Você está na página 1de 8

Ingatan, Lupaan & Pemindahan

(Disediakan oleh: Lee Phooi San)


Lupaan dan ingatan serta pemindahan pembelajaran akan berlaku dalam
setiap kehidupan kita. Dalam kehidupan kita, kita sentiasa belajar supaya kita
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Bukan saja orang muda yang ingin
belajar tetapi orang tua dan kanak-kanak juga belajar setiap hari. Perkara yang
kita dapat mengingati itu bukan saja secara langsung tetapi juga akan berlaku
secara tidak langsung. Dengan itu, kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah
belajar dan telah mengingati sesuatu kecuali apabila maklumat yang telah
disimpan itu perlu digunakan. Bukan itu saja, kadangkala kita juga menghadapi
masalah untuk mengingat kembali sesuatu perkara. Ini kerana perkara yang kita
ingin ingat itu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor bahan
pembelajaran, faktor peribadi dan faktor kaedah pembelajaran. Menurut Azizi
Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005) berkata
manusia hanya menggunakan satu peratus daripada keseluruhan keupayaan
otak yang sebenar dan kita sudah mensia-siakan 99 peratus potensi otak yang
begitu hebat. Dengan itu, kita juga haruslah mempelbagaikan cara untuk
meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan kita. Seterusnya, kita juga
haruslah sentiasa memindahkan pembelajaran kita dalam mata pelajaran lain
serta memindahkan pembelajaran kita dalam kehidupan seharian.
Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006)
mendefinisikan ingatan kepada maklumat yang dapat kita simpan dalam
ingantan jangka panjang dan dapat dikeluarkan semula apabila dikehendaki.
Mok Soon Sang (2008), ingatan adalah merupakan suatu proses mental untuk
menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudiannya perkara
yang telah simpan itu dikeluarkan untuk bertindak balas dalam situasi yang
diperlukan. Misalnya, menggunakan sesuatu ilmu yang telah belajar itu untuk
menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.
Lee Shok Mee (1995) juga mendefinisikan ingatan merupakan suatu proses
intelek yang menyimpan maklumat dan pengalaman secara mental dan ia dapat
dikeluarkan kembali untuk menyelesaikan masalah atau digunakan untuk
pembelajaran selanjutnya. Ia bermaksud sesuatu perkara yang ingin kita tahu
hendaklah dipelajari terlebih dahulu sebelum kita dapat diingat dengan
menyimpannya ke dalam otak kita dan seterusnya dikeluarkan apabila kita
diperlukan atau hendak digunakan.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) juga mentakrifkan ingatan sebagai
bahagian mental untuk kita menyimpan dan mengeluarkan maklumat
pengalaman seseorang. Iaitu ingatan adalah satu proses mental untuk
menyimpan pengalaman yang kita perolehi dan kemudiannya dikeluarkan
apabila perlu digunakan sebagai rujukan dalam penyelesaian masalah. Lee Shok
Mee (1995) juga berkata pengalaman yang telah kita simpan itu akan disimpan
dalam beberapa kategori seperti disimpan dalam bentuk kelas atau sistem dan
seterusnya dibentukkan dalam hubungan asas beberapa perkara. Proses-proses
ingatan adalah perlu melalui beberapa langkah seperti langkah menerima atau
dipanggil pengenkodan dalam otak, menyimpan dan seterusnya mengingat
kembali apa yang telah disimpan untuk digunakan.

