BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN? 1. Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek-objek tajam. 2. Mengeluarkan cermin tingkap dengan jack atau besi. 3. Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi. 4. Mengalih genting bumbung/selepas memecahkan siling rumah. 5. Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah. 6. Menggunakan kunci pendua. 7. Menggunakan tong gas untuk memecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.
LANGKAH PENCEGAHAN 1. Memasang alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga dan selak keselamatan. 2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda. 3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak. 4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah. 5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur. 6. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah. 7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan. 8. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah. 9. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda. 10. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan. 11. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri. 12. Laporkan ke Balai Polis berdekatan semasa pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.
CURI KENDERAAN KERETA DAN MOTOSIKAL Langkah Pencegahan 1. Kenderaan anda hendaklah sentiasa dikunci dan pastikan kunci di bawa bersama. Pasangkan kunci tambahan di bahagian-bahagian penting seperti steering, gear, roda dan clutch. Gunakan rantai atau kunci tambahan pada rim/stand atau handle motosikal anda. 2. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik. 3. Tentukan kereta diletakkan di tempat yang tidak terpencil, dan pada waktu malam diletakkan di tempat yang terang dan berlampu. 4. Sentiasa mengawasi kereta yang diservis atau dibaiki bagi mengelakkan kunci ditiru oleh orang-orang yang tidak dikenali. 5. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jokey kereta. 6. Mengukir nombor pendaftaran di bahagian-bahagian penting atau sand blasting di cermin.