Você está na página 1de 18

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

UNIT 1
PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN
PROGRAM KESIHATAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Menerangkan hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku
kesihatan.
2. Membincangkan apakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.
3. Memahami apakah itu evolusi pengurusan program.
4. Menerangkan reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK


ASPEK PERANCANGAN
PROGRAM KESIHATAN

Falsafah dan Model


Perancangan Program

Budaya dan
Persekitaran
Kesihatan Sekolah

Pengurusan Program
Kesihatan

Matlamat dan Objektif


Pendidikan Kesihatan yang
hendak dipupuk

Reka bentuk dan


Struktur Model

Perancangan, perlaksanaan dan


penilaian program Pendidikan
Kesihatan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan


Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada
pendapat anda, adakah kempen seumpama ini telah mengubah interpretasi masyarakat terhadap
kepentingan kesihatan?

ISI KANDUNGAN
Falsafah dan Model Perancangan Program
Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik
mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang
kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk
menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.
Setiap tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit telah dibelanjakan untuk mengubah perlakuan
manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan
usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan
pemahaman tentang tingkah laku kesihatan dan persekitaran di mana ia berlaku. Dengan adanya
bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih
kepada beberapa model plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku kesihatan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Bagaimana teori tingkah laku kesihatan berguna?

Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan
kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan
tingkah laku tersebut.

Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan
penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar.

Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang


sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan.

Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku
kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial.

Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan
untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

Berikut adalah sinopsis penerangan terhadap teori utama tingkah laku kesihatan di mana ia telah
digunakan. Tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah:

Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa
perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu
kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap
semua kes.

Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih
belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti
terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori
hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis,
topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah
logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah
digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau
idea-idea yang berkaitan.

Pendidik kesihatan selalunya menggunakan sesebuah model apabila hendak mengembangkan


program mereka. Perancangan model digunakan untuk merancang, melaksanakan dan menilai
program kesihatan dan menyediakan kerangka terhadap apa yang hendak dirancang.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menarik minat
dan
memahami
keutamaan
pelajar
Menilai
keperluan dan
aset
keutamaan
pelajar

Menilai
kepentingan
intervensi

Pendekatan
yang terancang
untuk program
kesihatan
Membangun
matlamat
dan objektif
program

Perlaksanaan
intervensi

Perancangan
intervensi

Rajah 1.2 : Model perancangan pendidikan kesihatan

Adakah anda mempunyai idea lain bagi mengembangkan lagi teori perancangan
pendidikan kesihatan seperti rajah 1.2 supaya ia lebih berkesan?

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah


Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid
secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan
rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Tiga tunjang dalam Pendidikan
Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri,
perasaaan dan kekeluargaan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan dan keibubapaan. Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep
tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku
berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada
penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan
bahan dan pencegahan dadah. Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran
dan pertolongan cemas.
Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah
menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan corak
pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran
dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan
rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses
mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Murid juga diajar
menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan
membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan,
membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini
juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai murni
yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata
pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih
sayang dan kerjasama.

Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan yang sihat bermula dari sekolah?
Mengapa?

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan yang hendak dipupuk di


sekolah
Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan
kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang
bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.
Objektifnya pula adalah untuk:
i.

Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah


Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan
kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu
budaya, antaranya:
i.

Kempen anti denggi

ii. Taklimat, ceramah dan motivasi tentang tanggung jawab menjaga kebersihan dan
kesihatan diri.
iii. Mengadakan Hari Kesihatan
iv. Program anti rokok dan dadah
v. Menceriakan tempat-tempat rekreasi dan persekitaran sekolah
vi. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman dan permainan
vii. Tandas bersih
viii. Kantin bersih dan selamat
ix. Pertandingan kelas terbersih
x. Pameran kesihatan
xi. Melukis poster
xii. Kitar semula
xiii. Melukis mural

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Rajah 1.3 : Contoh aktiviti kesihatan di sekolah

