Você está na página 1de 28

Kirkby International College,Cyberjaya

TUGASAN KERJA KURSUS MATEMATIK


KRM 3023 ASAS UKURAN
TUGASAN KUMPULAN
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.

NAMA
SRI SARATHA DEVI A/P
PERUMAL
DEEPA A/P VADIVELOO
SUBALETCHIMY A/P
BALAKRISHNAN
THEVANAY A/P ARUMUGAM
RAJESWARY A/P SELLAN
VIJAYA LECHUME A/P
MUNUSAMY

M/Pelajaran
Kumpulan
Pensyarah

NO.MATRIK
NO.I/C
PPGBT00277/2011/1/KI 691120-10-6068
PPGBT00026/2011/1/KI 800902-01-6622
PPGBT00278/2011/1/KI 801006-08-6512
PPGBT00315/2011/1/KI 810516-06-5644
PPGBT00363/2011/1/KI 820823-10-5596
PPGBT00351/2011/1/KI 791116-14-5716

: MATEMATIK KRM 3023 ASAS UKURAN


:C
: DR.MOHAMAD ZAKARIA BN MAT KHAZANI

Tarikh penyerahan : 2 Disember 2012

TUGASAN KUMPULAN

KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi miskonsepsi dan sebab-sebab berlakunya miskonsepsi
3.0 Miskonsepsi dalam masa dan waktu
3.1Cara mengatasi miskonsepsi dalam masa dan waktu
4.0 Miskonsepsi dalam ukuran dan panjang
4.1 Miskonsepsi dalam penukaran unit
4.2 Miskonsepsi Operasi dalam ukuran panjang ( Operasi tambah )
4.3 Cara mengatasi miskonsepsi
5.0 Miskonsepsi dalam timbangan berat
5.1 Miskonsepsi dalam membaca alat penimbang
5.2 Cara mengatasi miskonsepsi menimbang
5.3 Miskonsepsi dalam perbezaan saiz
5.4Cara mengatasi miskonsepsi dalam timbangan berat
6.0Miskonsepsi dalam isipadu
6.1 Cara mengatasi
6.2 Miskonsepsi isipadu yang lain
6.2.1Miskonsepsi semasa membuat perbanding
6.2.2 Cara mengatasi
6.2.3Kekeliruan membaca senggatan
6.2.4 Cara mengatasi
6.2.5 Kedudukan mata semasa membaca sukatan
7. 0 Miskonsepsi semasa pengiraan isipadu cecair
8.0 Salah konsep kapasiti
9.0 Sebab-sebab lain berlakunya miskonsepsi secara keseluruhan
10.0Tanggungjawab guru dalam menangani miskonsepsi dalam Matematik secara
keseluruhan
11.0 Kesimpulan
12.0 Rujukan dan lampiran

1.0 Pendahuluan
Matapelajaran matematikmerupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk
dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran matematik merupakan salah satu
matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik
mengira untukpembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan
datang. Ia selarasdengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa untuk
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta
menjadi penyumbang kepada tamadunsaintifik dan teknologi masa depan (Jabatan
Perdana Menteri, 1991)

2.0 Definisi miskonsepsi dan sebab-sebab berlakunya miskonsepsi


Matematik sering dikatakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh para pelajar.
Ini kerana mereka kurang memahami sesuatu konsep dalam sesuatu tajuk. Dalam sesi
pembelajaran matematik seringkali berlaku miskonsepsi di kalangan pelajar. Ia menjadi
penghalang kepada mereka untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau permasalahan
matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Miskonsepsi berlaku disebabkan oleh beberapa sebab atau faktor seperti kosentrasi,
minat, kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan juga cuai. Sebagai guru, kita
haruslah peka dengan kesilapan yang pelajar kita lakukan. Bertanya kepada mereka
apakah yang tidak mereka fahami dan bantu mereka memperbetulkan kesalahankesalahannya.

