Você está na página 1de 13

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Pengenalan

Konsep pentaksiran autentik adalah mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar


dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ianya
merupakan proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek
tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi


pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Mengikut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang
memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan srategi, memberi
maklum balas atau hasilan dalam konteks atau reality yang bermakna.
Grace (1992), menyatakan penilaian autentik membabitkan kanak-kanak secara realistik
dalam menilai kemajuan mereka sendiri yang melibatkan pentaksiran secara berterusan di
mana perkataan realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan.

Ciri-ciri pentaksiran autentik ialah ianya menilai pemahaman melalui penampilan


tugasan yang dilaksanakan dan indicator profisiensi melalui aktiviti yang dijalankannya dan
berpusatkan kanak-kanak.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 1

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


Tujuan
Mengesan kemajuan dan pencapaian murid.dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap. Pentaksiran ini dijalankan dalam bentuk autentik untuk mengesan perkembangan murid
dari segi pengetahuan murid, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif murid serta
sikap yang ditunjukkan oleh murid sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung.
Objektif pentaksiran
Sebagai maklumbalas kepada guru tentang input dan output yang berlaku sepanjang
proses pembelajaran dan pengajaran dan dapatan ini digunakan untuk membuat pelaporan
dan perancangan untuk membuat penilaian.
Murid akan dapat mengungkapkan pemahaman mereka melalui pengalaman pembelajaran
yang sebenar.
Murid dapat mempertingkatkan penguasaan kompetensei mereka melalui teknologi dan
pemikiran aras tinggi.

Kumpulan sasaran

Murid Tahun 2 Amanah

Tempoh masa pelaksanaan :

2 minggu

Topik

Pembiakan haiwan

Hasil pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

menyenaraikan sekurang-kurangnya dua

haiwan yang bertelur banyak dan sedikit ; beranak

banyak dan sedikit secara lisan dan bertulis.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 2

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Alat pentaksiran
Bahan-bahan berdasarkan buku nota sama ada buku nota tersebut lengkap,
merangkumi semua topik dan maklumat yang lengkap. Persembahan nota dinilai dari segi
susunan, pengurusan grafik yang menarik dan sesuai dan tulisan yang jelas dan kemas.
Peta konsep dapat dijadikan penilaian untuk melihat cara murid mengaplikasikan nota
yang diberi dan diterjemahkan ke dalam peta konsep yang mengukur kebolehan murid dalam
kemahiran mengelas.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 3

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Projek buku skrap yang dijalankan menggalakkan murid mempelajari sesuatu melalui
pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini memberi peluang murid menggunakan
kemudahan deria untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini
memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti , imaginasi dan bakat mereka
dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan mengikut cara mereka sendiri. Murid seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

Aktiviti bilik darjah yang telah dijalankan ialah pembentangan, perbincangan dan
sumbang saran.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 4

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


Portfolio murid adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan
oleh murid untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep
sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa agak lama namun dapat
memberi ruang kepada murid untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti,
murid perlu belajar menyusun, sintesis dan menerangkan apa yang telah dipelajari. Portfolio ini
merupakan refleksi murid ke atas proses pembelajaran mereka sendiri.

Kaedah Pengskoran / Pengredan

Pengskoran rubrik dibuat sebagai panduan untuk menganalisis hasil dan proses yang
dilakukan oleh murid. Pengskoran ini diperlukan untuk menilai penguasaan subjek dan aktiviti
yang dilakukan oleh murid.
Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 5

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Tugasan
Buku

Wajaran

skrap:-

30%

Pembiakan haiwan

Buku nota

10%

Catatan
Kriteria penilaian:

pencapaian hasil pembelajaran

Reka letak fizikal yang menarik

Ketulenan dan kreativiti

Persembahan idea jelas dan fokus

Nota dikemaskini

Membuat pembetulan pada latihan yang


salah.

