Você está na página 1de 2

ASEAN Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)

atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara


ditubuhkan pada 8 Ogos 1967di Bangkok, Thailand.
Pengasas ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina,
Singapura dan Thailand.
Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 8 Januari
1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar
pada 23 Julai 1997 dan Cambodia pada 30 April 1999,
menjadikan jumlah keseluruhan anggota ASEAN kepada
10 negara sehingga kini.
Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap
November.
Fungsi-fungsi Kerjasama ASEAN
Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan
kepada Rancangan-rancangan berikut:
-Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN
-Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN
-Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN
-Rancangan Persekitaran Strategik ASEAN
-Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN
-Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN
Prinsip prinsip utama ASEAN
- Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan,
integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
- Menyelesaikan permasalahan atau perdebatan dengan
aman
- Menolak penggunaan ketenteraan
- Meningkatkan kerjasama efektif antara anggota.
Anggota
ASEAN kini dianggotai oleh semua negara di Asia
Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea.
Negara-negara anggota adalah seperti berikut :
- Malaysia
- Brunei Darussalam
- Filipina
- Indonesia
- Kemboja
- Laos
- Myanmar

- Singapura
- Thailand
- Vietnam
Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti
berikut:
- Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan
social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia
Tenggara
- Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip
Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
- Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu
sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan
dan penyelidikan
- Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota
melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan
perdagangan.
- Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan
serantau dan antarabangsa lain.
Bentuk Kerjasama
Kerjasama Politik
1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan
negara serantau, konsep ZOPFAN telah diwujudkan
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2. Matlamat penubuhannya ialah:
a. Memelihara keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan
daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika
Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b. Menyediakan saluran untuk menyelesaikan
pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman
dan bukan menggunakan kekerasan.
c. Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara
kuasa besar.
d. Memberi peluang kepada negara anggota untuk
menentukan nasib sendiri.
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk
pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan
ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu
politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu
tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan

rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib


negara mereka sendiri.
Kerjasama Ekonomi
Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh
dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada
peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah
beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan
Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN
Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota
ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
-

Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia


Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di
Thailand
Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian
ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa
1977 untuk meningkatkan perdagangan antara
negara anggota. Keistimewaan yang diberikan
termasuk kontrak kuantiti jangka panjang,
perolehan istimewa oleh entiti kerajaan,
pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan
perluasan tarif istimewa.
Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking
Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan
bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk
memberikan kemudahan kewangan kepada
negara-negara yang terlibat dalam projek-projek
uasaha sama ASEAN.
Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga
yang menggalakkan pembangunan dalam bidang
perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan
perhubungan seperti:
IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga IndonesiaMalaysia-Thailand)

IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga IndonesiaMalaysia-Singapura)


BIMP-EAGA (Kawasan
Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-IndonesiaMalaysia-Filipina)

Cabaran ASEAN Ekonomi


Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap
sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli
negara-negara ASEAN telah membantutkan
pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara
ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor
perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama
menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara
ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi
ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand
dibebani hutang luar negara.
Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk
mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses
pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang
meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup
penduduk di negara ASEAN.
Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN
Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina
dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan
sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masingmasing.

Você também pode gostar