3.0 Miskonsepsi dalam masa dan waktu


Seringkali murid-murid melakukan kesalahan dalam menukar pecahan jam kepada
minit. Kesalahan dan kesilapan menukar pecahan jam kepada minit akan menyukarkan
murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang melibatkan jam dan minit.
Sebagai contoh, ada murid yang menyamakan penukaran pecahan jam kepada minit
seperti penukaran peratus, unit ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.
Contoh :-

1
1
jam = x 100 = 50 minit
2
2

Selain dari itu, kesilapan yang paling ketara adalah menjadikan nombor-nombor yang
ada di dalam pecahan menjadi jawapannya.
Contoh :1
jam = 12 minit
2

Apabila murid sudah melakukan kesilapan dalam penukaran unit jam kepada minit,
maka apabila melibatkan operasi kesilapan itu terus bertambah.
Contoh :45 minit +

3
jam = 45 minit + 34 minit
4

Sebagai mengatasi masalah ini, secara konseptualnya saya akan mendarabkan


pecahan berikut dengan 60. Ini kerana 1 jam = 60 minit.

Contoh :1
1
jam = x 60 minit = 30 minit
3
3

3.1Cara mengatasi miskonsepsi dalam masa dan waktu


Manakala secara prosedur pula, saya akan menggunakan gambar pecahan yang
sama seperti permukaan jam. Dengan cara itu murid mudah mengingati minit
apabila diberi jam dalam pecahan.

Contoh :-

4.0 Miskonsepsi dalam ukuran dan panjang

Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang
melibatkan penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada
sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ). Ini kerana dalam topik
ini terlalu banyak unit dan formula terlibat . Murid tidak mengingati formula penukaran
unit.
Contohnya :-

Jika 2.3 km = 2 300 m


Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm

Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada
km dan sebagainya. Pada pendapat saya kesalahan ini sering terjadi kerana murid
tidak meneliti dan menghiraukan unit yang diberikan.
Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran
unit. Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm
merujuk kepada pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris yang
sering dibekalkan bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi
bahawa unit cm kepada mm lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm.
Dalam hal ini, kaedah yang sering saya gunakan adalah menerangkan makna
kilo kepada murid iaitu ribu. Maka hanya unit yang mempunyai perkataan kilo sahaja
yang didarabkan dengan 1 000 atau dibahagikan dengan 1 000. Penggunaan table
AKKU juga boleh membantu murid secara prosedurnya.

4.1 Miskonsepsi dalam penukaran unit


Contoh miskonsepsi
Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap murid

yang lakukan

adalah semasa penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada


sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ). Ini kerana dalam topik
ini terlalu banyak unit .

Contoh :Jika 2.3 km = 2 300 m


Maka murid tulis 2.3 m = 2 300 cm

Kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi tersebut :


Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada
km dan sebagainya. Pada pendapat saya kesalahan ini sering terjadi kerana murid
tidak meneliti dan menghiraukan unit yang diberikan. Murid tidak mengingati formula
penukaran unit. Mereka juga tadak faham cara penukaran unit
Bagi mengatasi masalah saya mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit.
Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm merujuk
kepada pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris yang sering
dibekalkan bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi bahawa
unit cm kepada mm lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm.Dalam hal ini, kaedah
yang sering saya gunakan adalah menerangkan makna kilometer kepada murid iaitu
ribu. Maka hanya unit yang mempunyai perkataan kilo sahaja yang di darabkan dengan
1 000 atau dibahagikan dengan 1 000.

Selain itu saya

juga suruh murid saya

menghafal carta ini supaya mereka tidak keliru dan mudah faham.

10

mm

100

cm

X 10

1000

x 100

km

x1000

4.2 Miskonsepsi Operasi dalam ukuran panjang ( Operasi tambah )

Contoh miskonsepsi:

Dalam mengajar operasi tambah yang melibatkan unit kilometer dan unit meter,
murid selalu terlepas pandang untuk menukar unit kilometer kepada meter semasa
akhir soalan .Ini sering berlaku pada murid tahun 4 hingga 6 yang sentiasa kehilangan
markah dalam peperiksaan

Kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi tersebut :


Murid tidak dapat mengaplikasikan proses penukaran unit dalam operasi asas, dimana
operasi tambah dan tolak dibuat dalam bentuk nombor bulat. Apabila melibatkan soalan
mengumpul semula, murid melakukan perkara yang sama seperti soalan tanpa kumpul
semula dan jawapan yang diberi adalah salah. Sebenarnya, murid tidak faham
soalan.Mereka tidak dapat membezakan antara soalan yang melibatkan penukaran
unit.

Contoh disertakan bersama.


