Você está na página 1de 6

Seperti yang telah kita diketahui Angkor Wat dianggap sebagai salah sebuah daripada

Wonders of the Ancient World. Pada mulanya, Angkor Wat telah dijumpai oleh Mouhot,
Peranchis pada tahun 1880-an. Kemudian, Angkor Wat telah dibina oleh Raja Suryavarman II
pada pertengahan abad ke 12. Suryavarman sebenarnya anak raja Melayu daripada sebuah
kerajaan Melayu iaitu Tambralinga yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu atau lebih
tepat lagi dikatakan bahawa di Ligor atau sekarang dalam wilayah Nakhon Sri Thammarat.

Dikatakan bahawa pada ketika itu Kerajaan Tambralinga baru sahaja berjaya
membebaskan diri daripada penguasaan Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang.
Srivijaya dikatakan telah agak lemah kerana serangan daripada kerajaan Chola. Suryavarman
dianggap sebagai penakluk paling agong pada zamannya. Beliau muncul dalam sejarah Kemboja
apabila berlakunya krisis takhta dalam Istana Angkor. Ia telah menjadi sebuah pusat penyebaran
agama Buddha Theravada di Asia Tanggara dan buktinya sehingga sekarang masih banyak kuilkuil peninggalan kerajaan tersebut dapat dilihat.

Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran
Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat
merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Angkor Wat dibina dengan menyerupai
sebuah kota kerana ia dibina sebagai satu representasi dunia makro kosmos yang lebih luas. Ia

merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan
tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Tujuan Angkor Wat dibina adalah untuk tujuan
penyembahan, pengkebumian raja atau memperingati sejarah keturunan dan salasilah mereka.
Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan
gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu
menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan
Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks
Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara,
dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.

Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding
dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke
Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh
tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui
pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam
dewa-dewa. Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran
Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara
berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad
ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.

Manakala kerajaan Kemboja pula merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan
bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.
Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja
merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada
adab- ke-11 hingga abad ke-14. Kemboja merupakan sebuah kerajaan tertua pengaruh Hindu di
mana rakyatnya dikenali sebagai orang Khmer (lebih kurang 6.5 juta orang), berugama Buddha
dan berbahasa Mon-Khmer. Kemboja terdiri daripada pelbagai kaum asing termasuk orang
Melayu dan orang Cam yang menganuti agama Islam, mereka ini juga dikenali sebagai orang
"Khmer Islam" atau orang "Cam-Jva". Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai
seluruh Semenanjung Indochina. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama
Buddha Thevarada.

Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di

kalangan kaum peribumi.

Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonl
Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya. Orang
Melayu dan orang Cam menetap di kawasan-kawasan seperti Kompot, Kampong Cham, di
sepanjang sungai Tonl Thom (dari Krati hingga Phnom Penh), Sungai Tonl Sap (Chraing
Chamres, Khleang Sbk dan Kampong Luong), Pursat, Battambang, Sungai Basak (Tonl
Basak) dan juga di kawasan persekitaran bandar Phnom Penh terutamanya di Chroy Changvar
yang merupakan sebuah pulau yang dipetikan dari istilah Jva Changvar bermakna Tanjung
Melayu.

Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut
Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan
semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan. Ditinjau pada
zaman silam, Kemboja yang pernah wujud sebagai sebuah Kerajaan bertamadun tinggi dan kuat
pengaruhnya di Asia Tenggara, di antaranya Funan (pada awal abad pertama), Chenla (abad ke
6) dan Angkor (abad ke 9). Kerajaan ini pernah menguasai sebahagian daripada Tanah Besar
Asia Tenggara, iaitu Indochina, Siam sehingga ke utara Tanah Melayu termasuk Langkasuka.

Sejarah Kemboja sebelum kedatangan penjajah Perancis boleh dibahagikan kepada tiga
zaman, iaitu zaman sebelum Angkor (awal abad pertama - akhir abad ke 8), zaman Angkor (abad
ke 9 - dekad pertama abad ke 15), dan zaman selepas Angkor (abad ke 15 - pertangahan abad ke
19). Pada zaman yang dua pertama, sejarahnya bersumberkan epigraphy dan catatan-catatan
Cina, manakala zaman yang ketiga bersumberkan epigraphy, kronik Di Raja Kemboja, dan
catatan pengembaraan orang-orang barat seperti orang Sepanyol, Portugis, Belanda, Inggeris dan
Perancis.

Angkor Wat telah dibina untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan
Suryavarman II. Ekoran kejayaannya dalam peperangan dengan Champa dan menyatukan
Kampuchea, Suryavarman II telah membina Angkor Wat. Monuman juga menonjolkan warisan
khususnya seni bina yang kuat dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha. Rintisan rancangan dan
pembangunan kuil bermula pada separuh pertama abad ke-12 Masihi, pada masa pemerintahan
raja Suryavarman II (memerintah 1113 - sekitar 1150). Pada 1177, kira-kira 27 tahun selepas
kematian Suryavarman II, Angkor diserang oleh bangsa Champa, musuh tradisional bangsa
Khmer. Kemudian, kerajaan Khmer dipulihkan kembali oleh raja baru Jayawarman VII, yang
mendirikan ibu kota baru di Angkor Thom kuil kerajaan baru di Bayon, yang terletak beberapa
kilometer di utara Angkor Wat.

Pada akhir abad ke-13, Angkor Wat perlahan-lahan dialih fungsikan dari kuil Hindu
menjadi kuil Buddha Theravada, hal ini berlangsung sehingga kini. Salah satu pengunjung Barat
perintis, Katolik Portugis yang mengunjunginya pada tahun 1586 yang menyatakan "sebuah
bangunan yang luar biasa yang tidak mungkin digambarkan dengan pen, kerana tidak ada
bangunan lain di dunia ini yang menyerupainya. bangunan ini mempunyai menara dengan
hiasan yang sangat halus dan indah yang hanya boleh dicipta oleh manusia genius."

Pada pertengahan abad ke-19, kuil ini dikunjungi oleh saintis dan peneroka Perancis,
Henri Mouhot, yang memperkenalkan laman ini ke dunia Barat melalui catatan perjalanannya.
Mouhot, seperti kebanyakan pengunjung Barat, sukar mempercayai bahawa bangsa Khmer
mampu membina kuil semegah ini.

Sejarah sebenarnya dari Angkor Wat secara perlahan

dirangkaikan kembali melalui mempelajari gaya pembinaan serta bukti epigrafi tertulis pada
prasasti, dilanjutkan dengan pembersihan di sekitar tapak Angkor. Penggalian di sekitar tapak
Angkor Wat tidak dapat ditemui peninggalan penempatan seperti bekas rumah kediaman atau
bukti kediaman lain seperti perabot memasak, senjata, atau bekas pakaian yang biasa dijumpai di
tapak purbakala. Hanya tugu inilah yang ditemui di kawasan ini.

Warisan kesenian yang agung dari Angkor Wat dan monumen Khmer lain di kawasan
Angkor telah mendorong Perancis untuk memasukkan Kemboja sebagai negeri naungan Perancis
pada 11 Ogos 1863 dan menyerang kerajaan Siam untuk merebut kawalan atas kawasan
runtuhan angkor ini. Hal ini mendorong Kemboja untuk merebut kembali kawasan di sudut barat
laut yang berada di bawah penjajahan Siam sejak tahun 1351 (Manich Jumsai 2001), atau

menurut sumber lain, 1431 Kemboja meraih kemerdekaan dari Perancis pada 9 November 1953
dan sejak saat itu menguasai kuil Angkor Wat.

Você também pode gostar