Você está na página 1de 7

1

PENDAHULUAN
Nabi Yusuf adalah putera nombor tujuh dri dua belas putera-putera Nabi Yaqub. Beliau dengan
adiknya yang bernama Benjamin beribu Rahil, saudara sepupu Nabi Yaqub. Beliau dikurnai
Allah rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh tegap yang menjadi idaman ramai wanita dan
gadis-gadis remaja. Beliau telah dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayangi dan dicintai
berbanding saudara-saudaranya yang lain terutama setelah ditinggal wafat oleh ibu kandungnya
Rahil semasa beliau berusia dua belas tahun.
Perlakuan yang diskriminatif dari Nabi Yaqub terhadap anak-anaknya telah
menimbulkan rasa iri hati dan dengki di antara saudara-saudara Yusuf yang lain yang merasa
bahawa mereka di anak tirika oleh ayahnya yang berlaku tidak adil terhadap sesama anak,
memanjakan Yusuf lebih daripada yang lain.
Rasa jengkel mereka kepada ayah tiri terhadap Yusuf membangkitkan rasa setia kawan,
persatuan serta rasa persaudaraan yang akrab antara mereka.
Surah Yusuf ini telah menceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Yusuf daripada
dibuang oleh saudaranya sehingga lah beliau mencapai kejayaan dengan menjawat jawatan yang
tinggi di Mesir.

NILAI-NILAI MURNI YANG TERDAPAT DALAM SURAH YUSUF

1. KEMURNIAAN JIWA DAN KETEGUHAN HATI


Nabi Yusuf telah memberi contoh teladan bagi kemurniaan jiwanya dan keteguhan
hatinya. Ia ditunjukkan semasa menghadapi godaan Zulaikha iaitu isteri Ketua Polis
Mesir juga sebagai majikannya. Zulaikha telah mengajak Yusuf melakukan maksiat
kerana telah terpikat dengan rupa paras Yusuf yang sangat sempurna. Walaupun begitu,
Yusuf dapat mengawal diri dan nafsunya dengan menolak ajakan Zulaikha tersebut
walaupun Zulaikha seorang isteri yang cantik serta berpengaruh dan Yusuf dalam usia
remajanya di mana nafsunya berada di puncak. Yusuf takut kepada Allah kerana
menyedari tentang dosa melakukan maksiat serta beliau hormat dan tidak mahu
mengkhianati majikannya yang telah berbudi terhadap dirinya dan telah menganggap
beliau sebagai ahli keluarga mereka sendiri. Sebagai balasan daripada penolakannya itu,
Yusuf rela dipenjarakan demi mempertahankan keluhuran budinya, keteguhan imannya
dan kemurnian jiwanya. Peristiwa ini telah ditunjukkan di dalam Surah Yusuf ayat 23
yang berkata dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh
memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; da perempuan itu pun menutup pintu-pintu
serta berkata: Marilah ke marii, aku bersedia untukmu. Yusuf menjawab: Aku
berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah
memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan
berjaya.

2. TIDAK BERDENDAM
Sifat Nabi Yususf yang boleh dijadikan teladan apabila beliau tidak menyimpan dendam
terhadap saudaranya yang terdapat dalam Surah Yusuf ayat ke 62 yang berbunyi Dan
(selepas itu) berkatalah Yusuf kepada orang-orang suruhannya. Masukkanlah barangbarang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di kenderaan mereka supaya
mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali kepada keluarga mereka dan supaya
mereka datang lagi (ke negeri ini). Ini ditunjukkan semasa saudaranya datang ke Mesir
untuk melakukan pembelian gandum daripada gudang kawasan pemerintahan Nabi Yusuf

kerana kawasan mereka menghadapi krisis makanan. Nabi Yusuf tidak membalas
perbuatan saudaranya yang meninggalkan beliau di dalam perigi tanpa belas kasihan
sebaliknya beliau melayani saudaranya dengan ramah dan memenuhi keperluan mereka
seperti tempat tinggal yang selesa di Mesir. Saudara Yusuf juga

telah dibenarkan

membeli gandum serta telah diberikan barang-barang emas dan perak secara percuma.
Beliau tidak berdendam terhadap saudaranya walaupun pada masa tersebut beliau boleh
melakukan apa sahaja terhadap saudaranya. Nabi Yusuf telah melupakan semua
penderitaan pahit yang dihadapinya disebabkan oleh tindakan saudaranya. Disebabkan
pengampunan dan sifat jiwa besar Nabi Yusuf, saudaranya telah memohon kemaafan
daripada Yusuf atas tindakan mereka yang kejam itu.

