya tidak
mampu lagi dibuka.

Awalan me- akan tetap sebagai me- juga apabila diimbuhkan pada kata-kata
yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t. Tetapi huruf k sebagai huruf pertama pada
kata dasar bertukar menjadi ng, huruf s bertukar menjadi ny, huruf p mertukar menjadi
m, dan huruf t bertukar menjadi n. Contohnya:
Awalan Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
me- saying -i menyayangi
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Namun begitu
Zakiah tetap

27
menyayangi
suaminya.

me- kesal menyesal
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Rashid berusaha
untuk memanggil,
ingin memaklumkan
bahawa dia
menyesal tetapi
mulutnya tidak
mampu lagi dibuka

me- pinta meminta
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Rashid dan
isterinya, Zakiah
meminta diri untuk
pulang

me- tunai -kan menunaikan
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Dia baru saja
menunaikan solat
Asar.




28



Awalan me- berubah menjadi mem- apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf b, f, dan v. Contohnya:
Awal Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
me- bantah membantah
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Zakiah tidak
membantah.
me- fitnah memfitnah
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Dalam keadaan
cemas begitu,
Rashid merasakan
bukan tempatnya
untuk bergurau dan
memfitnah.
me- varnis memvarnis

Imbuhan men- adalah berasal daripada awalan me-. Awalan me- berubah
menjadi men- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy,
dan z. Contohnya :
Awalan Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
me- cari mencari
me- cemas -kan mencemaskan

29
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Keadaannya
sungguh
mencemaskan.
me- curiga -i mencurigai
me- dengar mendengar
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Membayangkan
perasaan kurang
senang mendengar
permintaan
isterinya.
me- jadi -kan menjadikan
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Menjadikan Rashid
tidak menentu.
me- jalan -i menjalani
Petikan dari Rashid
Suamiku:
Kamu tidak pernah
menjalani kehendak
Allah.
me- syarat -kan mensyaratkan
me- syukur -i mensyukuri
me- ziarah -i menziarahi


30
Selanjutnya, awalan me- berubah menjadi meng- apabila bertemu dengan kata-
kata yang bermula dengan huruf-huruf vocal ( a, e, I, o, u ), atau g, h, dan kh.
Contohnya:

Awalan Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
me- alih mengalih
me- embun mengembun
me- edar -kan mengedarkan
me- isi mengisi
me- olah mengolah
me- ubah mengubah
me- goreng menggoreng

Awalan Rangkap memper-, diper-, teper
Bentuk awalan rangkap memper- sekeluarga dengan awalan rangkap mempe-
dan mempel-. Awalan rangkap memper-, mempe-, dan mempel- masing-masing ada
hubungannya dengan kata kerja. Contohnya:
memperlahankan ~ Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid
memperlahankan kereta. (Petikan dari Rashid
Suamiku)
Tugas awalan rangkap memper- ialah untuk membentuk kata kerja transitif
daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas. Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
alat (kata nama)
perlahan (kata adjektif)
dua (kata bilangan)
memperalat
memperlahankan
memperdua


31
Awalan Rangkap diper-
Awalan rangkap diper- sekeluarga dengan awalan rangkap dipe- dan dipel-.
Contohnya:
diperolehi ~ Hanya sedikit ruang yang diperolehi untuk berhenti. (Petikan
dari Rashid Suamiku)
Tugas awalan rangkap diper, dipe-, dan dipel- ialah untuk membentuk kata kerja
pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif dalam ayat aktif. Contohnya:
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
memperalat
memperoleh
memperdua
diperalat
diperoleh
diperdua

Akhiran -an
Kata yang berakhiran -an dapat dibentuk dengan mengimbuhkan akhiran -an
pada kata dasarnya. Contohnya :
Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
gilir -an giliran
bantu -an bantuan
himpit -an himpitan







32
Tugasan akhiran -an ialah untuk membentuk kata nama.
Kata Kerja Kata Nama
gilir
bantu
himpit
giliran
bantuan
himpitan

Apabila akhiran -an diimbuhkan pada kata nama atau kata kerja, maka hasil
bentuknya memberikan beberapa makna seperti yang berikut:
a. hasil daripada perbuatan dengan kata kerja.
Contohnya
giliran = hasil daripada bergilir
~ Orang ramai datang membantu mengeluarkan
Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi
usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.
(Petikan dari Rashid Suamiku)
bantuan = hasil daripada membantu
~ Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan
sudah tiba. (Petikan dari Rashid Suamiku)
himpitan = hasil daripada menghimpit
~ Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat
kelengkapan untuk membebaskan Rashid dari
himpitan. (Petikan dari Rashid Suamiku)
b. hasil perbuatan seperti yang dinyatakan dengan kata kerja transitif.
Contohnya :
balasan = hasil perbuatan membalas
binaan = hasil perbuatan membina
dentuman = hasil perbuatan mendentum

33
~ Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu
merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman
yang amat kuat kedengaran. (Petikan dari Rashid
Suamiku)

