Você está na página 1de 4

Apakah Itu Jerebu?

Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap
cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu
berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:

Pembakaran terbuka
Pembukaan tanah
Penggunaan kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya,
keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini,
pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:

Tempoh cuaca kering yang panjang


Keadaan atmosfera yang stabil
Sumber pencemaran yang pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya
yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan
Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut
China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan
perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:

Pemendapan zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
Basuhan hujan (rainout) pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
Cucian (washout) zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
Pergolakan zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang
menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis
dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk.

Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian
iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia
IPU

PENGKELASAN

0-5

Sihat

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

> 300

Berbahaya

Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan


KETEBALAN

JARAK PENGLIHATAN MENDATAR

Tersangat Tebal

< 500

Sangat Tebal

500 - 2000

Sederhana Tebal

2000 - 5000

Kurang Tebal

5000 - 10 000

Terang

> 10 000

Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu

Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti
ini
Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik
disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah
penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangakan jerebu.

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara
kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana
acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gasgas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan
oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun,
realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat.
Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui
pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.
Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya
bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah
dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga
menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah,
Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia
mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan
pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap
atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota
masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu
malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri
bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap
daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan
ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan
asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah
kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah
kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos

kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak
dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di
negara kita.

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap
pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan
asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis
asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur
dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan
Lembah Klang.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak
langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat
yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara
Maju'

Você também pode gostar