Ujian Sumatif

50%

Nota ditulis atau ditaip kemas dan menarik.

Berdasarkan markah ujian akhir tahun dan


pertengahan tahun

Kemahiran TMK

10%

Mahir menggunakan perisian Word dan


Powerpoint

Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa memeriksa secara keseluruhan


hasil

murid

dan

kemudian

mengelaskan

mengikut

kelompok

pencapaian

sebelum

menganggarkan pemberian markah keseluruhan bagi soalan. Skema pemarkahan secara


holistik untuk buku nota.
Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 6

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Markah

Kriteria

10

Cemerlang-semua nota lengkap dengan pembetulan dengan


tulisan yang kemas dan menarik.

Baik-Semua nota lengkap dengan pembetulan.

Memuaskan -

Semua nota lengkap dengan tulisan kemas dan

menarik
4

Lemah- Nota tidak lengkap dengan tulisan tidak kemas

Kurang

memuaskan-Nota

tidak

lengkap,

tiada

sebarang

pembetulan dibuat
0

Gagal- Tidak pernah membawa buku nota

Pemarkahan secara analitik disediakan untuk aktiviti projek buku skrap:Skala


Amat cemerlang

Wajaran
(30%)
25-30%

Kriteria
Isi
Tepat dan contoh serta melebihi 20 gambar haiwan.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 7

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


Ketulenan
Idea dan hasil tangan murid
Persembahan
Kemas

dan

teratur,

kreatif,

menggunakan

TMK

sepenuhnya.
Bahasa
Tiada kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan kata

Cemerlang

20-24%

Isi
Tepat dan contoh serta melebihi 15 gambar haiwan.
Ketulenan
Idea dan hasil tangan murid
Persembahan
Kemas dan teratur, kreatif, penggunaan TMK sepenuhnya.
Bahasa
Tiada kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan kata

Baik

15-19%

Isi
Tepat dan contoh serta melebihi 10 gambar haiwan.
Ketulenan
Idea

dan

hasil

tangan

murid

dengan

bimbingan,

penggunaan TMK sepenuhnya.


Persembahan
Kemas dan teratur
Bahasa
Kurangnya kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan
kata
Memuaskan

10-14%

Isi
Terdapat kesalahan fakta dan contoh serta melebihi 10
gambar haiwan.
Ketulenan
Idea dan hasil tangan murid dengan bimbingan
Persembahan
Kemas

dan

teratur,

melibatkan

sebahagian

sahaja

penggunaan TMK
Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 8

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


Bahasa
Terdapat kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan
kata
Kurang memuaskan

5-9%

Isi
Terdapat kesalahan fakta dan contoh serta melebihi 10
gambar haiwan.
Ketulenan
Idea dan hasil tangan murid dengan bimbingan
Persembahan
Kemas

dan

teratur,

melibatkan

sebahagian

sahaja

penggunaan TMK
Bahasa
Terdapat kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan
kata
Gagal

<4%

Isi
Terdapat kesalahan fakta dan

contoh serta melebihi

gambar haiwan.
Ketulenan
Idea dan hasil tangan murid dengan bimbingan
Persembahan
Kemas dan teratur, tidak menggunakan TMK
Bahasa
Terdapat kesalahan ejaan dan struktur perbendaharaan
kata

Analisis gred/skor

Buku Skrap

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 9

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

MURID 2 AMANAH - BUKU SKRAP


16
14
12
10
8
6
4
2
0
AMAT
CEMERLANG

CEMERLANG

BAIK

MEMUASKAN

KURANG
MEMUASKAN

GAGAL

Tafsiran gred / skor

Murid 2 Amanah seramai 40 orang merupakan murid yang mendapat purata A untuk
Dunia Sains Teknologi semasa Ujian Sumatif Akhir Tahun Satu. Murid yang amat cemerlang
rajin bertanya pada guru dan ibubapanya sentiasa memantau keperluan anak mereka. Untuk
hasil murid yang kurang memuaskan adalah kerana faktor tiada komputer dan internet di rumah
yang tidak dapat murid untuk memastikan tugasan mereka sepenuhnya menggunakan TMK.
Majoriti murid mendapat baik kerana tidak menepati masa yang ditetapkan untuk menghantar
tugasan. Hasil murid yang hanya memuaskan kerana kurangnya semangat murid untuk
menghantar tugasan terbaik. Murid yang gagal ini adalah kerana kehadirannya ke sekolah
adala 40% kerana masalah keluarga iaitu masalah kewangan dan masalah perceraian.

