Você está na página 1de 11

APLIKASI INOVASI MODEL SEW THE BOARD

DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN, KENINGAU


Oleh:
NORAZWA DANIRA BINTI DARUSARAM
SK Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
annorazea@gmail.com
FARIDAH MARIANI BINTI JOHARI
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
faridahmariani07@gmail.com

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan inovasi dalam pendidikan
terhadap penggunaan Model Sew the Board dalam pelaksanaan amali jahitan di
sekolah. Seramai 10 orang responden telah dipilih dari kelas tahun 5 Dinamik dari
Sekolah Kebangsaan Luagan, Keningau. Kaedah pemerhatian dijalankan ke atas hasil
kerja murid serta penglibatan murid dalam P&P serta amali jahitan manakala temubual
digunakan untuk mengukur persepsi murid terhadap penggunaan Model Sew the
Board. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min.
Dapatan kajian menunjukkan purata peratus hasil kerja murid meningkat dari 24.1%
(pra-pemerhatian) kepada 68.3 % (pos-pemerhatian) dengan peningkatan peratus
sebanyak 44.2%. Kajian ini memberikan implikasi terhadap struktur pengajaran dan
pembelajaran dalam konteks amali kerana terbukti bahawa penggunaan Model Sew the
Board memberikan impak positif terhadap mutu hasil kerja murid. Adalah diharapkan
pihak sekolah dan guru-guru dapat mengaplikasikan Model Sew the Board dalam
pelaksanaan amali jahitan Tahun 5.
Kata Kunci : Model, Tunjukcara, Amali Jahitan, Tahun 5

PENGENALAN
Inovasi dalam pendidikan pada masa kini adalah penting, bagi memastikan perkembangan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang sentiasa mengikuti perkembangan zaman. Keberkesanan
pelbagai kaedah pengajaran adalah penting bagi menyampaikan isi pelajaran supaya ia nampak lebih
menarik kepada murid. Proses p&p dijalankan perlu mengambil kira dari segi persepsi murid. Kaedah
pengajaran yang tidak sesuai dengan kemahiran guru yang tidak mencukupi, sudah pasti tidak dapat
memenuhi kepuasan murid dalam proses p&p. Keupayaan murid mempraktikkan kemahiran yang
dipelajari di sekolah dalam kehidupan sehari-harian adalah berbeza berdasarkan persepsi murid
masing-masing. Masalah proses belajar merupakan masalah yang kompleks sifatnya (Ad.Rajjakkers,
1980).
Memandangkan projek amali amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian maka sepanjang
waktu kelas amali, saya selaku guru Kemahiran Hidup (KH) yang harus mempunyai kemahiran dan
sentiasa membimbing murid tanpa mengira bangsa dan juga agama. Ini kerana projek amali yang

ditentukan dalam sukatan pelajaran, wajib diselesaikan oleh murid mengikut arahan Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Jika terdapat murid yang lemah dan menghadapi masalah dalam kelas amali
ini, saya perlu membimbing murid tersebut sehingga berjaya dan mencapai objektif pengajaran. Oleh
itu, kaedah pengajaran yang dipilih oleh saya harus dapat menarik minat murid, mengekalkan
perhatian murid, mencungkil kreativiti murid dan juga menimbulkan rasa ingin tahu murid.
Kaedah tunjuk cara sering digunakan oleh guru untuk mengajar di dalam makmal dan
pengulangan tunjuk cara sering dilakukan kerana murid tidak dapat menguasai setiap langkah
penting yang berkaitan. Pengulangan semula langkah tunjuk cara menyebabkan masa kuliah akan
bertambah (Halina Hamid, 2004).
Menurut Nordin Hassan (1991), guru Kemahiran Hidup (KH) perlu dilengkapkan dengan
kemahiran tertentu di semua bidang supaya dapat mengendalikan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan lebih cekap dan berkesan khususnya ketika proses pengajaran yang melibatkan
kerja amali atau tunjuk cara. Tunjuk cara perlu diikuti dengan murid berpeluang melakukannya.
Tunjuk cara guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat. Hasilan guru atau contoh-contoh
seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi. Dalam proses pembelajaran KH, murid
perlu bekerjasama dengan rakan-rakan dalam projek kumpulan dan bekerja secara individu dalam
projek individu semasa kerja amali dijalankan.
PERNYATAAN MASALAH
Semasa saya p&p yang lalu, kaedah asas yang digunakan dalam pelaksanaan tunjuk cara mata
jahitan asas ialah dengan membahagikan murid untuk membentuk beberapa kumpulan. Seterusnya
saya akan menggunakan kaedah tunjuk cara untuk mengajar murid kemahiran menjahit mata jahitan
asas tersebut dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain dengan menggunakan bahan maujud sedia
ada iaitu jarum, benang, butang empat lubang, butang katup dan kain.
Walaubagaimanapun, kaedah ini kurang berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan
penguasaan murid dalam menjahit mata jahitan asas. Menurut Kamaruddin (1990) daya tarikan
sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru. Senario ini
menunjukkan situasi sebenar pelaksanaan amali pada praktikum yang lepas. Selepas saya membuat
tunjuk cara dan mengarahkan murid untuk mencuba menjahit sendiri pada kain yang disediakan,
lebih daripada 90% murid yang tidak dapat menjahit mengikut prosedur yang sebenar malahan tidak
dapat memulakan jahitan. Hanya dua orang murid yang dapat memulakan jahitan tersebut dan
meneruskan jahitan. Saya terpaksa membuat tunjuk cara untuk kali kedua dan hal ini mengakibatkan
masa terbuang begitu sahaja.
Namun demikian, berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua orang murid yang berjaya
menjahit tersebut masih mengalami masalah dari segi masa menjahit. Mereka mengambil masa

