Você está na página 1de 4

PRINSIP-PRINSIP MAKANIKAL

Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut :
1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan
peluru
2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan
tangan lebih lama.
4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.
KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL
DENGAN PERGERAKAN KAEDAH
OBRIEN
Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan
(bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti
seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan
jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju
maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup
dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak
pada kaki kanan.
Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan,
manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini
ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan
menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa
gliding dari kaki kanan.
Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang
sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada
dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku.
Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju
peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah
berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak
tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang
disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah.
Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada
peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang
dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut
berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.
Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu
peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju
pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.
FASA-FASA
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. 1. Fasa Persediaan
2. 2. Fasa Gelungsuran
3. 3. Fasa Lontaran
4. 4. Fasa Pemulihan
LATIHAN ANSUR MAJU
Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh
melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi
seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan
lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya
diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini
merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan
berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut
peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri
dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:
1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.
CARA MEMEGANG PELURU
Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang
peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah
diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan
sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta
diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba
mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu
tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada
dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan
penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan
berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL
Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga
selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya.
Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal
peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk
melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini
bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada
baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran
yang digunakan.
Teknik Lontaran Berdiri Statik
Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah
untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan
dengan acara ini.Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan,
malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia
dapat memahirkan diri dalam teknik ini.
Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.
1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih
kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu
sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan
mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke
kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan
peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan,
sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak
terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan,
tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan
peluru.

Você também pode gostar