Você está na página 1de 1

Agama Islam adalah agama universal.

Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan
juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman.
Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai
digunapakai di sepanjang zaman.
Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun
persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya
sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan
persaudaraan sesama Muslim.
Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk
tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.
Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.
Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk
kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi
laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.
Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik
dan efektif.
Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu
dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.
Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat
Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW
dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.
Alhamdulillah, krew penerbitan MARS (Majalah Remaja Sempoi) sukacitanya ingin
mempersembahkan kepada sabahat-sahabat sekalian isu terbaru yang memperkatakan tentang
topik persahabatan.
Semoga usaha kecil kami ini memberikan manfaat kepada anda semua dan mengamalkan di
dalam kehidupan kita sekalian.

Você também pode gostar