Você está na página 1de 13

SEMESTER 3

KOD & NAMA KURSUS: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KAE 3013:
TAJUK

EKSPRESI KREATIVITI KANAKKANAK


PENTAKSIRAN 2
INDIVIDU

[PANDUAN
KERJA
KURSUS]
___PPG
TAMIL______
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

RAJESWARY A/P SELLAN

PPGBT00363/2011/I/KI

NAMA TUTOR E-LEARNING:_ Rosenah Md No_

TARIKH SERAH

: ___12.05.2012____

0166602484

SUSUNAN KANDUNGAN

BAHAGIAN A

ESEI ILMIAH: KUMPULAN


a)ESTETIKA KANAK-KANAK
b)PERKEMBANGAN ESTETIKA KANAK-KANAK

ESEI ILMIAH: INDIVIDU


-PENDAPAT KANAK-KANAK
-PANDANGAN TERHADAP PANDANGAN KANAK-KANAK

BAHAGIAN B

SOALAN 1

-MERANGSANG OTAK KIRI DAN KANAN

SOALAN 2-

TEORI ERWIN PANOFSKY

SOALAN 3

-AKTIVITI MELUKIS DI BILIK DARJAH

SOALAN 4

-CIRI KREATIVITI KANAK-KANAK

SOALAN 5

-MENGAPAKAH KANAK-KANAK MENCONTENG DENGAN PENSIL DAN


PENSIL WARNA

PEMARKAHAN
1.

ESEI:
(a)
(b)

2.Minta tiga orang kanak-kanak menulis 2 perkara iaitu 1 perkara


yang dia suka dan 1 perkara tidak suka.Selepas selesai

2.

(a)

melakukan aktiviti tersebut,minta kanak-kanak menyatakan

3.

FORUM

pendapat dan perasaan masing-masing berdasarkan jawapan


JUMLAH

yang diberi.
(a) Huraikan pendapat dan pandangan anda tentang jawapan mereka.

NAMA MURID

PERKARA YANG DISUKAI

PERKARA YANG TIDAK


DISUKAI

K.THAARANI

MELAPANG MASA DENGAN IBUBAPA

MENONTON WAYANG

S.KAVIMAGAN

SUKA MEWARNA

MENONTON KARTOON

YAASHINI

MEMBACA BUKU

MENONTON TV

Murid beranama Thaarani telah mencatatkan bahawa perkara yang disukainya ialah
melapang masa dengan ibubapa.Ini menunjukkan bahawa murid ini amat rapat dengan
ibubapanya, dan kemungkinan besar dia jarang berjumpa dengan ibubapanya dan oleh itu,dia
amat merinduinya.Maka perasan itulah yang terluah di catatannya. Meskipun kenangan manis
zaman kanak-kanak kalangan ibu bapa mungkin semakin pudar, tetapi keinginan mereka untuk
berseronok bersama ibubapa tidak pernah padam. Sebahagian besar ibu bapa termasuk dua

pertiga golongan tersebut di negara ini mengatakan yang menghabiskan masa berseronok
bersama anak lebih penting berbanding apa yang dilakukan ibu bapa mereka sewaktu mereka
kecil.

Peluang untuk berseronok kini begitu jarang bagi ibu bapa dan anak hinggakan ia
seumpama segunung emas. Ibu bapa biasanya menghabiskan masa paling banyak untuk
bekerja. Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar
menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara
individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling
rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.
Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of
Oregon

in

Eugene,

kanak-kanak

menggunakan

imaginasi

sebagai

alat

pemikiran

mereka.Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara


yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan,
mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran.Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi
mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami.
Mungkin murid ini suka membayangkan bahawa dia bersama dengan ibubapanya.Ini kerana
murid menjawab bahawa perasaanya adalah

dia amat gembira apabila menulis catatan

ini.Murid ini juga mencatit bahawa dia tidak suka menonton television.Ini kerana Sewaktu
bersama keluarga, dia menanggap berpandangan keluarga mereka terganggu oleh teknologi.
Bagi kanak-kanak zaman kini yang membesar bersama teknologi, kehadirannya mempengaruhi
cara mereka meluangkan masa dengan ibu bapa dan keluarga. Lebih kurang satu pertiga ibu
bapa di seluruh dunia mengatakan mereka lebih banyak berkomunikasi dengan anak mereka
melalui teknologi berbanding pertemuan secara langsung.
Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan
bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.Pada ketika inilah
ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan peranan untuk mengharap apa yang mereka
mahukan untuk santapan imaginasi anak-anak mereka. Kanak-kanak akan cepat berimaginasi
apabila diceritakan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku, terutama fenomena yang dekat
dengan mereka.

