Você está na página 1de 22

Artikel Terbaru

Anjing, Oktoberfest dan masyarakat Melayu


Anjing dan Oktoberfest : Apa Agenda RoketKini Siar Tulisan Ini?
Wajah penganjur & Ustaz Yang Menganjurkan Program Pegang Anjing
Wajah Penganjur & Ustaz-Ustaz Yang Menganjurkan Program Pegang Anjing Didedahkan
KEMPEN HANJING!!! JAKIM KELUAR KENYATAAN, MUFTI SURUH TAUBAT!!!
JAHANAM...!! Apabila Ada Yang Kata Air Liur Anjing BUKAN Najis Mughallazah
PENGANJURAN 'I'M TOUCH A DOG': MAIS NAFI KELUAR KEBENARAN, USTAZ KATA DIPERDAYA TAPI
PENGANJUR KATA TAK SALAH!!!
TumPAS JUGA AKHIRNYA!
1-MALAYSIA
HARGA SETITIK DARAH!
Tag Artikel
Islam
Pendidikan
Dakwah
Warna Kehidupan
Ehwal Semasa
Sains dan Teknologi
Kesihatan
Kisah Nabi dan Rasul
Politik
Minda
Remaja
Sukan
Seni dan Sastera
ESQ
Ekonomi
Ibadah
Iman
Money Tips
Recipes
Chicken soup for the soul
Sejarah
Sumpah
Al Quran dan Hadis
Kesempurnaan
Asma AlHusna
Dasar Kerajaan
RRJP 3 2001 2010
RRJP 2 1991 2000
Islam Hadhari
Wawasan 2020
Rancangan Malaysia Ke Sembilan
Modal Insan
Financial Crisis
Perdana For Peace
Criminalise War
Sahabat
1Malaysia
GTP
Renungan
Ar-Rahnu
Romantic
Rancangan Malaysia Ke Sepuluh
Nabi Muhammad SAW
Work at Home
Kitab
Buku
Sejuta Mualaf
Teknologi
Article
Rencana
Novel
Dr Mahathir Mohamad
Syiah
Singapore
PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
Ilmu
Bicara Agama
Tazkirah
Ridhuan Tee
Tahu Faham Amal
ZAINI HASSAN
The I-Files
Zulkifli Nordin
Isu Islam
Arkib
April 2008
May 2008
January 2009
June 2008
December 2008
July 2008
August 2008
September 2008
November 2008
February 2009
March 2009
July 2009
January 2010
February 2010
February 2012
March 2012
April 2012
September 2012
August 2013
September 2013
October 2013
January 2014
September 2014
October 2014

Islam larang rosakkan bumi
ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia.
Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di
kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan
bukit-bukau sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan
kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya
mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia
melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan
Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nidzamuddin Zakaria bagi mengupas isu ini.

Mega: Apakah konsep penjagaan alam sekitar dalam Islam?

Nidzamuddin: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah:
Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok
masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan
dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa. (Rujuk: Muhammad Said dan Rasyid
Ahmad. 1986. Al-Biah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25).

Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya al-Jumanah dengan
penjelasannya bahawa: Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan
kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya. (Rujuk:
Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Biah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah
Ibn Sina. Hal. 9.)

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana
kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai
satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa
mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam
bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek
estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan
ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta
kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang.
Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa
udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek
ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang
kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam
Hadhari.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat
al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah
sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran: 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran
Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara
dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan.

Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan
dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha
Pencipta.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh keengganan manusia
mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah ar-Rum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan
ini?

Nidzamuddin: Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan melihat
asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia bagi memandu dan memimpin
suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap individu muslim berperanan dan bermuamalah secara
positif dengan alam sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan
manusia itu sendiri.

Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh membawa kepada
kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa manusia itu sendiri.

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat). (al-Rum: 41).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri,
tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah
seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku
hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia
sesama manusia.

Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan
ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini
selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana
demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya: 31). Apakah saranan
Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable development)?

Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka
dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai
kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak
kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang
ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya
firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-
ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu
timbangannya. (al-Hijr: 19).

Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai
ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar
mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku
penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan
hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka
andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas
permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan
peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di
muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-
Malayin li al-Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya
bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah
engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu
buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang
mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan
muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang
yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya
hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Faatir: 27 -28)

Sebilangan manusia berpendapat, penjagaan alam sekitar tugas pihak tertentu sahaja. Justeru,
bebas membersihkan hutan, membuang sampah merata-rata. Adakah pandangan begini tepat?

Nidzamuddin: Pandangan ini tidak tepat sama sekali! Ia mencerminkan sikap mementingkan diri
sendiri dan tidak prihatinnya terhadap warisan alam. Yang sebenarnya, manusia itu adalah unsur
atau entiti yang maujud di tengah-tengah alam sekitar, bahkan Islam meletakkan manusia selaku
unsur paling penting di dalamnya berbeza dengan hidupan lain yang hanya bersifat material dan
kosong maknawi atau rohaninya di mana setiap insan itu bertindak selaku pengurus atau pentadbir
alam sekitar itu.

Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan maknawi, maka manusia
dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-
baiknya.

Firman Allah bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah
kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29).

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur
menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa
yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami al-Tirmizi. Kitab al-Fitan.
Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).



Faktor keuntungan dan wang ringgit adakalanya mengelabui mata menyebabkan pihak tertentu
seperti jurutera, ahli geologi dan sebagainya menipu dan menyembunyikan kebenaran tentang
bahaya yang mungkin berlaku apabila mendirikan bangunan di lereng-lereng bukit. Apakah balasan
Allah terhadap golongan sebegini?

Nidzamuddin: Inilah bahana dan bahayanya apabila pihak yang berwajib dan yang berautoriti dari
segi kuasa dan keilmuannya tidak bersikap profesional, telus dan bertanggungjawab.

Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal bahaya dan risiko
yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan mampu membina semula banglo yang
runtuh itu lantaran kekayaannya yang tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani
membangunkan semula bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta pencabulan
terhadap keharmonian alam sekitar itu sendiri adalah suatu isu yang perlu dititik beratkan.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan
menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang
dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan
melampau bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau
kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka. (Rujuk: Abu
Daud, Sulaiman bin al-Asyath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4.
Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya:
Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini
adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang
yang lalu lalang atau para musafir.

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga
dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau
peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan
menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh
ini.



Adakah kepincangan yang berlaku sekarang disebabkan kurangnya sifat ihsan di kalangan kita
sehingga adakalanya kita menipu dalam sukatan pembinaan dan sebagainya?

Nidzamuddin: Ya, saya setuju bahawa ia adalah antara faktor-faktor utama yang menyumbang
kepada kemusnahan alam ini. Kerakusan membolot projek-projek yang mega dan bernilai juta ringgit
kadang-kadang menghakis norma-norma kemanusiaan dan perasaan ihsan sesama insan bahkan
terhadap alam sekitar itu sendiri.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan
bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman
bangunan runtuh, suara tangisan mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu
besar.

Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan firman-Nya: Kecelakaan
besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila
menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila
mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka
bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? (al-Mutaffifin: 1-4).

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan
kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan
merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah
yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah
Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka
bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah
tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.



Sunnatullah atau Hukum Allah
Sunnatullah itu ialah Peraturan Allah atau Hukum Allah yang telah ditetapkan sejak Azali dan tidak
akan berubah.

Dalil Naqli: Sesungguhnya kamu tidak akan mendapati apa yang disunnahkan Allah itu berubah.
Sekali-kali kamu tidak akan mendapati apa yang telah disunnahkan oleh Allah itu bertukar ganti.
(Fatir: 43)

Dalil Aqli: Sunnatullah itu juga ialah hukum alam seperti air mendidih pada suhu 100 darjah celcius,
membeku pada 0 darjah celcius etc. Hukum alam ini juga tidak pernah berubah kecuali pada ketika
yang sangat istimewa (api menyejuk kerana firman Allah untuk Nabi Ibrahim AS)

Kenapa mengetahui Sunnatullah ini penting? Apabila kita mengetahui sesuatu peraturan itu, barulah
kita boleh mengikut peraturan itu. Contohnya peraturan ciptaan manusia iaitu lampu merah tanda
berhenti. Kalau tak tahu dan tak ikut akan kemalangan.