Proses pengenkodan akan berlaku melalui deria dan seterusnya diproses


dan dirakam. Selepas itu, maklumat tersebut akan disimpan ke dalam otak
dengan secara sistematik supaya mudah diingat kembali. Apabila maklumat yang
telah disimpan dan perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah perlu melalui
proses mengingat kembali. Rangsangan-rangsangan yang diterima akan
disimpan dalam bentuk kod imej atau kod simbolik. Kod Imej adalah maklumat
yang akan disimpan dalam bentuk gambar-gambaran dan kod simbolik adalah
maklumat disimpan dalam unit yang lebih kecil seperti perkataan. Kod imej atau
kod simbolik akan disimpan dalam bentuk ingatan sensori, ingatan jangka masa
pendek atau ingatan jangka masa panjang.
Ingatan sensori adalah rangsangan yang diterima melalui organ deria dan
diproseskan serta merta melalui perhatian atau pengiktirafan. Maklumat yang
tidak penting akan dihilang serta merta hanya maklumat yang penting saja akan
dihantar ke ingatan jangka masa pendek. Misalnya, seorang guru yang
menggunakan ingatan sensori ini untuk menaipkan markah-markah yang ingin
ditaip ke dalam sistem komputer. Dengan itu, proses ingatan sensori ini hanya
akan berlaku pada masa yang singkat sahaja sekiranya maklumat tersebut tidak
dapat diproseskan semula. Ingatan jangka masa pendek juga dikenali sebagai
ingatan kerja. Ingatan jangka masa pendek adalah satu proses untuk menerima
maklumat dari ingatan sensori seterusnya mengenkodkan maklumat tersebut ke
dalam bentuk yang lebih mudah difahami seperti kod gmabar dan kod simbolik.
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abdul Rahim (2007)
mentakrifkan ingatan jangka masa pendek sebagai ingatan yang hanya dapat
menyimpankan maklumat bagi beberapa saat sahaja untuk diproses. Misalnya
apabila seseorang murid tesebut menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.
Selain itu, apabila sesorang itu memandang suatu nombor telefon juga hanya
dapat mengingati nombor tersebut ketika mendial telefon sahaja dan selepas
mendial akan lupa kalau orang itu tidak membuat raptai untuk menguatkan
ingatan dia.
Ingatan jangka masa panjang adalah menerima dan memproses maklumat
dari ingatan jangka masa pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama.
Maklumat yang akan disimpan dalam ingatan jangka masa panjang adalah dalam
bentuk kekal dan tersusun. Dengan itu, maklumat-maklumat yang perlu
digunakan pada bila-bila masa itu akan mudah diingat kembali. Sebagai
contohnya, kita tidak dapat lupakan perkara yang amat gembira dan penting
kepada kami. Misalnya, kita akan mengingati tarikh hari jadi kita dan perkara
yang menjadikan kita gembira. Ingatan jangka masa panjang terbahagi kepada
dua iaitu ingatan eksplisit dan ingatan implisit. Ingatan eksplisit adalah perkara
yang diingat dan disimpan dalam jangka masa panjang yang berada dalam
kesedaran. Sebaliknya, ingatan implisit adalah perkara yang diingat dan
disimpan dalam jangka masa panjang yang berada dalam keadaan tidak sedar.
Ingatan eksplisit terdiri daripada dua jenis iaitu episodik dan semantik,
manakala ingatan implisit terdiri daripada ingatan perdana dan prosedural.
Ingatan semantik adalah maklumat yang disimpan itu berbentuk fakta yang
dikuasai sepanjang hayat daripada berinteraksi dengan orang lain. Misalnya,

