Você está na página 1de 3

ASAK

Perkembangan sains dan teknologi negara kita selaras dengan Wawasan 2020 yang telah
ditetapkan. Tidak ketinggalan juga mengenai industri desa yang semakin hari semakin
diperkatakan. Kewujudan industri desa yang membangun seperti cendawan tumbuh
selepas hujan mampu memacu ekonomi Negara tanpa terlalu mengharapkan bidang
keutamaan negara. Antara industri desa yang dimajukan ialah industri makanan, kraf
tangan, homestay dan sebagainya. Industri Kecil dan Sederhana atau IKS banyak
membantu usahawan-usahawan kecil dalam mendorong mereka dalam industri ini. Oleh
itu, peranan industri desa ini mampu menampakkan impak yang besar kepada negara dan
masyarakat.

FACLK
Saranan kerajaan dalam membangunkan industri desa telah menarik minat golongan
usahawan muda untuk memasarkan produk mereka secara kecil-kecillan mahupun secara
pukal. Ini menampakkan impak yang besar dengan kewujudan pelbagai industri kecil di
kawasan pedalaman. Makanan, kraf tangan, perhiasan dan sebagainya merupakan salah
satu industri desa yang dilaksanakan di bawah sistem Industri Kecil dan Sederhana atau
IKS di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Oleh itu, langkah-
langkah yang telah dirangka oleh pihak kerajaan telah mendatangkan hasil yang begitu
positif kepada rakyat.

2) Muzik merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan
peranan muzik dalam masyarakat.

ASAK
Hiburan merupakan alternatif yang bagus dan tidak mengira kaum, bangsa, warna kulit,
peringkat umur dan agama. Muzik merupakan salah satu seni hiburan yang telah
menapak di negara ini sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Muzik terdiri
daripada banyak pilihan dan genre. Antaranya ialah pop, balada, irama Malaysia, nasyid
dan sebagainya. Oleh itu, muzik merupakan salah satu elemen terpenting dalam
menghiburkan semua golongan bangsa dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-5.

FACLK
Muzik merupakan salah satu elemen hiburan yang menarik minat semua bangsa dan
peringkat umur. Ini dapat lihat dengan penglibatan semua peringkat umur sama ada
kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun veteran. Aura muzik yang dijelmakan mampu
menarik minat semua golongan untuk mendengarnya. Contoh muzik yang diketengahkan
di negara kita ialah, pop, ghazal, balada dan sebagainya. Pelbagai langkah yang diambil
bagi mengukuhkan lagi industri muzik di negara kita. Dengan langkah yang telah diambil
oleh semua pihak, kemungkinan industri muzik Negara kita mampu untuk bersaing
dengan muzik-muzik di negara luar.
3) Pihak kerajaan kerap memberikan saranan kepada rakyat Malaysia khususnya generasi
muda agar menguasai lebih daripada satu bahasa. Pada pendapat anda, apakah kelebihan
menguasai lebih daripada satu bahasa? Kemukakan cadangan anda untuk menggalakkan
generasi muda menguasai lebih daripada satu bahasa.

ASAK
Pernah suatu kerika dahulu, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca atau
bahasa perantaraan ketika zaman Melayu Melaka. Namun begitu, bahasa perantaraan
yang digunakan sekarang ialah Bahasa Inggeris. Dengan memiliki kemahiran dalam
pelbagai bahasa asing, kita mampu maju dalam sistem pendidikan dengan mempelajari
sistem yang diguna pakai di negara asing. Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa India
sudah cukup untuk memaparkan penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Dengan
memiliki penguasaan dalam bahasa tersebut, ia akan lebih memudahkan dalam bidang
komunikasi tanpa melibatkan penguasaan Bahasa Inggeris untuk digunakan dalam
seharian di Malaysia.

FACLK
Penguasaan generasi muda dalam pelbagai bahasa memberikan banyak manfaat kepada
mereka. Bahasa Inggeris, Cina, India dan sebagainya merupakan bahasa yang perlu
dikuasai. Dengan menguasai pelbagai bahasa, jurang antara kaum dapat dielakkan dengan
memahami percakapan dan memudahkan komunikasi antara kaum. Oleh yang demikian,
penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan seribu satu manfaat kepada generasi
muda yang mempraktikkannya.

4) Malaysia ialah salah sebuah Negara yang berjaya menyatupadukan rakyatnya yang
berbilang kaum. Usaha tersebut ternyata mendatangkan faedah kepada semua pihak dan
perlu diteruskan. Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum penting kepda rakyat
dan Negara? Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan perpaduan kaum
di Negara ini.

ASAK
Kaum Melayu, India dan Cina merupakan kaum yang menguasai Malaysia. Perpaduan
yang diamalkan di negara ini telah mendapat pujian daripada segenap dunia. Acuan yang
dibentuk sejak zaman kemerdekaan telah menampakkan impak yang kritikal dalam
negara kita. Ini terbukti dengan kemahiran pertuturan dan adap setiap kaum yang
diamalkan tanpa sebarang masalah yang timbul. Selain itu, perayaan yang diraikan oleh
tiga kaum utama Negara ini, turut diraikan oleh setiap golongan tanpa mengira bangsa
dan agama. Konsep 1Malaysia yang diguna pakai hari ini dapat dilaksankan sekiranya
perpaduan yang telah diacuankan leh pemimpin terdahulu masih dikekalkan.
FACLK
Perpaduan antara kaum merupakan kunci kejayaan dan kemerdekaan sesebuah negara.
Dengan perpaduan yang wujud, setiap kaum yang menetap di sesebuah negara mampu
bekerjasma. Ini terbukti dengan perpaduan yang wujud di negara Malaysia. Kehidupan
yang harmoni dan aman dapat dikecapi dengan perpaduan yang telah diikatkan. Konsep
perpaduan yang diamalkan sejak dahulu lagi ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri
yang pertama telah menunjukkan kesan positif dalam menimbulkan semangat perpaduan
antara kaum. Oleh yang demikian, perpaduan antara kaum merupakan aspek terpenting
dalam mewujudkan suasana yang mana dan kondusif.

Você também pode gostar