Sunnatullah#1Yang sukar itu tinggi nilainya. Apa maksud sunnatullah ini? Maksudnya ada 2. Maksud
yang pertama ialah kalau kita nakkan sesuatu yang tinggi nilainya kita hendaklah membayarnya
dengan harga yang mahal. Di dunia ini kita percaya rumah banglo itu harganya lebih mahal dari
rumah pangsa. Kenapa kita tak mahu percaya istana di akhirat yang besarnya melebihi 7 petala
langit dan 7 petala bumi dan tidak akan rosak itu mahal harganya dan perlu di bayar untuk dimiliki?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah ( At-Taubah:111)

Maksud yang kedua ialah Allah akan menaikkan darjat mereka yang berjaya melakukan sesuatu yang
sukar. Melakukan solat tahajud pada tiap-tiap malam adalah sesuatu yang sukar. Berpuasa sunat
pada hari Isnin, Khamis dan hari yang afdal juga adalah sesuatu yang sukar. Sekiranya tuan-tuan dan
puan-puan berjaya melakukan dua perkara yang sukar ini, Insya Allah tuan-tuan dan puan-puan akan
dikasihi oleh Allah.


Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dituntut kerana:
1. Hari lahir Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin
2. Amalan kita dibawa mengadap Allah oleh malaikat selepas waktu Asar pada hari Isnin dan Khamis
3. Quran mula-mula diturunkan pada 17 Ramadhan iaitu pada hari Isnin

Sunnatullah#2


Allah itu Qun Fayaqun
Manusia itu Usaha, Doa, Ikhlas, Tawakal dan Istiqomah

Maksud Sunnatullah ini ialah Allah itu Maha berkuasa. Apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah itu,
Allah sekadar berkata Qun (jadi) lalu Fayaqun (jadilah). Makhluk itu pula langsung tidak mempunyai
kuasa. Kekuasaan makhluk itu sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Hakikatnya makhluk yang ada
kuasa itu sebenarnya tidak memiliki sebarang kekuasaan.



Maksudnya : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Kalimah Toyyibah yang indah
Dibaca saat hati merasa gundah
Menyedarkan diri kita
Bahawa sesungguhnya DIA lah Yang Maha Kuasa
Tiada Yang Lebih Berkuasa Selain DIA!!!

Sebenarnya Allah tidak memerlukan kita (umat Nabi Muhammad SAW) untuk memartabatkan
agama Islam di muka bumi ini. Tetapi kenapa kita dipilih untuk menjalankan usaha dakwah ini?
Jawapannya ialah untuk kebaikan kita. Allah ingin mengangkat darjat kita dan memberi kita pahala
yang banyak. Manusia pula kerana bersifat lemah perlulah berusaha, berdoa, ikhlas (niat),
bertawakal dan istiqomah sebelum sesuatu itu membuahkan hasil.

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman),
jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah
engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak
menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi
orang-orang yang beriman? (99) Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman
melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya) dan Allah menimpakan
azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). (100) (Yunus 10:99-100)

Sudah menjadi Sunnatullah orang yang membuat kerja dakwah itulah yang mendapat paling banyak
pahala dan mereka jugalah orang yang paling banyak diuji. Contohnya Nabi Ulul Azmi.

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi ialah nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa
dalam menjalankan kenabiannya :
1. Muhammad SAW
2. Ibrahim AS
3. Musa AS
4. Isa AS
5. Nuh AS



MANUSIA DAN SUNNATULLAH
Pra wacana.

Sunnatullah, di dunia moden yang sekular dipanggil law of nature bermacam-macam persepsi dari
kalangan manusia, muslim atau non muslim terhadap hukum yang berlaku kepada alam dan isi
kandunganya, ini menggambarkan begitu dangkal akal yang tidak mendapat petunjuk Ilahy
mengenal pencipta alam ini dan undang-undang yang berlaku didalamnya. Al-Qur'an memberikan
mesej yang jelas, bahawa hukum yang berlaku di alam ini diatur oleh Allah s.w.t yang dipanggil
sunnatullah dan ia bukan dari anggapan sebahagian manusia sebagai hukum semula jadi yang tiada
penghujungnya itu.