hampir 20 minit untuk menjahit satu jenis jahitan pada kain selebar 5 cm x 5 cm. Secara tidak
langsung, objektif pembelajaran saya tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan masa yang
ditetapkan. Sedangkan, peruntukan masa untuk topik Jahitan hanya dua minggu sahaja.
Pada minggu seterusnya, saya menggunakan video dan gambarajah untuk membantu
pemahaman murid. Semasa saya mengarahkan murid menjahit pada kain, 80% orang murid yang
masih tidak dapat memulakan jahitan dengan baik. Saya dapati hal tersebut berlaku disebabkan
murid keliru dengan video tersebut walaupun video tersebut menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
Secara keseluruhannya, pengajaran amali jahitan dengan menggunakan bahan maujud dan
agihan kumpulan kurang membantu murid memahami dan menguasai kemahiran jahitan ini.
Persoalannya, apakah cara sesuai untuk pengajaran amali jahitan dalam masa 2 minggu sahaja?
Adakah penggunaan bahan maujud semata-mata dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan
murid terhadap kemahiran jahitan ini?
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran menjahit mata jahitan asas dalam
kalangan murid tahun 5 yang lemah dalam kemahiran ini. Kajian ini penting untuk memastikan
bahawa murid menguasai salah satu kemahiran dalam subjek KH iaitu kemahiran menjahit.
Kemahiran ini memerlukan murid untuk fokus pada pengajaran (tunjuk cara) guru dan saya perlu
memastikan semua murid telah menguasai mana-mana kemahiran menjahit mata jahitan asas yang
telah diajar. Jika tidak, murid akan menerima kesan negatif terhadap diri sendiri dan terhadap
pembelajaran. Mereka akan kehilangan motivasi (minat dan penglibatan) sekaligus membuatkan
murid tidak ingin turut serta atau meneruskan p&p yang seterusnya.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum kajian ini ialah :
Inovasi Bahan Bantu Mengajar Model Sew the Board dapat meningkatkan struktur p&p dalam
pelaksanaan amali jahitan tanpa kebergantungan dengan bahan maujud sedia ada.

Objektif Khusus kajian ini ialah :


i.

Mengenal pasti aplikasi inovasi Model Sew the Board terhadap mutu hasil kerja amali

ii.
iii.
iv.

jahitan.
Mengenalpasti tahap penglibatan murid semasa p&p dijalankan.
Mengenalpasti tahap penglibatan murid semasa aktiviti amali jahitan dijalankan.
Mengenalpasti persepsi murid terhadap aplikasi inovasi Model Sew the Board dalam
pelaksanaan tunjuk cara amali jahitan.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini menimbulkan persoalan seperti berikut :
i.

Adakah aplikasi inovasi Model Sew the Board berkesan dalam meningkatkan mutu hasil

ii.
iii.
iv.

kerja amali jahitan murid?


