Você está na página 1de 4

Apa yang jelas , terdapat dua perkara asas dalam ayat tadi.

Pertama, kepimpinan bukan sekadar


perjanjian antara pemimpin dengan orang bawahan, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara
pemimpin dengan Allah SWT. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam
melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Sikap-sikap pemimpin yang perlu diterapkan di dalam pimpinan khususnya di dalam bidang
pendidikan berdasarkan contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah:
Megwujudkankan pimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada sunnah
Rasulullah s.a.w, di antara ayat-ayat perintah Allah:
Maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru
kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan
perintah , yang zahirnya menunjukkan wajib, perkataan "mereka itulah orang yang beruntung"
menunjukkan Fardhunya tugas tersebut yang merupakan fardhu kifayah iaitu bilamana sebahagian
umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
Maksudnya:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan
sembahyang ..." (Al-Taubah: 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan diri mereka untuk
menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu
telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan. Hal ini jelas melalui sabda Rasulullah
s.a.w:
"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang
munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (maksud hadith
riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.)
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak
mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara'
meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin. Perkara yang
"mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan
kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat salah
satunya bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali
pernah berkata:
Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah usaha yang paling agung dalam agama.
Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan
amar makruf nahi mungkar, tidak mahu memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti

keNabian ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah, kerusakan
akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan hancur, dan manusia akan
binasa. (Al-Ghazali, Ihy Ulm ad-Dn, jil 2: 306).

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa


"yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang
wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan
menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya
merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam
mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan
dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan
tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh


Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu
digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk
kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang
digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah
merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke
Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan
rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah
kepada perkara yang menjadi tujuannya.
Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara
seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah
memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak
tercapai matlamatnya.
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan
mungkar. Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam manamana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya
akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada
dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan
dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran
dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesankesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah
masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan
tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang
munkar.

Contoh Allah berfirman:


Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu'
dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada
berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya

dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang
yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya:
Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni)
yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)
Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke
dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang
berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya
adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja,
sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu
pimpinan.
Seluruh pemimpin di pelbagai peringkat perlu mempunyai ciri-ciri antaranya:
1. Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan yang benar.
Dalam konteks umat islam,pemimpin islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan akidah
dan perjuangan islam sebenar.Mereka bukan pengikut fahaman asabiah jahiliah atau fahaman islam
liberal atau fahaman islam yang lain.Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-zuhruf ayat
43:





"Dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-quran yang telah diwahyukan
kepadamu,kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus".
2.Penghayatan budaya ilmu.
Syarat ini amat perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin.Segala tindaktanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana cabaran
globalisasi hari ini.Firman allah dalam az-zumar ayat 9:


"Katakanlah :" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui?."Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna".
3.Mengikut syariat dan akhlak islam.
Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan islam dan boleh terus memegang amanah kepimpinan
selagi ia mengikut perintah allah.Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh kepada adabadab islam khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya.Firman allah subhanahu wataala dalam
surah al-ahzab ayat 36:





"Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila allah dan rasulnya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum allah dan rasulnya
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".
4.Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik.
'As-samahah' iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,bersedia

mendengar,menerima pandangan,berbincang,menerima teguran dan mengamal pentadbiran dengan


cara ia memiliki keyakinan diri,kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandanganpandangan dan saranan orang lain.Firman allah dalam surah az-zumar ayat 18:




"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama),mereka itulah orang-orang yang diberi
hadiah petunjukkan oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjuk oleh allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna".

5. Pemimpin yang sentiasa bermuhasabah.


Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas dan
tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.Tujuan
penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat
kejayaan-kejayaan yang boleh dipertingkatkan.Saidina umar r.a berkata:
"muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab".
6. Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri.
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang perhatian terhadap kepentingan rakyat umum.Dalam
melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan kepentingan
umum.Firman allah dalam surah al-hasyr ayat 9:



"Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka
sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang
menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orangorang yang berjaya".

Você também pode gostar