Você está na página 1de 18

[FIQH II HBIS 3203] [2014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS3203
FIQH II
SEMESTER SEPTEMBER 2014

NOMBOR MATRIKULASI: 680126025142001


NOMBOR KAD PENGENALAN: 680126025142
NO TELEFON: 0125248217
EMEL : norizaabubakar11@yahoo.com

PENSYARAH: USTAZ AHMAD ZUBAIDI BIN BIDIN


680126025142

Page 0

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
ISI KANDUNGAN

a) Sekapur Sirih......2
Penghargaan3
Pendahuluan....4
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Latar Belakang MAIPk.6
Pencapaian dan Mekanisma.9
Agihan Zakat Golongan Fakir dan Miskin...11
Keberkesanan Agihan Bantuan Zakat...13
Kesimpulan.15
b) Rujukan ..17

Sekapur sirih

680126025142

Page 1

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia. Alhamdulillah puja dan puji saya anjurkan
kepada Allah yang Maha pencipta, selawat dan salam saya hadiahkan kepada junjungan besar
nabi Muhammad .SAW. Kerana dengan izin dan inayahnya , saya Noriza binti Abu Bakar telah
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.
kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya melakukan kata-kata pembuka bicara di dalam
kerja kursus ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Terutama sekali kepada rakan-rakan seperjuangan dan khasnya kepada pensyarah saya Al Fadhil
Ustaz Ahmad Zubaidi bin Bidin. Beliau yang paling banyak memberi tunjuk ajar dan semangat
kepada saya untuk membuat kerja kursus ini.Pada peringkat awal kerja kursus ini diberi saya
beranggapan bahawa, saya tidak mampu untuk melakukan kerja kursus ini disebabkan
mempunyai banyak kekangan yang mendatang. Namun setelah mencuba, mencari dan
mengusahakannya, maka akhirnya Alhamdulillah saya berjaya melaksanakannya.Segala
rintangan dan dugaan yang saya lalui semasa membuat projek ini, saya jadikan ia sebagai satu
dorongan untuk berjaya. Akhir bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada
saya untuk lebih memajukan diri dan agama Sekian , terima kasih.

Penghargaan
680126025142

Page 2

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat
ilahi dengan limpah kurniaNya saya Noriza binti Abu Bakar berjaya menyiapkan kerja kursus
HBIS3203,Fiqh II. Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga
terhasilnya kerja kursus ini. Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta
terutamanya suami saya, yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang kajian
ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada anakanda-anakanda yang sentiasa menjadi tulang
belakang dalam memberi semangat kepada saya. Setinggi penghargaan kepada Al Fadhil Ustaz
Ahmad Zubaidi bin Bidin selaku pensyarah HBIS3203,Fiqh II. Sekalung budi juga buat sahabatsahabat seperjuangan yang sudi meluangkan masa untuk menjawab kemusykilan sepanjang
melakukan kerja kursus ini dan juga telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian
maklumat untuk kerja kursus ini. Akhir kata ,saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus
ini. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik semua.

680126025142

Page 3

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
PENDAHULUAN
Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ibadat zakat ini
diwajibkan kepada setiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan
perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat Islam yang memerlukan
pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan
miskin. Ibadat zakat yang diwajibkan ini merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki
oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak.
Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang
terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan
hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada
orang lain mengikut hukum syarak
. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat Islam dapat dijalankan. adapun
orang yang memberikan (hartanya di jalanAllah) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya
pahala yang terbaik (syurga), maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.
Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasakan dirinya cukup serta mendustakan pahala
yang terbaik (baginya), maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar (sempit).
Dan hartanya tidak bermanfaat bginya (di dunia) apalagi ia telah binasa.
Dari Surah Al-Lail ayat 5-11 menjelaskan bahawa ganjaran akan diberikan kepada orang yang
membelanjakan hartanya kerana Allah. Dari segi bahasa zakat beerti bersih, suci , berkat dan
berkembang. Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan
mensucikan diri dan jiwa orang kaya dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain ialah
membersihkan diri daripada sifat dengki, tamak dan dendam daripada golongan yang berharta
dan kaya kepada orang yang miskin. Pandangan dari segi syarak pula ialah mengeluarkan harta
yang tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah syarat-syarat
yang ditetapkan oleh syarak .
Zakat ini terbahagi kepada dua iaitu; Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah
kefardhuan bagi seseorang untuk mengeluarkan segantang syiir (sejenis gandum) makanan ruji
680126025142

