Você está na página 1de 16

SEMESTER 3

KOD & NAMA KURSUS: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KRP 3013:
TAJUK

KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH RENDAH
INDIVIDU

TAMIL______
[PANDUAN KERJA___PPG
KURSUS]
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO.
TELEFON

RAJESWARY A/P SELLAN

PPGBT00363/20
11/I/KI

NAMA TUTOR E-LEARNING:_En. Nadarajan Marimuthu


TARIKH SERAH

: ___12.05.2012____

016660248
4

SUSUNAN KANDUNGAN
BAHAGIAN A
ESEI ILMIAH: KUMPULAN

-PENGENALAN
-MATAPELAJARAN DALAM KBSR
-FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

ESEI ILMIAH: INDIVIDU


-PENGENALAN KBSR
-KONSEP PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN DALAM KBSR
BAHAGIAN B

SOALAN 1

-RASIONAL KBSR-KSSR

SOALAN 2-

KBSR DAN JATI DIRI

SOALAN 3

-CIRI-CIRI P&P

SOALAN 4

-EMK

SOALAN 5

-BAHAN PENGAJARAN KANAK-KANAK KONKRIT

Bincangkan

kebaikan

konsep

penggabungjalinan

danpenyerapan

dalam

KBSR.Berikan contoh-contoh yang relevan.


Pengenalan KBSR
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan
Negara-negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah
merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai
perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk
menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai

kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.
Perlaksanaan kurikulum baru KBSR adalah susulan daripada perubahan yang
dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan
pada ketika itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perakuan yang
terkandung dalam laporan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum diperingkat rendah
telah dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu
pendidikan negara. Oleh yang demikian,segala perubahan dalam kurikulum, cita-cita
FPN dan pendekatan yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum perlu difahami
oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui
pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna.
Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk
mengkaji semula keseluruhan sistem dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan
daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan
setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap
dan amalan kehidupan yang diperlukan. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang
bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu
secara

menyeluruh

dan

seimbang

dari

aspek

JERI

serta

pemupukan

dan

perkembangan bakat seseorang individu itu.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah yang
pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Yang kedua,
murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu. Seterusnya
yang ketiga pula ialah, melalui KBSR, pembinaan sikap dan perlakuan yang baik
berpandukan

nilai-nilai

kemanusiaan

dan

kerohanian

yang

berlandaskan

RUKUNNEGARA dapat dipupuk dikalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul,

menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan
toleransi. Dan yang kelima, murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman,
minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.KBSR dibahagikan kepada
tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi,bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan
bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada
komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu
BahasaMelayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang
Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaituKerohanian,
Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam.Mata pelajaran yang
mewakili bidang ini ialah matapelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Bidang
yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian danReakreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat
pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai nilai
estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

ELEMEN ELEMEN DALAM KBSR


Dalam konteks KBSR terdapat 5 elemen dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu 5P. Ia terdiri daripada proses penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pengayaan, dan pemulihan. Elemen-elemen ini merupakan aspek penting dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam

ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Justeru itu, saya telah memilih dua elemen
dalam konteks KBSR iaitu penggabungjalinan dan penyerapan.

Definisi Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan


supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai
urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Ia juga merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.


Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan
kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek
tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsurunsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i.

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa
mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa
membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii.

Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan


kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii.

Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara
terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan
atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada
umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa
kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Kebaikan Penggabungjalinan

Penggabungjalinan satu proses yang mudah diubah dan bergantung kepada


matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Selain itu, guru mesti tahu apa dan berapa
kemahiran yang ingin digabungkan. Di samping itu, kemahiran focus dan sampingan
hendaklah dirancang dengan baik. Ia juga berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.

Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak
serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi
ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses
penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan
dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan


pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada
mata

pelajaran

lain

dan

penggabungjalinan

kemahiran

merentas

kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lainlain.

Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang


digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.
Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana
yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan
pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran yang di fokus.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang
melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata
pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang

akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat
penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar
agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan
kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran
sampingan.

Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahirankemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan
sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan
yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan
objektif mata pelajaran.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran


daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran
yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti
penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual dengan mata

pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan
kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahirankemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses
pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat
dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole
setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang
juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik
kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan
dan perkembangan murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata
pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran
yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang
terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus
sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran


yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian
seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan
untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan
kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan muridmurid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

Contoh penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tajuk pelajaran : Jasa Ibu


Langkah 1 : Murid membaca sajak bertajuk jasa ibu.(kemahiran membaca)
Langkah II : Murid bercerita tentang jasa ibu mereka.(kemahiran lisan)
Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas
Jasa ibu dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan)
Langkah IV : Murid menulis ayat-ayat tentang keistimewaan ibu
mereka ( kemahiran menulis)
Langkah V : Murid mencipta kad Hari Lahir ibu dan mewarnakannya..
(kemahiran Seni Visual)
Penutup : Murid menyanyi lagu ibu dan melakukan pergerakan.
(kemahian muzik)

Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan


atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan

kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa
depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek
utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

5 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu

i. Ilmu Pengetahuan.

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama
Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik,
Sains,dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi
kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.

Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.

Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan
secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai
murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan
secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai
murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti
gerak kerja kumpulan dan kerja projek.Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat
melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia
dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

iii.Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini

bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen


individu terhadap bangsa dan negara.
vi. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat
Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
v. Kemahiran Bernilaian Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar
pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan dan kecerdasan pelbagai.
Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Subjek : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Tema: Keluargaku Sayang
Tajuk: Keluarga Bahagia
Kemahiran: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Contoh aktiviti :
1. Menulis ayat tunggal
2. Menulis ayat majmuk
3. Melukis gambar aktiviti keluarga ( Pendidikan Seni)
4. Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Agama Islam / Moral)

Kebaikan penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek ini
boleh membantu murid untuk menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi
arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan.

Selain daripada itu,ia akan

membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Di samping itu. Aspek ini dapat
meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati malah ia memupuk corak
pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu.

Aspek ini juga membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Dalam pada itu, aspek ini
membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks,memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang
sesuai untuk perkembangan diri. Tambahan pula ia juga bertujuan menguasai dan
mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan

sebaya dan

masyarakat. Dalam pada itu, dengan penyerapan aktiviti P&P menjadi lebih menarik
walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Di samping itu,
murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan
yang,hubung kait dengan pengetahuan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah


penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi
dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan
individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu
dan menyeluruh.

Rujukan
Shahabuddin Hashim,Dr Rohizani Yaakub dan Mohd.Zahir Ahmad (2007), Padagogi.

Internet

http://www.scribd.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSR

http://www.scribd.com/doc/5572616/KONSEP-5P-DALAM-PP

http://www.scribd.com/doc/nota4pf2216AAP_8sept

http://www.gurubashid.blogspot.com

1.Terangkan rasional mengapa Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar


kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah pada 1982 sebagai percubaan di 305 buah sekolah di seluruh
Malaysia.Kemudian pada tahun 1983,ia telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.Ia
dutukar untuk mengatasi beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem Kurikulum Baru
Sekolah Rendah.
Dalam

Kurikulum

Baru

Sekolah

Rendah,sukatan

pelajarannya

terlalu

banyak.Guru menghadapi kesukaran semasa peperiksaan kerana masa tidka mencukupi


untuk menghabiskan sukatan.Sukatan pelajaran itu tidak berkaitan dan berulang.Aktiviti p&p
yang dijalankan hanya berpandukan buku teks.Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan
langsung

tidak berkaitan dengan kurikulum.Pendidikan pada masa itu tidak berapa

berkesan disebabkan kelemahan kelemahan itu.Oleh itu,kerajaan terpaksa membuat


perubahan pada saran Kurikulum Baru Sekolah Rendah.Lalu,perubahan berdasarkan
konsep kesepaduan telah dibuat agar selaras dengan ekonomi dan sosial dan usaha kea
rah Negara maju dengan masyarakat berilmu serta memberi penekanan yang lebih baik
kepada matapelajaran Sains dan unsur unsur KBKK.Setelah membuat perubahan
perubahan itu,nama juga telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

2.Berikan pandangan anda sama ada KBSR telah dapat membentuk jati diri
murid.

