Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Aktiviti Ko Kurikulum
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah
Segala puji-pujian bagi ALLAH SUBHANA HU WATA`ALA.
Tidak akan terhasil walau satu huruf apatah lagi ayat demi ayat sehingga terhasilnya
tugasan ini tanpa ada Keizinan dariMU. Syukur ke hadratMU YA ALLAH.
Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
izin dan kurnianya dapatlah saya mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia bersama asiaeuniversity (AeU) Cawangan Melaka.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengalunkan setinggi penghargaan dan terima
kasih buat ENCIK RAMLE BIN TAIB atas segala dorongan dan bimbingan serta
tunjuk ajar sehinggalah sempurnanya tugasan ini dihasilkan. Walaupun ianya satu
dugaan yang agak berat kerana telah lama meninggalkan alam belajar dan komitmen
lain dalam melayari sebuah kehidupan, tetapi sokongan daripada pensyarah dan
rakan-rakan menguatkan semangat dan iltizam saya untuk mencapai kejayaan.
Semoga segala pengalaman pahit dan manis yang dilalui dapat menyegar dan
memantapkan kembali proses pembelajaran kami dengan kaedah pembelajaran AeU
pada semester yang akan datang.
Akhirnya, saya dengan penuh rasa insaf dan rendah diri ingin melafazkan setinggi
kesyukuran dan terima kasih khusus buat suami dan anak-anak yang amat
memahami. Buat bonda dan ayahnda izinkan anakanda melunaskan dan membayar
kembali segala harapan kalian berdua yang telah di kesampingkan suatu waktu
dahulu. Doa dan restu ayah bonda, suami dan anak-anak diharap mengiringi sebuah
kejayaan di masa akan datang.
ISI KANDUNGAN
MUKASURAT
-1-
PRAKATA
ISI KANDUNGAN
1
2
PENGENALAN
BAHAGIAN A
Pendapat Murid
BAHAGIAN B
Laporan Kejohanan Sukan
Pendahuluan
Rasional
Matlamat
Objektif
Pengurusan Mesyuarat
Laporan Sebelum
Laporan Semasa
Laporan Selepas
Penilaian Murid
Pengurusan Kewangan
Refleksi
Penutup
Rujukan
Lampiran
9
9
10
10
11
18
19
21
22
23
24
27
28
29
PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek,
(JERI). Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada sukan untuk semua dan juga sukan untuk kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti
sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
-2-
dan
-3-
-4-
-5-
pihak sekolah. Dari temubual yang dijalankan terdapat dari pihak ibu bapa yang
sanggup turun ke sekolah bersama-sama dalam melatih wakil-wakil sekolah dalam
beberapa kegiatan kokurikulum seperti, permainan hoki, perkhemahan dan juga
kawad.
Bagi persoalan kedua untuk soalan ke sembilan iaitu mengapa ibu bapa
mereka melibatkan diri, terdapat sedikit perbezaan pada pendapat mereka. Antara
pendapat yangn mereka berikan antaranya, ibu bapa sememangnya amat berminat
dengan kegiatan ini dan sanggup turut serta dalam kegiatan sekolah. Ada yang
berpendapat bahawa dengan kegiatan ini dapat mengawal anak-anak mereka dari
gejala yang tidak sihat, ada yang mengatakan dapat membantu anaka mereka
berdikari dan juga dapat memenuhi masa dengan kegiatan yang berfaedah, ada yang
mengatakan dengan kegiatan ini, semua kegiatan dan perlakuan anak-anak dalam
kawalan dan terjamin, malah ada yang mengatakan dengan kegiatan ini anak-anak
mereka terkawal. Selain itu terdapat juga yang berpendapat dengan menyertai
kegiatan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajaran anak mereka. Ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pihak ibubapa tiada halangan dan
masalah dengan kegiatan kokurikulum. namun begitu terdapat juga sesetengahnya
dari mereka merungut jika prestasi anak mereka merundum atau jatuh.
