Você está na página 1de 7

8.

0 ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU

8.1 Kaedah Tradisional: Marsden, Winstedt dan Zaba

Kajian tatabahasa beraliran tradisional (tradisional grammar) telah bermula sejak zaman
Yunani, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman ini, kajian bahasa merupakan
cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli falsafah Yunani yang menyelidiki tabii alam.
Antara ciri-ciri yang terdapat dalam aliran ini ialah:

Penguasaan
bahasa tulisan
lebih daripada
bahasa lisan

Huraian aturan
bahasa bersifat
normatif dan
preskriptif

Huraian bahasa
berdasarkan
makna dan logika
(menurut falsafah
Yunani)

Dalam konteks negara kita, beberapa orang tokoh bahasa telah melakukan kajian
tatabahasa Melayu berteraskan aliran tradisional. William Marsden (1754M 1836M)
merupakan tokoh tatabahasa Melayu yang mula-mula mengkaji tatabahasa Melayu di
Malaysia pada tahun 1812 melalui bukunya A Grammar Of The Malayan Language. Tokoh
ini merupakan orang pertama yang memperkenalkan sistem ejaan rumi. Marsden telah
membuat deskripsi bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi beracuankan tatabahasa
bahasa Inggeris. Marsden mengatakan bahawa terdapat 28 abjad yang terdapat dalam
bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab dan enam abjad baharu dibina hasil
daripada pengubahsuaian abjad bahasa Arab.

Beliau juga mendeskripsi penggunaan tiap-tiap abjad dalam perkataan dan


menamakan abjad-abjad itu seperti konsonan yang menyamai sistem bahasa Arab.
Seterusnya, Marsden mendiskripsikan sistem pervokalan bahasa Melayu yang disimbolkan
dengan penggunaan tanda-tanda baris. Selain itu, Marsden juga tidak ketinggalan
membincangkan tanda-tanda ortografi dalam sistem tulisan jawi bahasa Melayu seperti jezm
(tanda mati), tasydid, hamzah, meddah (panjang pendek) dan angka. Marsden telah
membahagikan ayat bahasa Melayu kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
seru dan ayat perintah. Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan
keterangan.

R.O. Winstedt telah mengkaji bahasa Melayu pada tahun 1913 menurut kaedah
huraian tatabahasa tradisional. kajian ini telah diterbitkan melalui bukunya yang bertajuk The
Malay Grammar. Kajian beliau berdasarkan kajian yang dibuat oleh Marsden dan
Shellabear. Oleh itu, tidak banyak perkara baru yang diperkatakan kecuali tentang tiga teori
yang berkaitan dengan penggunaan huruf saksi oleh tukang tulis jawi yang berpendidikan
Arab dan kemunculan penggunaan hamzah. Selain ejaan jawi, beliau juga memperkatakan
tentang ejaan rumi bahasa Melayu.
Zaba, seorang tokoh bahasa tempatan yang tersohor pada tahun 1940 telah menulis
buku yang bertajuk pelita bahasa Melayu jilid I, II dan III. Pelita bahasa Melayu penggal I
merupakan buku tatabahasa pertama yang dihuraikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Zaba telah mendeskripsikan sistem tulisan jawi yang diguna pakai dalam bahasa Melayu
dengan membincangkan sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem vokal
dalam jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan
intonasi perkembangan penggunaan abjad alif, wau dan ya, penggunaan abjad alif dan
hamzah dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Zaba seterusnya
menerbitkan buku daftar ejaan Melayu jawi-rumi pada tahun 1949 sebagai panduan dan
rujukan.

8.2 Struktural: Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan

Pada pertengahan abad ke-20, muncul aliran baru dalam kaedah huraian bahasa yang
dinamakan aliran struktural. Struktural adalah berasaskan kata dasar struktur yang
berhubung dengan bentuk. Sejarah kemunculan aliran ini dikaitkan dengan tumbuhnya
linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika. Aliran ini muncul
sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah huraian bahasa yang dilakukan
oleh aliran tradisional. aliran struktural berusaha menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa
bersandarkan analisis deskripsi struktur ayat. dengan kata lain, aliran ini menganalisis kata
dibentuk dan bagaimana kata tersebut digunakan secara bersama semasa membentuk
ayat. tatabahasa ini berfokus kepada bentuk bahasa, misalnya menekankan ayat yang
terdiri daripada kata nama dan kata kerja.

Tatabahasa struktural juga menganalisis secara struktural tentang kata dan


pembentukan kata bagi mengenal pasti frasa kerja. Aliran struktural ini berpendapat bahawa
bahasa sebenar ialah bahasa lisan dan harus dikaji sebagai lambang pertuturan. Malahan,
bahasa dihuraikan secara deskriptif dan kajiannya bersifat saintifik dan emperikal. Bahasa
yang dianalisis dari aliran ini bermula daripada bunyi, diikuti oelh morfem, frasa, klausa dan
ayat, termasuk juga unsur-unsur suprasegmental. Struktur setiap unit bahasa dihuraikan
tanpa kaitan dengan aspek keseluruhan bahasa. Huraiannya bersifat formal dan tidak
mempertimbangkan ciri psikologi, logik dan metafizik.
Tatabahasa aliran struktural mula diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887
1949) dan hasil kerja oleh Edward Sapir (1884 1939). Buku beliau yang berjudul
Langguange menjadi rujukan standard bagi mereka yang mendalami bidang linguistik
mengikut aliran ini. Beliau telah memperkenalkan sebuah sekolah pemikiran yang kemudian
dikenali sebagai linguistik struktural Amerika.