Senaraikan seberapa banyak aktiviti kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah


selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Gunakan kreativiti fikiran anda.
Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan
memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan
sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai
Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta,
pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah
yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Guru Besar atau Pentadbir harus memainkan peranan
utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti
sekitar.
Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak
kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Selain
daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa
yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam
program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh
membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.
Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Evolusi Pengurusan Program Kesihatan

Rajah 1.4 : Evolusi pengurusan program kesihatan

Pada pendapat anda, bagaimana perkembangan pengurusan program kesihatan


seperti dalam rajah 2.4 telah berkembang dari semasa ke semasa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Pada tahun 1950an, kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diutamakan. Ini kerana pada
peringkat tersebut, struktur ekonomi adalah berasaskan kepada pertanian. Pada peringkat ini
juga, majoriti populasi ditempatkan di kawasan luar bandar dengan kadar kelahiran dan kematian
yang tinggi terutama dalam kalangan bayi yang baru dilahirkan. Untuk mengatasi masalah ini,
kerajaan telah menyediakan perkhidmatan percuma kesihatan luar bandar termasuk penjagaan
kesihatan komprehensif, perkhidmatan maternal dan penjagaan kesihatan bayi, penjagaan gigi,
imunisasi, perancangan keluarga, kawalan penyakit, dan kebersihan persekitaran. Usaha
berterusan secara berperingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar membolehkan kualitinya
berubah. Kerajaan juga membina hospital di kawasan bandar yang mempunyai penjagaan
kesihatan yang lebih baik berbanding unit penjagaan kesihatan luar bandar.
Peluasan perkhidmatan kesihatan terutama pada dua abad awal selepas merdeka merupakan
hasil daripada peningkatan dalam populasi. Pada tahun 1990an, penyakit umum seperti malaria,
diarrhoea, malnutrition, tuberculosis yang dikaitkan dengan kemiskinan dan di bawah
pembangunan telah diganti dengan penyakit jantung dan tekanan. Selepas 50 tahun, kesihatan
terus menunjangi keperluan pembangunan sosial negara.
Objektif sektor kesihatan hari ini adalah untuk memperbaiki sistem penyampaian penjagaan
kesihatan terutama di bawah Pelan Pembangunan Kesihatan Kebangsaan. Ini termasuklah
memantapkan empat prinsip program kesihatan sedia ada di bawah perancangan mereka.
Pertama, program perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan. Ini melibatkan program
gaya hidup yang antara lain menekankan kesedaran mengenai faktor tingkah laku, persekitaran,
pekerjaan dan sosioekonomi ke atas kesihatan. Sebagai contoh:

Program pencegahan HIV/AIDS.

Program imunisasi untuk kanak-kanak dan hepatitis untuk dewasa.

Program kesihatan keluarga yang mempromosi kesihatan individu, keluarga dan komuniti
termasuk perkhidmatan perubatan khas keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1997,
bertujuan membasmi penyakit di peringkat awal lagi.

Program pemakanan dan nutrisi pula yang dijenamakan di bawah Pelan Tindakan Nutrisi
Kebangsaan bertujuan memperlihatkan kepentingan ke atas keselamatan makanan dan
kebersihan di rumah dan tempat jualan makanan.

Program kesihatan dan kebersihan persekitaran memerlukan semua rumah di kawasan


bandar mempunyai paip air dan membaiki air paip di kawasan luar bandar.

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Program keselamatan pekerjaan dan kesihatan ingin mewujudkan budaya dan


persekitaran kerja yang selamat termasuk mengetatkan undang-undang untuk
mengurangkan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