Soalan sepuluh pula berkaitan dengan kelengkapan dan kemudahan yang ada
di sekolah bagi perjalanan kegiatan kokurikulum dan sukan memuaskan. Dapatan
dari hasil temubual menyatakan bahawa mereka telah memberikan jawapan yang
berbeza. Ini mungkin berlaku kerana mereka dari bidang dan unit yang berbeza. Bagi
unit sukan hoki, mereka menyatakan tiada masalah kerana segala kelengkapan
mencukupi, dan mendapat kerjasama dari pengurusan PIBG sekolah dengan baik.
Bagi unit lain pula mereka menyatakan ianya kurang mencukupi. Ini jelas pada
pandangan mereka apabila aktiviti perkhemahan ingin dijalankan, terpaksa
meminjam khemah dari sekolah lain untuk menampung peserta perkhemahan. Ratarata mereka berpendapat bahawa kelengkapan dan kemudahan di sekolah perlu di
pertingkatkan lagi.
Rumusan dari temubual yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kegiatan
kokurikulum dan juga sukan masih lagi releven dalam dunia pendidikan pada masa
kini. Bertepatanlah dengan apa yang telah Kementerian Pelajaran Malaysia inginkan
-7-
BAHAGIAN B
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan insividu. Melalui
kkegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan juga sosial. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah
Kebangsaan Simpang 5 Pekan, Ledang telah mengadakan satu kejohanan Padang dan
Balapan ( Kejohonan Sukan Tahunan ), yang mana menjurus kepada pembentukan
yang
seimbang.
Melalui
kejohanan
ini diharapkan
dapat
menggalakkann
RASIONAL
Rasional kejohanan ini di adakan adalah seperti berikut :1.
2.
3.
Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
MATLAMAT
Kejohanan Padang dan balapan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan
ini juga untuk mengcungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
OBJEKTIF AM
Melalui kejohanan Padang dan Balapan ini, diharapkan murid dapat :i.
ii.
iii.
-9-
iv.
Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru serta
warga sekolah.
OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kejohanan Padang dan Balapan ini, diharapkan:
i.
ii.
iii.
PENGURUSAN MESYUARAT
Bagi melicinkan perjalanan sesuatu program yang dirancangkan, mesyuarat
merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan tugas dan masalah
yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan. Setiap mesyuarat yang dijalankan
mestilah mempunyai prosedur, proses dan tujuan yang tersendiri.
Bagi temasya kali ini satu mesyuarat khas telah diadakan pada 21 September
2012 bagi membentuk dan melantik jawatan kuasa kerja bagi temasya sukan kali ini.
Surat edaran dan jemputan mesyuarat telah diedarkan dua minggu sebelum
mesyuarat. Antara agenda mesyuarat pada kali ini antaranya :
Ucapan pengerusi
Perkara-perkara berbangkit
b. Hari
c. Masa
d. Tempat
Kewangan sukan
Hal-hal lain
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
: Pn Normala bt Maarof
AJK
:
Pn Rosnah bt Mohd Noh
- GPK Pentadbiran
Pn Sariah bt Somadi
- GPK HEM
- YDP PIBG
Pn Khuzainah bt Ahmad
- NYDP
- Ketua Kampung
- Pengerusi Belia 4B
- 11 -
Pn Salmizan bt Salam
JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SEK. KEB. SIMPANG 5 PEKAN
LEDANG, JOHOR
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
: Pn Normala bt Maarof
1. Urusetia
Pn Aizah bt Ghazali
Pn Noriha bt Irsat
Pn Sariah bt Somadi
- 12 -
En Yahya b A. Rahim
6. Teknik Alatan
Pn Salmizan bt Salam
Pn Rosnah bt Othman
Pn Maznah bt Sham
Pn Normala bt Maarof
Pn Masrintan bt Sakiran
Pn Hasiah bt Mohd Dom
9. Siaraya
En Sakiran b Dirin
En Sarman b Pawiro
Pn Norlinah bt Tumiran
Sk Simpang 5 Pekan.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan, iaitu seramai 250 orang
termasuk murid PRA.
TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh
Hari
: Selasa
Masa
: 2.30 petang
Bil
Acara
Kelas
Sepasukan
Jum.
Jum.
