Você está na página 1de 17

Utarid merupakan planet yang paling hampir

dengan Matahari. Ia planet yang berputar


paling pantas dan mengelilingi Matahari
dalam 88 hari. Ketika mengorbit Matahari,
Utarid berputar perlahan pada paksinya.
Satu titik pada permukaan bersamaan enam
bulan di hadapan Matahari. Matahari yang
berdekatan dan memancar sekian lama
menaikkan suhu di Utarid sehingga 430C.
Zuhrah kadang kala kelihatan di ufuk langit
ketika Matahari terbenam. Sebab itu ia
dipanggil bintang malam. Zuhrah juga dirujuk
sebagai kembar Bumi. Ia planet yang
mengelilingi Matahari pada arah bertentangan
dari lanet-planet lain. Awan tebal mengelilingi
permukaan Zuhrah. Awan ini bukanlah titisan
air tetapi himpunan asid sukfurik, asid yang
terkuat. Sebab itu, sukar untuk melihat
permukaan Zuhrah dengan cahaya biasa. Hanya
pancaran radar menembusi awan mampu
melakukannya.

Pada 1974, Mariner 10, sebuah proba angkasa terbang ke Utarid


buat julung Kalinya.

Magellan merupakan roba radar


yang berjaya menerokai Zuhrah
di antara
1990 dan 1992

Bumi istimewa kerana satu-satunya planet


yang mengandungi air dan atmosfera yang
mengandungi oksigen. Planet ketiga dari
Matahari ini mendaat sejumlah haba dan
cahaya yang secukupnya untuk menampung
kehidupan. Bumi merupakan lanet kelima
terbesar di Sistem Suria. Dari angkasa,
Bumi kelihatan biru dengan serakan awan
putih. Biru menunjukkan lautan yang meliputi
dua pertiga permukaan.
Ketika Bumi berputar mengikut paksinya, kita
akan menghadapi siang dan malam. Ketika
waktu siang, bahagian Bumi akan menghadap
Matahari dan bahagian Bumi yang tidak
menghadap Matahari akan tidak mendapat
cahaya dan berlakulah malam.

Bumi terbentuk kira-kira 4,600 juta tahun dahulu, ketika unsur-unsur


Zarah dari angkasa berkumpul membentuknya. Jarak di antara Bumi dan
Matahari ialah 149.6 juta km. Diameter Bumi pada khatulistiwa ialah
12,756.

Marikh dinamakan semena seorang


anglima erang dari Rom. Ia dipanggil
planet merah kerana warna merah dari
tanahnya yang kaya dengan besi dan
batu-batan.
Permukaan Marikh dipenuhi dengan
gurun yang luas, kawah serta gunung
berapi yang banyak. Olympus Mons
merupakan gunung berapi paling tinggi
di Sistem Suria. Ia setinggi 30km dan
600km lebar. Lembah Mariner pula
4,000km panjang dan 7km dalam. Ada
juga beberapa lembah kecil dan ahli
astronomi
percaya
Marikh
dahulu
mempunyai saliran sungai dan laut.

Olympus Mons

Mengembara dari Bumi ke Marikh pada


kelajuan 62 batu sejam akan mengambil
masa 66.5 tahun untuk sampai. 5 minit
sahaja jika mengikut kelajuan cahaya.
Kutub Selatan Marikh dilitupi ais kering
iaitu karbon dioksida yang telah beku.

Pendarat Viking

Tiada siapa pernah ke Marikh tetapi saintis telah menghantar beberapa


proba angkasa. Mariner 4 pernah melaluinya pada 1965 buat pertama
kalinya. Pada 1971, Mariner 9 mengelilinginya. Pada 1976, Viking 1 dan 2
menghantar kamera TV agar saintis dapat melihat bentuk permukaan
Marikh. Pada 1977, Fathfinder membawa robot kecil yang beruaya
bergerak dan mengkaji batu di planet ini.

Musytari ialah planet paling besar di


Sistem Suria. Ia 1,300 kali ganda
lebih besar dari Bumi. Musytari
kelihatan cantik disebabkan berlainan
jenis awan di atmosfera. Ciri paling
jelas pada Musytari ialah kawasan
bujur merah pada permukaannya yang
dipanggil Kawasan Titik Merah Besar.
Musytari juga dikenali sebagai gergasi
gas. Kira-kira 90% dari planet ini
terdiri daripada gas, hidrogen dan
helium. Ia mempunyai 16 bulan. Empat
bulan paling besar adalah Lo, Europa,
Ganymede dan Callisto.

