Você está na página 1de 5

http://cikgusazali.blogspot.

com

1

ANALISIS DAN NOTA KOMSAS TUMPUAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.

SOALAN 2(c)



PROSA MODEN TINGKATAN 4
(PROSA TRADISIONAL)

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Sinopsis

Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki
geliung (kapal) dari negeri Bandar Mengkalih menunuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu
bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan
diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang
Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan
memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah
dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang
Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.

Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi
gagal kerana laut bergelora.Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan
tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni
geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu
pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana
sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai.
Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu
selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba
menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu api. Perkara pelik
dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang
Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa,
sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang
mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang
TING NOV
2011
JUN
2012
NOV
2012
JUN
2013
NOV
2013
JUN
2014
NOV
2014
4 Pelayaran Yang Penuh Peristiwa X
4 Merah Silu X
4 Hikayat Indera Nata X
4 Hikayat Khoja Maimun X
5 Hikayat Langlang Buana X
5 Hikayat Siak X
5 Dua Geliga Hikmat X
5 Hikayat Opu Daeng Menambun X
http://cikgusazali.blogspot.com

2

Sulung sebaliknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan
istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang
Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan
mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda Tua berjanji
sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan
dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil
kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi
perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat
helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi
untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan boda dan
menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan
menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-
lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang
Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi
dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk
pulang ke bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berasa sedih dan mengambil
tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu
tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta
memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun
itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu
daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda Tua. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas
dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim
Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram akan
tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahu perkara sebenar, Tuanku Nakhoda Tua
memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa.

Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau
sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri
tersebut. Semasa naik ke darat, Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka
membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke
Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh
isi alam berbunyi. Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat
awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung, ayam itu berjaya
menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam, barulah Awang Sulung naik ke
balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

Persoalan
Cinta tidak mengenal rupa paras
Contoh:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh
Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

Perasaan dengki dan iri hati
Contoh:
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam
tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

Kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Contoh:
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar
suara Awang Sulung Merah Muda.
http://cikgusazali.blogspot.com

3


Menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Contoh:
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan menyatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang
berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Menghormati tetamu
Contoh:
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke
balairung seri.

Nilai
Merendah diri
Contoh:
Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam dan comot.

Keyakinan
Contoh:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan yakin mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan.

Berani
Contoh:
Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.

Kasih sayang
Contoh:
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin.

Keinsafan
Contoh:
Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.
Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa
hadapan.


















http://cikgusazali.blogspot.com

4

PROSA MODEN TINGKATAN 5
(PROSA TRADISIONAL)


HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN

Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran Upu Daeng dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan
Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima
saudaranya.
Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadang Upu Daeng Menambun berkahwin
dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.

Bab IV
Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba.
Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudaranya menyerang Panembahan
Agung.
Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke
pengetahuan Panembahan Agung.
Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka
bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.
Upu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis.
Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu
Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan.
Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.
Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa
menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V
Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan
Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya
dan dijadikan isteri.
Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila Sultan Raja Sulaiman menjadi Yang Amtuan Besar, baginda
harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda.
Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri
Siak.
Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang
Amtuan Raja Kecil.
Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan
Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku
Puan.

Bab VI
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng
lima bersaudara.
Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan tahtanya dan Yam
Amtuan Raja Kedah berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan.
Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan
Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul
orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja
Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.
Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam
Amtuan negeri Kedah.
Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan
peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya
kemenangan berpihak kepada orang Bugis.
http://cikgusazali.blogspot.com

5

Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara
seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Bab VII
Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik
perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.
Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi.
Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam
sebuah kampung.
Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan
Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan
adiknya Raden Tengah.
Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan
Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.
Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.


Bab VIII
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan.
Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut
ketibaannya.
Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran
dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.
Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan
Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad
Zainuddin. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX
Khabar berita telah sampai kepada Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah
mangkat.
Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran di
negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala
Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan.
Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka
negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.


Persoalan
Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Nilai
Nilai keberanian. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
Nilai tolong-menolong. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
Nilai menepati janji. Contohnya, Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang dijanjikan
kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan tahta.
Nilai bekerjasama. Contohnya upu Daeng lima bersaudara bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh-musuh
mereka.
Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Contohnya, Raja Sulaiman bermesyuarat dengan
menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman
menentang orang Siak.
Kita hendaklah menepati janji. Contohnya Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang
dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta.

Você também pode gostar