Você está na página 1de 3

ANALISIS TUGASAN

(Jahitan Silang Pangkah)

NAMA

: ANIS NASUHA BINTI MOHD AB. AZIZ

Menjahit Jahitan Silang Pangkah

1. Ambil alatan dan bahan yang diperlukan

Fabrik (pakaian)
Pita ukur
Kapur tukang jahit
Jarum peniti
Benang mengikut kesesuaian warna
Snipper / gunting
Jidal
Pencucuk benang
Jarum tangan

2. Tandakan garisan pemadan


-

Tandakan garis pemadan dengan kapur, lipat kelepek mengikut garis pemadan serta
sematkankan jarum peniti.

3. Jahit jahitan sementara


-

Jahit jahitan sementara pada fabrik iaitu jahitan jelujur (sama panjang, panjang
pendek) dan tanggalkan jarum.

3. Mulakan jahitan dengan menyimpul benang atau membuat jahitan kia dua kali ditempat yang
sama.

Cara menyimpul benang:


I.
II.
III.

Pegang hujung benang.


Luruskan benang.
Tarikkan benang untuk membuat simpul

Cara jahitan kia:


i. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.
ii. Jarak mata jahitan antara 3-5mm.
iii. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa
balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

4. Mulakan jahitan silang pangkah


I.

Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1mm seperti
gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 1

II.

Masukkan jarum kedalam kelepek pada C dan keluarkan pada D dengan jarak
1mm .

Gambar rajah 2

III.

Akhirkan mata jahitan dengan dua jahitan kia.

Você também pode gostar