Asmah Haji Omar merupakan salah seorang pelopor kajian tatabahasa bahasa
Melayu. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah. Pendidikan awal dan
menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di universitas Indonesia
dan memperoleh sarjana muda dan sarjana sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran hingga mendapat ijazah kedoktoran dari University Of London dalam bidang
General Linguistics. Asmah merupakan Profesor Kerusi Tamadun Melayu Zaba dan
Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiit Pendidikan Sulatan Idris, Tanjong Malim,
Perak. Beliau menjadi tenaga pengajar di universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga
persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.

Di samping itu, beliau telah memuatkan kajian yang menggunakan acuan aliran
struktural melalui bukunya bahasa Melayu kini pendekatan struktural. Walau bagaimanapun,
Asmah juga menjalankan kajian tentang bahas-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak.
Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa tersebut seperti The Iban
Language Of Sarawak: A Gramamatical Description, sebuah tesis kedoktoran yang
diserahkan kepada University Of London pada 1969 dan diterbitkan oleh DBP pada tahun
1981.

Abdullah Hassan juga merupakan salah seorang pengikut aliran struktural. Beliau
adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pendidikan. Beliau berpendapat bahasa Melayu berupaya menghimpun memori
bangsa berperanan dan sebagai pemangkin kreativiti peribumi. Beliau juga merupakan ahli
seumur hidup persatuan penterjemah Malaysia dan persatuan linguistik Malaysia. Pada
masa ini, beliau merupakan presiden persatuan penterjemah Malaysia.

8.3 transformasi generatif nik safiah, hashim musa dan abdul hamid mahmood

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh linguistik tanah air
yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Nik Safiah Karim telah dilahirkan
pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Kota Baharu, Kelantan. Dalam bidang
akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan
Kota Baharu. Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu,
Damansara, Kuala Lumpur. Setelah itu, beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka
sehingga lulus higher school certificate pada tahun 1959. Pada tahun 1956, beliau
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam linguistik dari Universiti
Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam
bidang linguistik dari Ohio University, USA.

Kepakaran beliau telah menjadikan beliau sebagai pakar rujuk bahasa Melayu.
Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian
Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan ini, maka beliau telah menjadi
salah seorang pengasas persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden
selama 18 tahun. Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberi anugerah dan bintang.
Pada tahun 1989 , beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun
1995 Johan Mangku Negara (JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN)
yang membawa gelaran Datuk.

Profesor Dr. Hashim bin Haji Musa dilahirkan di negeri Kelantan pada 10 September
1945. Pada tahun 1996, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kuala Lumpur.
Seterusnya pada tahun 1972, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan
mendapat kelas kedua atas dalam pengajiannya. Kemudian, pada tahun 1975 beliau
melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Pada tahun 1980, beliau
meneruskan lagi pengajiannya di University of California, Berkeley, Amerika. Seterusnya
pada tahun 1987, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Cairo dalam bahasa Arab.
Akhirnya, pada tahun 1988 beliau berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Beliau telah menulis tidak kurang daripada 30 buah buku yang berkaitan bidang
bahasa Melayu seperti Tatabahasa Bahasa Melayu; Huraian Berdasarkan Rumus Struktur
Frasa pada tahun 1990 terbitan Agensi Penerbitan Nusantara, Kuala Lumpur. Pada tahun
1994 pula, beliau menulis buku bertajuk pengantar Falsafah Bahasa terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur. Beliau juga menulis buku bertajuk Epigraphy Melayu: Sejarah
Sistem tulisan bagi Bahasa Melayu pada tahun 1997. Buku mutakhir beliau yang berjudul
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang ditulis bersama beberapa orang tokoh bahasa Melayu
juga adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dilahirkan pada 1 Ogos 1945 di Kampung
Dewan Beta, Kota Baharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Dewan Beta, Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu dan kemudian di Sekolah
Datok Abdul Razak (SDAR), Tanjong Malim, Perak. Semasa belajar di SDAR beliau pernah
menjadi ketua pelajar pada tahun 1961. Pada tahun 1964 1965, beliau mengikuti kursus
perguruan di Language Institut, Lembah Pantai. Pada tahun 1969, beliau melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaya. Beliau kemudian mengikuti kursus bagi menyiapkan tesis
Ph.D di University of California, Berkley, Amerika Syarikat.

Dalam bidang penerbitan, beliau bergiat aktif dalam penyelidikan dan penulisan
tentang bahasa dan linguistik Melayu. Beliau telah menerbitkan tidak kurang daripada 20
buah buku dan 130 artikel tentang bahasa dan linguistik Melayu. Antaranya ialah
Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Ayat Pasif Bahasa Melayu (1992), Betulkan Kesalahan
Bahasa Anda (1992) dan Sintaksis Dialek Kelantan (1994).

Você também pode gostar