5 k 650 m + 8 k 800 m =

km

5 k 650 m
+ 8 k 890 m
13k 1540 m x
4.3 Cara mengatasinya:
Bagi mengatasi kesukaran bagi miskonsepsi tersebut, saya sentiasa mengingatkan dan
meminta murid menilai soalan yang diberi sebelum menjawab. Murid diminta menilai
dan mmenulis ringkasan bagi setiap soalan yang diberi sehingga mereka betul-betul
memahami soalan-soalan yang diberi. Saya juga akan sentiasa menilai murid dengan
memberi contoh-contoh soalan peperiksaan dari masa ke semasa. Saya juga

meningkatkan murid setiap kali tulis carta penukaran unit sebelum buat soalan
penukaran unit . Ini akan membantu murid untuk menjawab apajua soalan unit.
Contoh:
5k 650 m + 8 k 80 m =

14.540 km

1540 m = 1 k 540m
5 k 65 m
+ 8 k 89 m
13k 1540m

13 k + 1 k 540 m =
13 k + 1k + 0.540 m =
14.54 km

5.0 Konsepsi dalam timbang berat

5.1 Miskonsepsi dalam membaca alat penimbang

CONTOH MISKONSEPSI
Kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk ini adalah
dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis
senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10 Secara
konseptualnya, aktiviti menimbang objek menggunakan pelbagai jenis penimbang akan
membantu murid memahami konsep kg dan g.

Kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi tersebut


Murid tidak faham senggatan 10, 5,4,2. Mereka tidak erti baca senggatan alat
penimbang berat. Murid anggap semua senggatan alat penimbang berat adala sama
dan juga garisan kecil adalah memberi kiraan yang sama.

Pada masa yang sama,

kesalahan guru dari segi soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil, jarum tidak
kelihatan dengan jelas dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya.Contoh adalah
seperti diatas . Walaupun ia nampak sama akan tetapi tidak. Gambarajah pertama,
kiraan senggatan adalah 250g setiap satu garisan kecil. Gambarajah kedua , kiraan
senggatan adalah 100g setipa satu garisan kecil. Inilah kesukaran yang diahadapi oleh
murid semasa membaca alat penimbang berat.

5.2 Cara mengatasi miskonsepsi menimbang


Untuk penyelesaian saya pada permulaan pengajaran, saya tawarkan murid satu
tugasan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan kerana
miskonsepsi. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan
kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan
miskonsepsi mereka jika ada. Murid dikehendaki melakukan tugasan tersebut secara
individu tanpa bantuan dari guru. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga
tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid.
Sebagai contoh arahkan murid menimbang beg sekolah menggunakan
penimbang senggatan 10 dan merekod bacaannya. Kemudian timbang pula

menggunakan penimbang senggatan 5 dan diteruskan dengan sesi bersoal jawab.


Manakala secara praktikalnya, dalam pengajaran

timbangan berat saya akan

mengarahkan murid untuk menghafal pasangan nombor yang memberikan jawapan 1


000. Ini kerana 1 km/kg/l = 1 000 m/g/ml. Pasangan tersebut ialah 2 x 500, 4 x 250, 5 x
200, 10 x 100. Bagi soalan di atas, senggatan bagi alat penimbang pertama ialah 4.
Pasangan 4 adalah 250. Jarum menunjukkan pada senggatan ke-.2 Maka 2 x 100 =
500. Oleh itu ia memberi jawapan 1.5kg. senggatan bagi alat penimbang kedua ialah
10. Pasangan 10 adalah 100. Jarum menunjukkan pada senggatan ke-5 Maka 5 x 100
= 500. Oleh itu ia memberi jawapan 1.5kg.

1.5kg

1.5kg

5.3 Miskonsepsi dalam perbezaan saiz


CONTOH MISKONSEPSI
Kesalahan yang sering kali murid buat dalam tajuk ini ialah tidak tahu
membezakan objek ringan dan berat.. Ramai murid menganggap objek yang lebih
besar mesti lebih berat daripada objek lebih kecil.
Contoh:

1kg kapas lebih berat daripada 2 kg logam

Kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi tersebut :


Murid selalu beranggap objek yang lebih besar adalah berat. Seperti di atas 1 kg
kapas adalah nampak besar walaupun ia ringan. Mereka tidak faham lebih berat dan
lebih ringan. maka dari sinilah kesilapan komputasi akan Kadar kefahaman yang
rendah boleh menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah
sebaliknya berlaku.
5.4Cara mengatasi miskonsepsi
Saya menjalankan P&P dengan alat bantu mengajar yang relen supaya murid
murid mengenal pasti dan dapat memberikan focus kepada halangan konseptual yang
spesifik. Saya juga Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan
berbentuk teks. Ini akn meningkat tahap cabaran murid dan memberi keutamaan pada
kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid. Teori ini juga membolehkan guru
meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan.

Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahankesalahan tersebut membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka
Dengan Hands on activity saya menyediakan murid dengan aktiviti yang melibatkan
murid menimbang sendiri pelbagai objek dengan menggunakan alat penimbang. Ini
akan membantu murid kenalpasti objek yang berat dan ringan.

6.0 Miskonsepsi isipadu

Masalah miskonsepsi isipadu cecair definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar


terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza saiznya. Kesilapan
penaakulan ini berlaku apabila seseorang murid itu menganggap bahawa tinggi kapasiti
air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas. Pada dasarnya, kita
mengakui bahawa saiz bekas yang berbeza akan mengelirukan kita dalam menentukan
isipadu cecair. Masalah ini akan mengganggu proses murid tersebut untuk memahami
konsep isipadu cecair yang betul.

6.1Cara mengatasi miskonsepsi isipadu

Bagi memperbaiki keadaan ini, guru-guru matematik boleh menyiasat masalah


miskonsepsi ini dengan menyuruh murid membawa pelbagai jenis dan saiz bekas untuk
digunakan dalam pengajaran pembelajaran isipadu cecair di dalam bilik darjah. Antara
bekas-bekas yang sesuai, murah dan mudah diperolehi ialah menyuruh murid
membawa bekas botol air, bekas minuman tin, container makanan dan sebagainya
yang dapat menyimpan air di sekitar rumah atau sekolah. Selepas pelbagai bekas ini di
bawa ke kelas, guru mula menunjukkan kepada murid untuk membandingbezakan
isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza. Dalam tugasan ini saya
akan menunjukkan satu video dari internet yang menunjukkan bagaimana isipadu
cecair disukat. Seterusnya saya akan mencipta dua bahan bantu mengajar yang boleh
digunakan untuk membantu murid-murid tahun dua untuk memahami konsep isipadu
cecair. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar tadi, saya akan merancang dua
aktiviti pengajaran untuk murid-murid cerdas dan juga untuk murid-murid yang lemah.

6.2 Miskonsepsi isipadu yang lain


6.2.1Murid menilai isipadu hanya melaluipemerhatian (membanding)

6.2.2 Cara mengatasi

Guru menekankan agar murid tidak menilai sesuatu isipadu cecair hanya melalui
pemerhatian saiz sesuatu bahan tetapi perlu menilai pada sukatan yang mempunyai takat
ukuran contohnya bikar1 liter(l) = 1000 mililiter (ml)

6.2.3Kekeliruan membaca senggatan pada bikar di mana tulisan senggatan berbeza


mengikut saiz bikar

250ml
200ml

Contoh :
4 senggatan bermakna 1000ml 4 = 250ml
5 senggatan bermakna 1000ml 5 = 200ml
10 senggatan bermakna 1000ml 10 = 100ml

6.2.4 Cara mengatasi

guru perlu meminta murid melihat pada unit pada senggatan yang terdapat pada bikar .
Guru perlu memperkenalkan pelbagai bikar yangmempunyai unit isipadu cecair yang
berbezasebagai bahan maujud

6.2.5 KEDUDUKAN MATA SALAH SEMASA BACAAN ISIPADU


Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil
bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Ralat parallax (Parallax error)

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung


ke bawah.

7.0 Miskonsepsi semasa pengiraan isipadu cecair


Miskonsepsi bagi tajuk isipadu cacair juga sering terjadi dalam topik ukuran yang
lain iaitu penukaran unit dalam pecahan. Murid sering mengambil jalan mudah dengan
menulis semula digit-digit yang ada pada pecahan.
Contoh :5

3
l
4

534 ml

Penerangan secara konsep dahulu iaitu dengan menukarkan pecahan


bercampur menjadi pecahan tak wajar dan darabkan dengan 1 000 kerana
1 l = 1 000 ml.
Contoh :5

3
l
4

23
X 1 000 ml = 5 750 ml
4

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini juga pasangan nombor adalah cara yang
paling mudah bagi murid untuk menyelesaikannya.

