Você está na página 1de 15

SEMESTER 3

KOD & NAMA KURSUS: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS KBK 3073:

KBK 3073:
TAJUK

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
INDIVIDU

TAMIL______
[PANDUAN KERJA___PPG
KURSUS]
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO.
TELEFON

RAJESWARY A/P SELLAN

PPGBT00363/20
11/I/KI

NAMA TUTOR E-LEARNING: -Dr Aziz bin JantanTARIKH SERAH

: ___12.05.2012____

016660248
4

SUSUNAN KANDUNGAN
BAHAGIAN A
ESEI ILMIAH: KUMPULAN
a)PUNCA PELBAGAI KECACATAN SEMASA KELAHIRAN

ESEI ILMIAH: INDIVIDU


2.FAKTOR FAKTOR MENYEBABKAN KECACATAN HIPERAKTIF.
BAHAGIAN B

SOALAN 1

-PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

SOALAN 2-

5 CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

SOALAN 3

-PENCAPAIAN AKADEMIK KANAK-KANAK SPASTIK

SOALAN 4

-KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KECACATAN FIZIKAL

SOALAN 5

-KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Nyatakan dan huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kecacatan hiperaktif.

Pengenalan

Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan perubahan
dan cabaran yang ada kalanya menimbulkan pelbagai perasaan negatif. Ahli psikologi
mengatakan bahawa no man is an island yang membawa maksud remaja sentiasa
dikelilingi keluarga dan masyarakat untuk membimbingnya ke arah hidup yang sejahtera.
Namun begitu, pada abad yang ke-21 ini ketika kanak-kanak dan remaja melalui
pengalaman zaman persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh mereka
terutama dari segi kelakuan tingkah laku. Pengaruh-pengaruh negatif yang terkesan dalam
diri kanak-kanak dan remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor pemakanan,
persekitaran, keluarga dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada
institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja hanya menumpukan perhatian pada
kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya


mengambil sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga
sehinggakan ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang
tumpuan (ADHD) bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja dikelilingi keluarga, guru dan
rakan sebaya yang sejak kecil dididik bermula dari perkembangan mereka melalui cabarancabaran dalam kehidupan. Jika disingkap dengan lebih mendalam, anak-anak yang
mengalami masalah hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh
keadaan persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan
tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam
mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan
konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor
neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi
masalah kepada pelajar-pelajar lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.

Definisi Hiperaktif

Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang
menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya mengatakan
bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan
dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsifHiperaktif merupakan satu bentuk
tingkah laku seseorang yang dicirikan oleh tidak boleh diam,tidak dapat beri perhatian dan
impulsive. Kanak-kanak hiperaktif cenderung untuk selalu bergerak,bahkan dalam keadaan
di mana ia harus diam atau bertenang pun ia akan bergerak juga. Mereka tidak boleh
tumpukan perhatian dalam beberapa minitsekejap mereka akan bergerak,pindah dari satu
permainan ke satu permainan yang lain. Ini adalah kerana mereka rasa tidak puas hati
dengan aktiviti yang dilakukan. Kini istilah baru bagi hiperaktif ialah Attention defict disorder
with hyperactivity(ADDH) dan ia tersebar luas pada kanak-kanak lelaki dan perempuan
dengan nisbah antara 3:1 ke 9:1, bergantung pada definisi yang digunakan oleh ahli-ahli
psikologi tertentu.

Hiperaktif juga merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri supaya
tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, mereka tidak pernah
memikirkan sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan
sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri.

Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga aspek.
Seorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah yang
dihadapi anak muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga dapat dikenalpasti

melalui tingkah lakunya. Pertama ialah masalah hiperaktif. Kanak-kanak yang mengalami
masalah hiperaktif ini tidak akan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah
tampak pada tangan dan kaki serta akan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini
tidak akan duduk di kerusi mereka sewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di
situ dan ada guru yang sedang mengajar ketika itu.

Selain itu, mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan


berlebihan daripada kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan masalah ini
menyebabkan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan
permainan berbanding murid yang lain. Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu
masalah jika hanya duduk belajar secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang
hiperaktif ini lebih gemar bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan

Aspek kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang mengalami
masalah ini akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka
tidak akan memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka
walaupun itu merupakan guru mereka. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan
di dalam kerja sekolah mereka dan akan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti
seharian mereka. Tambahan lagi, menurut para penyelidik dan para guru, murid ini mudah
hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa.

Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek menurut kata
hati (Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan
sebelum soalan yang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran
serta sering menggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala
hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku
pada kanak-kanak ini berlaku dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau
tempat awam. Walaubagaimanapun, perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada
kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-rakan dan kehidupan sehariannya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KECACATAN HIPERAKTIF.

Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya kecacatan hiperaktif


di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

Faktor Genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang
amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik,
sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa
ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah
hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga.
Terdapat sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa
boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah
menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali
ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu,
kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

Faktor Neurologik

Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu
semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan
otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak
langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak
yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah
hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalahmasalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya
dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran
daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah,
ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum alkohol yang seterusnya
mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah hiperaktif (Norman
Supadma, 2009).

Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu
semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada
risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah
mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung
akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat
perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung
kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalahmasalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi
tersebut.
Faktor Kultural dan Psikologi

Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor
psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan.

a) Faktor pemanjaan

Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang
memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan
sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin
memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu
bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah
menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam
konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka
selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh
ibu bapa mereka.

Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif
dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan
menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawabawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor
pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas
kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak
mendapat larangan oleh ibu bapa.

b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan

Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu
mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula
merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan
yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan
daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah
hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan
sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anakanak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkaraperkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan
perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.

Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa
dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang
mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu,
sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka
menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah,
tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah
dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid
BinArshat, 2010).

c) Orientasikan kesenangan

Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan


memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu
mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanakkanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri
sendiri. Contohnya, kanak- kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan
kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang
akan diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang
berada berdekatan dengan mereka.

Pengaruh Sekolah

Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah
hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran,
masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka

melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan


pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk
diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, mereka merasa sulit
untuk duduk dengan diam di kerusinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali,
sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru
sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas,
namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak
dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)

Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari
pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan
sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan
satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran
yang hendak disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar
lain yang berada di dalam bilik darjah tersebut.

Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan yang


dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang
guru itu mengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat
pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu
melalui pihak ibu bapa dan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas.
Dalam membuat diagnosis yang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar
kerana terdapat punca lain yang menyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami
keresahan sehingga tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang
boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku pelajar yang mengalami
masalah hiperaktif.

Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar
hiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik
darjah. Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan dengan
meja guru iaitu sebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang
tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan
walaupun pada masa yang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui
pemerhatian dan pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini
dengan lebih jelas dan dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar

itu dan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di dalam bilik
darjah.

Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan pelajar
hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari
meletakkan tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau
pintu dan lukisan yang berwarna. Ini akan mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan
pelajar ini menyelinap keluar tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka
tercedera jika duduk berdekatan dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti
pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak
boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya sangat menebal (Jas Laile
Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang pergerakan mereka untuk mendekati sesuatu
yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam
membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru
haruslah memastikan bahawa hanya peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja
pelajar terbabit. Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi
memastikan objek-objek yang tidak diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka.
Guru juga digalakkan untuk memberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu
mengawal diri mereka menjadi lebih tenang dan tidak menganggu pengajaran dan
pembelajaran (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Pujian yang diberikan guru ini
adalah penting supaya mereka akan mengekalkan sikap yang positif ini sekaligus akan
meningkatkan semangat mereka untuk berubah.
Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa anal-anak mereka
berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan menggunakan cara
perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka dalam bentuk
yang normal. Pendekatan ini memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak
supaya anak-anak mereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan
sebarang risiko yang bertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus
sedar jika mereka melakukan hukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan
kesan-kesan hitam dalam hidup anak mereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara
negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalam menghukum, membawa anak mereka
berjumpa pakar adalah jalan terbaik. Ini kerana semasa dalam perhatian pakar, anak-anak
yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untuk menjalinkan hubungan sosial
dengan keluarga, rakan dan masyarakat.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu
bapa perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang
optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi
keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanakkanak dalam banyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan
penyakit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku
hiperaktif ini, ibu bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang
seimbang dalam hidangan anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B
membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu
pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif,
permusuhan dan kemurungan. Tiada sumber makanan yang membekalkan kesemua
vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting (Kementerian Kesihatan
Malaysia,2008).

Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan


kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh
menurunkan kadar hiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat
untuk mengawal masalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk
digunakan. Ia disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat
yang biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai
kesan sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan
gangguan tidur. Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor
dan kesan sampingannya perlu sentiasa dipantau.
KESIMPULAN
Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan
memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar,
tidak mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu
berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh
lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman
sebayanya apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi
pemimpin di antara teman-teman yang lain.
Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan.
Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia
kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita
dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu
guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan

masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi

berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif

memerlukan bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

BIBLIOGRAFI

Mohd Faldz Ibrahim, 2007. Membimbing anak hiperaktif. Diperoleh pada 4 November 2011.
(http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing - Anak Hiperaktif)

Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). P sikologi P ersonaliti. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gangguan hiperaktif dalam kelas (2010). Diperoleh pada November 8, 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas

Hamid BinArshat, 2010. Kanak-kanak yang hiperaktif. Diperoleh pada 6 November 2011.
(http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanakkanak-yang-hiperaktif.html)

Hiperaktif: Masalah kanak-kanak ADHD dan kepentingan permakanan (2008). Diperoleh


pada November 9, 2011 daripada
http://pkbp.smkintan.edu.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=111

Huffman, Karen (2002). P sychology in Action. USA: John Wiley & Sons.

Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan gaya pemakanan. Diperoleh pada


November 11, 2011 daripada
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Kecelaruangayapemakanan.php

Zuhayati yazid, 2009. Menangani Anak-anak hiperaktif. Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4
November 2011.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&pub=Utusan
_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Scrib (2010). Kanak-Kanak & Perm ainan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010,
daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-ataukurang-tumpuan

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). P sikologi P endidikan


Untuk P erguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Raihanah Abdullah, 2004. Anak hiperaktif berkurang apabila Umur Meningkat.


Diperoleh pada 6 November 2011.
(http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&si4 8

Você também pode gostar