Adakah murid melibatkan diri secara aktif semasa p&p dijalankan?
Adakah murid melibatkan diri secara aktif dalam amali jahitan dijalankan?
Apakah persepsi murid terhadap aplikasi inovasi Model Sew the Board yang digunakan
dalam pelaksanaan tunjuk cara amali jahitan dalam bilik darjah?
KUMPULAN SASARAN

Respondan kajian ini terdiri daripada 10 orang respondan dari kalangan murid tahun 5 Dinamik (5D)
Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau. Respondan dipilih secara rawak dengan tujuan untuk menilai
keberkesanan penggunaan Model Sew the Board dalam pelaksanaan tunjuk cara amali jahitan.
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan data kualitatif dan kuantitatif dalam
mendapatkan maklumat. Reka bentuk kajian dalam Rajah 1 dibawah merujuk pada Gelung Kajian
Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Reka bentuk kajian ini melibatkan empat bahagian iaitu
merancang (plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan mereflek (reflect). Kitaran kedua dibuat
jika pelaksanaan teknik yang dipilih tidak berkesan.

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988)

INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini, iaitu senarai semak pemerhatian digunakan
untuk menilai hasil kerja murid dalam menjawab persoalan (i), (ii) dan (iii) iaitu penglibatan murid
semasa p&p dan semasa amali jahitan dilaksanakan. Senarai semak pemerhatian yang digunakan
terbahagi kepada dua konteks utama iaitu konteks amali jahitan. Pemerhatian dilakukan pada dua
fasa iaitu pra-pemerhatian dan pos-pemerhatian.
Manakala senarai semak temubual digunakan untuk menjawab persoalan (iv) iaitu persepsi
murid terhadap aplikasi inovasi Model Sew the Board dalam pelaksanaan tunjuk cara amali jahitan.
Transkripsi temubual yang disediakan mengandungi empat soalan utama dan dianalisis berdasarkan
penentuan kod yang disediakan.
ANALISIS DATA
Persoalan kajian (i) : Adakah aplikasi inovasi Model Sew the Board dapat meningkatkan
mutu hasil kerja amali jahitan Tahun 5?
Jadual 1 menunjukkan taburan perbandingan skor markah amali jahitan pra dan pos. Hasil kajian
menunjukkan murid C memperoleh markah 70% (B) semasa amali jahitan pos dibandingkan dengan
14% (E) semasa amali jahitan pra dengan peratus peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 56%. Ia
diikuti oleh murid A , dimana peningkatan sebanyak 49% dari gred D ke gred B, dan J dengan
peningkatan sebanyak 48% dari gred D ke B. Manakala, murid B yang memperoleh gred C semasa
amali jahitan pra meningkat sebanyak 31% ke gred B semasa penilaian pos.
Jadual 1 : Taburan perbandingan skor markah amali jahitan pra dengan skor markah amali jahitan
pos (mengikut peningkatan tertinggi).
Penilaian hasil kerja (Pra)
Murid
C
A
J
E
D
G
H
I
F
B

Penilaian hasil kerja (Pos)

Gred

Gred

14
25
20
23
20
25
23
25
23
43

E
D
D
D
D
D
D
D
D
C

70
74
68
69
65
69
67
67
60
74

B
B
B
B
B
B
B
B
B
B

Jumlah
peningkatan
(%)
+56
+49
+48
+46
+45
+44
+44
+42
+37
+31

Saya dapati jadual 2, menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 44.2% skor markah bagi
pra dan pos amali jahitan yang telah dijalankan. Dimana semasa pra amali di dapati peningkatannya
hanyalah 24.1%, dari gred E kepada gred C dengan purata markah 24.1. Manakala selepas aplikasi
inovasi Model Sew the Board di dapati gred minimum adalah B dan kekal pada gred yang sama
dengan purata markah 68.3.

Jadual 2 : Purata skor markah pra amali dengan skor markah pos amali
Penilaian
amali jahitan
Pra
Pos

Minimum
Maksimum
Gred
(%)
(%)
14
E
43
60
B
74
Jumlah peningkatan

Purata markah
(%)
24.1
68.3
44.2

Gred
C
B

Persoalan kajian (ii) : Adakah responden melibatkan diri secara aktif semasa p&p dijalankan?
Jadual 3 menunjukkan analisis peratus penglibatan responden semasa proses p&p di bilik
darjah.