Murid kedua pula mencatatkan bahawa dia suka mewarna. Secara umumnya, tujuan
pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa
saja pemikiran mereka melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak kanak dilahirkan penuhd engan sifat yang
dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap
perkembangan kanak kanak adalah berbeza beza. penglibatan kanak kanak di dalam aktiviti seni visual
berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensiviti kanak kanak terhadap sekelilingnya.
Ianya dinilai dan dilihat daripada aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi dan aspek sosial dan emosi .Murid ini
memilikki nilai estetika iaitu minat dalam kesenian. Murid ini

juga merupakan murid yang

kreatif.
Murid ini memberitahu bahawa dia tidak suka menonton kartoon. Ini mungkin adalah
jawapan yang lebih berfokus kepada pendapat guru. Apabila guru menanyakan perasaan dia
selepas menulis dia memberitahu jawapanya setelah berfikir panjang.Mungkin jawapan ini tidak
jujur.Dia ingin memberi keyakinan kepada guru bahawa dia tidak suka meluangkan masanya
dengan tabiat yang kurang baik. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menceritakan
sesuatu itu dengan kaedah seringkas yang boleh benar dan logik, kerana ini adalah
penerimaan pertama kanak-kanak.
Seandainya kanak-kanak itu didedahkan dengan konsep yang salah, pengetahuan itu akan
terus dibawa dan apabila lewat dikenal pasti, adalah sukar untuk guru mengubah konsep atau
persepsi tersebut.Maka murid ini telah menanam di hatinya menonton television adalah salah
dan oleh itu dia tidak mahu menjadikannya sebagai aktiviti yang disukainya.Seorang pakar kaji
bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat telah mengakui bahawa minat yang
mendalam dalam bidang astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.
Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika kanak-kanak menyebabkan beliau
terus menerawang dalam imaginasi bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknya
dipenuhi dengan buku dan komik tentang galaksi.Imaginasi ini terus membawanya pada citacita sebagai seorang astronomi dan beliau akhirnya berjaya. Ada banyak lagi kisah saintis-

saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka yang tertanam sejak zaman kanakkanak.Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan kerana kebetulan,
tetapi kesinambungan daripada apa yang diterapkan sejak awal kehidupannya, sama ada
disedari atau tidak.
Murid bernama Yashini pula menyatakan bahawa dia suka membaca buku.Bagi kanak-kanak
yang sudah pandai membaca, pendekatan lebih kepada penerangan dan cerita yang lebih jelas
tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan
ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencari sesuatu yang mantap untuk diimaginasikan.
Perasaan ingin tahu yang tinggi adalah sesuatu yang sihat di dalam pembelajaran ilmu sains
yang lebih kepada proses sains dan eksperimentasi.
Namun demikian, kanak-kanak tidak akan dapat meneroka bahan bacaan yang ada tanpa
bantuan daripada orang dewasa.Ibu bapa bukan sekadar menyediakan bahan, mereka juga
boleh membantu anak-anak secara membaca bersama-sama atau berbincang tentang apa
yang diperlihatkan oleh bahan bacaan tersebut.Menerapkan input ilmu ke dalam minda
seseorang kanak-kanak adalah seperti mencurahkan air ke atas span yang sentiasa bersedia
untuk menyerap seberapa banyak air yang boleh.
Input yang positif akan membuahkan output yang juga positif.Murid ini telah menyatakan
bahawa dia amat suka membaca pada waktu malam.Dia juga menyenaraikan pelbagai nama
buku cerita yang dibacanya.Murid ini juga mencatat bahawa dia tidak suka menonton
television.Ini kerana dia memberitahu bahawa ibu dan neneknya suka menonton drama dari
pagi hingga malam sehinggakan dia tidak dapat membaca dan oleh itu dia akan naik ke tingkat
atas untuk membaca.Bapanya telah membelikan banyak buku cerita untuknya.Jelas bahawa
Secara simboliknya budaya membaca itu sudah diterapkan sejak kanak-kanak itu belum pun
lagi melihat dunia.Selain itu, penerapan budaya sukakan aktiviti membaca juga harus bermula
dengan penekanan diberikan oleh ibu-bapa.

Kesimpulanya kesukaan murid amatlah bergantung kepada persekitaran dan apa yang diterap
oleh mereka.Oleh itu kita sebagai orang dewasa, kita harus membantu kanak-kanak dalam
mengetegahkan bakat mereka. Melalui cara mereka melukis, menari, melompat dan berbagaibagai lagi kita dapat mengesan bakat yang dianugerahkan kepada mereka. Kita tidak boleh
menghalang imaginasi kanak-kanak tetapi kita boleh mengawal imaginasi kanak-kanak agar

mereka tidak keterlaluan. Jika kena caranya, kita akan melahirkan generasi yang maju dan
lebih berwawasan di masa hadapan.Kanak-kanak sangat memerlukan tunjuk ajar daripada
orang dewasa untuk mengembangkan bakat melalui imaginasi mereka. Sekiranya kita ingin
melahirkan generasi yang berwawasan.

Soalan 1 : Cadangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk merangsang


otak kiri dan otak kanan.