Peserta
Acara
50 meter
Pra Sekolah
2 orang
16 orang
80 meter
LP C
2 orang
16 orang
100 meter
LP A, B
2 orang
32 orang
200 meter
LP A, B
2 orang
32 orang
4 x 50 meter
LP C dan Pra
2 kumpulan
32 orang
4 x 100 meter
LP A, B
2 kumpulan
64 orang
4 x 200 meter
LP A, B
2 kumpulan
64 orang
Lompat Tinggi
LP A, B
2 orang
32 orang
Lompat Jauh
LP A, B
2 orang
32 orang
10
Lontar Peluru
LP A
2 orang
16 orang
11
Rejam Lembing
LP A
2 orang
16 orang
Kategori A
Kategori B
Kategori C
- 14 -
Setiap murid hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 2 acara individu dan 2
acara kumpulan.
Acara jemputan sekolah-sekolah 4 x 100m bawah 12 lelaki dan perempuan
Acara untuk sukaneka bagi pegawai sukan dan juga ibubapa
- 15 -
5. SAMBUTAN
a. Sentiasa bekerjasama dengan bahagian istiadat pembukaan dan
penutup.
b. Merancang dan mengatur sambutan semasa pembukaan
c. Menyediakan minuman untuk VIP
6. HIASAN
a. Mentediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, negeri dan
Malaysia
b. Menyediakan pasu-pasu bunga dan hiasan yang sepatutnya
dan
- 16 -
- 17 -
bahagian, bacaan ikrar serta persiapan tempat dan kerja-kerja pengemasan khemah
peserta dan juga tetamu. Raptai ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada
jam 10 pagi. Selepas raptai berakhir kesemua ahli jawatankuasa kerja telah diminta
oleh guru penolong kanan Kokurikulum untuk membentangkan persiapan tugas
masing-masing bagi kali terakhir sebelum bermulanya hari kejohonan pada keesokan
harinya.
LAPORAN SEMASA KEJOHANAN
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan
telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 2.30 petang dan
berakhir pada 5.30 petang pada hari Selasa 23 Oktober 2012.
Sebelum hari
kejohanan acara padang dan beberapa acara balapan telahpun dijalankan. Ini bagi
menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan kejohanan sukan sekolah pada hari
sukan.
Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan
yang terdiri dari Rumah Merah ( Bendahara ), Rumah Biru ( Syahbandar ), Rumah
Kuning ( Laksamana ) dan Hijau ( Temenggong ). Kejohanan sukan pada kali ini
telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan sendiri iaitu
Encik Ahmad bin Md Nor. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan
bacaan ikrar keejohanan oleh wakil murid, temasya pada kali ini di meriahkan lagi
dengan persembahan murid, iaitu tarian zapin dan juga senamrobik sementara
menunggu peserta mempersiapkan diri.
Tepat jam 3.00 petang acara dimulakan dengan acara 50m PRA sekolah yang
melibatkan seramai 16 orang peserta yang terdiri dari dua kategori iaitu lelaki dan
juga perempuan. Selepas itu pelbagai acara kejohonan dijalankan seperti 80m
kumpulan C, 100m kumpulan A dan B, dan banyak lagi. Bagi kumpulan A terdiri dari
dua kategori iaitu lelaki dan perempuan tahun 5 dan juga 6. Bagi kumpulan B pula
ialah bagi murid tahun 3 dan 4, manakala kumpulan C terdiri dari murid-murid tahun
1 dan 2 serta PRA sekolah.
Kejohanan sukan kali ini dimeriahkan lagi dengan acara 4x100m jemputan
lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Pihak sekolah telah menjemput sekolahsekolah yang berhampiran bagi memeriahkan lagi kejohanan kali ini. Sebanyak 6
- 18 -
buah sekolah telah menghantar pasukan sekolah mereka mangambil bahagian dalam
acara jemputan kali ini. Ia terdiri dari Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Sekolah
Kebangsaan Sawah Ring, Sekolah Kebangsaan Serom 3, Sekolah Kebangsaan Parit
Kassan, Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chian Kuo Bukit Gambir dan juga Sekolah
Jenis Kebangsaan ( C ) Nan Hwa. Bagi acara lelaki ianya telah dimenangi oleh
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chian Kuo dan bagi acara perempuan telah
dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sawah Ring.
