Você está na página 1de 37

KEMAHIRAN

BERKOMUNIKASI
TAJUK 1
ASAS KOMUNIKASI

Objektif Topik

Selepas mempelajari topik ini, pelajar dapat:

Menghuraikan definisi komunikasi.

Menerangkan bentuk-bentuk komunikasi.

Membincangkan bidang-bidang
komunikasi.

Mengenal pasti halangan-halangan dalam


komunikasi.
2

ASAS KOMUNIKASI
ASAS KOMUNIKASI
DEFINISI DAN PROSES

BENTUK-BENTUK

BIDANG-BIDANG

HALANGAN-HALANGAN

KOMUNIKASI

KOMUNIKASI

KOMUNIKASI

KOMUNIKASI

DEFINISI KOMUNIKASI

James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989)


komunikasi ialah satu cara manusia
berhubung yang melibatkan pengertian
atau maksud yang dikongsi, dengan syarat
mereka perlu bersetuju dengan definisi
istilah-istilah yang digunakan berdasarkan
sesuatu yang simbolik seperti isyarat,
huruf, nombor, dan perkataan yang
melambangkan atau menyerupai idea-idea
yang dapat menyampaikan maksud.
4

DEFINISI KOMUNIKASI

S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya


Communication in Business (l983)
mendefinisikan komunikasi sebagai
pertukaran idea, pendapat, maklumat,
perhubungan dan sebagainya yang
mempunyai tujuan dan dipersembahkan
secara peribadi atau tidak peribadi melalui
simbol atau isyarat yang bertujuan untuk
mencapai matlamat organisasi.
5

DEFINISI KOMUNIKASI

Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri,


1997) komunikasi ialah seni memindahkan
maklumat, idea, dan sikap daripada
seseorang kepada seseorang.
Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa,
komunikasi bermula apabila satu mesej
(maklumat) daripada pengirim (penutur,
penulis) dipindahkan menerusi alat atau
saluran tertentu kepada penerima
(pembaca, pendengar) yang kemudiannya
memberikan maklum balas (mengekod dan
mentafsir) mesej tersebut.
6

RUMUSAN
DEFINISI KOMUNIKASI

Proses pertukaran idea dan maklumat


antara dua individu atau lebih, dengan
maksud untuk berkongsi maklumat dan
pengalaman bagi mencari persamaan.
Pertukaran idea ini boleh berlaku secara
lisan atau tulisan ataupun dengan
menggunakan pelbagai deria yang ada
pada manusia.
7

Proses Komunikasi Lisan


Situasi

Mesej
Maklumbalas
Mesej

Maklumbalas
Penyampai/
Pendengar

Pendengar/
Penyampai

ASAS KOMUNIKASI
BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

BENTUK-BENTUK
KOMUNIKASI
KOMUNIKASI KOMUNIKASI KOMUNIKASI KOMUNIKASI
ISYARAT
LISAN
TULISAN
VISUAL
10

Komunikasi Isyarat

Mempunyai makna
tertentu yang dilahirkan
melalui bunyi, gerakan
bahasa badan, memek
muka, objek atau
sebarang reka bentuk .

11

Komunikasi Lisan

Berlaku apabila terdapat dua atau tiga


komunikator duduk secara bersemuka atau
dalam peristiwa bahasa seperti perbualan
dalam telefon, atau tele-sidang.

12

Komunikasi Lisan
Komunikasi Lisan
Perbualan tanpa dirancang

Perbualan yang dirancang


secara tidak formal

Perbualan
melalui telefon

Mesyuarat

Proses
Pengajaran dan pembelajaran

Temu duga

Pengucapan Awam

Pembentangan
Kertas Kerja

Taklimat

Diskusi

Perbahasan/Debat

Deklamasi Puisi

13

Komunikasi Tulisan

Komunikasi Tulisan
surat

minit mesyuarat

surat pekeliling

memo

kertas kerja

laporan

pengumuman

internet

buku
14

Komunikasi Tulisan

Bersifat komunikasi interpersonal


(interperibadi).
Penulis perlu berfikir sebelum dan semasa
menulis sesuatu mesej kerana pembaca tidak
dapat berkomunikasi secara langsung atau
menghubungi penulis.

15

Komunikasi Visual

Komunikasi yang menggunakan


imej-imej visual, gambar, lukisan
atau ilustrasi
Komunikasi visual dapat
menyampaikan maklumat dan idea
dalam pelbagai bentuk yang menarik
dan mudah difahami.
Contoh iklan, filem, kartun dan lainlain.

16

Komunikasi Grafik

Mesej-mesej disalurkan
kepada audien dengan
menggunakan permukaan
rata.
Dua jenis imej digunakan
iaitu gambar atau imej
visual atau ilustrasi atau
teks.
17

Imej Bergerak

Seperti filem, VCD, merupakan


perkakasan yang digunakan.
Merupakan kombinasi imej
visual, teks dan audio yang boleh
menyampaikan mesej dengan
cara yang lebih realistik dan
menarik.

