Você está na página 1de 43

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

(BBV 30103)

FPTV, UTHM

BAB 4

Alat Pandu

Definisi

Litar utama

litar yang menyambungkan


beban ke talian atau punca
bekalan.

Litar kawalan

litar yang mengawal litar utama.

Alat pandu

alat yang digunakan untuk


menyampaikan dan memutuskan
tenaga elektrik ke gelung
penghidup.

ALAT PANDU
- Alat pandu amat diperlukan bagi seorang pekerja untuk
mengetahui samada sesuatu litar itu baik, boleh
digunakan, hidup, mati dan sebagainya.

- Dalam sistem kawalan magnet, alat alat panduan


banyak digunakan untuk kawalan keselamatan, mutu, had
atau sesuatu sistem motor.
- Setiap alat pandu mempunyai tugas dan binaan yang
berbeza beza mengikut kesesuaian tempat di mana ia
digunakan.

Suis Had

Fungsi

Untuk menghadkan gerakan motor atau bahagian


bahagian yang diputarkan oleh motor

Suis had terdapat dalam perbagai jenis dan


pemilihannya adalah mengikut keperluan kawalan
litar iaitu kemungkinan suis kutub tunggal, dua hala,
dua kutub dan sebagainya.
Perbezaan lain yang wujud:

ukuran, keadaan tangkai yang mengendalikannya iaitu


berbentuk roda, tiang, plat dan sebagainya.

Suis Had
Contoh penggunaan suis ini adalah untuk mengawal
pergerakan naik dan turun lif. Ia dipasang berpasangan
di mana sebagai punatekan hidup dan punatekan henti.

Simbol Suis Had

Contoh Suis Had

Suis Apung

Fungsi

untuk mengawal paras air atau bahan cecair


penghad paras air atau mengesan sebarang pertambahan
dan pengurangan cecair

Contoh Penggunaan

Dalam tangki air untuk sistem pendingin udara pusat.


Apabila paras air berkurangan disebabkan terputusnya
bekalan, suis apung akan bekerja dimana ia akan
memutuskan litar pendingin udara daripada terus
dihidupkan tanpa air yang boleh merosakkan motor.

Suis Apung

Contoh Penggunaan Suis Apung


Simbol Suis Apung

Suis Kaki

Fungsi:

Suis kaki sebenarnya ialah punatekan tetapi punatekan ini


dikendalikan oleh kaki yang mana tujuannya ialah untuk
kemudahan kawalan dengan menggunakan kaki.
Bentuk am suis kaki:

Untuk menghidupkan sesuatu kawalan

Berbentuk pengayuh dan ada juga yang mempunyai pelindung


bagi mengelakkan suis ini tertekan apabila ada benda-benda berat
jatuh keatasnya.

Contoh Penggunaan
Mesin pengerat kertas. Apabila kertas sudah dimasukkan
kedalam mesin dan bersedia untuk dipotong, suis kaki akan
dipijak dan motor akan berfungsi memotong kertas yang
dikehendaki.

Suis Kaki

Simbol Suis Kaki

Contoh Suis Kaki

Suis Suhu (Thermal Switch)

Suis suhu merupakan suis suhu yang sensitif.

Ia boleh terbuka dan tutup secara automatik bila suhu hadir.

Contoh jenis yang digunakan ialah bi-metal strip (dua jenis


logam yang berbeza diikat bersama).

Operasi : Apabila suhu meningkat menjadi panas, dua logam


pada lengan bi-metal arm akan mengembang dalam keadaan
berbeza dan sebabkan lengan membengkok dan suis sesentuh
tertutup.

Contoh kegunaan : mengesan suhu engin


panas lampau dan menghidupkan lampu
amaran pada dash board.

Suis Larasuhu
Fungsi:

Mengawal suhu ruang atau suhu penyejat pada kadar yang


dikehendaki.

Berfungsi dengan membuka atau menutup alat pendinginan


atau pemanasan untuk mengawal suhu seperti yang
dikehendaki.