Akhiran -kan dan -i
Akhiran -kan dan akhiran -i berlaku bersama-sama dengan awalan me-,
memper-, di-, diper-, dan ter- dalam bentuk apitan mekan, mei, memperkan,
memperi, dikan, dii, diperkan, terkan, dan teri.
Tugas akhiran -kan dan akhiran -i bersama-sama dengan awalan me- serta
awalan rangkap memper- ialah untuk membentuk kata kerja transitif.
Beberapa contoh ayat dalam cerpen Rashid Suamiku yang terdapat akhiran -
kan:
i. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
ii. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
iii. Kalau tidak diingatkan pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan
solat Maghrib.
iv. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat
tetapi langsung tidak mempan.
v. Dia memberhentikan kereta, meminta Zakiah turun.
vi. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid
memejamkan mata.
vii. Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.
viii. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang
keretanya.
ix. Orang ramai datang membantu mengeluarkan Zakiah terlebih dahulu.
x. Boleh dikatakan kakinya tidak dihimpit sesuatu.


34
Apitan beran
Kata yang berapitan beran dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ber-
dan akhiran -an pada kata dasarnya. Contohnya: bersalaman, berciciran,
berdampingan, berguguran dan sebagainya. Awalan ber- dapat berubah menjadi be-,
misalnya bepergian dan beterbangan.
Apitan ber..an bertugas sebagai pembentuk kata kerja tak transitif. Contohnya:
Daun-daun berguguran.
Bintang-bintang bertaburan di angkasa.
Apitan beran menyatakan makna dalam keadaan seperti yang tersebut pada
kata dasar di antara dua pihak. Contoh yang terdapat dalam petikan Rashid
Suamiku:
Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mentua. Rashid dan isterinya, Zakiah
meminta diri untuk pulang.

Apitan mekan

Kata yang berapitan me..kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan me-
dan akhiran -kan pada kata dasarnya. Contohnya: menunaikan, memulakan,
memikirkan, membuatkan, membayangkan, memberikan, membasahkan, dan
sebagainya.
Awalan me- dapat berubah bentuknya menjadi mem-, atau men-, atau meng-
atau menge- menurut apa huruf pertama pada kata dasar yang diimbuhinya.
Apitan me..kan bertugas untuk kata kerja transitif daripada kata-kata atau frasa-
frasa lain dalam pelbagai kelas. Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
buku ( katanama ) membukukan
dua ( kata bilangan ) menduakan
gemuk ( kata adjektif ) menggemukkan
jatuh ( kata kerja asal ) menjatuhkan
ke tepi ( frasa sendi ) mengetepikan

35
Awalan me- pada kata yang berapitan mekan bertugas sebagai penanda ayat
aktif.
Akhiran -kan pada kata yang berapitan mekan bertugas untuk membentuk
kata kerja transitif yang tidak berakhiran apa-apa.
Akhiran -kan pada kata yang berapitan mekan dapat bertugas sebagai ganti
kata sendi akan yang menyertai kata adjektif sebelum diberi apitan. Contohnya:
membanggakan = bangga akan
membimbingkan = bimbing akan
menginginkan = ingin akan
memerlukan = perlu akan
merindukan = rindu akan
membayangkan = bayang akan
(Petikan dari Rashid Suamiku: Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan
perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya.)
Akhiran -kan pada kata yang berapitan mekan dapat bertugas sebagai ganti
kata sendi akan atau tentang yang menyertai kata kerja tak transitif. Contohnya :
menceritakan = bercerita tentang
mengkhayalkan = berkhayal tentang
melupakan = lupa akan
memerlukan = perlu akan
merindukan = rindu akan
membayangkan = bayang akan
memikirkan = berfikir tentang
(Petikan dari Rashid Suamiku: Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat
kerana perkahwinan mereka masih muda)
Jika kata dasarnya kata nama atau kata kerja terikat, makna -kan pada kata
yang berapitan mekan ialah menyebabkan objek berlaku seperti seperti yang tersebut
pada kata pada kata dasar yang disertai awalan ber-. Contohnya:
mendirikan = menyebabkan berdiri
mengganjakkan = menyebabkan berganjak
menggerakkan = menyebabkan bergerak

36
menggunakan = menyebabkan berguna
menjalankan = menyebabkan berjalan
mengelaskan = menyebabkan berkelas
menghentikan = menyebabkan berhenti
(Petikan daripada Rashid Suamiku: Dia menghentikan kereta, meminta Zakiah
turun.)

Sisipan -el-, em-, -er-

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata-kata terbitan yang terjadi dengan adanya
bentuk-bentuk sisipan seperti -el-, -em-, dan -er-. Contohnya: telunjuk, gemuruh, dan
gerigi. Bentuk-bentuk sisipan itu sudah using dan tidak lagi digunakan untuk
membentuk kata-kata baru.
Bentuk-bentuk sisipan -el-, -em-, dan -er- ini bertugas untuk mengubah atau
menetapkan kelas kata. Contohnya:

guruh ( kata nama ) ~ gemuruh ( kata adjektif )
gigi ( kata nama ) ~ geriji ( kata nama )
tunjuk ( kata kerja terikat) ~ telunjuk ( kata nama )
(Petikan daripada Rashid Suamiku: Rashid tidak mampu hendak
menggerakkan sebarang anggota walaupun jari telunjuk.)
Kata-kata yang bersisipan dalam cerpen Rashid Suamiku tidak banyak dan
sudah tidak lagi seperti kata terbitan daripada kata dasarnya. Oleh itu, makna yang
diberi dalam kamus untuk tiap-tiap kata bersisipan itu tidak semestinya didasarkan pada
kata dasar atau pada sisipan itu sendiri.