Persepsi yang terkeluar dari menda yang dicetak oleh hukum sekular (keduniaan) yang menyembah
mindanya sendiri. Maka beberapa perkara yang amat perlu diperhatikan untuk sama-sama kita
renungkan, setidak-tidaknya ada tiga persepsi tentang sunnatullah dari golongan manusia. Pertama
patuh secara terpaksa, kedua, patuh sebahagian dan kufur kepada sebahagian yang lain, ketiga
patuh secara sukarela.



Golongan pertama adalah mereka yang kufur dan tidak segan silu mengenkari undang-undang Allah
dan buta mata hatinya terhadap hukum pertumbuhan jasadnya dan apa yang berlaku kepada
dirinya, mereka ini kufur dari ketentuan Allah terhadap hukum yang berlaku kepada dirinya dan
pertumbuhan jasadnya. Golongan ke dua, mereka secara sedar atau tidak atau disebabkan kejahilan
tidak memperhatikan hukum pertumbuhan yang berlaku kepada jasadnya, lantas dengan segala
kekeliruanya engkar tehadap hukum Allah s.w.t. Golongan ketiga mereka yang patuh dengan penuh
keimanan dan ketaqwaan, selalu memperhatikan apa yang berlaku kepada alam ini, mereka
sesungguhnya meyakini sepenuhnya pada dirinya dan hukum pertumbuhan serta perubahan pada
jasadnya, kesemuanya dari sunnatullah.




Islam Dan Alam Semesta

Alam dan segala yang terdapat dalamnya adalah makhluk (ciptaan Allah) termasuklah di dalamnya
manusia dan haiwan. Sedangkan Allah itu adalah Khalik (pencipta alam ini) sebab itulah Allah s.w.t
itu dipanggil Rabbul A'lamin artinya Tuhan bagi alam semesta, yang mentadbir alam ini. Alam
semesta itu diciptakan oleh Allah menurut hukum-hukum yang pasti objektif dan tetap, dalam
bahasa ilmu yang sering dipanggil law of nature sementara dalam Islam dipanggil Sunnatullah. Alam
ini diciptakan oleh Allah s.w.t dengan ketentuan undang-undang yang tertakluk kepada semua yang
terdapat dalam kandungannya termasuklah manusia yang diliputi hukum serba tetap. Misalnya
perjalanan matahari dan bulan tidak pernah terkeluar dari garis atau ketentuannya yang ditetapkan
oleh Allah. Demikian juga dalam sistem tata surya yang mempunyai 9 buah planit, 1500 planit yang
kecil-kecil dan 28 buah satelit, seluruhnya terikat dan berada dalam satu hukum serba tetap, begitu
juga isi alam ini dari berbagai jenis benda padat, gas dan benda-benda cair telah terikat dan tertakluk
dalam hukum yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Air umpamanya terikat dengan hukum H2O, berarti
air terikat dengan 2 atom H (zat air) dan 1 atom O (zat pembakar). Tiap-tiap benda lebih berat dari
udara tunduk kepada hukum gaya berat gravitasi yang juga dipanggil oleh Newton.

Maka bagi makhluk yang dipanggil manusia ini keseluruhannya tertakluk kepada hukum
pertumbuhan dan perubahan. Sejak dari sperma titisan air mani kemudian enbryo dalam rahim ibu
kemudian lahir sebagai bayi, menjadi kanak-kanak dan mejadi seorang remaja, dewasa dan
selanjutnya menjadi tua, dan akhirnya mati menjadi tanah iaitu kembali kepada asal manusia itu dari
tanah.

Hukum-hukum yang serba tetap yang mengatur alam ini, maka sesungguhnya itulah hukum Allah
s.w.t. apa yang diistilahkan Sunnatullah.

Kenyataaan ini diperkukuhkan oleh Al Qur'an. Firman Allah yang bermaksud :



" Dan Allah mencipta tiap-tiap sesuatu, lalu ditetapkan padanya hukum- hukumnya"

(Q.S Al Furqan:2)


Dalam ayat yang lain ada dinyatakan. Firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya kami (Allah) telah mencipta segala sesuatu dengan ketentuan yang pasti"

(AlQamar:49)