Ianya selalu digunakan pada alat pemanas atau penyaman


udara.

Contoh suis larasuhu

Suis Aliran

Merupakan Suis yang boleh dipasang dalam sistem paip


cecair, gas atau udara.

Suis ini boleh membuka dan memutuskan litarnya mengikut


rekabentuknya apabila terdapat aliran arus.

Biasanya suis aliran ini mempunyai sentuhan lazim terbuka dan


lazim tertutup.

Satu contoh penggunaan suis ini ialah dalam sistem paip


bahan kimia atau petrol di mana ia akan menghentikan motor
yang mengepam bahan kimia atau petrol apabila tidak ada lagi
aliran bahan-bahan itu di paip

Simbol

Simbol Suis Aliran Lazim Terbuka

Simbol Suis Aliran Lazim Tertutup

Suis Tekanan

- Suis ini hanya boleh dikendalikan oleh tekanan


- Contoh utama penggunaan suis ini ialah di dalam mesin
pemampat.
- Suis ini bertugas sebagai pembuka litar motor pemampat
apabila tekanan di dalam tangkai pemampat itu telah mencapai
had yang dikehendaki. Setelah paras tekanan di tangki itu
berkurangan(telah digunakan) suis tekanan akan
menghidupkan semula motor pemampat sehingga paras
tekanan yang dikehendaki diperolehi.
- Contoh kawalan ini boleh dilihat di stesen minyak pada tempat
pengepam angin.

Simbol

Simbol Suis Tekanan Lazim Tertutup

Simbol Suis Tekanan Lazim Terbuka

PUNAT TEKAN
Punat tekan yang menjadi alat pandu utama ialah
punat tekan hidup (NO) dan punat tekan mati (NC).
Fungsi

untuk membuka atau menutup litar dalam


masa yang singkat.
untuk menghidupkan dan
memberhentikan motor.

a) Punat tekan hidup (NO)


Bagi punat tekan hidup ini lazimnya terbuka di
mana litar akan tertutup dan arus akan
mengalir dalam litar apabila punat ditekan.
Manakala, litar akan terbuka apabila punat
dilepaskan dimana arus akan terputus.
Contoh :

Suis loceng dalam bas


Suis loceng rumah

b) Punat tekan mati/tertutup (NC)


Bagi punat tekan mati ini lazimnya tertutup
dimana sesuatu litar akan terbuka apabila punat
ini ditekan iaitu aliran arus tidak berlaku.
Apabila punat dilepaskan, litar berada dalam
keadaan tetutup dan arus akan mengalir dalam
litar.
Contoh bagi punat tekan mati ialah

Suis amaran di pintu kereta.


Pintu peti sejuk

c) Punat tekan jog

Digunakan untuk menjalankan motor semasa


punat tekan itu ditekan , kemudian apabila
punat tekan dilepaskan motor itu akan
berhenti.

d) Punat tekan berkepala cendawan


Punatekan ini biasanya berwarna merah.
Selalu digunakan dalam pemasangan perusahaan.

Tugas utama punatekan ini adalah untuk


memutuskan litar penyentuh yang menyambungkan
bekalan ke sesuatu pemasangan mesin atau bilik
seperti sewaktu berlaku kemalangan.
Biasanya dipasangkan di tempat tempat yang
mudah di cari atau ditemui oleh pengguna.

e) Punat tekan yang dikendalikan


secara kunci
Punat tekan ini pula digunakan untuk
keselamatan di mana sesuatu litar yang
menggunakan punat tekan ini tidak boleh
dihidupkan kecuali kunci punat tekan ini di
pilih ke arah hidup.
Contoh bagi punat tekan ini ialah

suis pencucuhan kereta

LAMPU PANDU

Lampu yang biasa digunakan ialah :

Lampu neon bertekanan rendah


Lampu pijar yang bersaiz kecil
Diod pemancar cahaya (LED)

Mempunyai warna tertentu yang bersesuaian


dengan tugasnya.