3. MENYAYANGI KELUARGA
Nabi Yusuf juga seorang yang mementingkan ikatan kekeluargaan. Walaupun Yusuf
telah menjadi seorang yang berpengaruh di Mesir, beliau tidak lupa kepada bapanya.
Beliau telah memerintahkan saudaranya menyapukan bajunya ke mata bapanya bagi
memulihkan bapanya daripada buta. Beliau juga telah menyuruh bapanya serta
saudaranya tinggal bersama-sama dengannya di kediaman beliau. Ini juga menunjukkan
tentang kekuatan kasih sayang antara Nabi Yusuf dan keluarga yang tidak pernah pudar
dan untuk memelihara keluarganya daripada kesussahan. Peristiwa ini ditunjukkan di
dalam Surah Yusuf ayat ke 93 yang memperlihatkan Yusuf berkata kepada saudaranya
bahawa pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku
supaya ia dapat melihat dan selepas itu bawalah kepadaku keluargamu semuanya.

4. SENTIASA BERSYUKUR
Pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf ialah kita tidak boleh mengeluh terhadap musibah
yang menimpa kita. Contohnya ialah penderitaan yang dialami oleh Nabi Yusuf
merupakan satu permulaan kepada kebahagiaannya beliau. Disebabkan beliau telah
dipenjarakan, beliau telah dikenali oleh banduan lain yang mengetahui tentang kelebihan
beliau mentafsir mimpi. Disebabkan itu, raja Mesir yang telah mengetahui kelebihan

beliau telah mengangkat beliau sebagai penasihat penbendaharaan di Mesir. Pelemparan


beliau ke dalam perigi, pemenjaraannya oleh pemerintah Mesir ialah jalan yang harus
ditempuh oleh Nabi Yusuf untuk mencapai puncak kebesaran dan kemuliaan sebagai nabi
serta tingkat hidup yang mewah dan sejahtera sebagai seorang penguasa dalam sebuah
kerajaan yang besar. Oleh itu, kita perlu bersyukur terhadap apa yang telah dikurniakan
oleh Allah. Kita juga tidak mengetahui tentang perancangan Allah yang sentiasa
mahukan yang terbaik untuk hamba-Nya.

5. SIFAT KESATRIA
Nabi Yusuf memberi contoh tentang sifat seorang kesatria yang tidak mahu dikeluarkan
dari penjara sebelum persoalannya dengan Zulaikha diperjenihkan. Ini telah diceritakan
di dalam Surah Yusuf ayat ke 51 iaitu setelah perempuan-perempuan itu dipanggil, raja
bertanya kepada mereka: Aphal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai
dirinya? Mereka menjawab: Jauhnya Allah dari segala cacat cela, kami tidak
mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf. Isteri Al-Aziz pun berkata: sekarang
ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf
berkehendakkan dirinya tetapi ia telah menolak dan sesungguhnya adalah ia daripada
orang-orang yang benar. Beliau tidak mahu dikeluarkan dari penjara kerana
pengampunan daripada raja sebaliknya ingin dikeluarkan sebagai seorang yang bersih,
suci dan tidak berdosa. Disebabkan itu, raja terpaksa memerintahkan supaya penyelesaian
antara Nabi Yusuf dan Zulaikha dicari. Ia adalah permintaan Yusuf yang mahu raja
menyelidiki terlebih dahulu fitnah dan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau sebelum
menerima undangan raja untuk datang ke istana dan dilantik sebagai penasihat
perbendaharaan negara Mesir. Hasilnya, orang-orang yang bersalah telah memfitnah
Nabi Yusuf telah mengaku kesalahan mereka dan mengakui bahawa Nabi Yususf seorang
yang bersih dan suci.

NILAI TIDAK MURNI YANG TERDAPAT DALAM SURAH YUSUF


1. SIKAP IRI HATI
Nilai yang negatif ini jelas dapat dilihat dalam Surah Yusuf ayat ke-8 yang berbunyi
(iaitu) ketika mereka berkata : Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya
(Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah
satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa saudara kandung Nabi Yusuf berasa iri hati atau
cemburu kerana melihat ayah mereka lebih memberi perhatian dan menyayangi Nabi
Yusuf. Mereka menyangka Nabi Yusuf dan saudaranya Bunyamin mendapat perhatian
kerana ayah mereka lebih mencintai ibu Nabi Yusuf serta rupa paras Nabi Yusuf yang
tampan menjadi penyebab kepada keadaan yang sedemikian. Disebabkan perasaan iri hati
ini juga, mereka berpakat untuk menyingkirkan Nabi Yusuf dan meletakkan beliau di
dalam perigi. Namun begitu, Nabi Yusuf telah diselamatkan oleh para musafir dan
dijadikan barang dagangan. Oleh yang demikian, jelaslah dapat disimpulkan disini
bahawa perasan iri hati ini membawa kepada pelbagai keburukan sehingga sanggup
melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Aqidah dan ajaran Islam seperti
memutuskan hubungan kekeluargaan. Sebagai seorang manusia yang berpendidikan kita
mestilah berfikir secara wajar dan berbincang dengan baik bersama ibu bapa sekiranya
hal yang sedemikian berlaku dalam kehidupan kita.