37
BENTUK KATA MAJMUK

Dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk
satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. Kata paduan atau kata sebatian
yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
Setaiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya
sendiri-sendiri. Misalnya, air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata
mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari
mata ketika menangis.
Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza
tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik
jelita, hancur lebur dan sunyi sepi. Dua patah kata yang sama atau hampir sama
maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya cantik
jelita, bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancursama sekali, dan sunyi sepi
bererti sangat sunyi.
Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan yang dieja terpisah tetapi tidak
ada yang bersempang. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada
betuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bagaimana,
bumiputera, daripada, demikian, jurumudi, kadangkala, manakala, dan walaupun.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi dan hak cipta.
Kata majmuk mempunyai dua tugas iaitu:
a. menetapkan kelas kata dasar. Contohnya:
air ( kata nama ) + mata ( kata nama ) ~ air mata ( kata nama )
lemah ( kata adjektif ) + lembut ( kata adjektif ) ~ lemah lembut ( kata adjektif)
mogok ( kata kerja ) + duduk ( kata kerja ) ~ mogok duduk ( kata kerja )
dari ( kata sendi ) + pada ( kata sendi ) ~ daripada ( kata sendi )
b. mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa ( kata ganti Tanya ) + bila ( kata keterangan Tanya ) ~ apabila ( kata
hubung )

38
Berdasarkan kelas, kata majmuk terbahagi kepada berikut :
a. kata nama majmuk
b. Kata bilangan majmuk
c. Kata adjektif majmuk
d. kata kerja majmuk
e. kata keterangan majmuk
f. kata sendi majmuk
g. kata hubung majmuk

BENTUK KATA GANDA

Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh
atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak

Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama
ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contohnya:
pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggi
cantik-cantik buku-buku kura-kura
tiba-tiba mata-mata fail-fail
pemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih-pelatih
persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar



39
Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata
dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Contohnya:
berlari-lari sepandai-pandai berturut-turut
kejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihi
lelaki tetamu sesiku

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.
Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur-mayur gunung-ganang anak-pinak
kuih-muih mundar-mandir saudara-mara
hina-dina bolak-balik titik-bengik
Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

PENGAKRONIMAN
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Gapena - Gabungan Penulis Nasional
Mara - Majlis Manah Rakyat
ubahsuai - ubah sesuai
kugiran - kumpulan gitar rancak


40
Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara.
1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya:
LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya:
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak

3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu
menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya:
Pernas - Perbadanan Nasional
Intan - Institut Tadbiran Awam Negara
Petronas - Petroleum Nasional
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional


PENUTUP
Penulis cerpen Rashid Suamiku telah melahirkan kretiviti penulisan beliau
dengan jalan cerita yang mudah tetapi menarik minat pembaca. Rashid Suamiku telah
mencakupi bidang morfologi yang sangat luas. Semua bidang morfologi seperti kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan pengakroniman terangkum dalam
satu karya. Cerpen Rashid Suamiku telah membuktikan kematangan pengarang
dalam bidang morfologi bahasa Melayu. Beliau juga telah menyorot kepada tema
keislaman yang sangat berkesan kepada pembaca.

41

REFLEKSI

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek bahasa Melayu kini secara
individu tentang analisa cerpen dari aspek morfologi. Secara amnya, saya melihat tajuk
yang diberikan amat menarik dan sangat memberi manfaat dalam pengajaran bahasa
Melayu.

Bemula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Dr. Hajah Nur Farah bt.
Abdullah, saya telah merangka jalan kerja yang dilakukan. Saya cuba mencari bahan-
bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan
tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan
beberapa buah buku serta kemudahan jalur lebar yang saya kira amat membantu.

Setelah cukup maklumat yang dicari, saya mula menyiapkan tugasan ini secara
berkala. Pada mulanya saya membaca cerpen yang dipilih beberapa kali. Kemudian
saya mengasingkan setiap patah perkataan di dalam cerpen tersebut kepada setiap
aspek yang ditetapkan.

Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengatahuan baru yang saya
kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya.
Mengikut kefahaman saya, dengan menganalisis cerpen ini dengan lebih mendalam,
dapat memberi kefahaman yang lebih jitu tentang konsep morfologi. Saya dapat
membezakan dan mengenali setiap patah perkataan yang digunakan dalam
penghasilan karya mempunyai maksud yang berlainan. Semoga tugasan ini dapat
memberi kebaikan dan manfaat kepada semua guru.






42
BIBILIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari. (2008).
HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor :
Open University Malaysia.

http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html
Diakses pada 18.7.2012

http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 18. 7. 2012

http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm. Diakses pada
18.7.2012

Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka








43












LAMPIRAN

Você também pode gostar