Hukum-hukum Allah pada makhluknya ada dua jenis yang bertulis dan tidak tertulis. Hukum Allah
yang tertulis itu yang diwahyukannya kepada para Nabi dan Rasul terhimpun dalam kitab -kitab suci
yang empat dan yang terakhir ialah Al Qur'an. Ciri-ciri khas hukum Allah tertulis ini reaksi waktunya (
time response) lebih panjang, mungkin lebih panjang dari usia manusia dan tidak dapat diketahui
secara ekperimen menurut persayaratan ilmu. Umpamanya orang yang beriman, beribadah dan
yang bertaqwa dijanjikan kehidupan yang baik, sejahtera dan kebahagiaan, disebaliknya orang yang
zalim, munafiq, fasiq dan kufur (kafir) diancam dengan hukuman kehinaan dan kebinasaan (azab dan
seksa yang amat pedih). Hukum Tuhan pasti berlaku terhadap kebaikan seseorang yang taat kepada
Tuhan dan kehinaan keatas mereka yang durhaka kepada Tuhan. Maka yang dimaksudkan reaksi
waktunya lebih panjang dari umur manusia kerana tidak dapat dibuktikan oleh pengamatan akal
yang bersifat manusiawi dan dengan ekperimen.


Hukum Tuhan yang tidak tertulis ciri-ciri khasnya ialah reaksi waktu (time response) pendek dari usia
manusia, ia boleh dilakukan penelitian dan ekperimen selain itu ia tidak melibatkan manusia.
Contoh air yang mendidih 100C. Jika satu liter air dimasak memerlukan waktu 10 minit untuk
mendidih, maka yang 10 minit itulah disebut reaksi waktu yang jauh lebih pendek dari umur
manusia, sehingga didih air dapat diketahui dengan mengukur suhu air itu mendidih, begitu juga
hukum gaya berat gravitasi, dan semuanya ini tidak diwahyukan Allah dalam Al Qur'an. Hikmahnya
supaya manusia menggunakan anugerah Tuhan amat istimewa yang bernama akal itu akan perlu
adanya ekperimen atau pengembangan ilmu dan teknologi. Sekiranya Allah itu mewahyukan semua
hukum-hukumnya, maka tentulah manusia itu diciptakan serupa dengan robot dan tidak dinamik
lagi.

Maka inilah dinamakan hukum Allah itu pasti (exact), objektif dan tetap. Hukum-hukum Allah itu
tidak pernah berubah sejak diciptakan alam semesta ini, dan tidak akan berubah sampai hancurnya
alam ini (kiamat besar). Sejak diciptakan, misalnya air mengalir tentunya dari tempat tinggi ke
tempat rendah, tetapi tidak pula disebaliknya. Demikian juga dalam keadaan biasa tidak pernah air
itu mendidih dalam keadaan suhu 10C tapi selalu dalam suhu 100C. Sebelum Newton lahir, setiap
batu yang diangkat kemudian dilepaskan tidak pernah melayang-layang, tetapi ia jatuh dengan
mudah. Hukum gravitasi adalah hukam Allah s.w.t. yang pertama kali dipopulerkan oleh
Newton(1642-1727) seorang filosuf dan Ilmuan Barat (Inggeris.)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Yang demikian adalah Sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu dan kamu sekali-kali tidak akan
menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu."

(Q.S Al Fath :23)


Dalam ayat yang lain. Allah berfirman yang bermaksud :


" Anda tidak akan menjumpai dalam ciptaan Allah itu sebuah kekacauan, maka lihatlah sekali lagi
adakah kamu temui padanya kecacatan."

( Q. S Al Mulk: 3)


Oleh itu Allah selalu mengingatkan manusia supaya memperhatikan alam, juga memerintahkan
manusia supaya membuat penelitian terhadap alam semesta dengan segala isi kandungannya
dengan segala rendah hati bukan secara yang sombong angkuh dengan ilmu dan teknologi yang
dimiliki, betapa Allah telah menciptanya segala benda-benda tersebut berlaku secara teratur,
sedikitpun tidak terdapat sesuatu yang kacau dan cacat kecuali yang merosakkan adalah terdiri
makhluk yang bernama manusia samada kecacatan itu berlaku didarat atau dilautan, semuanya hasil
dari perbuatan jahat manusia.