Prinsip kedua adalah program perkhidmatan penjagaan kesihatan meliputi pembinaan dan
melahirkan kemudahan perubatan baru seperti peralatan dan teknologi terkini serta
penambahbaikan ke atas kemudahan sedia ada. Berbanding 50 tahun yang lepas, dua hospital
berteknologi IT telah dibina sejak tahun 2000. Kerajaan juga membangunkan klinik dan klinik
bidan dan komuniti yang diberi kemudahan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Perkhidmatan kesihatan bergerak untuk kawasan luar bandar juga telah diperbaiki.
Ketiga, program kesihatan guna tenaga dengan menekankan program latihan. Personel
kesihatan, doktor, pakar perubatan dan doktor gigi dilatih di Malaysia dan luar negara. Langkah
terakhir adalah program penyelidikan dan pembangunan kesihatan. Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR) membangunkan metod untuk mengawal penyakit utama yang berjangkit dan
tidak berjangkit. IMR juga berfungsi sebagai pusat kerjasama untuk badan kesihatan dunia untuk
ekologi, taksonomi, dan pengawalan penyakit malaria, filariasis dan denggi.
Berbanding tahun 50an, peranan perkhidmatan kesihatan swasta juga sudah meningkat. Kini
hampir 300 hospital swasta wujud terutama di kawasan bandar. Dasar penswastaan juga melihat
wujudnya hubungan antara hospital kerajaan dan pihak swasta terutama melalui perkhidmatan
bukan perubatan seperti pengurusan bekalan bio-perubatan, mengurus perkhidmatan dan
kemudahan yang lain.

Reka bentuk dan Struktur Model


Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan
Semenjak 30-40 tahun yang lepas, banyak inisiatif pendidikan telah berlaku dan berkembang.
Pelbagai kumpulan sasaran dan isu telah dibincangkan dan kaedah penilaian berbeza yang telah
meninggalkan satu persoalan. Apakah rahsia sebenar untuk berjaya? Apakah kaedah yang telah
berjaya digunakan dan dianggap sebagai komponen penting dalam program Pendidikan
Kesihatan dan tujuan yang serius dalam meningkatkan kesihatan individu dan komuniti?

10

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Pendidikan kesihatan berasaskan bukti adalah berasaskan teori dan telah terbukti melalui
keberkesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik
mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk
keputusan dalam amalan pendidikan kesihatan.
Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti
berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak
diubah dan dinamakan sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal
pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan
perkhidmatan.
Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran
latihan berkesan supaya dapat mempercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui
kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan
strategi yang digunakan adalah :

Penglibatan
Peserta
Kajian dan
penilaian

Mengubah
pandangan
masyarakat

Perancangan

KOMPONEN
ASAS

Program
jangka panjang

Sumber dan
keperluan

Program yang
komprehensif
Program
bersepadu

Rajah 1.5 : Komponen asas perancangan Program Pendidikan Kesihatan

11

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

1. Penglibatan peserta
Masyarakat perlu melibatkan diri dalam semua fasa termasuk mengenal pasti keperluan
masyarakat, menyenaraikan bantuan yang diperlukan, merancang dan menjalankan
program dan menilai keputusan. Penglibatan yang besar daripada masyarakat dapat
meningkatkan kesan terhadap program.
2. Perancangan
Beberapa tahun diperlukan untuk mengubah daripada konsep asal kepada memberi
khidmat. Perancangan juga merangkumi mengenal pasti masalah kesihatan, mengenal
pasti sasaran tingkah laku dan faktor persekitaran.
3. Keperluan dan sumber bantuan
Dalam melaksanakan program, penting untuk mengetahui keperluan pendidikan
kesihatan yang diperlukan, kapasiti masyarakat dan sumber sedia ada.
4. Program yang menyeluruh
Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak
termasuk perbezaan tingkat sasaran seperti individu, keluarga, organisasi dan
masyarakat secara menyeluruh. Ia dirancang untuk mengubah bukan sahaja risiko
tingkah laku tetapi juga faktor dan keadaan untuk mengekalkan tingkah laku.
5. Program bersepadu
Program yang dijalankan hendaklah bersepadu di mana setiap komponen program
sepatutnya diperkuatkan dengan komponen lain. Program yang mahu dijalankan
hendaklah secara fizikalnya disepadukan dan disesuaikan dalam keadaan di mana
mereka tinggal selain daripada suasana persekitarannya.
6. Perubahan jangka masa panjang
Program pendidikan kesihatan seharusnya direka untuk menghasilkan perubahan yang
berkekalan dan berpanjangan terhadap tingkah laku kesihatan. Ini memerlukan keperluan
jangka masa panjang program dan perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan
yang berkekalan.