Page 4

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
(beras) atas tiap-tiap lelaki dan perempuan serta semua di bawah tanggungannya pada setiap kali
datangnya Ramadhan. Zakat Harta pula ialah mengeluarkan sebahagian harta pada kadar yang
tertentu, mengikut syarat-syarat tertentu dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang tertentu (berhak
menerima) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Harta yang dimaksudkan dari
segi bahasa ia merupakan setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal. Manakala dari
segi istilah ia merupakan benda atau barang yang boleh dikawal dan kebiasaanya boleh diambil
faedah daripadanya. Melalui pendapat Jumhur Ulama (selain Hanafi), harta adalah setiap
perkara (barang) yang ada harga (nilai). Maka ini termasuk hak dan manfaat. Zakat Harta
mempunyai lapan pecahannya seperti Emas dan Perak, Simpanan, Perniagaan , Tanaman,
Ternakan, Pelaburan/Saham, KWSP/LTAT dan Harta Rikaz.
Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba
sahayanya, orang-orang

yang berhutang untuk jalan Allah S.W.T, dan orang-orang yang

sedang dalam perjalanan, sebagai satu ketetapan yang diwajibkan Allah S.W.T dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dari surah At-Taubah : 60. Ayat ini menjelaskan bahawa
agihan zakat ini diberikan kepada lapan jenis asnaf yang berhak menerima mengikut hukum
syarak adalah fakir, orang miskin, Amil, muallaf, ghorimin, fisabilillah, ibnu sabil dan riqab.
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan terdapat lapan asnaf mereka yang berhak dan layak untuk
menerima zakat.
Sejak kebelakangan ini negara kita dibelenggu dengan masalah kemiskinan di kalangan
masyarakat dek kerana peningkatan kos sara hidup. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan
oleh kerajaan, masalah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh. Bagi
masyarakat islam, pusat zakat adalah salah satu badan mekanisme yang berperanan untuk
membangunkan masyarakat islam. Sehubungan itu, masalah kemiskinan di kalangan masyarakat
islam seharusnya dapat diselesaikan seandainya pengurusan zakat ini dijalankan dengan
sebaiknya. Oleh sedemikian, dalam kertas kerja ini akan membincangkan mengenai asnaf
pertama dan kedua iaitu orang-orang fakir dan miskin dan juga keberkesanan bantuan agihan
zakat terhadap golongan tersebut oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
680126025142

Page 5

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)