Hijau menunjukkan litar sedang bekerja


Merah menunjukkan litar belum bekerja atau
rosak

Fungsi lampu pandu :

Isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu


peringkat operasi. Contohnya lampu hijau
menunjukkan mesin sedang bekerja.

Lokasi pemasangan lampu pandu :

Di dalam kotak kawalan motor


Berhampiran dengan mesin yang dikawalnya
Panel kawalan motor

Simbol Lampu Pandu

Lampu Pandu

FIUS

Pengenalan Fius

Fius adalah salah satu alat perlindungan


arus lebih.

Berfungsi melindungi litar, kabel atau


kelengkapan daripada menerima arus yang
lebih tinggi daripada kadaran yang selamat
bagi litar, kabel atau kelengkapan.

Unit ukuran fius adalah Ampere

Kendalian Fius

Bertindak memutuskan atau meleburkan dawai


fius apabila arus berlebihan mengalir

Pemutus litar iaitu peranti mekanik yang boleh


menyambung dan memutuskan litar secara
automatik apabila arus melebihi had melaluinya.

Fius terdiri daripada dawai timah atau plumbum


yang mempunyai takat lebur dan muatan haba
tentu yang kecil

Jenis-jenis Fius
Fius boleh dawai semula

Fius katrij

Fius kapasiti pemutus tinggi

Fius boleh dawai semula

Biasanya digunakan dalam kotak


agihan berfius dalam rumah
Terdiri dari dawai elemen yang
disambungkan dalam satu
penghubung fius yang boleh
dikeluarkan dari tapak fius.
Ia boleh ditukar ganti sekiranya
elemen itu putus.
Arus nominal bergantung kepada
saiz dawai elemen fius.

Fius boleh dawai semula

Fius separuh
tertutup

Fius terdedah

Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan

Keburukan

Dawai elemen fius


murah

Menghasilkan arka dan


mengeluarkan bunyi
yang kuat

Senang ditukar ganti

Kemungkinan silap
mengganti saiz elemen
fius

Fius katrij

Digunakan dalam palam 3 pin bagi


perkakasan elektrik
Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan
kepada fius dalam papan agihan
Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca
atau seramik atau tembikar.
Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A,
0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

Fius katrij
Fius biasa

Tidak boleh diperbaharui


Baik untuk melindungi litar daripada litar
pintas
Digunakan bagi lampu dan alat pemanas.

Fius beban
lebih

Memberi perlindungan umum kepada lampu


dan litar-litar panas sehingga litar beban lebih
Boleh diperbaharui

Fius lewat
masa unsur
kembar

Memberikan perlindungan kepada litar


daripada litar pintas dan juga beban lebih
Digunakan untuk motor elektrik yang kerap
dihidupkan dan memerlukan arus yang tinggi

Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan

Keburukan

Kadar arus nominal diketahui Jika elemen fius putus,


dengan tepat
keseluruhan fius tidak
boleh digunakan.
Kapasiti pemutus tidak
merosot
Pemegang fius hanya
sesuai dengan saiz kartrij
Mempunyai kod warna untuk yang tertentu.
kadaran saiz yang tertentu.
Dapat mengelakkan
terjadinya arka dan bunyi
yang kuat.

Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)

Digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan


kadar kapasiti pemutusan yang tinggi
Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu
menanggung arus beban yang tinggi
Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup
hujungnya yang diperbuat dari logam.
Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan
disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk
mineral.
Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.

Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan

Keburukan

Dapat mengelakkan
Paling mahal.
terjadinya arka dan bunyi Mengambil masa untuk
yang kuat.
menggantikan fius yang
Dapat mengawal arus
baru.
yang tinggi.
Hanya sesuai dengan
Kapasiti pemutusan yang penghubung fius dan
tinggi.
tapak fius yang tertentu.
Mempunyai tanda
pemutusan.

Sukar didapati.

Istilah
Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius :

Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang


akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya

Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel


atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan
tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen
fius.

Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen


fius.

Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus

Sekian
Terima Kasih

Você também pode gostar