Mengikut kamus Dewan edisi 4,jati diri murid merupakan sifat atau ciri yang unik
dan istimewa dari segi adat,bahasa,budaya,agama dan sebagainya yang menjadi teras dan
lambang keperibadian seseorang individu,sesuatu bangsa dan sebagainya.Pada pendapat
saya,memang KBSR telah dapat membentuk jati diri murid.Suasana persekolahan semasa
zaman KBSR telah memberi peluang kepada murid murid untuk memperoleh dam merasai
pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah;berkomunikasi dan bertukar tukar
pendapat,membina persefahaman dalam pergaulan,memupuk semangat kerjasama antara
satu sama lain dan sebagainya.Dari segi pengalaman saya,murid murid yang mengikuti
pelajaran mereka dalam sistem KBSR dapat membentuk jati diri yang baik.Ini adalah kerana
nilai-nilai moral dan penerapan nilai-nilai moral amat dititikberatkan dalam semua
matapelajaran walaupun matapelajaran teras.KBSR.

3.Bincangkan ciri ciri pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan


baik.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran harus dirancang dengan baik agar


berkesan.Di antara aspek aspek penting yang perlu diberi penekanan semasa merancang
pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti aktiviti yang sesuai dengan tahap
murid.Rancangan pelajaran yang dirancang harus mempunyai objektif yang khusus.Guru
harus menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan dapat menarik minat murid
untuk belajar.
Rancangan pelajaran yang baik harus mempunyai set induksi,penerapan nilai
nilai murni,bahan bantu mengajar yang menarik serta langkah pengajaran yang sesuai
mengikut tahap murid.Guru harus menyusun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan
pembelajaran murid.Guru harus merancang langkah mengakar daripada senang ke
susah.Guru harus mempelbagaikan langkah langkah pengajaran agar murid tidak jemu.
4.Apa yang anda faham dengan Elemen Merentasi Kurikulum ( EMK)
Elemen merentasi kurikulum ilah unsur unsur tambah yang diterapkan dalam
proses

pengajaran

dan

kandungan.Elemen-elemen

pembelajaran
ini

diterapkan

selain

yang

bertujuan

ditetapkan

mengukuhkan

dalam

standard

kemahiran

dan

ketrampilan modal insan yang dihasilkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan.
Dalam KSSR,EMK telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kreativiti dan
inovatif,keusahawanan,teknologi maklumat dan komunikasi.Contohnya seperti dalam
matapelajaran Sains.Matapelajaran Sains dalam KSSR lebih bertumpu kepada dunia
teknologi moden dan komunikasi.Pada pendapat saya,EMK merupakan satu usaha yang
berkesan bagi memantapkan murid murid agar dapat menyesuaikan diri dengan dunia
masa hadapan.EMK juga lebih kepada kreativit dan inovasi.Ia juga berfungsi untuk
menerapkan pembentukan sikap seorang usahawan.

5.Bincangkan jenis bahan pengajaran yang akan digunakan bagi kanak kanak
yang mempunyai tahap pemikiran konkrit.

Pemikiran konkrit merupakan proses kognitif pada tahap praoperasi.Tahap


praoperasi adalah dari 4 hingga 7 tahun.Pada tahap ini,kanak kanak boleh membezakan
jumlah,isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya ataupun
tidak.Tahap

ini

merupakan

tahap

di

mana

kanak

kanak

mulakan

zaman

pendidikannya.Oleh itu amat penting untuk menjalankan aktivit pengajaran berdasarkan


permainan.Guru guru boleh menggunakan tanah liat dan beberapa bahan permainan
untuk mengajar murid murid.Guru guru boleh menggunakan bahan bahan 3 dimensi
untuk mengajar angka dan huruf huruf.Guru juga boleh meminta murid-murid membina
huruf-huruf dan bentuk dengan bahan yang diberi oleh guru.Guru juga boleh meminta murid
membina model model dengan menggunakan bahan.

Você também pode gostar