Sebelum acara sukan berakhir, kejohanan kali ini dimeriahkan lagi dengan
acara sukaneka bagi pegawai sukan dan juga ibu bapa. Acara yang dijalankan ialah
acara pecah belon bagi lelaki dan isi air dalam botol bagi perempuan. Kedua acara ini
telah berjaya mencuit hati tetamu yang datang Bagi acara lelaki ianya telah
dimenangi oleh En Sarman bin Pawiro manakala bagi acara perempuan pula ianya
telah dimenangi oleh Puan Salbiah bt Hassan.
Selepas berakhirnya acara sukaneka, acara yang dinanti-nanti oleh peserta di
umumkan iaitu pemenang mengikut kumpulan dan juga pemenangan keseluruhan
bagi temasya kali ini. Bagi kumpulan C, telah dimenangi oleh Rumah Merah, kedua
Rumah Biru diikuti oleh Rumah kuning dan juga Hijau. Bagi kumpulan B pula ianya
telah dimenangi oleh Rumah Hijau, diikuti oleh Rumah Merah, Kuning dan juga
Biru. Manakala bagi kumpulan C, Rumah Merah sekali lagi meraih tempat pertama
diikuti oleh Rumah Kuning, Hijau dan juga Biru.
Secara keseluruhannya Rumah Merah telah muncul sebagai johan
keseluruhan, diikuti oleh Rumah Hijau, Rumah Kuming dan juga Biru. Adik
Muhammad Harith Haikal dari rumah Merah telah dinobatkan sebagai olahragawan
sekolah manakala adik Nur Aisyah Farina dari Rumah Hijau pula telah dinobatkan
sebagai olahragawati sekolah pada temasya kali ini. Manakala bagi hadiah khas
perbarisan dan hiasan khemah pula telah dimenangi oleh pasukan Rumah Biru.
Selepas semua acara berakhir, pegawai-pegawai sukan dan juga jemputan khas telah
dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan. Kejohanan sukan pada kali ini
berakhir pada pukul 5.30 petang.
- 19 -
- 20 -
5. Terdapat aduan tentang kasut peserta yang bertukar, murid perlu diingatkan
agar mengecam kasut mereka. Guru rumah sukan perlu lebih prihatin akan
hal ini terutama bagi murid PRA dan juga tahun satu.
PENILAIAN MURID
Selepas kejohanan berakhir, satu tinjauan telah dijalankan terhadap muridmurid tentang perjalanan temasya pada kali ini. Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah
untuk mendapatkan maklumbalas dari murid-murid tentang perjalanan sukan dan
juga pengerusan temasya sukan kali ini. Tinjauan ini dijalankan secara rawak
terhadap beberapa orang murid melalui pemerhatian semasa temasya sukan.
temubual dengan murid-murid selepas kejohanan berakhir dan juga satu soal selidik
ataupun senarai semak telah diedarkan kepada murid-murid bagi meningkatkan lagi
mutu perjalanan sukan sekolah di masa-masa akan datang.
Antara soalan yang di ajukan pada mereka ialah berkenaan dengan sukan
sekolah, minat mereka terhadap sukan, kaitan sukan dengan pelajaran, peralatan dan
kelengkapan untukmenjalankan sukan, pandangan ibubapa mereka, peruntukan masa
dan sebagainya. Dapatan dari temubual dan juga senarai semak yang telah
dijalankan, kebanyakan mereka memberi jawapan yang hampir sama. Boleh
dikatakan keseluruhan mereka amat minat dengan sukan dan amat seronok bila
aktiviti sukan diadakan.
Ibu bapa mereka juga telah memberi sokongan dan juga dorongan agar dapat
mengambil acara dalam acara sukan. Melalui temasya sukan yang telah dijalankan,
memang tidak dapat dinafikan, sokongan ibu bapa amatlah tinggi semasa temasya
tersebut. Mereka sanggup datang untuk melihat anak-anak mereka mengambil
bahagian dalam acara masing-masing.