Maka oleh kerana alam semesta dengan seluruh isi kandungannya taat atau patuh dan tunduk
kepada Allah, maka menurut tata bahasa dan secara literal Al Qur'an samada kepatuhan itu secara
terpaksa dalam bentuk kekufuran (ingkar) yang cuba mempertikaikan kekuasaan Allah s.w.t atau
patuh dengan penuh rasa keimanan dan ketakwaan, maka seluruh alam ini adalah muslim adanya.


Manusia Dan Islam.

Prof. W.C Smith dalam bukunya Islam in Modern History merumuskan, bagi orang Islam pastinya
bahawa Islam itu adalah agama Allah, ini menunjukkan, bahawa Islam itu bukan bermula dikurun
ketujuh masehi, akan tetapi sekurang-kurangnya pada hari penciptaannya iaitu hari penciptaan alam
ini.

Di waktuTuhan menciptakan dunia ini, bahawa daya kekuatan alam berkerja sesuai dengan pola
yang telah ditetapkan. Alam ciptaan Tuhan ini tunduk dan patuh tanpa pilihan kecuali taat kepada
perintahNya yang kekal dan abadi. Maka dalam waktu yang sama menunjukkan sesiapa yang lebih
cerdas dalam memperhatikan rencana dan hikmah dari tanda-tanda penciptaan Tuhan itu, ia akan
dengan cepat menginsafinya, malahan akan rasa terketuk jiwanya untuk beriman kepada
penciptanya yang Maha Agung.

Manusia merupakan sebahagian daripada alam yang terdiri dari dua unsur iaitu jasmaniyah dan
rohaniyah yang semestinya tunduk dan patuh kepada hukum-hukum serba tetap pasti dan objektif,
tunduk kepada Sunnatullah. Sebab semua manusia tidak kira apa pun agama yang dianutinya
tertakluk kepada semua hukum-hukum Allah tersebut dan tertakluk kepada hukum gravitasi dan
hukum pertumbuhan manusia. Maka betapa pun tebalnya keingkarannya yang tidak mahu mengaku
Allah itu Tuhannya, maka ia adalah muslim, walau pun hanya kerangka dan batang tubuhnya sahaja
yang menyerah diri kepada hukum Allah s.w.t.


Perhatikan firman Allah yang bermaksud:

" Apakah mereka mencari agama yang lain selain dari agama Allah (Islam), padahal segala apa yang
ada dilangit dan dibumi menyerahkan diri (muslim) kepadaNya, baik dengan suka maupun dengan
terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan."

(Q.S. Ali Imran : 83)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman, maksudnya :


" Hanya kepada Allah sujud (patuh) segala apa yang dilangit dan di bumi baik dengan kemahuan
sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya diwaktu pagi dan petang hari."

(Q.S. Ar Ra'd :15)


Kerana manusia itu dijadikan dari dua konponen jasmaniyah dan ruhaniyah dan kejadiannya berbeda
dengan makhluk lainnya dijadikannya sebaik-baik kejadian dan mempunyai daya pilih (ikhtiar) maka
Allah menurunkan hukumnya secara khusus iaitu berbeda dengan alam lainnya yang tidak
mempunya unsur rohaniah dan tidak mempunyai daya pilih atau free will.

Hukum Allah yang khusus bagi manusia itu ialah syari'ah , mereka yang patuh dan tunduk kepada
hukum ini, ia adalah seorang muslim pada jasad dan rohnya, iatu yang berpegang kuat kepada
agamanya dan ia adalah umat Nabi Muhamad s.a.w. selamat, sejahtera dan berbahagialah didunia
dan akhirat.

Bagi mereka yang engkar (kufur), maka Allah telah mencabar mereka, tetapi mereka tidak
menyedari terhadap peringatan dan cabaran Allah terhadap orang kafir, disebabkan mungkin
kejahilan atau kekufurannya atau terlalu sekular (keduniaan) dalam hidupnya. Amaran Allah s.w.t
dalam Al Qur'an, hanya kepada Allah sujud (patuh) segala apa yang dilangit dan dibumi baik secara
sukarela atau terpaksa atau menyerah diri kepada Allah (muslim). Hal ini jelas yang menyerah diri
secara sukarela adalah mereka yang beriman dan bertaqwa yang berpegang kuat kepada agamanya
iaitu muslim dan mukmin, sedangkan yang menyerah diri secara terpaksa ini iaitu insan-insan yang
kufur dan munafik, insan-insan yang sombong dan angkuh, akal dan minda mereka dibalut oleh
kekufuran dan keduniaan (sekular) yang melampau dan menganggap itu sebagai law of nature
semata-mata dan bukan dari sunnatullah.

