Você está na página 1de 5

Tips kebahagian dan koreksi diri dan kata nasihat suri teladan dari Rasulullah dan para

Sahabat Ketenangan Yang Terbit Dari Kemaafan MRM


Mereka jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya
bermaksud: Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka
Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa
memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa
yang dilahirkannya.. (Riwayat AI Hakim)
Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau malapetaka atau kesusahan.
Tidak kira samada manusia itu mukmin atau kufur. Itu juga merupakan bukti yang sangat
jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi
manusia kufur sepatutnya mereka insaf dan sedar bahawa Allah SWT itu wujud dan
berkuasa ke atas sekelian alam ini. Bagi orang beriman pula akan bertambah keimanannya
kerana menyedari bahawa manusia ini lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT samada
secara terpaksa mahupun sukarela.
Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman orang mukmin kerana
mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan
kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia.
Bertambah keinsafan, bertambah sabar, bertambah redha terhadap ketentuan Allah SWT
dan akan bertambah pula rasa kehambaan seperti rasa takut, rasa malu, rasa lemah, rasa
hina, rasa dhaif, rasa camas, rasa bimbang, dan rasa harap. Para mukmin juga akan
menyedari bahawa musibah yang Allah SWT datangkan itu merupakan peringatan langsung
daripada Allah SWT. Peringatan kepada manusia bahawa mereka sudah terlalu derhaka,
lalai, banyak dosa, maksiat dan berbuat mungkar. Peringatan itu agar segera membaiki diri,
bertaubat dan membuat perubahan. Itu baru kesengsaraan di dunia sernentara, betapalah
andainya dihadapkan dengan azab hakiki iaitu neraka di akhirat.
Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin ada dua
maksud:
Pertama:
Sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan sabar.
Kedua:
Bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah itu sebagai meninggikan darjat di sisi

Allah SWT. Hanya sebagai beradab dan menepati sebagai hamba walaupun tidak
melakukan dosa, maka perlu dirasakan berdosa juga.
Setelah jelas kepada kita bahawa tiada siapa yang dapat menghindari dari ditimpa musibah,
bukankah lebih baik menjadi orang mukmin yang ditimpa musibah berbanding menjadi
kafir yang juga tidak dapat lari dari musibah. Banyak keterangan dari hadis-hadis
Rasulullah SAW yang membawa erti iaitu musibah biar kecil sekalipun berpunca dari dosa
yang dilakukan manusia. Ertinya setiap dosa, maksiat dan kemungkaran merupakan anak
kunci terbukanya pintu musibah dan bencana yang Allah turunkan kepada manusia itu
sendiri.
Umpama Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tiada seseorang itu ditimpa musibah di
hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya
melainkan berpunca dari dosa yang dilakukannnya.
Apabila sesuatu musibah, bencana atau malapetaka itu didatangkan oleh Allah SWT yang
sifatnya terlalu berat, menggerunkan, menyakit dan amat menyukarkan manusia,
berpanjangan dan buntu dari penyelesaian, itu tandanya penduduk sesuatu tempat itu
sudah terlalu melupai Allah SWT, banyak kezaliman, penindasan, dosa, maksiat dan
kemungkaran sudah berlaku tanpa kawalan. Malah mereka berbangga pula dengan
kemungkaran. Maksiat tidak disekat malah dipromosi dan digalakkan. Terutama sekali
apabila pemimpinnya sangat zalim dan menindas, para ulamanya jahat dan mabuk dunia,
orang kayanya bakhil dan perampas, orang miskinnya tidak sabar dan laiai, maka
kemurkaan Allah SWT akan turun secara merata yang dirasai oleh semua golongan. Inilah
punca sebenar mengapa kini tidak putus-putus umat Islam mengalami kesenosaraan dari
berbagai bencana. Silih berganti, berpanjangan dan ada yang menggerunkan seperti
kebuluran, peperangan, kemarau dan wabak penyakit. Bukan sahaja musibah itu
menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada manusia, tetapi juga buntu dalam
mendapatkan jalan penyelesaiannya. Berbagai kaedah dicuba dan diiringi oleh kegagalan.
Ambil satu contoh, di negara kita yang dilanda gejala negatif. Bukan sahaja yang terlibat,
semua pihak turut merasa bahangnya dirundung kegelisahan dan keresahan. Berbagai
kaedah pula telah dicuba yang berakhir dengan kegagalan. Sepatutnya umat Islam kembali
kepada kaedah yang tepat iatu ajaran Islam itu sendiri. Tidak usah `mengimpot` kaedah
dari sumber lain terutamanya barat yang terbukti masyarakatnya telah rosak dan hancur.
Sebagaimana musibah itu sendiri berpunca dari dosa dan maksiat. Maka untuk