LATAR BELAKANG MAIPk
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak atau MAIPk adalah merupakan satu badan
berkanun. Ia juga adalah sebuah badan tertinggi dalam pentadbiran hal ehwal agama islam di
negeri Perak. Fungsi MAIPk adalah untuk menganjur, mendorong, membantu dan berusaha
meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat islam
berpandukan hukum-hukum syarak di dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Objektif MAIPk
ditubuhkan adalah untuk memartabatkan Institusi Zakat melalui sistem pungutan dan agihan
yang berkesan. Ia juga melakukan pentadbiran bagi harta Baitulmal dan wakaf bagi tujuan
membangun sosio ekonomi dan memelihara kemaslahatan ummah. Pada masa pemerintahan
baginda Sultan Yusuf Izzudin Shah, kerajaan negeri secara rasmi menubuhkan Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Perak pada 1 Muharam 1369 hijrah bersamaan 23 Oktober 1949.
Undang-undang khusus berhubung pentadbiran agama Islam dan adat Melayu di negeri
ini telah diluluskan secara rasmi pada 1 Mei 1952. Dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak, pentadbiran Balai Syara dan Komiti Quran Perak yang berada di Kuala
Kangsar, telah disatukan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan
dipindahkan ke Ipoh. Manakala, pentadbiran Balai Syara yang sedia ada telah diserapkan di
bawah pentadbiran Pejabat Kadi Kuala Kangsar. Pejabat rasmi Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak yang pertama telah ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran agama Islam dan Adat Melayu di negeri Perak,
undang-undang yang berkaitan dengannya telah disemak, dipinda dan digubal beberapa kali.
Pada tahun 1965, sebuah undang-undang yang dinamakan sebagai Undang-Undang Pentadbiran
Ugama Islam 1965 (Enakmen Bil. 11 Tahun 1965) telah dikuatkuasakan bagi menggantikan
undang-undang tahun 1952. Kemudian pada 13 Januari 1993, undang-undang pentadbiran ugama
islam 1965 tersebut telah digantikan pula dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992. Di
bawah Enakmen Bil. 2 Tahun 1992 tersebut, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah
680126025142

Page 6

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
diperbadankan secara rasmi sebagai sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi tujuan keseragaman
dengan negeri-negeri lain seluruh Malaysia, Enakmen Pentadbiran Agama 1992 tersebut,
akhirnya digantikan pula dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen
Bil. 4 Tahun 2004). Enakmen Bil. 4 Tahun 2004 tersebut telah dikuatkuasakan pada 15
September 2004 dan masih kekal berkuatkuasa sehingga kini. Entiti Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak juga masih dikekalkan sebagai badan berkanun kerajaan.
Terdapat empat unit bahagian yang menguruskan maklumat untuk MAIPk ini antaranya
adalah maklumat bahagian khidmat pengurusan, maklumat bahagian zakat, maklumat bahagian
hartanah dan pelaburan dan maklumat bahagian kewangan. Setiap bahagian ini mempunyai
peranan yang tersendiri. Bahagian khidmat pengurusan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan
sokongan yang cekap. Terdapat dua pecahan unit bagi bahagian khidmat pengurusan ini adalah
unit pentad biran dan unit teknologi maklumat. Unit pentadbiran ini adalah untuk memastikan
sistem pentadbiran dan pengurusan menjadi lebih mantap dan berkesan bagi menjamin mutu
perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Manakala unit teknologi maklumat adalah berperanan
untuk membangunkan beberapa sistem berkomputer yang bersepadu dalam mengendalikan
pungutan dan agihan zakat serta pengurusan Hartanah.
Dengan kejayaan ini, MAIPk mengorak langkah ke arah penerapan budaya kerja yang
cemerlang melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Sistem yang
dinamakan sebagai Sistem Pengurusan Zakat Berkomputer (SPZB) telah dilancarkan secara
rasminya pada April 2002. Dengan menggunakan aplikasi SPZB ini, mutu perkhidmatan kepada
pelanggan dapat dipertingkatkan agar menjadi lebih pantas, cekap dan berkualiti. Bahagian zakat
menguruskan perlaksanaan pungutan serta agihan zakat dan fitrah secara berkesan bagi manfaat
umat Islam di negeri Perak. Unit-unit yang memainkan peranan di bawah bahagian zakat ini
adalah unit taksiran/pungutan dan unit agihan. Unit taksiran/pungutan ini bertanggungjawab
dalam membantu individu dan organisasi Islam dalam membuat taksiran zakat, membuat
anggaran kutipan zakat tahunan, mengendalikan urusan kutipan zakat tahunan,memproses
perlantikan dan pentauliahan amil dan merancang aktiviti promosi,kursus dan seminar zakat di
negeri Perak. Manakala unit agihan bertanggungjawab dalam pengagihan wang zakat kepada
lapan golongan asnaf yang mengikut hukum syarak. Bahagian hartanah dan pelaburan berfungsi
680126025142

