Você está na página 1de 24

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

Pengenalan Am

2.0

Analisis Pergerakan Manusia


2.1

Tekan Tubi Fasa

35

6 12

Persediaan
Fasa Menurun
Fasa Pemulihan
Rujukan gambar rajah

2.2

Naik Turun Bangku Fasa

13 16

Persediaan
Fasa Melangkah Naik
Fasa Pemulihan
Rujukan gambar rajah

2.3

Mendagu Fasa

17 21

Persediaan
Fasa Mendagu
Fasa Pemulihan
Rujukan gambar rajah
22
3.0

Penutup

4.0

Rujukan

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

1.0 Pengenalan Am
Pergerakan merupakan bentuk gerakan tubuh badan atau dikenali movement
yang dilakukan oleh seseorang individu. Pergerakan tubuh badan seseorang individu
berkenaan akan menyebabkan dia berubah atau kekal di sesuatu tempat tersebut.
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan
kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya
dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar
melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini,
berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa
serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor.
Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia
mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya.
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari
segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.
Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang dialami oleh sistem biologi
seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan.
Keadaan sebegini dapat diperhatikan menerusi dua aspek iaitu peningkatan
keupayaan dari bayi hingga dewasa dan penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua.
Aspek keupayaan dari bayi hingga dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda
di mana mereka mempunyai banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk
melakukan pelbagai jenis aktiviti dengan mudah. Sebalinya, aspek kedua pula ialah
penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur
berlaku dan mereka melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada
perkembangan mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak
lagi bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah aktiviti.
QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Tidak dinafikan bahawa golongan kanak-kanak yang sentiasa suka melakukan


pergerakan tubuh bahan adalah satu sifat semula jadinya. Mereka secara fitrahnya
ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-kanak
melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati
dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota tubuh badan
mereka.
Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan
merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah
penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga
bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan
akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum
mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan
menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga
hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh
kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka.
Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk
dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran
berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira.
Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang
dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman
yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan
peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian
yang dapat dilakukan secara berpasangan.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan
lokomotor dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan
kemahiran motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu
kanakkanak untuk mengembangkan kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana
tubuh badan merupakan alat yang penting dalam melakukan pergerakan.

2.0 Analisis Pergerakan Manusia 2.1 Tekan Tubi


Senaman tekan tubi merupakan satu aktiviti yang lazim dilakukan oleh orang
ramai. Ia dapat mendatangkan pelbagai manfaat terhadap penjagaan kelangsinan tubuh
badan seseorang individu tersebut. Mernurut pengetahuan umum, bahawa konsep
QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

senaman tekan tubi ini menggunakan berat tubuh badan seseorang individu berkenaan
dan daya tarikan gravity sebagai bebas. Ia tidak memerlukan ruang yang terlalu besar
dan tidak memerlukan sebarang peralatan sukan semasa melakukannya.
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian
atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot
bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan
untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri
sebagai rintangan.Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila seseorang
individu tersebut melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang
mendatar.

Dalam aspek bela diri, senaman tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya
mampu menguatkan otot-otot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major,
Latissimus Dorsi dan Rectus abdominis. Sebagai contohnya, kekuatan otot Deltoid
(bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan ibu gerak
kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian
abdomen / otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Semasa melakukan senaman tekan tubi, kita perlu memastikan belakang tubuh
badan dalam keadaan tegap dan kaki dalam keadaan yang lurus. Manakala kita
melakukan gerakan menurun, pastikan bahagian badan hadapan tidak menyentuh
lantai. Postur wanita mempunyai sedikit perbezaan dengan lelaki. Kaum wanita
dinasihati supaya lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian
atas tubuh sahaja.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Fasa Persediaan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Bahu (Lesung)

Fleksi

Deltoid,

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Eksentrik

Trapezium,

Rhomboids dan
Rotator Cuff
Siku (Engsel)

Ekstensi

Tricep brochii,

Eksentrik

Biceps brochii dan


Brachial
Radioulnar / Pangsi

Fleksi

Pronator teres,

Eksentrik

Brachioradialis

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Fasa Menurun
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Bahu (Lesung)

Fleksi

Deltoid, Trapezius,

Konsentrik

Rhomboids,
Rotator Cuff dan
Pektralis major
Siku (Engsel)

Fleksi

Tricep brochii

Esentrik

Siku (Engsel)

Fleksi

Biceps brochii

Konsentrik

Radioulnar / Pangsi

Fleksi

Pronator teres,

Konsentrik

Brachioradialis

Fasa Pemulihan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Bahu (Lesung)

