Você está na página 1de 12

6.

ANALISIS
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat bagaimanakah penggunaan Popoboard

dapat membantu murid lemah Tahun 2 untuk menyelesaikan masalah penolakan melibatkan
pengumpulan semula. Analisis data dibuat dengan merujuk kepada ujian pra, sesi intervensi dan
juga ujian pasca. Ujian pra dijalankan terlebih dahulu kepada peserta kajian bagi mengenalpasti
punca kesilapan yang berlaku dalam operasi penolakan meilbatkan pengumpulan semula
sehingga 1000. Kemudian, peserta kajian menjalani empat sesi intervensi. Seterusnya, peserta
kajian

menduduki ujian pasca bagi melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan

Popoboard dapat meingkatkan pencapaian murid lemah Tahun 2 dalam menolak dengan
mengumpul semula.

Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan
temu bual. Kajian ini melibatkan seramai empat orang peserta kajian iaitu dua orang peserta
kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan daripada kelas 2 As-Siddiq Sekolah
Kebangsaan Tanjung Gelam. Dapatan kajian ini dianalisis secara individu mengikut peserta
kajian.

6.1

FARHAN PESERTA KAJIAN 1 (PKI)


Farhan merupakan salah seorang pesrta kajian yang dipilih bagi sesi intervensi. Dia

merupakan murid yang lemah dalam akademik, tidak minat terhadap matematik dan cepat putus
asa dalam melakukan sesuatu pekara. Ketika dalam sesi PdP, Farhan tidak dapat menumpukan
perhatian yang lama, apabila dia hilang mood, dia akan menundukkan kepala dan menconteng
buku latihan. Apabila ditanya, dia berkata dia sudah puas belajar. Dia juga selalu bertanya

bilakah hendak makan atau hendak balik. Ketika sesi latihan, Farhan mengambil masa yang lama
untuk menyalin soalan. Dia juga selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.
Farhan menduduki Ujian Pra untuk mengenal pasti kelemahan dan kesilapan dalam
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Ujian pra ini mengandungi sepuluh soalan
subjektif dan dia perlu menjawab kesemua kesepuluh soalan dalam masa satu jam. Hasil
daripada jawapan yang telah disemak oleh pengkaji, di dapati bahawa Farhan gagal menjawab
kesemua soalan yang diberikan dengan betul. Farhan dapat menukarkan ayat matematik yang
diberi dalam bentuk lazim bahagi tetapi kesilapan utama yang dikenal pasti ialah proses semasa
melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Kesilapan dia pada setiap soalan adalah
sama dan kesilapan ini ditunjukkan pada rajah berikut.

Rajah 7 : Skrip ujian pra Farhan

Rajah 8 : Skrip ujian pra Farhan

Rajah 9 : Skrip ujian pra Farhan

Berdasarkan rajah 7 dan rajah 8, pengkaji mendapati Farhan masih belum dapat
memahami dan menguasai kemahiran menolak dengan mengmpul semula dengan baik. Farhan
juga hanya menulis jawapan secara sembarangan bagi menyelesaikan soalan penolakan dengan
mengumpul semula tersebut tanpa mengetahui jawapan yang ditulis adalah betul ataupun salah.
Hal ini disokong oleh hasil temu bual apabila Farhan menjawab Kite tulis je jawapan tu cikgu,
Tak tahu pon betul ke salah.
Berdasarkan item dalam Rajah 7, Farhan hanya menulis jawapan sifar apabila melibatkan
penolakan terhadap nombor yang lebih besar. Apabila tiga perlu ditolak dengan 7, Farhan terus
menulis jawapan sifar tanpa melakukan proses pengumpulan semula. Hal ini jelas menunjukkan
Farhan langsung tidak memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula.
Merujuk Rajah 8, didapati Farhan secara asasnya boleh melakukan operasi tolak namun
tidak menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan baik. Murid ini jelas
hanya melakukan operasi tolak dengan menolak nombor yang lebih besar dengan yang lebih
kecil tanpa melihat kedudukan nombor tersebut seperti yang berlaku kepada rumah sa (6 1 = 5)