Secara keseluruhannya temasya sukan sekolah dan acara sukan yang di
adakan di sekolah telah berjaya menarik minat murid-murid untuk terus datang ke
sekolah serta dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu
bapa.
- 21 -
PENGURUSAN KEWANGAN
Kos Pengendalian
1.
Hadiah
- Medal
: RM1,376.20
- Perasmi
: RM 100.00
2.
: RM 776.00
3.
: RM300.00
_________
JUMLAH
RM2,552.20
Peruntukan Kerajaan
: RM 980.20
2.
Wang SUWA
: RM1,072.00
3.
Sumbangan PIBG
: RM 500.00
_________
JUMLAH
RM2,552.20
- 22 -
REFLEKSI
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan telah diadakan pada
petang hari Selasa, 23 Oktober 2012. Ini adalah temasya sukan sekolah pertama
yang saya ikuti di sekolah ini. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan
temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada
kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling.
kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki untuk program sukan pada tahun-tahun
akan datang.
Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru
Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan terutamanya pihak Guru Besar, Penolong
Kanan Kokuikulum, Setiausaha Sukan , Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pihak AJK
PIBG yang telah bersatu mengembeling tenaga bagi menjayakan sukan pada tahun
ini. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program
perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan dan sebagainya membantu
melancarkan temasya sukan sekolah.
Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari
sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sebagai contoh, kerjasama
kakitangan
sekolah
dalam
bermesyuarat
membantu
guru
yang
- 23 -
mendirikan khemah, ibu bapa turut serta membantu guru-guru mendirikan khemahkhemah rumah sukan. Ibu bapa juga sanggup membawa langsir, bunga manggar dari
rumah mereka untuk digunakan bagi menghias khemah-khemah tersebut. Ibu-bapa
dan guru-guru tidak keberatan dan tanpa segan silu untuk sama-sama berganding
bahu bersatu tenaga sepanjang aktiviti sukan ini berlansung. Jika sebelum sukan
diadakan ibu-bapa tidak mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka
namun setelah mengikuti program sukan ini ibu-bapa lebih mengenali guru-guru dan
boleh berbincang tentang pelbagai hal berkaitan perkembangan anak-anak mereka di
sekolah dan masalah pembelajaran boleh diselesaikan bersama-sama. Ikatan ini amat
penting untuk kemajuan dan peningkatan tahap kecemerlangan murid dan secara
tidak langsung ia juga memberikan kejayaan kepada tahap prestasi pencapaian
sekolah.
Melalui temasya sukan ini juga telah dapat membantu guru untuk
mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid
berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih jauh, samada peringkat daerah,
negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Jadi, dengan adanya sukan tahunan ini, ia
dapat membantu murid untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain pada peringkat
yang lebih tinggi lagi dan dapat menonjolkan kehebatan mereka serta dalam masa
yang sama kehebatan dan kejayaan yang dicapai oleh murid ini akan menaikkan dan
mengharumkan nama sekolah.
Disamping itu melalui aktiviti sukan, kemenangan dan kegagalan dapat
diletakkan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan
sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari
apa itu menang dan kalah. Oleh itu, sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan
semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah
antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan
kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu
aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar terutamanya
golongan masyarakat kampung berdekatan melalui PIBG
bagi menjayakan
- 24 -
sambutan hari sukan ini. Kekurangan kakitangan sekolah ini juga ditambah pula
dengan sikap sesetengah ahli jawatankuasa yang dilantik tidak menjalankan tugas
mereka dengan sebaiknya. Tindakan mereka seolah-olah tidak tahu langsung peranan
dan tugas yang diamanahkan kepada mereka walhal perkara ini telah diingatkan oleh
pihak pentadbir berkali-kali semasa sesi mesyuarat sukan.