Page 7

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
dalam mentadbir dan membangunkan dengan berkesan segala urusan hartanah dan sumber am di
negeri Perak Darul Ridzuan. Terdapat dua pecahan unit bagi bahagian hartanah dan pelaburan ini
adalah unit Baitulmal dan unit Wakaf. Unit Baitulmal menguruskan tanah Baitulmal yang
diperolehi melalui cara pembelian dan perintah pembahagian harta pesaka yang tiada waris atau
tidak dihabisi oleh waris. Pendapatan hasil daripada harta Baitumal ini boleh digunakan untuk
pentadbiran dan pembangunan Baitulmal sendiri. Bahagian keempat adalah bahagian kewangan
yang bertanggungjawab dalam memastikan semua urusan kewangan Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak (Majlis) dikendalikan dengan cekap, terkawal, telus, memenuhi akauntabiliti
serta mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa di samping pematuhan kepada
hukum syarak.

680126025142

Page 8

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]

PENCAPAIAN DAN MEKANISMA DIGUNAKAN DALAM AGIHAN


ZAKAT.
Pihak MAIPk bertanggungjawab bagi membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi
dan sosial ummah di negeri Perak. Tanggungjawab ini disempurnakan menurut pematuhan
hukum syarak. Wang zakat yang dipungut saban tahun diagihkan semula kepada lapan asnaf
yang berhak menerimanya sebagaimana termaktub dalam Al-Quran iaitu asnaf Fakir, Miskin,
Amil, Muallaf, Ghorimin, Ibnu Sabil, Fisabilillah dan Ar-Riqab. Pencapaian kutipan dan agihan
zakat bagi negeri Perak adalah memperoleh pencapaian yang baik. Hal ini kerana graf kutipan
bagi zakat di negeri Perak telah meningkat dari saban tahun ke tahun. Ini merujuk kepada Wadah
MAIPk 2013 yang menunjukkan dari tahun 2003 sehingga 2013 terdapat peningkatan dalam
menggumpulkan dana zakat. Ini menunjukkan MAIPk telah berjaya dalam melakukan
tanggungjawab untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam negeri Perak supaya
menunaikan kewajipan dalam memberi zakat. Selain dari peningkatan dalam urusan kutipan
zakat, MAIPk juga berjaya dalam mengagihkan kutipan zakat dengan sebaiknya.
Menurut Laporan Tahunan MAIPk Tahun 2010, Pada tanggal 29 Mac 2010, lembaran
baru pentadbiran MAIPk telah tercipta..

Melalui pernyataan ini menunjukkan salah satu

pencapaian yang diperolehi oleh MAIPk. Ini dimana apabila dengan adanya pengambilan dan
perlantikan baru dilakukan, ia merupakan langkah mengukuhkan tenaga kerja di peringkat ibu
pejabat dan daerah. Ia secara tidak langsung dapat meringankan beban pengkhidmat yang sedia
ada di samping dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Hasil daripada itu
banyak permohonan bantuan oleh masyarakat dapat diselesaikan dengan segera. Usaha ini
menyebabkan agihan zakat dapat dilakukan dengan cekap dan cepat. Selain itu, pencapaian yang
dicapai oleh MAIPk adalah dengan adanya laman sosial Facebook Sahabat Asnaf MAIPk.
Pelajaran MAIPk 2013 Serta Pelancaran Laman Facebook Sahabat Asnaf MAIPk., penyataan
dari Wadah MAIPk Edisi Ketiga 2013. Pelancaran laman sosial Facebook ini adalah digunakan
oleh MAIPk untuk menyalurkan maklumat berkaitan agihan zakat. Ini akan memudahkan dan
mencepatkan proses agihan dijalankan. Pada 18 Jun 2013 sehingga 22 Jun 2013 MAIPk telah
680126025142

