Você está na página 1de 8

T-MAP_TASK_A11

Tajuk

: Haba

Tingkatan

:1

Tema Pembelajaran

: Tenaga

Bidang Pembelajaran

: Haba

Objektif Pembelajaran : 2.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim


Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran, murid boleh:

1. Menyatakan perubahan kepada keadaan jirim dalam proses fizikal,


2. Menerangkan perubahan kepada keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba,
3. Memberi contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.
Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mempelajari perubahan keadaan jirim.
Pendekatan : Peta pemikiran
Nilai Murni : bersyukur kepada Tuhan, menghargai alam sekitar dan ekosistem
Pengenalan
Jirim adalah sebarang benda yang mempunyai jisim dan bersifat memenuhi ruang. Semua bahan
sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim. Teori zarah jirim
menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.
Jirim boleh bertukar bentuk dari satu keadaan fizik ke satu keadaan fizik yang lain apabila sesuatu
benda itu dipanaskan atau disejukkan iaitu berkaitan dengan perubahan suhu. Semasa perubahan keadaan
jirim, pemindahan tenaga akan berlaku iaitu sama ada tenaga haba diserap atau dibebaskan.
Arahan Penggunaan :
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu artikel bertajuk Ais dan Ais Kering yang dipetik daripada
internet. (LAMPIRAN 1)

http://www.ehow.com/facts_5210450_difference-ice-_amp_-dry-ice.html#ixzz2eMQQ1ZFU
3. Murid diminta membaca artikel tersebut dan mereka diminta berbincang dalam kumpulan masingmasing. Setiap murid diminta menyatakan ciri-ciri ais dan ais kering. Idea mereka digabungkan dalam
Peta Bulatan.
4. Murid membentangkan hasil Peta Bulatan yang telah disiapkan.
5. Daripada artikel yang diedarkan sebelum ini, murid diminta membuat perbandingan antara ais dan ais
kering.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11
6. Guru membekalkan 5ml air yang diletakkan di dalam plastik aiskrim yang diikat.
mengenalpasti keadaan jirim air.

Murid diminta

7. Guru meminta murid memasukkan plastik aiskrim tersebut ke dalam sebuah plastik yang lebih besar yang
mengandungi ais dan garam. Murid diminta menggoncangkan plastik tersebut selama 10 minit. Murid
diminta mengeluarkan plastik aiskrim tadi dan memerhatikan keadaan jirim.
8. Murid diminta mengeluarkan ais daripada plastik aiskrim dan dimasukkan ke dalam piring petri.
9. Murid diminta menggunakan pengering rambut untuk memanaskan ais tersebut. Murid memerhatikan
perubahan keadaan jirim yang berlaku.
10. Murid diminta membina satu Peta Alir untuk menggambarkan perubahan keadaan jirim yang telah
berlaku.
11. Murid menstruktur semula pemahaman mereka mengenai perubahan keadaan jirim dengan menjawab
Lembaran kerja yang dibekalkan .
Sumber:

http://www.ehow.com/facts_5210450_difference-ice-_amp_-dry-ice.html#ixzz2eMQQ1ZFU

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

LAMPIRAN 1

Ais Dan Ais Kering

Ais kering dan ais merupakan pepejal yang berbeza antara satu sama lain. Ais kering dan ais keduaduanya digunakan untuk penyejukan, tetapi suhu takat beku dan struktur kimianya berbeza mengikut
fungsi tertentu dan mempunyai tahap bahaya yang berbeza bergantung kepada bagaimana ia
dikendalikan. Ais adalah air yang berbentuk pepejal dengan struktur kimia H2O. Manakala ais
kering adalah karbon dioksida yang berbentuk pepejal dengan struktur kimia CO2. Takat Beku ais
ialah 32F sementara ais kering pula ialah -109.3F.

Ais biasanya bertukar menjadi cecair apabila suhunya melebihi takat beku. Proses ini dinamakan
peleburan. Cecair (air) bertukar menjadi wap (gas) pada suhu 212F. Proses ini dinamakan
pendidihan di mana melibatkan proses perubahan pepejal menjadi cecair. Tenaga di dalam sebuah
bahan pepejal ditambah (biasanya dengan penggunaan haba atau tekanan). Manakala ais kering
berubah bentuk dari pepejal kepada gas karbon dioksida dalam proses yang dipanggil pemejalwapan
pada suhu -109.3F. Proses ini merupakan proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan pepejal
kepada keadaan gas. Perubahan jirim ini tidak melaui keadaan cecair apabila dipanaskan.

Ais digunakan terutamanya untuk penyejukan makanan, minuman dan untuk memelihara makanan
supaya tidak mudah rosak semasa penghantaran dari satu ke tempat yang lain dalam jarak yang
dekat. Ais kering digunakan terutamanya sebagai agen penyejuk dalam industri perikanan,
persembahan teater atau nyanyian untuk memberi kesan seperti asap. Dalam cuaca kemarau, ais
kering dalam jumlah yang banyak akan digunakan untuk pembenihan awan dengan harapan dapat
menghasilkan hujan. Ais kering mesti sentiasa dikendalikan dengan sarung tangan pelindung di
kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Ais kering sama sekali tidak boleh digunakan
untuk menyejukkan minuman kerana ia boleh mengancam nyawa.
Sumber:
http://www.ehow.com/facts_5210450_difference-ice-_amp_-dry-ice.html#ixzz2eMQQ1ZFU

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

LEMBARAN KERJA
NAMA

: .

ARAHAN

: Jawab soalan berikut.

1. Terangkan proses kitaran air. Penerangan anda perlu mengandungi proses-proses fizikal yang
menyebabkan berlakunya perubahan keadaan jirim. Nyatakan samaada proses-proses tersebut
melibatkan penyerapan atau pembebasan haba. [5 markah]

[aplikasi: aras sederhana]


2. Daripada jumlah air yang tersejat dari muka bumi dan membentuk awan, sebahagian besarnya adalah
air laut. Pada pendapat kamu, mengapakah air hujan yang turun tidak berasa masin?

[menaakul: aras tinggi]

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

Cadangan Jawapan
Peta Bulatan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

Peta Alir

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

T-MAP_TASK_A11

CADANGAN JAWAPAN

1.

2.

Jawapan
|Air laut tersejat membentuk wap air. Proses fizikal yang terlibat
adalah penyejatan. Proses ini melibatkan penyerapan haba

Rubrik
2

Wap air yang terkumpul terkondensasi membentuk awan. Proses


fizikal yang terlibat adalah kondensasi. Proses ini melibatkan
pembebasan haba

Awan yang tepun menurunkan air hujan.

Garam yang terlarut di dalam air laut menyebabkan air laut berasa
masin.
Semasa proses penyejatan, hanya wap air sahaja yang tersejat
manakala bahan terlarut kekal di dalam air.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Você também pode gostar