Contohnya Ahli Jawatankuasa Peralatan dan Siaraya telah tidak menjalankan
tugas mereka pada awal-awal majlis lagi dimana semasa semua jemputan dan peserta
yang terlibat menyanyikan lagu Negaraku dan semasa perbarisan masuk kontijen
rumah sukan, mereka tidak meyediakan peralatan muzik alternatif menyebabkan
semasa lagu Negaraku dan muzik perbarisan cacat bunyinya. Cadangan saya, semoga
pihak yang dipertanggungjawabkan perlulah menyediakan lebih awal peralatan
tersebut tanpa berharap orang lain yang menyediakannya.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatanalatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk
acara lontar peluru, rejam lembing, pembesar suara, alatan khemah dan alatan-alatan
sukan yang lain. Sekiranya kerosakan berlaku memerlukan penggantian semula
dengan alatan yang baru. Jadi, hal ini melibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh
pihak sekolah.
Terdapat beberapa cadangan untuk majlis sukan yang akan datang. Dari segi
kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah ahli jawatnkuasa kerja sukan,
dengan penambahan ini bukan sahaja masalah aktiviti dapat diselesaikan, malah
masa dapat dijimatkan. Cadangan saya, dimasa akan datang pihak pengurusan perlu
merancang masa dan sumber manusia yang lebih efektif bagi menjayakan sesuatu
aktiviti
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu
memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu
aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari
berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap
sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain.
Kelemahan dari segi kekangan masa untuk menyiapkan semua aktiviti yang
telah dirancang adalah dengan mencadangkan majlis sukan untuk tahun-tahun yang
- 25 -
akan datang dilaksanakan lebih panjang. Sungguhpun begitu, temasya sukan kali
pertama untuk saya di sekolah ini cukup membantu saya dalam mengendalikan
sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.
PENUTUP
Sebagai konklusi, sukan adalah aktiviti yang sangat bermanfaat kepada para
pelajar. Program ini bukan sahaja berperanan besar dalam aspek kesihatan
dan
antara sesama warga sekolah sendiri dan juga antara pihak sekolah dengan
masyarakat.
Sesungguhnya,
persediaan bagi menghadapi hari sukan sebenar telah bermula sejak awal tahun
lagi. Jadual perancangan dan kertas kerja perlu dibina. Sebulan sebelum
menjelangnya sukan pula, warga sekolah semakin sibuk apabila latihan sukan,
saringan sukan dan raptai sukan dilangsungkan. Seterusnya, terdapat faktor- faktor
lain yang turut menjadi pemangkin kejayaan acara sukan. Antaranya ialah
kemudahan dan peralatan sukan yang lengkap, penyertaan para pelajar yang tinggi,
latihan yang mencukupi, pengelolaan acara sukan oleh guru secara efisien,
pemilihan atlet yang benar-benar berbakat serta kerjasama daripada komuniti
setempat. Pendek kata, tanpa perancangan yang baik, temasya sukan pasti
berlangsung dalam keadaan yang tidak sempurna. Ironinya, jika perancangan
sukan amat mantap namun tiada komitmen padu daripada pihak-pihak yang
terlibat, penganjuran sukan juga akan diwarnai cacat-cela. Maka, Dasar 1
Murid 1 Sukan turut menemui kegagalan. Sudah terang lagi bersuluh, peranan
para guru dalam membentuk anak-anak didik yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi dan rohani mereka seperti yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan adalah amat besar. Sesungguhnya, usaha yang dilakukan
para guru pada hari inilah yang bakal mencorakkan keadaan generasi dan negara
ada masa hadapan.
- 26 -
RUJUKAN
__________, (2011), Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan
Sekolah Sukan Olahraga Sekolah Rendah, Bahagian Sukan Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
__________, ( 2011), Buku Panduan Dasar Satu Murid Satu Sukan 1M1S, Bahagian
Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Perpustakaan Negara.
http://www.scribd.com/doc/34864136/Kertas-Kerja-Kejohanan-Sukan-Olahraga
Capaian 10 Jun 2013
Syahrul Ridhwan Bin Morazuki Olahraga (SPR 1992) Pengelolaan Sukan Tahunan
Sekolah.
https://www.google.com.my/#rlz=1C2TGIB_enMY531MY531&sclient=psyab&q=kejohanan+sukan+sekolah&oq=kejohanan+sukan+sekolah&gs_l=serp
.3..0l4j0i22i30l6.71880.75849.1.76177.23.15.0.8.8.0.171.1526.10j5.15.0...0.0
.0..1c.1.17.serp.8NnPITKv3Ks&psj=1&bav=on.2,or.r_qf.&fp=f6b94e1df894
b853&biw=1280&bih=653 .pdf. Capaian 8 Jun 2013.