maklumat-maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan,


pembacaan, dan pengalaman tentang rumah, objek dan manusia. Ingatan
episodik adalah maklumat yang diperolehi daripada pengalaman lama seperti
peristiwa yang manis atau pahit, hari konvokesyen seseorang, hari jadi umur 21
tahun dan kemalangan. Ingatan prosedural adalah maklumat yang diperolehi
daripada langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian. Contohnya ,
cara membuat kuih dan memandu kereta ke tempat kerja dan ke sekolah.
Ingatan perdana adalah maklumat seharian itu dapat diingat secara automatik
untuk seseorang seperti nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulans,
nama ahli keluarga dan nombor kad pengenalan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan adalah faktor bahan
pembelajaran, faktor peribadi dan faktor pembelajaran. Faktor bahan
pembelajaran merangkumi empat aspeks iaitu panjang bahan, kesukaran badan,
kedudukan bahan dan bahan bermakna. Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui
kajian H.Ebbinghaus mendapati pembelajaran panjang bahan akan
mempengaruhi ingatan. Ingatan yang baik adalah tidak melebihi 7 bilangan suku
kata. In kerena semakin kuantiti bahan pembelajaran ditambah, semakin
gangguan bertambah sehingga pelajar menghadapi lebih banyak kesulitan dalam
pembelajaran. Faktor sukar bahan pembelajaran adalah bermaksud bahan
pembelajaran terlalu mudah dan susah akan mempengaruhi ingatan seseorang.
Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kruegar (1946)
mendapati bahan yang diajar itu terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal
bergerak sangat cepat tetapi akan berundur dalam masa yang singkat. Ini kerana
bahan yang diajar itu kurang mencabar sehingga tidak dapat menimbulkan
minat mereka; oleh itu, minat pembelajaran itu tidak kekal. Kalau bahan
pembelajaran yang diajar itu terlalu sukar akan menyebabkan murid tersebut
tidak mempunyai kemajuan kerana mereka kekurangan keupayaan untuk
mempelajarinya.
Seterusnya, faktor kedudukan bahan pembelajaran juga adalah susunan bahan
pembelajaran supaya murid-murid dapat mengingati dengan senang. Mok Soon
Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kingsley (1957) mendapati
bahawa susunan suku kata dan perkataan secara tertib terletak di tempat
pertama dan akhir adalah lebih mudah diingati. Sebagai contohnya, kita lebih
mudah mengingati peristiwa yang berlaku pada hari pertama persekolahannya.
Justeru, Kingsley (1957) juga telah membuat kajian tentang faktor bahan
pembelajaran yang bermakna. Kajian beliau mendapati bahawa pembelajaran
perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set buku
suku kata yang tidak bermakna.
Selain itu, faktor kaedah pembelajaran juga mempengaruhi ingatan
seseorang. Faktor kaedah pembelajaran ini merangkumi dua aspek iaitu masa
belajar secara bahagian dan pembelajaran berlebihan. Masa belajar berlebihan
akan mempengaruhi ingatan seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008) berkata
masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar
secara sekali gus. Ini kerana minda kita tidak dapat rehat dengan mencukupi.
Menurut Teori Gangguan atau Teori Pengukuhan dalam buku Mok Soon Sang
(2008) berkata tempoh masa rehat yang mencukupi adalah penting bagi minda

mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Seterusnya, faktor pembelajaran