Page 9

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
menjalankan misi bersama masyarakat. Ini juga merupakan salah satu pencapaian yang telah
diperolehi oleh MAIPk. Rombongan Kembara MAIPk 2013 ini telah dijalankan dengan jayanya.
Melalui kembara yang dijalankan ini, terdapat pelbagai program yang dijalakan contohnya
Program Gotong Royong mengecat masjid dan membersihkan kawasan perkuburan, Bantuan
Persekolahan dan Tazkirah Zakat dan Wakaf kepada masyarakat. Selain itu dari hasil kutipan
pada 2011, MAIPk telah membelanjakan sebanyak RM 350,000 kepada pelajar Perak yang
belajar di Mesir. Ini adalah dibawah program bantuan pelajaran yang merupakan salah satu
mekanisma dari pihak MAIPk. Keratan dari Wadah MAIPk 2011 edisi pertama, Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk) telah menyediakan wang saku RM500 kepada pelajar
Perak yang belajar di Mesir. Pengagihan yang diberikan adalah merupakan satu bantuan untuk
meringankan bebanan dan membantu para pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran yang
tergendala akibat berlakunya pergolakan politik di Mesir ketika itu. Oleh sedemikian,
pengagihan daripada hasil kutipan zakat, sebahagian besarnya dilaksanakan untuk program
pembangunan sosial. Diantaranya adalah seperti bantuan bulanan yang mana skop bantuan yang
akan disalurkan kepada asnaf adalah dalam bentuk kewangan dan juga memenuhi keperluan asas
bagi menyara diri dan tanggungannya.
Bantuan lain yang disalurkan adalah seperti bantuan bina dan baikpulih rumah. Kadar
maksimum yang diberikan untuk proses pembaikkan rumah adalah sebanyak RM12,000.
Pembaikkan adalah seperti kerosakan lantai, dinding, bumbung, gelegar, kuda-kuda atau manamana bahagian asas rumah tersebut. Bantuan pembinaan rumah pula terbahagi kepada dua iaitu
bagi rumah 3 billik bantuan kadar bantuan yang diberikan adalah RM40,000 manakala rumah 2
bilik adalah RM35,000. Selain itu, antara mekanisma agihan zakat juga disalurkan dari segi
bantuan perubatan yang mana meliputi bayaran rawatan,ubat-ubatan, pembedahan, hemodialisis
dan peralatan sokongan. Selain itu bantuan pengurusan jenazah dimana bantuan yang diberikan
merangkumi mandi jenazah, kelengkapan kafan, kenderaan dan pengurusan pengebumian. Ini
dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan. Antara mekanisma yang lainnya adalah
seperti bantuan perjalanan domestik, bantuan penyelesaian hutang, bantuan kebajikan anak yatim
dan bantuan bencana alam.

680126025142

Page 10

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]

AGIHAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN FAKIR DAN MISKIN


Dan pada harta-harta mereka ada hak orang miskin yang meminta (pertolongan) dan
bagi orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (At-Dzariyyat :19)
Daripada ayat di atas, ia menerangkan mengenai sebab mengapa Allah menyuruh
umatnya untuk memberikan zakat kepada golongan fakir dan miskin. Hal ini adalah kerana
terdapat hak-hak orang miskin dan fakir ini di dalam harta yang diperolehi. Bagi menyucikan
harta yang diperolehi itu wajib diberikan zakat bagi membantu golongan ini. Selain daripada
agihan dalam bentuk kewangan terdapat juga program yang bermanfaat disediakan kepada
golongan asnaf ini seperti program pembangunan dan pendidikan, program pembangunan insan
dan program pembangunan ekonomi. Ini juga merupakan salah satu usaha MAIPk untuk
membangunkan masyarakat Islam fakir dan miskin. Program yang ditawarkan ini dapat
memberikan manfaat kepada mereka dalam meningkatkan kemajuan dalam hidup mereka. Ini
menunjukkan contoh kemajuan dalam pengagihan zakat.
Contoh program yang disediakan bagi golongan fakir, miskin dan muallaf adalah
bantuan persekolahan, Skim Biasiswa Pelajaran, Pembiayaan Pengurusan SAR Orang Asli Kg.
Kenang Sg. Siput, Saguhati galakan Kelas Fardhu Ain dan Saguhati Belajar di Institusi pengajian
Islam. Terdapat juga program pembangunan insan disediakan seperti menyediakan kursus dan
latihan kepada golongan fakir dan miskin, peruntukan bahagian dakwah bagi golongan muallaf,
kursus pembangunan modal insan dan program promosi dan dakwah zakat kepada golongan
fisabilillah. Dengan adanya program seperti ini dapat mengurangkan bebanan mereka dalam
menaikkan taraf hidup mereka. Dengan adanya program-program yang ditawarkan kepada
mereka ini akan memberi manfaat yang besar kepada hidup mereka.
Hal ini kerana, dari manfaat yang diperolehi dari program tersebut mereka dapat
menggunakannya untuk mengubah cara hidup mereka. Contohnya dari kursus dan latihan yang
dihadiri akan memberi ilmu kepada untuk mereka meluaskan pemikiran mereka dalam
menceburkan diri dalam sesuatu bidang dalam meningkatkan sosio-ekonomi diri dan keluarga
680126025142