Oleh itu kenapa kita tidak memperhatikan, bahawa setiap pelanggaran terhadap sunnatullah akan
membawa kerugian dan kebinasaan, yang haram mejadi halal dan begitu juga disebaliknya bujur lalu
melentang patah dengan matlamat membolehkan cara. Demikian pula hukum yang berlaku kepada
jasad kita, apabila tidak dapat memenuhi hukum-hukum kesehatan, maka ia akan menjadi sakit dan
bila bahagian-bahagian dalam jasad kita tidak lagi berkerja menurut ketetapan hukum yang berlaku
kepada jasad kita, seperti darah berhenti mengalir, jantung berhenti berdetik dan sebagainya, maka
jasad ini musnah (mati)! sejauh mana kehebatan manusia ini? mampukah manusia dengan
kepakarannya menghidupkan kembali?.

Oleh itu layakkah manusia ini mempersenda dan memperlekeh undang-undang Allah?. Maka ia tak
lain hanyalah kesombongan dan kengkuhan, syok sendiri...menolak undang-undang Allah dan
penyelewengan ke jalan Ilahy, melakukan kekufuran engkar dan angkuh. Orang kafir dan orang yang
berdosa, baik secara perseorangan atau secara bersama diancam dengan seksaan yang amat pedih
di dunia dan diakhirat.


Firman Allah yang bermaksud :

" Adapun orang yang kafir akan ku seksa mereka dengan seksaan yang berat dan mereka tidak
mempunyai penolong."

( Q.S Ali Imran :56)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya:


" Sesipa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah termasuk orang-
orang yang kafir."

(Q.S. Al Maidah:44)



Maka manusia sebagai makhluk yang mempunyai unsur jasad dan roh berbeda dengan yang
mempunyai jasad sahaja. Maka pelanggaran manusia terhadap hukum Tuhan pasti berdepan
dengan azab dari Tuhannya samada didunia atau diakhirat nanti, kecuali dalam waktu yang masih
terentang hidup ini sebelum ajal (mati) sempat menerima dan beriman dengan hukum-hukumNya
bertobat dengan segala persyaratannya, maka Allah akan menempatkan dalam barisan insan-insan
yang memperolehi ampunanNya dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud :

" Dan sesungguh Aku Maha pengampun ( dosa ) orang yang bertobat dan beriman serta beramal
soleh, kemudian tetap dijalan yang benar."

(Q.S. Thaaha : 82)


Kesimpulan.

Manusia yang hidup dimuka bumi ini mulai fasa pertama tetesan air manis (sperma) lalu mejadi
segumapal darah kemudian segumpal daging, lalu mejadi sebaik-baik makhluk bernyawa, maka
Maha barakah kejadian Allah ini dan kesemua yang berlaku itu ketentuan dari sunnatullah. Ia bukan
dijadikan secara kebetulan atau apa yang dipanggil low of nature oleh para saintis barat yang
sekular.

Allah mencabar mereka yang angkuh dan kufur kepadaNya, apakah mereka mencari agama yang lain
selain dari agama Islam.Sebenarnya mereka tidak pernah memperhati apa yang ada dilangit dan
dibumi semuanya menyerah diri (muslim) kepadaNya samada secara sukarela dengan penuh
keimanan dan ketaqwaan atau pun patuh secara terpaksa dengan penuh kekufuran dan
kesombongan. Yang dimaksudkan dengan kufur dan angkuh ialah akal manusia itu yang tidak mahu
tunduk kepada Allah s.w.t.

Kepatuhan alam semesta terhadap sunnatullah termasuk manusia adalah untuk kesejahteraan,
keamanan. Misalnya alam dan manusia ini tidak lagi diatur oleh hukum (sunnatullah) sudah
semestinya tidak akan harmoni lagi kehidupan ini dan akan menjadi kacau, mungkin manusia akan
musnah dengan mudah sebelum sampai ajalnya dan alam ini mungkin sudah kiamat. Oleh itu kenapa
dengan sombongnya mempersenda undang-undang Allah s.w.t?.

Você também pode gostar