Manual Pengelolaan Sukan Tahunan Sekolah, Kejohanan Olahraga MSSM dan
Merentas Desa.
http://msspp.com/userbox/OLAHRAGAPERINGKATSEKOLAH.pdf
Capaian 20 Jun 2013
Buku Panduan Kokurikulum
http://www.smksgpusu.net/bahan/BukuPanduanKokurikulum.pdf Capaian 20
Jun 2013
- 27 -
LAMPIRAN
- 28 -
3.
4.
5.
Tarikh
: 21 September 2012
Masa
: 3.00 tangahari
Tempat
Agenda mesyuarat:
4.1
Ucapan Pengerusi
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Hal-hal lain
(....................................)
- 29 -
Minit Mesyurat
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5 PEKAN
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH
BIL. 1 / TAHUN 2012
Tarikh
Masa
: 3.00 petang
Tempat
Pengerusi
Kehadiran (Bilangan)
: 20 orang
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua
guru yang terlibat. Harapan beliau pertemuan pada tengahari ini dapat
membicarakan secara terperinci tentang aktiviti dan program Sukan yang
bakal dijalankan.
1.2 Pelan tindakan akan dibuat dalam melaksanakan program di bawah
pengurusan sukan 2012 di mana para guru perlu memastikan penyertaan
murid yang sepenuhnya di peringkat sekolah.
Tindakan : Makluman
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
- 30 -
2.1 En. Ab. Hafiz bin Abdul Aziz mengesahkan pembentangan minit mesyuarat
lepas
En Izuldin b Che Omar menyokong .
3. Isu berbangkit
3.1 Tiada isu yang dibangkitkan.
Tindakan : Makluman
4. Sukan Tahunan Sekolah
4.1 Pengerusi menjemput Setiausaha Sukan Sekolah En Ab Hafiz b Abdul Aziz
membentang
perancangan
program.
Sukan
Tahunan
Sekolah
yang
Disemak oleh ,
- 31 -
rumah sukan di sebelah petang seperti ketetapan yang dilampirkan. Pihak kami
memohon agar pihak tuan dapat melepaskan murid-murid yang mewakili rumah
tersebut untuk menghadiri latihan rumah sukan masing-masing.
Kerjasama dari pihak tuan amat kami alu-alukan bagi melicinkan lagi perjalanan
Kejohanan Sukan pada tahun ini.
- 32 -
...........................
(Guru Besar )
PELAN TINDAKAN
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
SEK. KEB. GERSEK
2012
HARI
23 SEPT.
30 Sept
7 OKT
14 OKT
24 SEPT.
1 OKT
8 OKT
15 OKT
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan Rumah
SUKAN JLN
Sukan 1
Sukan 5
Sukan 9
DULU -2
(Merah )
(Hijau )
( Kuning )
25 SEPT.
2 OKT
9 OKT
16 OKT
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Sukan 2
Sukan 6
sukan 10
sukan 13
(Biru)
( Kuning)
( Hijau)
(Biru)
26 SEPT.
3 OKT
10 OKT
17 OKT
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan runah
Latihan Rumah
Sukan 3
Sukan
sukan 11
sukan 14
(Kuning)
((Biru)
( Merah)
(Hijau)
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
- 33 -
KHAMIS
21 SEPT.
JUMAAT
27 SEPT.
5 OKT
11 OKT
18 Okt
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Latihan Rumah
Sukan 4
Sukan 8
sukan 12
sukan 15
( Hijau)
( Merah)
(Biru)
(Kunung)
28 SEPT.
6 OKT
12 OKT
29 OKT
Mesyuarat
Latihan Rumah
Pengelolaan
sukan 16
(Merah)
22 SEPT.
SABTU
29 SEPT
6 OKT
13 OKT
20 OKT
Perjumpaan
Rumah Sukan
Dulu 1
21 OKT
AHAD
22 okt
ISNIN
SELASA
23 okt
Temasya Sukan
Tahunan kali ke 20
PELAJAR:
-------------------------------------------------------------------------------------Bil
Acara
Kelas
Sepasukan
Jum. Peserta
Jum. Acara
-------------------------------------------------------------------------------------1
80 meter
2 orang
12 orang
2.