70% responden menunjukkan peningkatan memberi respon dengan soalan guru (tahap

rendah ke tinggi) dan memberi perhatian terhadap p&p dengan aplikasi inovasi model Sew the
Board dari tahap rendah ke tahap tinggi. 40% responden bertanya kepada guru semasa tunjukcara
dijalankan, menunjukkan dari tahap rendah ke tahap sederhana. Ia diikuti dengan 30% lagi meniru
perlakuan saya semasa proses tunjukcara dijalankan.

Secara keseluruhannya, ia menunjukkan

berlakunya penglibatan yang positif pada tahap sederhana hingga ke tahap tinggi selepas aplikasi
inovasi Model SewThe Board.

Jadual 4 mendapati sebanyak 25.0% (tahap rendah) murid

melibatkan diri secara aktif semasa pra-pemerhatian telah meningkat kepada 77.5% (tahap
penglibatan) semasa pos-pemerhatian.

Jadual 3 : Analisis peratus penglibatan responden semasa proses p&p.

Pemerhatian
Murid bertanya guru.

Pra-pemehatian
Peratus
Tahap
kekerapan
penglibatan
%
20%
Rendah

Pos-pemerhatian
Peratus
Tahap
kekerapan
penglibatan
%
60%
Sederhana

Jumlah
peningkatan
(%)
+40%

Murid memberi respon


dengan soalan guru.

30%

Rendah

100%

Tinggi

+70%

Murid memberi perhatian


terhadap p&p.

20%

Rendah

90%

Tinggi

+70%

Meniru perlakuan guru


semasa tunjuk cara.
(tunjuk cara jahitan)

30%

Rendah

60%

Sederhana

+30%

Jadual 4 : Analisis penglibatan responden semasa proses p&p.


Pemerhatian
Pra-pemerhatian

Peratus kekerapan (%)


25.0%

Tahap penglibatan
Rendah

Pos-pemerhatian

77.5%

Tinggi

Persoalan kajian (iii) : Adakah responden melibatkan diri secara aktif dalam amali jahitan
dijalankan?
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan 100% responden menyiapkan projek dalam jangka masa
yang ditetapkan dari tiada penglibatan sebelumnya. Manakala terdapat 20% peningkatan penglibatan
responden dari aspek bertanya guru soalan dan menjawab pertanyaan rakan lain dari tahap rendah
ke tahap sederhana. Hanya 10% peningkatan responden memberi tunjuk ajar kepada rakan yang
bermasalah sebelum dan selepas aplikasi inovasi model ini. Jadual 6 menunjukkan 55.0% (tahap
sederhana) responden melibatkan diri secara aktif semasa amali jahitan dilaksanakan semasa pospemerhatian dibandingkan dengan 25.0% (tahap rendah) sahaja semasa pra-pemerhatian.
Jadual 5 :
Analisis peratus kekerapan penglibatan responden semasa amali jahitan.
Pra-pemehatian
Peratus
Tahap
kekerapan
penglibatan
%

Pemerhatian
Murid bertanya dengan
guru.

30%

Murid menyiapkan
projek dalam jangka
masa yang ditetapkan.

0%

Pos-pemerhatian
Peratus
Tahap
kekerapan
penglibatan
%

Jumlah
peningkatan
(%)

Rendah

50%

Sederhana

+20%

100%

Tinggi

+100%

Murid memberi tunjuk


ajar kepada rakan yang
bermasalah.

40%

Rendah

50%

Sederhana

+10%

Murid menjawab
pertanyaan rakan lain.

30%

Rendah

50%

Sederhana

+20%

Jadual 6 :
Analisis penglibatan responden dalan konteks amali.
Pemerhatian
Pra-pemerhatian
Pos-pemerhatian

Peratus kekerapan (%)


25.0%
55.0%

Tahap penglibatan
Rendah
Sederhana

Persoalan kajian (iv) : Apakah persepsi responden terhadap aplikasi inovasi Model Sew the
Board yang digunakan dalam pelaksanaan tunjuk cara amali jahitan dalam bilik darjah?
Hasil temubual menunjukkan semua responden menyatakan bahawa mereka menyukai aplikasi
inovasi Model Sew the Board dalam tunjuk cara amali jahitan berbanding dengan tunjuk cara
menggunakan bahan maujud (kain, jarum dan benang). Secara tidak langsung ia telah meningkatkan

minat responden untuk menjahit selepas menggunakan model ini.