Great Red Spot

Lo digelar Bulan Piza kerana ia amat


berwarna warni. Ia mempunyai gunung
berapi
aktif
di
atasnya
yang
memuntahkan
cecair
sulfur
yang
berwarna kuning jingga.

Empat bulan besar ditemui oleh Galileo pada 1610. Foto berwarna
Musytari diambil pada 1973 oleh proba Pioneer 10.

Zuhal merupakan planet kedua paling


besar dan keenam dari Matahari. Ia
planet yang paling mendatar di Sistem
Suria dan planet yang paling kurang
adat.
Zuhal
memunyai
sekurangkurangnya 18 bulan. Bulan paling kecil
ialah Pan dengan diameter 20km. Titan
merupakan
yang
terbesar
dengan
diameter 5,140km.

Titan berwarna jingga dan dipenuhi


awan berjerubu yang menghalang kita
melihat bentuk permukaan sebenarnya.
Atmosfera tebal Titan amnya terdiri
dari gas nitrogen.
Zuhal dikelilingi tujuh lingkaran cincin
yang mana tiga paling atas kelihatan
jelas dari Bumi. Lingkaran cincin ini
terdiri dari berjuta-juta ketulan ais
dan batu.

Uranus adalah planet ketiga terbesar.


Ia ditemui oleh seorang ahli astronomi
Inggeris, William Herschel pada 1781.
Ia kelihatan hijau kebiruan dari
kehadiran gas metana (gas berbau
busuk) di atmosferanya. Uranus unik
dari planet lain kerana berputar dari
sisi. Ia juga dilingkari 11 lingkaran
utama yang terdiri dari batu.

Uranus mempunyai 21 bulan dan enam


darinya telah dipelopori. Hanya 5 yang
besar
dapat
dilihat
dari
Bumi
(Miranda, Ariel, Umbriel, Titania dan
Oberon). Titanian ialah bulan terbesar
dengan diameter 1,600km. Miranda
dengan diameter 500km ialah paling
kecil.
Uranus dua kali lebih jauh daripada
Zuhal. Uranus sejauh 2,600 juta km
dari Bumi.

Oleh kerana Uranus amat jauh, sedikit yang dapat diketahui melalui
teleskop. Maklumat yang didapati telah diperolehi dari proba angkasa
Voyager 2 yang melawat Uranus pada 1986.

Neptun juga seperti sebuah gergasi di


gas dan mirip Uranus. Ia kelihatan biru
disebabkan
kehadiran
metana
di
atmosferanya. Warna merah sinaran
Matahari diserap metana, membuatnya
kelihatan biru.
Neptun memiliki lapan bulan dengan
Triton dan Nereid yang besar. Triton
yang paling besar dengan diameter
2,700 km. Terdapat nitrogen beku
pada kutubnya dan apabila membeku ia
kelihatan seperti salji merah jambu.

Triton mempunyai permukaan darat paling sejuk di Sistem


Suria dengan suhu 235C.

Planet
Bertanah
Planet
Bergas

Utarid, zuhrah, bumi,


marikh
kecil dan bertanah(berbatu)

Musytari, zuhal, uranus,


neptun
besar dan bergas

Prob

Misi

Mariner 4

Mengkaji planet Marikh ( 1971)


Mengkaji asteroid.

Mariner 9

Mariner 9 mengelilingi Marikh (1971)

Mariner 10

Pada 1974, Mariner 10, sebuah proba angkasa


terbang ke Utarid

Rosseta

Mengkaji asteroid.
Dijangka tiba di asteroid destinasi pada 2014

Voyager 2

Prob paling jauh pernah beroperasi. Mengambil


gambar Musytari dan uranus beserta bulannya

Pioneer 10

Mengkaji lingkaran asteroid

Viking 1 dan 2

Pada 1976, Viking 1 dan 2 menghantar kamera


TV agar saintis dapat melihat bentuk permukaan
Marikh

Você também pode gostar