berlebihan juga mempengaruhi ingatan seseorang. Pembelajaran berlebihan
adalah bacaan tambahan pembelajaran. Misalnya setelah menghafal sebuah
sajak dan telah mencapai 100% hafalan tetapi hafalan ini akan mudah dilupai.
Oleh itu, bacaan tambahan perlulah dilakukan supaya dapat mengekalkan
ingatan mereka.
Sehubungan itu, faktor peribadi juga akan mempengaruhi ingatan seseorang.
Faktor peribadi merangkumi empat aspek iaitu faktor umur, jantina, motivasi
pembelajaram dan emosi dengan ingatan. Faktor umur adalah umur seseorang
itu akan mempengaruhi ingatan. Mok Soon Sang (2008) berkata, kajian tentang
ingatan yang terbaik dan terkuat adalah pada umur 8-20 tahun. Kajian Holaday
dan Stodard (1933) dalam buku Mok Soon Sang (2008) menunjukkan kuantiti
ingatan orang dewasa yang kekal adalah lebih banyak daripada orang remaja
dan kanak-kanak. Ini kerana orang dewasa lebih matang dan mereka
mempunyai pengalaman yang lebih luas serta mempunyai kebolehan
menaakulan yang lebih tinggi daripada orang remaja dan kanak-kanak.
Di samping itu, faktor jantina juga akan mempengaruhi ingatan. Menurut
Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada Kingley (1957)
merumuskan bahawa kebolehan mengingat di antara lelaki dan perempuan
adalah tidak banyak berbeza. Faktor jantina ini akan berlaku kecuali latihan yang
memerlukan tenaga yang kuat, seperti pertukangan kayu dilakukan oleh jantina
lelaki. Dalam pada itu, faktor motivasi juga akan mempengaruhi ingatan
seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008) berkata, melalui kajian daripada
Tolman dan Honzik (1930) membuktikan bahawa motivasi yang kuat akan
membawa kepuasan sehingga pembelajaran yang dijalankan itu amat berkesan.
Ganjaran dan hukuman akan digunakan dalam sesebuah sekolah untuk
memotivasikan murid. Di dalam sebuah sekolah ganjaran adalah lebih
diutamakan kerana dapat mendorong pembelajaran dengan berkesan daripada
mengenakan hukuman.
Emosi seseorang juga akan mempengaruhi ingatan. Emosi adalah
merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.
Dalam kehidupan kita pengalaman atau peristiwa yang lebih seronok akan
senang mengingati tetapi peristiwa yang kecewa dan sedih akan senang melupai.
Misalnya, kita akan sentiasa mengingati peristiwa hari jadinya dan akan
menghilangkan ingatan dalam peristiwa yang sedih seperti hari kemalangannya
atau peristiwa yang membabitkan nyawa seseorang.
Proses lupaan berlaku adalah bergantung secara songsang dengan proses
ingatan. Lupaan adalah bermaksud kegagalan untuk mengingat kembali sesutau
butir maklumat dengan tepat (Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah
Jantan, 2006) . Lee Shok Mee (1995) mendefinisikan lupaan merupakan
kesukaran untuk mengingat atau mengeluarkan kembali sesuatu yang telah
dialami. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi lupaan iaitu faktor
keusangan, faktor gangguan, faktor tekanan, faktor kebimbangan, faktor minat
berubah dan faktor lupaan ledakan maklumat. Faktor keusangan berlaku
apabila maklumat yang telah disimpan dalam ingatan jangka masa panjang itu

dilupai kerana jarang digunakan. Dengan itu, lama-kelamaan maklumat tersebut


akan hilang dengan peredaran masa. Seterusnya, faktor gangguan berlaku
apabila gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran
lama. Faktor gangguan ini terbahagi kepada dua iaitu lupaan gangguan retroaktif
dan lupaan gangguan proaktif. Lupaan gangguan retroaktif adalah gangguan
berlaku apabila pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Misalnya,
seseorang murid itu telah membelajari kad pengenalan baru akan melupai kad
pengenalan lama. Lupaan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama
mengganggu pembelajaran baru. Misalnya, guru mengajar murid dengan cara
operasi menambah tetapi pada masa lain juga guru tersebut mengajar mereka
dengan cara operasi menambah yang baru. Dengan itu, gangguan pemahaman
murid dalam penggunaan cara operasi menambah ini akan berlaku.
Di samping itu, lupaan berlaku juga kerana berlakunya faktor lupaan dalam
keadaan tekanan. Faktor lupaan tekanan juga dipanggil lupaan desakan iaitu
berkaitan dengan emosi dan motivasi seseorang dan menyebabkan kita secara
tidak sedar untuk melupai maklumat yang telah disimpan dalam jangka masa
panajang. Misalnya peristiwa yang menyakitkan, kita akan sengaja menolak
peristiwa tersebut ke otak tak sedar. Sebagai contohnya, kita akan sengaja
melupai peristiwa kematian ibu atau salah satu kemalangan yang ngeri. Justeru,
kita juga akan lupa sesuatu peristiwa seperti berlakunya kebimbangan dan
ketakutan. Misalnya, semasa peperiksaan dijalankan seseorang murid itu takut
sehingga mereka menghadapi masalah tidak dapat mengingati nota-nota penting
dalam dewan peperiksaan sehingga maklumat yang kita telah hafal itu lupa.
Seterusnya, faktor lupaan ledakan maklumat juga akan mempengaruhi
seseorang itu lupa. Lupaan ini berlaku apabila maklumat yang hendak dipelajari
itu terlalu banyak dan tidak berkait antara satu sama lain.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan ingatan dan mengurangkan
lupaan iaitu mengunakan bahan pembelajaran yang berguna. Guru boleh
mengaitkan bahan pembelajaran baru dengan pengetahuan yang sedi ada.
Justeru, kita juga boleh menggunakan panjang bahan pembelajaran yang
berpatutan dan memberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan aktiviti
mereka. Selain itu, kita juga boleh menggunakan teknik mengajar yang menarik
seperti gunakan teknik motivsi yang sesuai supaya pelajar dapat merasai
keseronokan semasa pembelajaran dijalankan. Di samping itu, kita juga boleh
merancangkan bahan pembelajaran dengan kesukaran yang berpatutan supaya
para pelajar dapat mempelajari dengan bersungguh-sungguh. Dengan itu, guru
perlu elakkan mengajar bahan pembelajaran yang terlalu mudah atau terlalu
sukar.
Dalam pada itu, guru juga boleh membentuk iklim pembelajaran yang kondusif
dan menggunakan kaedah nemonik iaitu menggunakan teknik
mengorganisasikan fakta-fakta supaya pelajar lebih mudah diingati. Justeru, kita
juga boleh menggunakan pen penyerlah untuk menonjolkan isi atau fakta
penting. Selain itu, kita juga harus memberi ulangkaji yang mencukupi kepada
para pelajar untuk mengukuhkan ingatan. Di samping itu, kita juga haruslah
elakkan gangguan proaktif dan retroaktif dan mengajar dengan cara atau
gambarajah untuk mengilustrasikan fakta penting.