Page 11

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
mereka. Dengan kepelbagaian program dan bantuan yang disalurkan kepada golongan asnaf ini
menunjukkan kejayaan yang dilakukan oleh MAIPk dalam membantu golongan masyarakat
Islam di negeri Perak. Di antara contoh program yang telah dijalankan untuk golongan fakir dan
miskin adalah Program Sinar Usahawan MAIPk. Program ini telah dilakukan pada 26 Mei 2013.
Ipoh- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Bahagian Zakat telah
menganjurkan Program Sinar Usahawan 26 Mei 2013. Wadah MAIPk Edisi Kedua 2013.
Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
keperluan para penerima Bantuan Modal Perniagaan Fakir Miskin MAIPk sedia ada. Program ini
memberi pendedahan kepada penerima tentang bidang asas perniagaan.
Selain itu, Bantuan Persekolahan juga diberikan kepada golongan fakir miskin.
Contohnya menerusi Kembara MAIPk 2013 yang telah meneruskan ekspedisi mereka ke Daerah
Hulu Perak bagi menyampaikan bantuan persekolahan bagi masyarakat fakir miskin disana.
Selain itu, saluran bantuan lain yang diberikan adalah Bantuan Hari Raya Aidilfitri. Ia adalah
merupakan bantuan yang diberikan bagi meringankan beban golongan fakir dan miskin dalam
perbelanjaan membeli barangan untuk persiapan sambutan hari raya Aidilfitri. Contohnya pada
25 Julai 2013 bantuan hari raya Aidilfitri 1424H Daerah Manjung telah dilaksanakan di
Manjung, Perak. Penyerahan cek bantuan hari raya Aidilfitri dari MAIPk telah diserahkan untuk
asnaf-asnaf fakir dan miskin daerah Manjung melalui penghulu-penghulu daerah Manjung.