12

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

7. Mengubah pandangan masyarakat


Bagi mendapatkan kesan terhadap keseluruhan organisasi atau masyarakat, program
pendidikan kesihatan mestilah mampu untuk mengubah pandangan masyarakat dan
piawaian tingkah laku. Masyarakat perlu terlibat secara menyeluruh dan didedahkan
dengan tujuan program pendidikan kesihatan.
8. Kajian dan penilaian
Penilaian yang menyeluruh dan kajian lanjutan sangat diperlukan bukan sahaja dengan
menilai kesan program tetapi dengan menilai semula proses dan kaedah perancangan di
mana melibatkan kos yang berpatutan dan berkesan.

Rancang satu pengurusan program kesihatan di sekolah. Kemudian, bincangkan


komponen-komponen asas dalam perancangan seperti di dalam rajah 1.5 secara terperinci.

RUMUSAN
1. Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik
mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang
kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk
menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.
2. Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan muridmurid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta
penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran.
3. Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan
kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran
yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

13

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

4. Program - program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu
akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.
Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.
5. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak
kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Pihak
sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang
mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau
kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya
satu budaya.
6. Para profesional pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti
berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti
latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan
perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan
proses penyebaran latihan berkesan dapat dipercepatkan dan mengurangkan pembelajaran
melalui kaedah cuba jaya.

14

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

15

PETA KONSEP
Penglibatan Peserta
Mengenalpasti keperluan masyarakat

Merancang dan menjalankan program

Perancangan
Mengenalpasti masalah kesihatan

Faktor persekitaran

Sumber dan keperluan


Kapasiti masyarakat

Sumber sedia ada

Program yang komprehensif


Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Program bersepadu

Program jangka panjang


Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Mengubah pandangan masyarakat


Menetapkan piawaian tingkah laku

Kajian dan penilaian


Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

KATA KUNCI
1. Teori Tingkah Laku Kesihatan
2. Pengurusan Program Kesihatan
3. Budaya Kesihatan Sekolah
4. Evolusi Pengurusan Kesihatan
5. Komponen Asas Perancangan

PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan mengenai hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku
kesihatan.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.
3. Bagaimanakah pengurusan program kesihatan telah berkembang dari zaman selepas
merdeka sehingga sekarang?
4. Terangkan secara terperinci ciri-ciri reka bentuk dan struktur model program kesihatan.
5. Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
supaya program kesihatan di Malaysia memberi kesan yang optimum kepada masyarakat?

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan
Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan (1998).
Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
http://ms.wikipedia.org/wiki/PendidikanJasmani/DefinisiPendidikanJasmanidanKesihatan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20
%20dan%20Kesihatan
World Health Organization (WHO). Health education: Theoretical concepts, effective strategies
and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health
educators.

16

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan
Kosmik
Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian, Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan
sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan. bil. 12

17

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

18

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Penglibatan Peserta
Menyenaraikan bantuan yang
diperlukan

Mengenalpasti keperluan masyarakat

Merancang dan menjalankan program

Perancangan
Mengenalpasti masalah kesihatan

Mengenalpasti sasaran tingkah laku

Faktor persekitaran

Sumber dan keperluan


Mengetahui keperluan pendidikan
kesihatan yang diperlukan

Kapasiti masyarakat

Sumber sedia ada

Program yang komprehensif


Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Mengubah risiko tingkah laku

Program bersepadu
Komponen program diperkuatkan dengan komponen lain

Disepadukan dan disesuaikan dalam pelbagai persekitaran

Program jangka panjang


Keperluan jangka masa panjang perjalanan program

Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Mengubah pandangan masyarakat


Menetapkan piawaian tingkah laku

Perlu terlibat secara menyeluruh

Kajian dan penilaian


Menilai kesan program

Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Você também pode gostar