2. PERBUATAN MENIPU
Sikap yang buruk ini juga jelas dilihat di dalam ayat ke-16 dan 17 yang bermaksud:
Kemudian mereka datang kepada ayah mereka di waktu petang hari sambil menangis.
Mereka berkata Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf berdekatan barang-barang kami, kemudian dia telah dimakan serigala;
dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang yang
benar. Mereka jelas berbohong kepada ayah mereka kerana dengan sengaja
meninggalkan Nabi Yusuf di dalam perigi. Hal ini menyebabkan bapa mereka bersedih
hati, cemas dan marah namun dia berserah kepada takdir Allah S.W.T. Selain itu,
perbuatan berbohong juga jelas dapat dilihat dalam ayat ke-25 yang sebagaimana

Zulaikha menggoda dan menarik baju Nabi Yusuf namun apabila mendapati suaminya
berada di pintu, dia dengan cepat-cepat berkata apakah balasan terhadap orang yang
bermaksud buruk terhadap isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan seksaan
yang pedih?. Hal ini jelas bahawa Zulaikha yang terlebih dahulu menggoda Nabi Yusuf
kerana melihat rupa paras Nabi Yusuf yang tampan. Perbuatan menipu atau berbohong
ini jelas membawa kerugian kepada diri mereka sendiri di samping menganiayai orang
lain. Contohnya menyebabkan Nabi Yusuf rela dipenjarakan dan bapanya bersedih hati.
Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar kita mestilah bercakap jujur dan benar
disamping sentiasa menyenangi hati orang-orang di sekeliling kita. Perbuatan yang baik
akan dibalas baik dan perbuatan yang buruk mestilah kita elakkan demi mendapatkan
kesejahteraan dalam hidup.

3. MENGIKUT HAWA NAFSU DAN GODAAN SYAITAN


Perbuatan yang negatif juga ini turut terdapat di dalam Surah Yusuf. Contohnya, semasa
saudara-saudara Yusuf membuangnya ke dalam perigi dan semasa Zulaikha iaitu isteri alAziz menggodanya di sebuah kamar. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka hanya
mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan tanpa memikirkan natijah perbuatan tersebut.
Sekiranya mereka berfikir sebelum melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, maka Nabi
Yusuf tidak akan dipenjarakan dan terpisah dengan bapa dan saudaranya. Tanpa
pegangan agama dan iman yang kuat maka ia mudah terjerumus ke lembah hina.
Perbuatan ini juga jelas di dalam ayat ke-42 yang berbunyi ; Dan Yusuf berkata kepada
orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua : Terangkanlah
keadaanku kepada tuanmu. Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan
Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu dia (Yusuf) tetap dalam penjara beberapa tahun
lamanya. Ini terbukti syaitan sentiasa menghasut manusia supaya lupa dan lalai dalam
mengerjakan kebaikan dan ibadahnya. Oleh itu, sebagai seorang manusia kita mestilah
sentiasa beriman dan beribadat kepada Allah S.W.T. supaya dijauhi daripada godaan
syaitan durjana dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Hal ini dapat mengelakkan kita
daripada melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T.

PENUTUP
Kesimpulannya, banyak terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada Surah Yusuf
ini. Antaranya nilai-nilai positif seperti bersabar, jujur dan amanah, berani kerana benar
dan sebagainya. Selain itu, walaupun terdapat nilai negatif namun ia dapat memberi
kesedaran kepada kita bahawa perbuatan-perbuatan seperti menipu, iri hati dan
sebagainya mesti dielakkan. Sebagai umat manusia yang hidup di muka bumi ini yang
bertujuan untuk beribadah kepadaNya, kita mestilah berpegang kepada nilai-nilai baik
tersebut demi kebahagiaan semua umat manusia. Namun begitu, masih terdapat manusia
yang sentiasa menafikan tentang kewujudan Tuhan Maha Esa. Buktinya, dalam ayat ke105 yang berbunyi ; Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan
bumi yang mereka lalui, sedang mereka berpaling daripadanya. Di dalam ayat ke-106
juga menyatakan Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman dengan Allah,
melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).
Hal ini jelas, walaupun terdapat ayat sedemikian di dalam al-Quran namun masih
terdapat umat manusia yang tidak beriman dan mempersekutukan Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai pengajaran dan nilai-nilai positif yang
boleh dijadikan panduan dan bimbingan dalam meneruskan kehidupan kita. Bagi
mendapatkan kerahmatan dan keredhaanNya, kita mestilah sentiasa berpegang kepada
ajaranNya yang teguh dan jelas. Sebagai seorang hambaNya dan seorang pelajar, kita
sentiasalah berpegang teguh kepada al-Quran kerana kitab ini bukanlah cerita yang
dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan
segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. Dengan
berpaksikan kepada ajaran al-Quran, kita bukan sahaja maju dari segi akademik tetapi
juga pembangunan sahsiah diri yang mantap.

Você também pode gostar