Ia disokong oleh 53.9%

responden menyatakan bahawa aplikasi inovasi model dapat meningkatkan kefahaman mereka
diikuti 15.4% responden berminat dan tertarik dengan aplikasi inovasi model Sew the Board.
23.1% (Model) responden pula menyatakan penggunaan model memudahkan pembelajaran mereka
dan 7.7% (Guru) memberi persepsi bahawa tiada guru lain yang menggunakan model sedemikian.
Dari aspek penjimatan masa pula, sebanyak 53.8% responden menyatakan bahawa
penggunaan Model Sew the Board mempercepatkan kefahaman mereka sekaligus menjimatkan
masa pembelajaran mereka. 58.3% pula menyatakan bahawa mereka mengimaginasikan model
semasa menjahit pada perca kain dan 33.3% pula menyatakan penggunaan model dapat membantu
mereka menyiapkan projek jahitan dalam masa yang ditetapkan.
Secara keseluruhan, didapati bahawa persepsi responden terhadap kefahaman dan model
memperoleh peratus tertinggi iaitu sebanyak 31.1 % diikuti persepsi minat sebanyak 26.7 %. Persepsi
guru dan masa masing-masing memperoleh peratus sebanyak 2.2% dan 8.9%.
Jadual 7 : Analisis temubual persepsi responden terhadap penggunaan Model Sew the Board
Persepsi
Soalan / Respon
Tunjuk cara yang manakah yang kamu
suka, menggunakan bahan maujud atau
menggunakan Model Sew the Board

Minat

Adakah kamu gemar menjahit selepas


menggunakan model ini?
Adakah penggunaan model menjimatkan
masa belajar kamu? Kenapa?
Peratus keseluruhan

Model

Guru

Masa

10
(100%)
2
(15.4%)
10
(100%)

Kenapa ?

Kefahaman

7
(53.9%)

3
(23.1%)

7
(58.3%)

1
(8.3%)

31.1%

31.1%

26.7%

1
(7.7%)

4
(33.3)
2.2%

8.9%

IMPLIKASI KAJIAN
Fokus penyelidikan ini merupakan langkah awal untuk mengumpul data bagi menguji keberkesanan
penggunaan Model Sew the Board dalam meningkatkan mutu hasil kerja responden. Di samping itu
juga, ia berperanan sebagai motivator kepada responden dari aspek bahan pengajaran.
Penyelidikan ini memberi implikasi kepada murid, para pendidik, dan sekolah. Penggunaan Model
Sew the Board ini sedikit sebanyak memberikan implikasi mendalam dari segi pemahaman dan
pencapaian pendidikan. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan mutu hasil kerja murid. Mutu hasil
kerja murid meningkat selepas tunjuk cara amali jahitan dilaksanakan dengan menggunakan Model
Sew the Board. Apa yang penting ialah BBM yang digunakan berada dalam keadaan yang mesra
pengguna, dimana ia mampu menarik perhatian murid untuk mengetahui apakah benda itu?
Kemudian menyentuh dan seterusnya tertarik untuk menggunakannya.