Contoh :5

3
l
4

= 5

2 x 250
= 5 750 ml
4 x 250

Operasi bagi Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair murid-murid sering
melakukan kesalahan pada soalan operasi matematik seperti operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Kurang pemerhatian terhadap unit-unit yang terlibat sering menjadi
punca kepada kesukaran murid dalam menjawab soalan dengan betul.

Contoh ;Zahir minum susu sebanyak 600 ml sehari. Berapa


banyakkah kuantiti susu yang diminumnya dalam
seminggu, dalam l?
A 3 500

C 35

B 350

D 3.5

Dalam kes ini murid sering menjawab A kerana itulah jawapan yang diperolehi oleh
mereka semasa mengira tanpa merujuk kepada unit yang diberikan. Bagi mengelakkan
situasi ini berulang, maka mengarahkan murid menggariskan isi-isi penting dalam
soalan itu adalah yang paling mustahak.
Contoh ;Zahir minum susu sebanyak 600 ml sehari. Berapa
banyakkah kuantiti susu yang diminumnya dalam
seminggu, dalam l?
A 4 200

C 42

B 420

D 4.2

Minta pelajar menukar 600 ml kepada l dahulu kerana diakhir soalan unit yang diminta
adalah l. Kemudian darabkan dengan 7, kerana dalam seminggu ada 7 hari. Maka
jawapan yang diperolehi adalah :
0.600 l x 7 = 4. 200 l atau 4.2 l
iaitu
D

8.0 SALAH KONSEP KAPASITI


Isipadu cecair dirujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesebuah bekas. Manakala
kapasiti dirujuk kepada jumlah cecair yang boleh memenuhi sesebuah bekas.
Pendapat yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid
terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua bekas yang
berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada
ketinggian daripada kapasiti sesebuah bekas tersebut. Berdasarkan kajian Jean Piaget
dan , jelas membuktikan terdapat segelintir murid mengalami kesukaran memahami
konsep isipadu cecair semasa membuat perbandingan dan ini menyebabkan
berlakunya salah faham konsep mengenai kapasiti.

Justeru itu, perbandingan langsung adalah cara yang paling sesuai digunakan untuk
menguji kapasiti sesebuah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Untuk melakukan
perbandingan langsung dan memperkenalkan pengukuran isipadu cecair kepada murid
adalah melalui penggunaan unit bukan piawai. Ini kerana bahan-bahan untuk unit
bukan piawai adalah lebih mudah diperolehi, lebih mudah digunakan dan ada kaitan
dengan pengalaman harian murid.

9.0 Sebab-sebab lain berlakunya miskonsepsi secara keseluruhan


Miskonsepsi dalam Matematik boleh berlaku atas beberapa punca sampingan.
Ada disebabkan oleh konsentrasi yang kurang taakulan yang terburu-buru, kegagalan
melihat butiran situasi yang penting dan lain-lain. Tidak kurang disebabkan
kesalahfahaman mengenai situasi.
Murid - murid sering melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan
miskonsepsi. Selagi sebagai seorang guru kita tidak peka terhadap kesilapan yang
mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat kesilapan tersebut, kita
tidak dapat membantu murid murid untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan
mereka. Sebagai seorang guru, apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid
murid harus dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana murid murid
belajar matematik.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan murid - murid melakukan kesilapan iaitu
miskonsepsi dalam matematik adalah
i.

Konsentrasi

Ramai diantara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses
pengajaran

dan

pembelajaran

dijalankan.

Ini

mungkin

kerana

pembelajaran

membosankan dan pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang


konsentrasi apabila merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin
sukar dan semakin susah untuk difahami. Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau
kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan
tumpuan dalam pengajaran guru.
ii.

Minat

Kebanyakan murid tidak berminat terhadap matapelajaran Matematik. Perasaan tidak


berminat yang sudah tersemai dikalangan murid menyebabkan mereka belajar sambil
lewa. Tambahan lagi guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka ketika kehilangan

perasaan minat terhadap pelajaran. Maka kesilapan dalam pembelajaran matematik


juga berpunca dari minat mereka sendiri.
iii.

Kefahaman

Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau
kawan jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut. Kelakuan
murid sebegini menyebabkan mereka tidak mempunyai kefahaman dan penjelasan
yang baik terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Maka di sinilah kesilapan komputasi
akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah

menyebabkan kesilapan dan kadar

kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya.


i.