menghindari musibah berpanjangan dan terlalu mencengkam kehidupan maka hendaklah


bersungguh-sungguh membaiki did. Membaiki diri itu hendaklah dalam beberapa aspek

penting.
Di antaranya:
1. Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah SWT. Rasa hamba itu
mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT
itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mendengar, Maha Melihat dan memiliki
segaia sifat-sifat kesempumaan. Segala rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai
takut hendak berbuat maksiat dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT
Maha mengetahui lubuk hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara
lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama
ini bukan sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi
agar tidak terdorong kepada perkara jahat
2. Rasa kehambaan yang mendalam,yang dijiwai dan dihayati itu sangat penting yang
sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi,ini akan menjadikan seseorang
itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau penyakit-penyakit hati yang berupa
mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang
paling utama membawa berbagai angkara, kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di
dalam kehidupan manusia. Sifat-sfat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau
terbakar musnah kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan
menjiwai rasa keTuhanan.
Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek inilah yang sangat
terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat Islam sentiasa dalam

kemurkaan Allah SWT. Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT
malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan kepada umat Islam. Bukan
sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan, sebaliknya kehinaan di mana saja dan
berpanjangan silih berganti.
3. Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin. Sembahyang itu sendiri mestilah
berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu adalah wajib. Namun ianya mestilah
berkesan dan berperanan bagi seorang hamba itu benar-benar menghadap Allah SWT
dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang hamba itu benar-benar meletakkan dirinya
sebagai sehina-hina makhuk. Menghina diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung.
Penuh dengan rasa malu, menyerah dan mengharap sehingga dengan itu terbakar segala
mazmumah.
Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar sepenuhnya menghadapkan hatinya
kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak dapat merasai kehambaan dan membakar
mazmumah maka di luar sembahyang lebih sukar lagi. Maka di luar sembahyang dalam
mengendalikan urusan kehidupan sudah tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan
jahat. Sembahyang yang sempuma lahir batin itu ialah yang dapat memahami dan
menghayati setiap lafaz atau bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang
itu dapat membina dan membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka
dekat dengan Allah SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.
Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan Allah SWT. Di luar
sembahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT, dengan hidup bersyariat,
menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya tinggi dan luhur. Allah SWT
menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan seronok, selamat dan sejahtera
bernaung di bawah mereka. Orang yang mencapai taraf ini saja yang layak memimpin umat
kerana mereka adil kepada diri mereka sendiri iaitu berjaya mengembalikan rohnya kenal
dan takut kepada Allah SWT, mengembalikan dirinya, mengabdikan dirinya kepada Allah
SWT.
Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat yang lain. Mereka inilah
yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin (golongan kanan), Al Muflihun (yang
mendapat kemenangan). Mereka yang dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya
yang bermaksud,Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba hambaNya yang soleh
Siapakah orang soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah bermaksud

Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di dalam


sembahyangnya khusyuk. (Al Mukminun: 1-2)
Mereka jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan
hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka
Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.. (Riwayat AI Hakim)
Bagi umat Islam yang ditimpa musibah silih berganti dan berpanjangan tiada pilihan lain
untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan harapan kepada Allah SWT. Caranya
pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan dengan Allah SWT.,Sungguh-sungguh
bertaubat dan membersihkan dosa, kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi dosa batin
iaitu mazmumah Selagi Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi berada
dalam kemurkaan Allah SWT, biar berbuih mulut meminta melalui doa, atau hitam dahi
kerana sujud sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan itu.
Wassalam.

Você também pode gostar