680126025142

Page 12

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
KEBERKESANAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN
FAKIR DAN MISKIN
Kepelbagaian bentuk skim dan bantuan yang dihulurkan kepada golongan fakir dan
miskin ini dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka ini. Diantaranya adalah bantuan
persekolahan, latihan dan kursus, bantuan dari segi permodalan dalam program pembangunan
ekonomi serta bantuan pembangunan sosial. Sejauhmanakah keberkesanan bantuan agihan zakat
yang telah diagihkan oleh institusi zakat kepada golongan fakir dan miskin ini. Bantuan dari segi
pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan yang terpenting yang dihulurkan kepada
golongan fakir dan miskin ini. Hal ini kerana melalui pendidikan yang sebaiknya mampu untuk
mengubah kehidupan golongan ini. pendidikan salah satu kaedah yang dapat mengubah
kehidupan dan mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinan. Azman Ab Rahman,
(2013). Oleh kerana pendidikan ini adalah merupakan mekanisma yang penting oleh itu institusi
zakat perlulah memainkan peranan dalam usaha untuk memastikan anak-anak golongan fakir dan
miskin ini mendapat pendidikan yang sewajarnya
. Terdapat beberapa kes yang telah dilaporkan mengenai anak-anak golongan fakir dan
miskin tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana tidak dapat melunaskan yuran
persekolahan. Dengan wujudnya masalah-masalah keciciran dalam pelajaran seperti ini pihak
institusi zakat memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan bantuan zakat dari segi
pendidikan kepada mereka. Oleh hal yang sedemikian apa yang telah dilakukan oleh pihak
MAIPk dalam usaha meningkatkan mutu kehidupan golongan fakir miskin ini adalah dengan
mewujudkan program dan pendidikan bagi golongan fakir dan miskin ini. Antara kaedah-kaedah
bantuan yang disalurkan dalam memberi keberkesanan dalam kehidupan golongan fakir dan
miskin ini adalah Bantuan Persekolahan, Bantuan Am Pelajaran (Persediaan IPT) , Skim
Biasiswa Pelajaran dan Skim Latihan Kemahiran Asnaf. Contohnya pada Feb 2013, Bantuan
Am Pelajaran telah diberikan kepada pelajar yang bakal menyambungkan pelajaran mereka ke
peringkat IPT.

MAIPk UTC di Ipoh, telah diberikan amanah untuk melakukan pengagihan

tersebut. Walaupun bantuan yang diberikan berbentuk sekaligus namun ianya berjaya
mengurangkan bebanan ibu bapa mereka dalam menanggung kos pembiayaan pelajaran mereka.
680126025142

Page 13

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
Hal ini menunjukkan berkesanannya agihan bantuan pendidikan ini terhadap golongan fakir dan
miskin dalam mereka mengubah corak kehidupan mereka kelak.
Selain daripada itu, dengan adanya program pembangunan insan yang disediakan oleh
MAIPk kepada golongan fakir dan miskin, ia dapat membantu golongan ini untuk memajukan
diri mereka pada hari akan datang kelak. Program pembangunan insan ini merupakan latihan dan
juga kursus yang ditawarkan kepada golongan fakir dan miskin. Latihan dan kursus yang
ditawarkan ini seandainya diikuti dengan sebaiknya mampu digunakan untuk meningkatkan
sosioekonomi mereka. Pada September 2013, MAIPk bahagian zakat telah menganjurkan
Program Ramah Mesra bersama para pelajar latihan kemahiran asnaf. Objektif program ini
adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan para pelajar yang sedang menjalani
kemahiran di LLLIC Management and Technical Academy Ipoh. Seramai 48 orang pelajar
merupakan anak golongan fakir dan miskin yang terdiri daripada seluruh negeri Perak telah
ditaja sepenuhnya oleh MAIPk bagi program ini. Antara program latihan yang diceburi adalah
Kursus Juruelektrik, Kursusu Asas Masakan, Kursus Jahitan dan Kursus Terapi Kecantikan.
Pihak MAIPk memastikan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej adalah dalam keadaan
yang baik supaya memudahkan proses pembelajaran mereka.
Hasil daripada program yang diberikan ini akan memberikan peluang kepada anak-anak
golongan fakir miskin ini untuk mengembangkan bakat mereka dan akan menjadi tapak
permulaan mereka untuk kea lam pekerjaan kelak. Dari ilmu yang mereka perolehi juga mereka
boleh menggunakannya untuk memulakan sebagai bisnes bagi menyara kehidupan mereka kelak.
Selain itu Program Sinar Usahawan yang dianjurkan oleh MAIPk pada Mei 2013 kepada
golongan fakir dan miskin ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada dunia
perniagaan kepada mereka. Dengan adanya kepelbagaiaan program yang diberikan oleh MAIPk
kepada golongan fakir dan miskin ini, ia merupakan satu usaha yang berkesan oleh pihak MAIPk
dalam membantu golongan ini untuk menikmati hidup yang lebih baik.