Otak manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.Kedua duanya
mempunyai fungsi yang berbeza.Namun,kedua dua bahagian otak ini amat penting untuk
manusia.Ada golongan yang menggunakan otak kiri secara dominan dan ada golongan
manusia yang menggunakan otak kanan secara dominan.Kedua dua bahagian otak harus
digunakan oleh manusia untuk keseimbangan.
Otak

kiri

berkaitan

rapat

dengan

IQ

kita

seperti

mengenali

angka,bahasa,tulisan,huruf,perbedaan,Matematik,linear dan sebagainya,manakala otak kanan


berkaitan rapat dengan kreativiti seperti khayalan,persamaan,bentuk dan ruang,musik,warna
dan sebagainya.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk merangsang otak kiri ialah mengajar hurufhuruf,mengajar bahasa lain selain bahasa ibunda,menceritakan kepada kanak kanak
mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk merangsang otak kanan ialah mengajar kanak
kanak menggunakan tanah liat untuk mencipta sesuatu,berbisik atau menyanyi dengan lembut
di telinga mereka semasa mereka tidur,mengajar mereka menulis gambar,memberi aktiviti
mewarnakan gambar dan sebagainya.

Soalan 2: Terangkan apa yang anda faham dengan makna intrinsic dalam teori Erwin
Panofsky.
Erwin Panofsky merupakan tokoh SEni yang lahir pada 30 Mac 1892.Beliau
merupakan tokoh seni yang telah mengutarakan teori Ikonografi.Teori itu mengutarakan objek
dan makna melalui penyataan Ikonografi yang sekarang disebut sebagai ikon.Mengikut

beliau,terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni.Objek yang natural atau primary,objek
yang biasa atau sekunder dan yang ketiga ialah makna intrinsic atau isi.
Mengikut beliau,makna didefinisikan sebagai sejumlah prinsip yang menentukan sikap
sesuatu Negara,zaman,kelas atau pendirian agama dan falsafah. Oleh yang demikian
berdasarkan tiga peringkat interpritasi dalam penjadualan
kajian yang diadaptasikan dari teori Panofsky , ianya menghasilkan tahap pertama
prinsip intrepritasi pembaikan yang merangkumi sejarah gaya (history of style).

Soalan 3: Nyatakan bagaimana anda mengajar aktiviti melukis dalam bilik darjah.

Sebelum

mengajar

Pendidikan

Seni,saya

akan

menyuruh

murid

murid

berkhayal.Contohnya katakana saya hendak mengajar murid murid melukis gambar


bunga.Saya akan menyuruh murid murid menutUp mata mereka.Saya akan menyuruh murid
murid menggambarkaan apa yang disuruh oleh saya.Saya akan menyuruh murid murid
menganggap diri mereka berada di sebuah taman bunga.Terdapat pelbagai jenis bunga yang
berwarna warni di sekeliling mereka.Murid murid berjalan dalam kalangan bunga bunga
yang berwarna warni itu,murid murid menyentuh bunga bunga itu dan menikmati
kelembutannya.Sekarang,saya akan menyuruh murid murid membuka mata mereka.Saya
akan menyuruh mereka melukis bunga bunga yang dilihat oleh mereka di taman dalam
imaginasi mereka.Sepelas tamat waktu matapelajaran Seni,saya akan mempamerkan hasil
yang terbaik di sudut Pendidikan seni.

Soalan 4: Bincangkan ciri kreativiti kanak kanak dari aspek keberanian.

Zaman kanak kanak merupakan zaman keberanian. Kanak kanak tidak mengenali erti
bahaya dan berani mencuba sesuatu.Kanak kanak sanggup menerima risiko dan kritikan
serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat.

Idea kreatif yang dihasilkan oleh kanak kanak pada peringkat ini adalah lebih berkualiti.Ia
juga berwajah baru dari sudut konsep,prosedur dan pelaksanaan idea idea baru.Ciri kreativiti
kanak kanak merupakan gabungan daripada pelbagai sumber,pengetahuan,pengalaman dan
pendekatan bagi menghasilkan idea yang lebih baik serta bermutu.Idea idea tersebut lebih
fleksibel.Kadangkala idea idea kreatif yang diterbit oleh kanak kanak adalah tidak mempunyai
peraturan yang khusus,tidak logic dan gila gila,Namun masih boleh digunakan dan diterima.

Soalan 5: Mengapakah kanak kanak suka menggunakan pensil atau pensil warna untuk
menconteng dinding.Bincangkan.

Kanak kanak sememangnya suka menconteng di dinding.Ini jelas terbukti apabila melihat
anak saudara di rumah dan juga kanak kanak di sekolah.Kanak kanak suka menconteng di
dinding dengan pensel atau pensel warna kerana mereka ingin meluahkan perasaan dan apa
yang dirasakannya kepada orang lain kerana mereka ingin menarik perhatian orang lain.Mereka
berasa lega dan puas semasa menconteng di dinding dengan pensel.
Kanak kanak lebih gemar menggunakan pensel atau pensel warna untuk menconteng
kerana alatulis itu senang dikendalikan dan memberi kepuasan kepada mereka.Ia juga
berkaitan dengan perkembangan otak halus mereka.Mereka ingin mencari kepuasan untuk
peringkat tertentu.Ia juga melambangkan luahan perasaan mereka.

Você também pode gostar