Menurut Lee Shok Mee (1995) mendefinisikan pemindahan pembelajaran


sebagai kecekapan menggunakan pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada
kepada pembelajaran yang selanjutnya atau kepada keadaan yang baru seperti
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, kemahiran
matematik diaplikasikan dalam mata pelajaran fizik dan sains. Terdapat tiga
jenis pemindahan pembelajaran iaitu pemindahan positif, pemindahan negatif
dan poemindahan sifar. Pemindahan positif adalah pemindahan maklumat yang
lama dapat membantu pembelajaran baru. Misalnya, seseorang itu untuk
mendapatkan lesen memandu akan memperolehi pengalaman memandu kereta
daripada ayahnya dahulu. Pemindahan positf ini juga dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu pemindahan mendatar dan pemindahan menegak.
Mok Soon Sang (2006), mendefinisikan pemindahan mendatar kepada
pengalaman dan aplikasi yang dipindah haruslah mempunyai situasi yang
serupa dan mengandungi peringkat kesukaran yang sama. Sebagai contohnya,
apabila kanak-kanak telah mempelajari erti perkataan yang baru, seterusnya dia
boleh mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada kepada mata pelajaran lain
seperti membaca buku cerita. Pemindahan menegak adalah kenaikan
pengalaman yang sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Misalnya,
murid-murid telah mempelajari konsep segi tiga, terus menggunakan untuk
mempelajari konsep segi tiga sama sisi, segi tiga tepat dan segi tiga sama kaki.
Justeru, pemindahan negatif juga boleh didefinisikan kepada pengalaman lama
ganggu atau menghalang pembelajaran baru. Misalnya, murid-murid tidak dapat
menguasai konsep operasi darab akan menghadapi masalah semasa membuat
soalan-soalan yang melibatkan operasi bahagi. Pemindahan negatif ini dibahagi
kepada dua iaitu gangguan proaktif dan gangguan retoraktif. Gangguan proaktif
adalah pembelajaran awal mengganggu pembelajaran yang baru. Misalnya
seseorang itu telah mempelajari memandu kereta sebelah kiri di Malaysia akan
menghadapi masalah apabila memandu kereta di sebelah kanan di Amerika
Syarikat. Gangguan retroaktif adalah pembelajaran baru mengganggu
pembelajaran lama. Sebagai contohnya, seseorang itu telah mempelajari
bagaimana bermain bola keranjang akan mengahadapi masalah apabila bermain
bola jaring. Ini kerana teknik yang dimainkan mempunyai sedikit perbezaan.
Pemindahan sifar adalah bermaksud tidak berlakunya sebarang pemindahan. Ini
kerana pengalaman dan kemahiran yang sedia ada itu dipindah dalam
pembelajaran yang baru tetapi tidak dapat mendatangkan sebarang faedah atau
sebarang kesan. Misalnya, seorang murid mempunyai kemahiran dalam
menyukat cacair dengan menggunakan selinder, ia mengetahui selinder yang
besar dan kecil dapat menyukat isipadu cecair yang berbeza. Dengan itu, dia
ketahui bahawa selinder yang lebih besar adalah lebih sesuai digunakan untuk
menyukat kuantiti air yang lebih banyak. Terdapa juga beberapa jenis
pemindahan lain seperti pemindahan bilateral, pemindahan pengantara dan
pemindahan set pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (2006) berkata
pemindahan bilateral juga dipanggil pendidikan bersilang. Pemindahan bilateral
adalah menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam situasi yang