Apabila murid berjaya dimotivasikan melalui sifat ingin tahu, maka mudah untuk mewujudkan
pembelajaran yang aktif melalui komunikasi dua hala samada melalui guru dan murid, murid dengan
murid, atau murid dan bahan pembelajaran. Didapati bahawa tahap penglibatan murid semasa p&p
dan amali jahitan berada pada tahap yang memuaskan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa
penggunaan Model Sew the Board ini mampu meningkatkan penglibatan murid secara beransuransur.
Saya merasakan kajian ini memberikan implikasi terhadap diri saya sendiri. Hal ini kerana,
kajian ini masih mengalami kekurangan dari segi dapatan yang jitu. Faktor penyebab situasi ini
berlaku ialah saiz sampel yang kecil dan penggunaan instrumen yang terhad. Dapatan kajian
dianggarkan lebih jitu apabila menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Instrumen juga digabungkan kepada pemerhatian, temubual dan soal selidik. Hal ini menampakkan
hasil yang lebih baik.
Implikasi kajian ini kepada para guru pula termasuk kemahiran menterjemah kandungan
dalam sukatan pelajaran kepada bentuk pengajaran sebenar. Apabila seorang guru mampu
menterjemah kandungan tersebut dalam bentuk yang mudah maka, p&p berjalan dengan lancar dan
masa p&p juga boleh disingkatkan. Guru perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai setiap murid. Hal
ini penting untuk memastikan bahawa isi kandungan p&p diselaraskan dengan penggunaan BBM
yang sesuai mengikut semua tahap kecerdasan murid. Guru harus adil dan saksama dalam
pengajaran bagi memastikan kesemua murid dimotivasikan secara menyeluruh merangkumi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Guru juga harus kreatif dalam mewujudkan inovasi terhadap penggunaan BBM dalam bilik
darjah. Sesetengah BBM tidak mampu membantu pencapaian objektif. Lantaran itu, BBM perlu
diinovasikan kepada bentuk yang lebih efektif. Pihak sekolah harus mengambil berat tentang
penggunaan BBM dalam pelaksanaan p&p. Terdapat sekolah yang memandang ringan terhadap
penggunaan BBM. Setiap mata pelajaran mempunyai peruntukan masing-masing. Pihak sekolah
perlu menggunakan peruntukan sehabis baik dalam penyediaan bahan dan alatan pengajaran.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Sebagai persediaan menghadapi cabaran ke arah pendidikan bertaraf dunia, pelbagai penyelidikan
diperlukan dan sedikit sebanyak akan dapat membantu memberikan maklumat-maklumat yang
bermakna dan berguna kepada para penyelidik yang lain. Seterusnya ia akan memberi banyak
faedah kepada semua pihak dan memenuhi matlamat pendidikan Malaysia.

Dapatan kajian ini merupakan dapatan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau
sahaja. Berikut adalah beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh pihak- pihak
yang berkenaan. Antaranya ialah:1.1 Aplikasi penggunaan model Electricity dalam topik elektrik dan elektronik tahun 4 dan 5.
1.2 Perbandingan minat murid luar Bandar dan murid Bandar melalui pelaksanaan tunjuk cara
amali menggunakan Model Sew the Board.
1.3 Perbandingan keberkesanan aplikasi penggunaan model pembelajaran dengan penggunaan
bahan maujud.
1.4 Kajian mengenai stress dalam kalangan murid dan hubungan dengan penggunaan model
pembelajaran dalam pelaksanaan amali. Adakah model pembelajaran dapat mengurangkan
stress dalam kalangan murid?
KESIMPULAN
Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan mutu hasil kerja murid berjaya ditingkatkan dan
membuktikan bahawa tunjuk cara amali menggunakan Model Sew the Board membantu
meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran jahitan dalam kalangan murid. Pada masa
yang sama, murid juga dimotivasikan melalui penglibatan secara aktif dalam p&p dan amali jahitan.
Guru perlu mengambil kira kesemua aspek samada pengajaran guru mahupun pembelajaran
murid. Apabila kedua-dua aspek ini berada pada tahap yang stabil, maka p&p dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan. Hal ini sekaligus mewujudkan p&p yang bermakna dengan penggunaan
BBM yang bermakna. Guru perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dalam pengajaran amali
bagi menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar.
Berdasarkan dapatan kajian ini juga, adalah diharap pihak-pihak yang berkenaan
meneruskan usaha untuk mengaplikasikan penggunaan Model Sew the Board dalam p&p dan
pelaksanaan amali KH di sekolah tanpa kebergantungan terhadap bahan maujud semata-mata.
Adalah diharapkan dengan dapatan kajian yang diperoleh ini akan dapat memberikan garis panduan
kepada pihak-pihak tertentu terutama terhadap para penyelidik lain yang ingin melakukan kajian yang
melibatkan pembangunan BBM.

BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Profesionlisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Abdul Aziz Ibrahim (1993). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Kejuruteraan Awam di Politeknik-politeknik Malaysia. Satu tinjauan. UTM: Tesis
Ijazah Sarjana Muda.
Adzman Bin Mohd Jani (2003). Penggunaan ABM Di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran, Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Seremban Timur, Seremban Negeri
Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Atan Long (1998). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2005). Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

10

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Saujana.
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep & Prosedur. Selangor: Prentice Hall.
Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia
Mok Soon Sang (1992). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4. Kuala Lumpur.
Kompleks Budiman Sdn Subang Jaya.
Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Ramlah Hamzah (1993). Persepsi dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Jurnal Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Guru (KPM) Bil.9: 50-71.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu
Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos
Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Tengku Sarina Aini dan Yusmini (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Kuala
Lumpur: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd

11

Você também pode gostar