680126025142

Page 14

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
KESIMPULAN
Zakat adalah merupakan satu ibadah wajib oleh umat Islam yang mencukupi segala
syarat. Setiap perlaksanaan yang berkaitan dengan zakat akan dikendalikan oleh Institusi Zakat
di Malaysia. Seterusnya institusi ini akan mengagihkan kutipan zakat kepada golongan-golongan
asnaf yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini, Institusi Zakat Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak (MAIPk) dipilih untuk diceritakan mengenai peranan mereka terhadap masyarakat
Islam di Perak. MAIPk merupakan sebuah badan tertinggi dalam pentadbiran hal ehwal agama
Islam di negeri Perak. Fungsi MAIPk adalah untuk menganjur, mendorong, membantu dan
berusaha meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran
masyarakat islam berpandukan hukum-hukum syarak di dalam negeri Perak Darul Ridzuan.
Objektif MAIPk ditubuhkan adalah untuk

memartabatkan Institusi Zakat melalui sistem

pungutan dan agihan yang berkesan. Pelbagai pencapaian telah diperolehi oleh pihak MAIPk ini.
Pungutan zakat juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan MAIPk telah berjaya
melakukan tugasan mereka dalam menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam di negeri
Perak.
Selain itu, pelbagai usaha dilakukan dalam meningkatkan mutu kerja pengagihan kepada
golongan-golongan asnaf. Laman sosial Facebook Sahabat Asnaf telah diwujudkan dalam usaha
memastikan agihan yang diberikan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Terdapat pelbagai
program yang diusahakan sebagai mekanisma untuk digunakan dalam agihan zakat contohnya
bantuan bulanan, bantuan baik pulih rumah, bantuan perubatan, bantuan aidilfitri, bantuan
kecemasan, bantuan pengurusan jenazah, bantuan perjalanan domestik dan sebagainya. Ini
adalah diantara bentuk-bentuk bantuan yang diberikan kepada lapan golongan-golongan asnaf
yang telah tetapkan oleh agama Islam. Dalam tugasan ini juga, perincian diberikan kepada asnaf
fakir dan miskin. Penerangan diberikan mengenai bentuk bantuan yang disalurkan kepada
golongan fakir dan miskin ini dalam usaha untuk mengurangkan kadar jumlah masalah
kemiskinan yang dihadapi oleh Negara. Pihak MAIPk telah membahagikan kepada pelbagai
program bagi membantu golongan fakir dan miskin ini. Diantaranya adalah, program
pembangunan dan pendidikan, program pembangunan insan, program pembangunan ekonomi
680126025142

Page 15

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
dan program pembangunan sosial. Program-program yang telah diusahakan oleh MAIPk kepada
golongan-golongan ini telah memberi kesan yang baik terhadap kehidupan mereka. Selain
daripada bantuan berbentuk kewangan, bantuan seperti kursus dan latihan yang diberikan dapat
memberikan impak kepada mereka untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan masa depan
mereka kelak.

680126025142

Page 16

[FIQH II HBIS 3203] [2014


]
RUJUKAN
1. Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar, (2013), Peranan Institusi Zakat Dalam
Pembangunan Asnaf Fakir Dan Miskin Di Malaysia. Fakulti Ekonomi dan
Muamalat, Universiti Sain Islam Malaysia.
2. Mahyuddin Bin Haji Abu Bakar, (2012), Hubungan Antara Agihan Zakat Dan Kualiti
Hidup Asnaf Fakir Dan Miskin. Tesis Kepada Kolej Perniagaan, Universiti Utara
Malaysia.
3. Wan Abdul Halim Hafiidz B. Mohd Amin, (2013), Wadah MAIPk, Edisi Kedua ,
Unit Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.
4.

http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php/profil-

5.

http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-perak

6.

Muhammad Idris Al-Marbawi,(2005) Syarah Mukhtasar Shahih At-Tirmidzi (Juzu 4)


Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

680126025142

Page 17

Você também pode gostar