Ekstensi

Deltoid, Trapezius,

Esentrik

Rhomboids,
Rotator Cuff dan
Pektralis major
Siku (Engsel)

Ekstensi

Tricep brochii

Esentrik

Siku (Engsel)

Fleksi

Bicep brochii

Esentrik

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Radioulnar / Pangsi

Fleksi

Pronator teres,

Esentrik

Brachioradialis
Rujukan gambar rajah :
Bahagian Otot

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

10

Bahagian Sendi

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

11

2.2 Naik Turun Bangku


Senaman naik turun bangku merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan
dalam latihan litar. Aktiviti ini lazimnya dilakukan oleh atlet-atlet olahraga.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan daya kardiovaskular dan daya tahan otot
seseorang individu tersebut. Aktiviti ini juga dilakukan berperingkat dan mengikut
kemampuan individu itu sendiri. Biasanya ujian naik bangku atau senaman naik
bangku ini hanya dilakukan dalam lingkungan masa 3 minit sahaja bagi menguji daya
tahan kardiovaskular seseorang individu tersebut.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

12

Cara untuk membuat senaman naik turun bangku ialah seseorang individu itu
berdiri tegak dengan keadaan kedua-dua belah tanggannya diposisikan di sisi badan.
Matanya memandang ke arah hadapan di depan bangku. Selepas itu, naikkan kaki
kanan ke atas bangku diikuti dengan kaki kirinya. Kemudiannya berdiri tegak di atas
bangku. Seterusnya turunkan kaki kanan ke atas lantai diikuti dengan kaki kirinya.
Ulang semula pergerakan ini secara berterusnya dengan mengikut rentakan irama
yang dimainkan selama 3 minit.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

13

Semanan ini mendatangkan pelbagai manfaat khususnya bagi atlet-atlet


olahraga. Ini disebabkan latihan ini dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular
dan stamina tubuh badan mereka. Dengan kata lain, mereka tidak mudah berasa letih
semasa melibatkan diri dalam pertandingan jika dibandingkan dengan orang biasa.
Tambahan lagi, latihan naik turun bangku juga dapat membantu seseorang individu
tersebut membina dan menguatkan kekuatan otot-otot kakinya.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan dan melatih keupayaan anaerobik dan
aerobik seseorang individu berkenaan. Pada masa yang sama, kederasan, ketangkasan
dan kelembutan tubuh badan atlet juga dapat dipertingkatkan.

Fasa Persediaan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

14

Pinggul (Lesung)

Ekstensi

Gluteus maximus
dan Biceps femoris

Lutut (Engsel)

Ekstensi

Peroneus longus,
Peroneus brevis
dan Tibialis
anterior

Pergelangan kaki

Ekstensi

Gastrocnemius

Konsentrik

Eksentrik

Konsentrik

(Lesung)

Fasa Melangkah Naik


Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Pinggul (Lesung)

Ekstensi dan fleksi

Gluteus maximus,

Konsentrik

Biceps femoris,
Semimembranosus
dan
Semitendinosus
Lutut (Engsel)

Ekstensi

Pergelangan kaki

Fleksi plantar

Peroneus longus,
Peroneus brevis
dan Tibialis
anterior

Konsentrik

Gastrocnemius

Konsentrik

(Lesung)

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

15

Fasa
Pemulihan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Pinggul (Lesung)

Ekstensi

Gluteus maximus
dan Biceps femoris

Konsentrik

Lutut (Engsel)

Ekstensi

Peroneus longus,
Peroneus brevis
dan Tibialis
anterior

Konsentrik

Lutut (Engsel)

Ekstensi

Peroneus longus,
Peroneus brevis
dan Tibialis
anterior

Eksentrik

Pergelangan kaki

Fleksi

Gastrocnemius

Konsentrik

(Lesung)

Rujukan gambar rajah :

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

16

Bahagian Otot

2.3 Mendagu
Senaman mendagu merupakan satu aktiviti yang berkesan untuk membina
kekuatan otot di bahagian-bahagian tubuh badan yang berkenaan. Senaman mendagu
adalah satu latihan yang agak mencabar kerana ia memerlukan berat tubuh badan
seseorang individu tersebut sebagai beban. Kemudiannya, daya ketahanan otot bagi
bahagian bahu dan tangannya perlu menarik badan ke arah atas.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

17

Fasa

Seseorang individu tersebut perlu manrik tubuh badanya kea rah atas sehingga
dagunya mencapai aras kedua-dua belah tangannya. Manakala kakinya perlu bersilang
sepanjang latihan mendagu ini dilakukan.