Kurang daya pendengaran/penglihatan

Antara punca berlakunya miskonsepsi dalam Matematik ialah daya pendengaran dan
penglihatan yang kurang dikalangan murid. Jika murid yang mempunyai daya
pendengaran dan penglihatan yang kurang membawa hal ini kepada gurunya maka
masalah ini dapat diatasi dan ia boleh mengurangan konsep miskonseposi. Tetapi sikap
mereka yang hanya berdiam diri dan tidak menjelaskan masalah mereka merupakan
punca guru tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka. Maka berlakulah konsep
miskonsepsi ketika belajar matapelajaran Matematik.
ii.

Pengajaran guru kurang jelas

Mengajar matapelajaran matematik tidak begitu sukar, namun bukanlah senang. Jika
guru yang mengajar tidak mempunyai rancangan pelajaran harian yang lengkap dan
melaksanakan proses pe ngajaran dan pembelajaran dengan sambil lewa maka objektif
pelajaran tersebut pasti tidak dapat dicapai. Proses pengajaran dan pembelajaran guru
yang kurang jelas dan tepat tentang sesuatu isi atau konsep matematik menjadi salah
satu punca berlaku miskonsepsi dalam Matematik. Ini adalah kerana para murid tidak
dapat memperolehi isi atau konsep yang betul untuk menguasai sesuatu topik.
Tambahan pula, pengajaran guru yang diterima oleh murid tadi tidak sempurna. Maka
ini pasti menyebabkan murid-murid membuat kesilapan iaitu berlaku miskonsepsi.

v Cuai
Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai
murid yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah
kira dan sebagainya.
vi. Emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologi
Tanggapan murid murid terhadap matapelajaran Matematik bahawa matematik itu
sangat sukar dan tidak mahu mencuba mempelajarinya. Kebanyakan minda muridmurid sudah terpengaruhi oleh tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan
terganggu. Ada juga di kalangan murid yang akan jatuh sakit atau demam apabila
menjelangnya peperiksaan Matematik kerana emosi negatif mereka. Apabila minda dan
kesihatan terganggu, peluang untuk melakukan kesilapan atau miskonsepsi dalam
matematik adalah tinggi.
10.0 Tanggungjawab guru dalam menangani miskonsepsi dalam Matematik
secara keseluruhan
Menggunakan strategi yang betul dan berkesan dapat membantu dalam memahami
konsep matematik yang lebih bermakna. Pelbagai kaedah dan startegi yang telah
diketengahkan oleh tokoh-tokoh matematik bertujuan untuk membina konsep
matematik.
Penggunaan beberapa strategi yang sesuai juga boleh menarik minat dan
mengembangkan konsep matematik kepada pelajar.Strategi pembelajaran yang
berbentuk konsep kendiri, belajar dari penceritaan dan permainan, pengalaman sedia
ada dan pemahaman tentang persekitaran dapat membantu pelajar memahami konsep
matematik secara lebih bermakna.

Melalui strategi pemusatan murid, murid akan memainkan peranan yang penting dan
aktif dalam proses pembelajaran manakala guru hanya akan bertindak sebagai
pemudahcara bagi membimbing murid dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.Srategi ini boleh dilaksanakan secara

perbincangan,main

peranan dan bermain permainan. Interaksi di antara guru dengan murid akan lebih
bersifat terbuka dan murid berpeluang untuk menonjolkan sisi kreatif dan berinisiatif
yang ada dalam diri mereka.

Bahan pengajaran yang digunakan juga hendaklah bersesuaian dan kreatif. Ini kerana,
dengan adanya bahan-bahan tersebut guru mampu menyampaikan pelajarannya
dengan lebih mudah,menarik dan berkesan, manakala murid pula boleh memahami
pelajaran dengan lebih bermakna dan menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri
atau berkumpulan. Selain daripada itu, penglibatan aktiviti yang bersifat permainan dan
penggunaan muzik yang dipercayai dapat merangsang minda murid supaya lebih
mudah menerima pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan. Menurut Gardner
(1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu :
kecerdasan-kecerdasan linguistic, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestatik,
interpersonal (social) dan intrapersonal (kendiri). Oleh itu, teori pelbagai kecerdasan ini
hendaklah diaplikasikan dalam melaksanakan dan membangunkan sesuatu program
intervensi . Contohnya, untuk konsep penolakkan iaitu aktiviti 1:TOLAK DIA!, dimana
lagu 10 budak Melayu dimainkan untuk memperkenalkan konsep tolak. Murid akan
diperdengarkan lagu tersebut dan diberi tugasan untuk melakonkan watak 10 budak
Melayu. Kemudiannya mereka akan menyanyikan lagu tersebut berserta lakonan
seperti yang diarahkan. Murid akan lebih mudah untuk menghadirkan minda mereka
dalam pengajaran dan pembelajaran apabila elemen muzik turut disertakan.
Selain daripada itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang ingin dilaksanakan