dan juga puluh (7 2 = 5). Ini jelas menunjukkan murid tersebut tidak menguasai kemahiran
mengumpul semula.
Semasa sesi PdP yang dijalankan dalam kelas, pengkaji juga memerhati bahawa Farhan
seorang murid yang sangat aktif dan suga bergerak sekitar kelas dan mengganggu rakan-rakan
yang lain dan bersembang sekaligus menyebabkan Fahrul tidak fokus kepada sesi PdP.
Pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi ke atas Farhan. Kesemua sesi intervensi
ini dijalankan bagi melihat perubahan terhadap penguasaan Farhan terhadap topik penolakan
dengan mengumpul semula. Pada sesi intervensi yang pertama, Farhan telah didedahkan dengan
cara penggunaan Popoboard untuk melakukan proses penolakan dengan mengumpul semula.
Pada sesi ini, pengkaji telah memfokuskan penolakan dengan mengumpul semula melibatkan
dua digit. Pengkaji mendapati Farhan sangat berminat melakukan pengiraan menggunakan alat
tersebut. Farhan tidak mengalami banyak masalah untuk memahami penerangan yang dibuat
oleh pengkaji mengenai cara penggunaan alat tersebut.
Dalam sesi tersebut, Farhan dikehendaki menjawab sepuluh soalan melibatkan penolakan
dengan mengumpul semula dua digit. Farhan berjaya menjawab tujuh daripada sepuluh soalan
tersebut dengan betul. Rajah 10 menunjukkan Farhan sedang menjawab soalan yang diberikan
berkaitan penolakan melibatkan mengumpul semula nombor dua digit.

Rajah 10 : Farhan menjawab soalan menggunakan Popoboard


Di akhir sesi intervensi ini, pengkaji telah mengedarkan satu lembaran kerja yang
mengandungi soalan penolakan dengan mengumpul semula nombor dua digit. Farhan berjaya
menjawab soalan tersebut dengan menggunakan kaedah yang sama seperti ketika menyelesikan
soalan menggunakan alat tersebut. Contoh jawapan Farhan dalam lembaran kerja tersebut
ditunjukkan dalam Rajah 11 dan 12 berikut.

Rajah 11 : Skrip lembaran kerja Farhan

Rajah 12 : Skrip lembaran kerja Farhan

Beberapa hari kemudian, pengkaji telah menjalankan sesi intervensi yang kedua terhadap
Farhan. Dalam sesi yang kedua ini, objektif pembelajaran yang perlu dicapai ialah peserta kajian

dapat menolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor tiga digit menggunakan
Popoboard. Sebelum sesi diteruskan, pengkaji menyoal Farhan adakah dia mengingati alat yang
akan digunakan pada hari ni dan jawapan Farhan ialah ingat cikgu,nama dia Popoboard.
Langkah pertama ialah pengkaji menunjukkan kembali bagaimana alat itu digunakan
dengan memberi contoh soalan menolak dengan mengumpul semula melibatkan tiga digit.
Pengkaji memberi penerangan bagaimana cara menjawab soalan tersebut dengan menyatakan
bahawa cara yang perlu dilakukan adalah sama dengan menolak nombor dua digit. Semasa
penerangan diberi oleh pengkaji, Farhan memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh
pengkaji. Kemudian, pengkaji memberi lima soalan penolakan dengan mengumpul semula dan
meminta Farhan menjawab soalan-soalan tersebut pada Popoboard seperti ditunjukkan pada
Rajah 13.

Rajah 13 : Farhan menjawab soalan menggunakan Popoboard


Semasa sesi latihan dilakukan, Farhan pada mulanya melakukaan kesilapan dalam
melakukan pengiraan dalam soalan yang dierikan. Farhan lupa untuk meletakkan nilai pelengkap
10 bagi nombor tujuh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.

Rajah 14 : Kecuaian yang dilakukan Farhan


Farhan terus menambah nilai dua dengan nilai tujuh. Farhan sepatutnya meletakkan nilai
pelengkap 10 bagi tujuh iaitu +3 terlebih dahulu barulah perlu ditambah dengan dua. Kesilapan
tersebut segera diperbetulkan oleh pengkaji dengan menyuruh Farhan melakukan proses
pengiraan dengan betul dengan memastikan meletakkan nilai pelengkap 10 dalam ruang yang
disediakan terlebih dahulu kemudian barulah melakukan proses pengiraan.
Selepas selesai sesi intervensi, pengkaji menjalankan temu bual bagi memastikan
keberkesanan alat yang digunakan. Pengkaji bertanya kepada Farhan adakah penggunaan alat
tersebut dapat membantu dalam memahami proses penolakan dengan mengumpul semula dengan
mudah. Farhan menjawab Ye cikgu. Kita ganti je nombor hok bawah ni pastu tamboh je..
(TB06 PK01)(B7). Merujuk kepada pasangan pelengkap 10 yang terdapat pada alat seperti
Rajah 16.

Rajah 16 : Pasangan pelengkap 10.