Persediaan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Bahu (Llesung)

Ektensi hiper
mendatar

Siku (Engsel)

Ekstensi

Deltoid posterior
dan latisimus dorsi

Konsentrik

Tricep brakii

Konsentrik

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

18

Fasa Mendagu
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Siku (Engsel)

Fleksi

Brachialis,
brachioradialis,
bisep brachii,
Teres pronator

Konsentrik

Bahu (Lesung)

Fleksi

latissiums Dorsi,

Konsentrik

(Lanjutan +

Teres utama,

Adduction)

berbentuk delta
posterior, pectoralis
utama
(sternal)

Bahu (Lesung)

Fleksi
(ke bawah
putaran +

Trapezius III, IV
pectoralis kecil,
rhomboids,
subclavius

Konsentrik

kemurungan +
penarikan balik)

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

19

Fasa

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

20

Pemulihan
Sendi / Jenis

Pergerakan Sendi

Otot Agonis

Jenis
Penguncupan

Siku (Engsel)

Fleksi
(Lanjutan)

Bahu (Lesung)

Fleksi

Brachialis,
brachioradialis,
bisep brachii,
Teres pronator

Eksentrik

Latissiums Dorsi,

Eksentrik

Teres utama,
berbentuk delta
posterior, pectoralis
utama
(sternal)
Bahu (Lesung)

Fleksi
(ke atas
putaran +

Trapezius III, IV
pectoralis kecil,
rhomboids,
subclavius

Eksentrik

ketinggian +
pengunduran)

Rujukan gambar rajah :

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

21

Fasa

Bahagian Otot

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

22

3.0 Penutup
Secara kesimpulannya, ketiga-tiga jenis senaman ini merupakan aktiviti yang
umum dan lazim dilakukan oleh orang ramai sama ada golongan atlet, murid-murid
sukan mahupun orang yang ingin menjaga kelangsingan badan. Akan tetapi,
ketigatiga jenis senaman demikian telah melibatkan pelbagai bahagian tubuh badan
seseorang manusia seperti otot, sendi, tulang dan bahagian-bahagian berkenaan. Ini
bermakna, kita perlu mengikuti langkah-langkah yang betul dan tepat semasa
melakukan senaman-senaman seperti naik turun bangku, tekan tubi serta mendagu.
Sekiranya kita tidak mencontohi cara-cara demikian, maka kita mengalami risiko
yang tinggi masalah kecederaan otot, sendi dan tulang.
Kecederaan bahagian dalam tubuh badan akan menyebabkan kita perlu masa
yang panjang untuk sembuh. Selain itu, kecederaan tersebut juga akan menyebabkan
bahagian tubuh badan kita mudah tercedera buat kali kedua pada masa yang akan
datang sekiranya kita melakukan senaman-senaman berkenaan.
Kesimpulannya, kita sebagai seorang pendidik juga perlu menitikberatkan
cara-cara membuat senaman yang betul semasa kita menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah bersama-sama dengan murid-murid. Ini disebabkan
tumbesaran murid-murid dari segi otot, sendi dan tulang adalah tidak begitu mantap
berbanding dengan orang dewasa. Mereka adalah lebih mudah tercedera sekiranya
melakukan senaman berkenaan dengan cara yang tidak tepat. Oleh demikian, kita
sebagai guru perlu memahami dan menguasai semua ilmu pengetahuan yang
mengenai tubuh badan seseorang manusia tersebut.

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

23

Rujukan
1. Donna Van Wynserbeghe(1995):Human Natomy and Fisiology.McGraw-Hill
International Edition. United Kingdom.
2. Evelyn C. Pearce. (2009).Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat.Golden
Book Centre Sdn. Bhd. Selangor.
3. Mohd Zairi Husain (2009):HBPE4303 Asas Anatomi dan Fisiologi. Open
University Malaysia. Kuala Lumpur.
4. Modul Anatomi dan Fisiologi.Bab 4 Struktur Otot dan Sistem Otot Rangka.
IPG Kampus Darulaman.
5. Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin, Suksess Biologi SPM, Shah Alam:
PenerbitanFajar Bakti Sdn.Bhd. (2003)
6. Robert J. stone& Judith A. Stone(1990) :Atlas Of The Skeletal Muscle. Wm.
C. Brown Publishers. United Kingdom.
7. Vasudevan T. Arasoo (2000). Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah
danTinggi.Ipoh : Fajar Bakti Sdn.Bhd
8. http://en.wikipedia.org/wiki/Chin-up
9. http://en.wikipedia.org/wiki/push-ups
10. http://www.livestrong.com.article/382380-muscles-involve-in-a-chinup/
11. http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
12. http://www.anatomy-resources.com

QGJ3023 Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

24

Você também pode gostar