18

BIDANG-BIDANG
KOMUNIKASI

19

Bidang-bidang Komunikasi
KOM
KOM INTRA- KOM INTER- KOM
ANTARAPERSONAL
PERSONAL
KUMPULAN
BUDAYA

KOM
ANTARABANGSA

KOM MASSA

20

Komunikasi Intrapersonal (Intraperibadi)

Komunikasi yang berlaku di dalam diri


seseorang.
Seseorang yang sedang berfikir tentang
sesuatu perkara sebenarnya ia sedang
dalam proses berkomunikasi dengan
dirinya.
Kita sering bermonolog dengan diri kita
untuk membuat pilihan, keputusan,
memberikan sebab dan akibat.
21

Komunikasi Interpersonal (Interperibadi)

Komunikasi antara individu.


Proses komunikasi yang melibatkan
dua orang atau lebih.
Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa
menggunakan sebarang perantaraan
atau saluran tertentu
Ia juga berlaku dalam keadaan yang
tidak formal dan bersahaja.
22

Komunikasi Kumpulan

Berperanan membuat
keputusan dan dipatuhi oleh
semua ahli.
Berlaku dalam bentuk
formal dan tidak formal.
Contoh seperti mesyuarat.

23

Komunikasi Antarabudaya

Komunikasi yang berlaku antara


individu yang berlainan budaya
Kesalahan mentafsir dalam
komunikasi jenis ini akan
mencetuskan pelbagai situasi yang
tidak menyenangkan
Contohnya, di Malaysia terdiri
daripada pelbagai bangsa yang
mempunyai pelbagai budaya.
24

Komunikasi Antarabangsa

Adalah lanjutan daripada


komunikasi antarabudaya.
Membincangkan pola
pengaliran maklumat dari satu
bahagian dunia kepada
bahagian dunia yang lain

25

Komunikasi Massa

Komunikasi yang berlaku untuk


sebaran umum dengan
menggunakan alat-alat media
massa seperti akhbar, majalah,
radio, televisyen, buku dan risalah.
Berbentuk sehala dan jika berlaku
tindakbalas ia mengambil masa dan
tidak sepantas interpersonal.
26

HALANGAN-HALANGAN
DALAM KOMUNIKASI

27

Pengenalan

Proses komunikasi interpersonal merupakan


satu kitaran, iaitu tidak bersifat sehala, maka
kemungkinan berlaku halangan yang memberi
kesan kepada pembentukan makna kepada
penerima atau penyampai mesej.

28

Jenis-jenis halangan
Komunikasi sehala
Prasangka
Masalah semantik
Perbezaan Pengalaman dan Pekerjaan
Sikap Individu
Perbezaan status
Kecacatan pada sistem pendengaran dan
pertuturan
29

Komunikasi Sehala

Berlaku apabila penerima


mesej tidak memberikan
apa-apa tindak balas kepada
penyampai mesej.
Contoh dalam bilik-bilik
kuliah dan bilik-bilik darjah

30

Prasangka

Berlaku apabila maklumat tentang


individu tertentu diperoleh daripada
sumber sekunder yang tidak tepat.
Contoh, seseorang pelajar mendapat
maklumat tentang pensyarah daripada
pelajar yang pernah gagal dalam
kursus yang diambil pensyarah itu
kedekut markah.
Kesannya boleh menimbulkan fitnah.
31

Masalah Semantik

Timbul apabila mesej yang disampaikan


kurang jelas dan mengelirukan.
Penggunaan bahasa dan struktur ayat
yang tidak menepati tatabahasa juga
akan mengelirukan pendengar atau
pembaca
Contoh dialek mempunyai maksud
yang berbeza.
32

Perbezaan Pengalaman dan Pekerjaan

Dua individu yang berbeza


pekerjaan sudah tentu
mempunyai pengalaman yang
berbeza.
Contoh OT
- hospital ialah bilik bedah
masa - pekerja industri ialah
kerja lebih
33

Sikap Individu

Halangan yang wujud bergantung kepada


sikap individu yang terlibat
Contohnya sombong, suka membantah, dan
tidak suka mendengar pendapat orang
Penyampai mesej awal lagi telah merasa
kecewa kerana penerima mesej mengambil
tindakan yang keterlaluan tanpa cuba
memahami dan mentafsir mesej yang
disampaikan.
34

Perbezaan Status

Dalam organisasi terdapat pegawai


dan pekerja bawahan
Komunikasi yang berlaku antara
kedua-dua pihak ini bersifat berat
sebelah dan sentiasa memihak
kepada pegawai atasan yang sentiasa
memberi arahan dan kurang
mendengar.
35

Kecacatan pada sistem pendengaran


dan pertuturan

Hal ini sering berlaku kepada


warga tua yang tidak dapat
mendengar dengan baik dan
jelas walaupun mesej yang
disampaikan itu tepat dan jelas.

36

Kesimpulan/Penutup
Komunikasi penting dalam
kehidupan seharian manusia iaitu
untuk berhubung dan
melaksanakan sesuatu tugas.
Komunikasi yang berkesan dapat
mengekalkan persahabatan dan
perhubungan yang baik .
37

Você também pode gostar