Você está na página 1de 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT BATU

81020 KULAIJAYA
TEL : 07-6512445
JOHOR
FAX : 07-6512445

1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Tuan,
Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2015
1. Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju
untuk melantik anak jagaan tuan / puan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi sesi
persekolahan 2015.
2. Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta untuk melengkapkan borang tawaran seperti yang
dilampirkan. Borang tersebut haruslah dikembalikan kepada Guru Perputakaan dan Media iaituPn.
Noor Su`adah bt Mohd Nawawi selewat-lewatnya hari Jumaat, 11 November 2014 bagi merancang
perjalanan badan pengawas Pusat Sumber Sekolah supaya lebih bersistematik.
3. Pakaian pengawas Pusat Sumber Sekolah adalah seperti lampiran gambar yang disediakan.(Sila
rujuk Lamiran 2)
4. Anak tuan / puan juga dikehendaki memakai vest pengawas Pusat Sumber Sekolah yang
berwarna biru tuai. Vest ini akan ditempah oleh guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah apabila
sesi persekolahan 2015 bermula tahun hadapan. Harga bagi setiap vest ialah RM25.00. Sila
sertakan juga gambar berukuran pasport sebanyak 1 keping apabila pihak tuan / puan membuat
pembayaran kelak.Pembayaran boleh dibuat pada 6 Januari 2015- 13 Januari 2015
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan /puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(En. Nor Azman bin Abdul Rahman)


Guru Besar,
Sek Keb LKTP Bukit Batu,
81020 Kulaijaya,
Johor.

LAMPIRAN 1

TAWARAN BAGI LANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2015

Saya, ______________________________________________________ ibubapa /penjaga


kepada

_______________________________________________________

dari

tahun

__________________ telah bersetuju / tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Tanda tangan ibubapa / penjaga :

______________________________________________

No Kad Pengenalan

______________________________________________

Lampiran 2