Você está na página 1de 3

Anggur

Pokok anggur merupakan tanaman jenis menjalar dalam


keluarga Vitaceae dan memerlukan penyokong untuk
pertumbuhannya. Para setinggi 2 m dan lebar 2-3 m boleh
dibina bagi menyokong pertumbuhan tanaman ini. Buahnya
tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat
dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah,
merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih.
Setelah pokok anggur membesar, latihan untuk membentuk
pokok perlu dibuat. Tunas sisi yang tumbuh di batang pokok
hendaklah dibuang untuk menggalakkan tunas hujung yang
sihat dan cepat naik ke para atas. Apabila pokok mencapai
Anggur Pinot Noir 1.6 m tinggi, pokok dicantas untuk mewujudkan dua dahan
primer. Kedua-dua dahan primer ini dicantas lagi apabila mencapai 1 m panjang
untuk membentuk dahan sekunder yang berpotensi untuk berbunga. Hanya lapan
dahan sekunder sepokok disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan yang
baik. Buahnya boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem,
jus anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Daunnya juga boleh dimakan dan
digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan
sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar
seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan
pertumbuhannya yang pantas. Terdapat pelbagai jenis anggur :

Isabella - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Merah Tua
I.A.C - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
White Malaga - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
Cardinal - Tempoh berbuah : 12-14 Bulan, Warna Buah Masak : Merah
Black Muscat - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam
Thompson - Tempoh berbuah : 14-16 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
Kuning
Black Opel - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam Biru
Green Perliet - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
C.B.R - Tempoh berbuah : 12-15 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam

Teknik Penanaman Pokok Anggur


Cara menguna tapak :
Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi
baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang
telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan
akar pokok daripada terendam air.
Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.

Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang
atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke
100% sinaran matahari diperlukan.
Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya
mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci
dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan
buah yang bermutu.

Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :


Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik
buahnya.

Kadar Pembajaan Pohon Anggur :


Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh
dari batang jikalau didalam pasu.
Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60%
dari angaran yang sebenarnya.

Pemangkasan & Latihan


Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun,
ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk Pembuahan


Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4
atau 5 mata tumbuh dari cabang.
Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
Uruskan kerja dengan baik dan teratur .

Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .

Menambah Kemanisan Buah


Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30
hari sebelum buah di petik).
Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu
mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
Merancang pembuahan pada musim panas.

Você também pode gostar