Buku Nota

2 AMANAH- BUKU NOTA

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK


12
10
8

Halaman 10

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113

Didapati murid yang sama memperolehi keputusan cemerlang. Murid yang gagal adalah
murid yang kurang kehadiran ke sekolah dan tidak pernah membawa buku ke sekolah. Untuk
keputusan yang baik dan memuaskan, murid menyalin nota tetapi tulisan kurang kemas kurang
membuat pembetulan. Murid yang lemah didapati tulisan agak sukar untuk dibaca serta
langsung tidak membuat pembetulan. Murid yang bukunya kurang memuaskan didapati bukan
sahaja tulisan tetapi keadaan buku yang tidak berbalut, koyak rabak menyukarkan untuk murid
membaca notanya sendiri dengan berkesan.

Kekuatan dan kelemahan


Dari segi kebolehpercayaan, lima kategori mempunyai nilai kebolehpercayaan yang
lebih tinggi.Kesahan konstruk memberi petunjuk sama ada murid itu mempunyai kebolehan dan
Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 11

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


kemahiran mengelas dan menggunakan TMK yang tinggi berdasarkan hasil tugasan murid.
Untuk memperolehi kesahan ini, satu jadual yang mengandungi maklumat terperinci mengenai
kurikulum yang diuji, taraf kesukaran, wajaran dan keperluan tugasan disediakan sebagai
jaminan untuk memastikan apa yang diuji berada di landasan yang betul. Tempoh masa yang
lama membolehkan murid menambah ilmu dan pengalaman dan ini memberi masa kepada
murid untuk menghasilkan tugasan berdasarkan penglaman pembelajaran mereka.Walau
bagaimanapun , berdasarkan keputusan melalui pemerhatian portfolio murid sebelum ini akan
meninggikan kesahan ramalan pada guru. Ketika melaksanakan projek, murid akan
memperkembangkan potensi komunikasi mereka secara tidak langsung melalui aktiviti dalam
bilik darjah, aktiviti berkumpulan dan aktiviti sumbangsaran.
Murid akan lebih berkemahiran menggunakan kelima-lima organ deria untuk
menghasilkan tugasan. Walaubagaimanapun, penilaian ini hanya dapat menilai sikap dan hasil
murid tetapi tidak dapat menguji tahap pengetahuan murid secara analitikal. Ada murid yang
tidak perlu membuat latihan, cukup sekadar mendengar penerangan guru tetapi mampu
menjawab soalan ujian formatif dan sumatif dengan baik manaka murid yang

rajin dengan

penulisan yang cantik, mahir TMK tetapi lemah ketika diuji dalam penilaian sumatif dan formatif
kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai.

Cadangan penambahbaikan
Penilaian autentik, penilaian sumatif dan formatif perlu dijalankan untuk membuat
pentaksiran secara holistik kerana kepandaian dan kebolehan murid adalah pelbagai. Bilangan
murid yang agak ramai iaitu 40 orang juga agak membebankan guru untuk menilai keseluruhan
murid dalam tempoh masa satu jam seminggu waktu Dunia Sains dan Teknologi. Untuk
kesahan da kebolehpercayaan yang tinggi dalam sesuatu penilaian, setiap guru subjek ini perlu
membuat penyelarasan dalam membuat penilaian agar kesamarataan markah kepada murid
berdasarkan guru dan kelas yang berlainan tidak akan setara jika tiada panduan seperti rubrik
dan JSU untuk dijadikan panduan utama.