perlulah mengambilkira pengalaman sedia ada murid. Ini adalah penting untuk
mengetahui tahap kesediaan murid untuk terhadap pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Sekiranya guru mengabaikan tahap kesediaan murid adalah dikhuatiri murid

tidak dapat bersama-sama menerokai keseronokan pengajaran dan pembelajaran


tersebut. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah.

Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,
kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang tidak dikehendaki oleh
guru. Perancangan aktiviti intervensi ini juga perlu dibuat dengan menekankan
penyusunan bahan-bahan pembelajaran bermula dari sesuatu yang bersifat konkrit ke
abstrak. Urutan pengajaran dan pembelajaran disusun dari mudah ke lebih kompleks
supaya murid dapat mempelajarinya dan seterusnya memberikan respon seperti yang
dikehendaki.

John Dewey menguatkan lagi teori ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman secara berterusan.Contohnya , murid tahap 1 biasanya
sukar untuk memahami proses penyelesaian masalah. Oleh itu, murid perlulah mahir
dalam tambah dan tolak sebelum menyelesaikan masalah. Proses memahami
penyelesaaian masalah juga adalah unik kerana perkara ini biasanya perlu dikaitkan
dengan situasi dan pengalaman harian murid. Ianya juga merupakan kemuncak dalam
menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain kemahiran fakta asas, menaakul
masalah,operasi,menyusun data dan mengaplikasi konsep matematik itu sendiri.

11.0 KESIMPULAN
Dari semua yang telah diterangkan diatas maka bolehlah disimpulkan bahawa guru
perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang apa yang ingin disampaikan.
Segala kelemahan dan kekuatan harus diambilkira baik pada tajuk yang ingin disampai
begitu juga pada murid dan guru sendiri. Pengetahuan yang cukup perlulah ada bagi
memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan begitu teliti dan
terperinci agar objektif tercapai. Bagi memastikan objektif tercapai, pengajaran dan
pembelajaran juga perlu berjalan dengan mengikut kepada perancangan yang telah
dibuat
Kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran
yang diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif
kanak-kanak, ia sangat sesuai dan benar. Bagi kita matematik adalah subjek kumulatif
ataupun bertambah-tambah, dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan
berpandukan pembelajaran lampau. Maka, setiap miskonsepsi adalah betul bagi
sesetengah pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam
kurikulum.
Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam
pengetahuan sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal. Skema yang telah
pun terbina dalam minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah.
Kanak-kanak tidak mudah untuk menerima idea baru dengan mudah, contohnya,
menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam minda mereka, tetapi sebaliknya
mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg sedia ada, maka
tiada perubahan yang akan berlaku.
Persoalannya ialah, dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah miskonsepsi
ini? Jawapannya ya dan tidak. Ya kerana pembelajaran yang akan diterima kemudian
mungkin boleh membantu murid untuk mengintegrasikan pelajaran lampau dengan
pelajaran baru sekaligus membantunya untuk mengatasi masalah miskonsepsinya,
seandainya pelajaran yang baru nanti akan menitikberatkan isu-isu miskonsepsi yang
dialaminya.

12.0 Rujukan

Effandi Zakaria,Norazah Mohd. Nordin dan Sabri Ahmad(2007).Trend Pengajaran


dan Pembelajaran,Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia

Sabri Ahmad,Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar(2006).Isu-isi dalam


Matematik,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

T.S.Lee,et.al(2003).Mathematics Year 2,Textbook Part 2,Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka

Internet
Maribelajar math.blogspot.com/2010/11/pengenalan_matematik.html
http://syamsinaharyanti.blog spot.com/
Sayangadiksayang.blogspot.com/

Você também pode gostar