100 meter
LP Th 6, A,B
2 orang
24 orang
3.
200 meter
LP Th 6,A,B
2 orang
24 orang
4.
4 x 50 meter
LP C
2 kumpulan
24 orang
5.
4 x 100 meter
LP A,B
2 kumpulan
48 orang
6.
4 x 200 meter
LP Th 6,A
2 kumpulan
24 orang
- 34 -
Lompat Tinggi
LP Th 6,A, B
2 orang
24 orang
8.
Lontar Peluru
LP Th 6,A
2 orang
12 orang
9.
Rejam Lembing
LP Th 6,A
2 orang
12 orang
10.
Lompat Jauh
LP Th 6, A, B
2 orang
24 orang
-------------------------------------------------------------------------Nota:
Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 2 acara individu dan 2
acara kumpulan.
Untuk semua acara individu dan berkumpulan MATA diberikan seperti berikut :
Johan
- 7
Naib Johan
- 5
Ketiga
- 4
Keempat
- 3
PERALATAN
1.
Baton
2.
Wisel
3.
Healer
4.
Bendera Pengadil -
6 set
5.
Lembing
6.
Peluru
7.
8.
Pita Ukur
9.
Borang-borang Kejohanan
10.
11.
Payung Besar
- 35 -
PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN
Pengurus Kejohanan
: Pn Aizah bt Ghazali
Penyelia Peserta
Pengurus Pasukan
Juruhebah
: En Nabil b Borhanuddin
- Bendahara
En Yahya b A. Rahim
- Syahbandar
- Laksamana
Pn Salmizan bt Salam
- Temenggong
Pencatat
: Pn Noraini bt Sabtu
Marsyal
: En Zulkifli b A. Wahab
PEGAWAI KEJOHANAN
Referi
Pelepas
Pen. Pelepas
HAKIM BALAPAN:
PENGADIL BALAPAN:
En Sarman b Pawiro
En Yahya b A. Rahim
- 36 -
Pn Sariah bt Somadi
Pn Salmizan bt Salam
8.00 pagi
b.
- 37 -
Tandakan (_/ )
Tarikh
jika sudah
dilaksanakan
Catatan
1. Setiausaha Sukan/Urusetia
1.1 Mesyuarat penyelarasan guru-guru.
1.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan.
1.3 Menyenarai acara-acara Kejohanan.
1.4 Dapatkan senarai peserta rumah.
1.5 Mendapatkan & menjemput pegawai.
1.6 Memastikan semua Jawatankuasa Kecil dan PasukanRumah
telah mengambil tindakan yang sepatutnya.
2. Ketua Guru Rumah/Guru-guru Rumah
2.1 Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
2.2 Menyerahkan senarai nama peserta kepada Setiausaha
Sukan/Kejohanan/Urusetia.
2.3 Menyediakan alat-alat olahraga untuk peserta rumah.
2.4 Menyediakan pakaian dan nombor untuk pasukan rumah.
2.5 Menyediakan khemah rumah.
2.6 Menyediakan taklimat/nasihat/panduan kepada para
peserta dan ahli-ahli rumah serta pelajar bertugas.
- 38 -
4. JKK Sambutan
4.1 Melantik penyambut tetamu.
4.2 Mendapatkan senarai kehadiran jemputan khas (jika ada).
4.3 Taklimat kepada penyambut tetamu.
4.4 Penyelarasan dengan JKK Jemputan dan Urusetia.
- 39 -
- 40 -
Gambar Kejohanan
- 41 -
- 42 -
- 43 -
- 44 -