berubah-ubah. Misalnya, seseorang itu melatih dengan menggunakan tangan kiri


dipercayai boleh membantu latihan dengan tangan kanan.
Pemindahan pengantara adalah tindak balas yang tetap kepada rangsangan dan
dalam kategori yang sama membentuk tindak balas baru. Misalnya, selepas
menguasai sebutan suku kata, adalah lebih mudah mempelajari ejaan
perkataannya. Di samping itu, pemindahan set pembelajaran juga adalah
bermaksud kemahiran yang dipelajari dilatih banyak kali sehingga pembelajaran
menjadi automatik. Contohnya, murid-murid menghafal sifir supaya dapat
menjawab soalan operasi darab kemudian. Terdapat beberapa cara untuk
mengelakkan pemindahan pembelajaran negatif iaitu pembelajaran konsep
secara menyeluruh dan kukuh, pengajaran situasi bermakna, penguasaan bahan
pembelajaran, penyelarasan antara mata pelajaran yang berlainan, pembelajaran
bermakna dan penggunaan strategi analogi dan perbandingan.
Selain itu, kita juga haruslah menggalakkan pemindahan pembelajaran positif
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan itu, kita haruslah
membuat saling kaitan antara dua konsep iaitu guru perlulah menarik perhatian
kepada pelajaran yang lepas supaya mereka dapat melihat perkaitan antara
pembelajaran lama dengan pembelajaran baru. Selain itu, guru juga haruslah
membina kesedaran pemindahan pembelajaran iaitu menggunakan strategi
pengajaran yang memusatkan murid seperti banyak memberi peluang kepada
murid melakukan latihan. Justeru, guru juga hendaklah memastikan semua
murid dapat menguasai kesemua fakta dan konsep yang diajar. Di samping itu,
guru juga harsulah mengadakan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan
menggalakkan daya cipta murid melalui penggunaan pelbagai kaedah.
Sebagai kesimpulannya, ingatan adalah sangat penting untuk menentukan
kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan kita. Justeru, ingatan juga dapat
membantu kita untuk melaksanakan sesuatu atau mengatasi sesuatu masalah.
Dengan itu, guru haruslah membantu murid untuk meningkatkan daya ingatan
dan mengurangkan lupaan dengan melaksanakan beberapa teknik semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka. Di samping itu, guru juga
haruslah sentiasa memupuk dan menggalakkan pemindahan pembelajaran
positif di kalangan murid supaya murid dapat memotivasi tinggi, berani
memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab yang kendiri.
Bibliografi
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005).
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang, Malaysia: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd..
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lee Shok Mee (1995). Asas Pendidikan 2 Murid Dan Proses Pembelajaran. Kuala
Lumpur, Malaysiaa: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur, Malaysia:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.
Ipoh, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006). Psikologi
Pendidikan Buku Teori Pembelajaran Yang Terkandung Dalam Silibus
Kurikulum Pendidikan Guru Yang Digunakan Di Maktab-Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abdul Rahim (2007).
Membina pelajar Cemerlang Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.

Você também pode gostar