Rumusan

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 12

Pensyarah: Pn Hjh Nor Ruzaini Bt Jailani /SCE 3113


Pentaksiran memerlukan proses pengujian dan pengukuran untuk membuat penilaian.
Pentaksiran boleh dijalankan dalam bentuk sumatif, formatif dan autentik. Pentaksiran autentik
dijalankan untuk dijadikan maklumbalas kepada guru, ibubapa, sekolah, komuniti dan negara
untuk perancangan pendidikan maju ke hadapan. Pentaksiran digunakan untuk menempatkan
murid pada kemahiran, minat dan kebolehan murid yang tertentu. Penggredan murid dapat
membantu guru menambahbaik segala kelemahan dan memperkasakan kelebihan. Hasil
penggeredan dibuat analisa untuk membuat pelaporan mengapa dan kenapa murid
memperolehi markah dan skor yang berbeza agar guru dapat membuat perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Pentaksiran autentik sains merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
menggunakan alat pentaksiran seperti portfolio, sampel kerja (buku nota), aktiviti dalam bilik
darjah dan projek.

Pentadbiran pengujian perlu mengikut prosedur dari segi persediaan, pelaksanaan,


penyelarasan, semakan secara moderasi yang menghasilkan pengskoran ujian hasil daripada
binaan rubrik secara holistik dan analitik. Pentafsiran skor digunakan untuk menentukan murid
yang layak mengikuti pemulihan atau pengayaan dan guru dapat menggunakannya untuk
menambahbaik pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran autentik mempunyai nilai
kebolehpercayaan dan kesahan yang agak rendah berbanding pentaksiran sumatif dan formatif.

Kebaikan kaedah penilaian ini adalah dapat menerapkan pemahaman akademik dan
menghubungkaitkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan
masyarakat. Penilaian ini dapat membantu memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka
dan menangani teknologi serta berfikiran aras tinggi.

Sulia Binti Suhed / 810824-03-5068 / September 2014 / P6.6 IPGIK

Halaman 13

Você também pode gostar

  • Template Kosong Jadual Waktu
    Template Kosong Jadual Waktu
    Documento2 páginas
    Template Kosong Jadual Waktu
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Peta Pemikiran Banding Beza
    Peta Pemikiran Banding Beza
    Documento1 página
    Peta Pemikiran Banding Beza
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Lembaran Kerja Moral THN 1
    Lembaran Kerja Moral THN 1
    Documento3 páginas
    Lembaran Kerja Moral THN 1
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Merotan
    Merotan
    Documento3 páginas
    Merotan
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Esei BM
    Esei BM
    Documento7 páginas
    Esei BM
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Merotan
    Merotan
    Documento3 páginas
    Merotan
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Baju Kurung Budak
    Baju Kurung Budak
    Documento2 páginas
    Baju Kurung Budak
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Forum
    Forum
    Documento1 página
    Forum
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Assignemntseni
    Assignemntseni
    Documento1 página
    Assignemntseni
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • OLL1
    OLL1
    Documento6 páginas
    OLL1
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Assignment B MM
    Assignment B MM
    Documento2 páginas
    Assignment B MM
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Exam Sains
    Exam Sains
    Documento2 páginas
    Exam Sains
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Skema Jawapan
    Skema Jawapan
    Documento1 página
    Skema Jawapan
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • 12 Aspek Pencerapan P&P
    12 Aspek Pencerapan P&P
    Documento4 páginas
    12 Aspek Pencerapan P&P
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Forum
    Forum
    Documento2 páginas
    Forum
    sulia81
    Ainda não há avaliações
  • Bumi Dan Angkasa
    Bumi Dan Angkasa
    Documento2 páginas
    Bumi Dan Angkasa
    sulia81
    Ainda não há avaliações