Você está na página 1de 3

Buku : Isu-isu terpilih dalam sejarah pemikiran : Sumbangsih kepada Dr Abdul Rahman

Abdullah

Editor : Azlizan Mat Enh

Karisma Publications Sdn Bhd

Pertama kali diterbitkan 2009

Globalisasi, Pro & Kontra

Kelompok yang berpegang kepada liberalisme atau pluralisme menganggap globalisasi sebagai
produk terakhir sejarah manusia. Golongan liberal percaya, kesempurnaan manusia dan demokrasi
sebagai alat untuk memacu kemajuan. Demi mencapai progress, pelbagai pihak perlu memainkan
peranan dan negara bukanlah satu-satunya actor politik. Kelompok lain seperti korporat multi-
nasional boleh berperanan sebagai actor transnasional. Justeru, organisasi-organisasi antarabangsa
juga penting, bahkan termasuk kumpulan yang mereka labelkan sebagai teroris. Liberalisme melihat
persoalan ekonomi, alam sekitar dan isu teknologinyang perlu mendominasi globalisasi dan
bukannya isu ketenteraan atau imbangan kuasa. Jadi, keabsahan negara bukan lagi penting dan
negara tidak akan memonopoli kekuasaan bahkan perlu bermuafakat dengan actor-aktor lain.
Hujah-hujah lain yang turut menyokong tentang wujudnya globalisasi ialah ;

 Transformasi ekonomi dunia begitu hebat. Negara-negara didunia bukan lagi unit yang
terpencil atau terpisah. Bahkan negara tidak lagi dapat mengawal ekonomi mereka daripada
ekonomi dunia semakin bergantungan terutama akibat perkembangan perdagangan dan
kewangan.
 Sistem komunikasi telah mengalami revolusi. Meskipun kita hidup dalam dunia yang berbeza
lokasi diseluruh dunia tetapi peristiwa yang berlaku diserata ceruk dunia cepat tersebar.
Komunikasi elektronik jelas Berjaya membentuk kumpulan sosial pekerja baru menerusi
peralatan canggih tanpa wayar.
 Kewujudan budaya global kesan daripada kehidupan kota-kota yang seragam baik dari segi
arkitektur, insfrastruktur dan rutin kehidupan masyarakat.
 Masa dan ruang telah dipecahkan terutama kesan tindakan sosial transnasional dan politik.
 Berkembangnya budaya cosmopolitan dan manusia mula ‘berfikir global dan bertindak
lokal’.
Meskipun ada banyak pihak yang terpukau dengan idea globalisasi tidak kurang pula yang
menentang malah menganggapnya mitos. Ini termasuklah badan-badan anti globalisasi dan
pemikir-pemikir terkemuka termasuklah golongan realisme. Hal iniberlaku, terutamanya kerana
golongan realis terus menganggap negara sebagai actor utama pentas dunia. Actor-aktor lain
seperti korporat multi-nasional pun mesti bekerja dalam hubungan kerangka negara. politik
dunia sebenarnya memperlihatkan perjuangan untuk mendapat kuasa antara negara bagi
mencapai kepentingan maksimum setiap negara. Hasilnya mekanisme yang dipangggil imbangan
kuasa diamalkan. Politik dunia juga adalah mengenai tawar-menawar dan perikatan antara
negara yang menjadi mekanisme penting. Selain itu, kepentingan membina kekuatan tentera
sendiri penting, justeru mewujudkan kerjasama tentera demi mempertahankan kedaulatan
negara juga penting.

Berasaskan kerangka pemikiran realisme, maka teori globalisasi dianggap sebagai mitos.
Teori globalisasi ditempelak sebagai teori yang tidak memahami sejarah secara mendalam.
Antara hujah-hujah lain yang menentang teori ini ialah;

 Ekonomi antarabangsa sekarang tidaklah unik sepanjang pengalaman sejarah. Ekonomi


antarabangsa yang lebih terbuka sejak imperialisme baru pada era 1874-1914
 Syarikat-syarikat transnasional yang berdagang diperingkat antarabangsa. Setakat ini,
tidak ada kecenderungan kegiatan syarikat antarabangsa
 Tiada ada anjakan dari segi kewangan dan modal dari negara maju ke negara mundur.
Pelaburan langsung lebih bertumpu dibegara-negara maju. Manakala ekonomi dunia
pula tidak bersifat global keran lebih tertumpu ditiga blok negara; EROPAH , Amerika
Utara dan Jepun
 Teori globalisasi yang amat menekankan revolusi teknologi mungkin sesuai di Barat.
Masih adal lagi manusia didunia ini yang tidak pernah menggunakan telefon mungkin
untuk seumur hidup mereka. Dengan itu, sebenarnya teori ini melebih-lebihkan
tafsiran.
 Jika kuasa negara lemah, siapakah yang berkuasa? Adakah syarikat-syarikat besar
seperti IBM atau ESSO? Jika negara lemah siapakah yang akan mengawal demokrasi?
Jelas peranan negara, masih penting.
 Globalisasi wujud kerana kejayaan ekonomi Barat tetapi paradoknya negara-negara lain
seperti China, India, Malaysia dan Singapura juga turut menempa kejayaan.
 Golongan Marxis beranggapn globalisasi muncul sebagai satu lagi peringkat atau tahap
perkembangan kapitalisme liberal; dan globalisasi akan menjadikan ekspoitasi kapitalis
lebih berkesan. Tetapi tafsiran sehala ini, bersifat materialisme semata sedangkan nilai-
nilai lain terus wujud dan penting dalam kehidupan manusia.

Manusia yang menganggap dunia akan menjadi seragam mengikut acuan Barat semata-
mata adalah tidak benar. Golongan konstruktivisme yang muncul pada dekad 1980-an dan
semakin berpengaruh pada dekad 1990-an beranggapan manusialah yang membentuk dan
terus membentuk semula masyarakat dunia. Jadi yang berperanan sebagai agen perubahan
adalah manusia.

Você também pode gostar