Semasa sesi intervensi ketiga, pengkaji mengulang hasil pembelajarn yang sama seperti
sesi intervensi yang kedua iaitu menolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor tiga
digit. Pengkaji memberikan lima soalan berkaitan topik tersebut. Fakrul berjaya menjawab
kelima-lima item tersebut dengan betul menggunakan Popoboard. Hasil jawapan yang dijawab
oleh Farhan untuk Item 1 bagi soalan 833 ditolak dengan 569 ditunjukkan dalam Rajah 17.

Rajah 17 : Farhan menjawab Item 1 menggunakan Popoboard

Farhan juga mula perubahan sikap dengan lebih bersemangat untuk melibatakan diri
dalam pembelajaran dan mula menunjukkan komunikasi dua hala bersama rakan-rakan apabila
beliau mula membantu peserta kajian lain semasa sesi intervensi dijalankan.
Bagi sesi intervensi keempat, Farhan dibekalkan dengan lembaran kerja.Farhan tidak lagi
diberikan Popoboard. Sepanjang sesi ini berlangsung, Farhan telah dapat mengaplikasikan
penggunaan alat dengan membuat jalan pengiraan yang sama seperti proses pengiraan yang

dilakukan ketika menggunakan Popoboard pada lembaran kerja. Berdasarkan bukti di dalam
Rajah 18 pengkaji mendapati Farhan sangat mahir menjawab soalan yang diberikan. Hal ini
dapat dilihat dengan lebih jelas di mana apabila ditanya, bagaimanakah dia menjawab soalan
yang diberikan jika tidak disertakan alat, Farhan menjawab, Saya kira macam saya kira kat alat
ni la cikgu.

Rajah 18 : Farhan menjawab soalan tanpa menggunakan Popoboard


Selepas itu, pengkaji telah menyoal adakah dia memahami topik penolakan dengan
mengumpul semula dengan menggunakan Popoboard dan Farhan menjawab Senangla guna
cara cikgu ni. Saya faham dah cikgu
Selepas keempat empat sesi intervensi ini selesai, Farhan menduduki ujian pasca bagi
melihat tahap kefahaman Farhan terhadap penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan Popoboard. Ujian ini dijalankan selama satu jam yang mengandungi sepuluh
soalan subjektif. Soalan soalan yang diberi adalah sama dengan soalan pada ujian pra. Ini
adalah untuk melihat perbandingan antara jawapan yang berjaya dijawab oleh Farhan semasa
ujian pra dan ujian pasca. Rajah 19 menunjukkan skrip jawapan Farhan pada ujian pasca. Farhan
berjaya menjawab kesemua item pada ujian pasca dengan betul

Rajah 19 : Skrip jawapan Farhan pada ujian pasca.


Dari segi penulisan pula, didapati tulisan Farhan lebih kemas dan tersusun berbanding
sebelum sesi intervensi dijalankan. Farhan juga didapati lebih aktif dan suka mencuba. Hal ini
terbukti apabila pada akhir sesi, Farhan bertanya, Cikgu..bagi soklan lain pulok cikgu. Rajah
20 menunjukkan perbandingan antara dua ujian yang telah diduduki oleh Farhan iaitu semasa
ujian pra dan ujian pasca.

Ujian

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

10

Pra

Pasca

Jadual 1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos


Berdasarkan jadual 1 diperhatikan bahawa Farhan membuat banyak kesalahan dan
mendapat markah rendah dalam Ujian Pra. Pencapaian Farhan berbeza dengan Ujian Pasca iaitu
pencapaiannya telah meningkat dengan tiada kesalahan yang dilakukan pada ujian pasca.
Peningkatan ini menunjukkan bahawa Farhan telah berjaya menguasai kemahiran menolak
dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Penguasaannya boleh ditingkatkan lagi dengan
melakukan lebih banyak latihan dan membuat penambahbaikan dari segi pendekatan oleh
pengkaji. Setelah Farhan selesai menjawab Ujian Pasca, pengkaji menjalankan sesi temu bual di
mana pengkaji bertanya kepada Farhan adakah dia akan menggunakan kaedah yang diajar ini
apabila diberikan soalan yang lain. Farhan menjawab, Mestilah cikgu.. cara cikgu ni mudah
dari bahagi biasa. Pengkaji juga menyoal kaedah mana yang akan dipilih untuk di jawab dalam
peperiksaan dan jawapan Farhan kaedah macam dalam Popoboard ni cikgu sebab senang.
Kesimpulanya, setelah sesi intervensi dan ujian dijalankan, pengkaji dapat merumuskan
bahawa Farhan dapat memahami kaedah baru yang diperkenalkan ini dan mengaplikasikannya
semasa melakukan pengiraan.

Você também pode gostar