Você está na página 1de 10

AL BIRUNI

Ahli falsafah yang serba boleh.Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak
begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana
Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan
falsafah.
Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan
kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza
dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan
pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak
berpanjangan.
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan
yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi
perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun
ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan,
tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan
keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.
Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang
dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh
kepada pembinaan peradaban
Islam.
Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China.
Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para
sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di
timur ataupun barat.
Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad
ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara
Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur
ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya
telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India,
Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya
beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya
oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.
Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India.
Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan
masyarakat India dan kebudayaan Hindu.
Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan
yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama

Kristian.
Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan
menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan
peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah
penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan
matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan
kedudukan ibu-ibu negara di dunia.
Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang
ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana
Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.
Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al
Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat
kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu
falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan
geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau
digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak
lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum
Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya
Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang
mengandungi 138 tajuk.
Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar alBaqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubatubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.
Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa
Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani
menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni
berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan
agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi oleh umat.
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik
tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu
Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah
menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.
Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini
menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali

gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang
telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan
merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan
golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar
dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.
Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat
martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif
serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya
sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan
fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan
ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah AlBiruni.
Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan
September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih
dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada
wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini
sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.
Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam
persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan
sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan
bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada
zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan
Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam
bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai
seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.
Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak henti-hentinya mengais ilmu, termasuk dalam setiap
penjelajahannya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India. Jamil Ahmed dalam buku Seratus
Tokoh Muslim mengungkapkan, antara penjelajahan paling menarik tokoh ini adalah semasa di
wilayah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia Tengah), serta wilayah India. Penjelajahan itu
sebenarnya tidak disengajakan. Alkisah, setelah beberapa lama menetap di Jurjan, Al-Biruni
memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya. Namun tidak disangkanya, tanah
kelahirannya dilanda oleh konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud
Al-Gezna, yang melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan.

Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai 'kumpulan
pemikir' yang kemudiannya dibawa menyertai ekspedisi ketenteraan ke India. Di sana beliau
banyak melahirkan karya dan tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang
disampaikannya dalam perjumpaan. Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini
juga menjadikan kawasan India sebelah timur sebagai kawasan baru untuk menyebarkan dakwah
Islamiah.
Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang melakukan kajian
berkaitan adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan. Berasaskan kajiannya inilah beberapa
karya agungnya lahir. Bukan itu sahaja, Al-Biruni jugalah orang yang pertama memperkenalkan
permainan catur 'ala' India ke negara-negara Islam, serta menjelaskan permasalahan trigonometri
yang lebih mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind.
Kecerdikan Al-Biruni merangsang dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut
menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau
yang mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan
dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan
daripada gerak melingkar yang dilakukan lanet.
Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya
pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan oleh ilmu astronomi moden.
Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak
hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, ia dikenali
sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh.
Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi,
dan Al-Mas'udi (meninggal 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu
perubatan, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung
mahupun melalui surat menyurat. Keduanya kerap juga bermuzakarah berkaitan pemikiran
falsafah, misalnya tidak bersetuju dengan aliran pemikiran paripatetik yang dianuti Ibnu Sina
dalam banyak aspek.
Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah pemikiran
Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti
berkaitan dengan masalah gerak dan tempat. Ini kerana semua yang dilakukannya itu selalunya
berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap
rahsia alam. Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya
Allah sebagai maha pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan
kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam.

Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah penghubung apa
yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan
alam tersebut kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta". Pandangan Al-Biruni ini
tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan
sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah
sebagai pencipta.
Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan
Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al-Biruni digelar
sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan sejarah. Dia mungkin
sosok paling menonjol dan peneraju zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam."
Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau menulis
"Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di
Asia adalah Al-Biruni, sekaligus filsuf dan ilmuwan. Ia pakar dalam kedua bidang tersebut."
Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75
tahun.

AL-BIRUNI
Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik.
Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis
oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk
Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah
yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing
bagi penduduk Khawarizm.
Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah
bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu
kota kerajaan pemerintahan putera-putera Mamuniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila
Khawarizm menjadi ibu kota Mamuniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu
digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka
gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar Khawanizini kerana nama kawasan itu
juga dipanggil Khawanizin.
Pendidikan
Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu
Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat
tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar
dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara
karya beliau yang teragung ialah Rasail al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan
matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang

hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat
menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.
Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya
ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar
Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan
ejaan istilah perubatan yang betul.
Sebagai AhIi Astronomi
Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak
tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang
pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya
terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya
mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali sebagai nikmat,
dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim (Seni Astronomi).
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh
inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air
laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi
menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah
kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah
menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori
astronominya yang penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai
kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa
bahawa,
Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian
ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan
yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain
itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak
dalam bentuk elips.
2.

Kosmogeni
Walaupun Qanun al-Masudi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni
membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan
yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di
zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai
muka surat.
3. Teori geosentrik

Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik


dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa
bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka
wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. AlBiruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi
Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.
4. Kalender dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga
dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat
untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Tabir
al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh
membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat
al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas
dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan
serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan
(baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.
5. Matahari
Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti
berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan
asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari.
Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan
apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang
membakar.
(b) Gerakan tahunan
AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak
mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat
menggambarkan sesuatu orbit.
(c)

Panjang tahun solar (tropika)

Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan
pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza
iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan
bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5
jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu
365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan
Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari.
Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu

52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.


(d) Fajar dan senja
Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja
(pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden
mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lamat mengenai perkara
ini.
Sebagai AhIi Sains
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam
ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra
dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri sfera
Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan
sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana
penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu
daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang
membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai
bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik.
Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya
dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi
pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab.
Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah
seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab
seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini
beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan
60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli
matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA
a b

sinB

sinC

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang
pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap
menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai
kalkulus dan teorem umum.
2.

Aritmetik orang India

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah
menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat
al-Hind
iaitu
Zodiak
di
India
(b)
Kaedah
aritmetik
yang
berbeza
dalam
Brahma
Siddhant
(c)
Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d)
Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya dan bunyi
Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran
membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati
senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan alBiruni ini sama dengan penemuan moden.
4. Graviti
Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak
pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal
bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.
5. Ketumpatan
Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu
alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat
air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau
turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan
fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni
menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam
bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan
logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:
Bahan
Emas
Raksa
Tembaga
Loyang
Besi
Plumbum

Uku ran dengan


emas
19.26
13.74
8.92
8. 67
7.82
11.40

Ukuran dengan
raksa
19.05
13.59
8.83
8.58
7.74
11.29

Moden
19.26
13.59
8.85
8.40
7.79
11.35

Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan
moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya
membuat ukuran tepat.
6. Mekanik

Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam
bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu
daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan
18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang
beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan
kedalaman telaga atau sungai.
7. Berat dan ukuran
Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini
kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18
bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan
ukuran yang paling tepat.
8. Geografi, geodesi dan stratografi
Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi.
Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua
kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur.
Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai
Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengunungan
dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang
negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun
sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan
barat laut India.
Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-Amakin
(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud
(darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan
antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah
membuat ukuran bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu.
Daripada al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah
sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.
Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @ 12 Rejab 440H.
http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm
http://tokoh1038.blogspot.com/2009/03/abu-raihan-al-biruni-pakar-ilmu-fizik.html

Você também pode gostar