Você está na página 1de 18

1.

PENGENALAN
Setiap individu akan mengalami perubahan dalam kehidupan mereka serta melalui
putaran kehidupan, iaitu adakalanya kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah.
Seperti juga dengan pekerjaan, setiap pekerja akan mengakhiri bidang pekerjaan
mereka pada satu ketika nanti, iaitu samaada wajib atau secara sukarela. Saat-saat ini
merupakan satu perubahan yang amat ketara yang dilalui oleh seseorangindividu itu
dalam kehidupan mereka. Setelah mereka bersara banyak perubahan yang akan dilalui dan banyak
juga masa yang terluang yang selama ini banyak dipenuhi dengan kerja semata. Semasa bekerja,
pekerjaan seseorang itusering digunakan sebagai petunjuk kepada keupayaannya, status
sosioekonomnya, tingkah laku dan tingkat kejayaannya dalam masyarakat.
Namun selepas bersara, individu tersebut mengalami kedudukan kewangan yang berkurangan.
Mereka tidak dapat lagi berbelanja mewah seperti dahulu. Secara langsung atau tidak, mereka
mendapati dirinya kurang atau hilang peluang untuk berinteraksi dengan bekas rakan-rakan sekerja,
status social, identiti diri, penghormatan dan penghargaan kendiri
Pada setiap tahun kita dapati beribu-ribu orang memulakan pesaraan mereka tidak kira secara wajib
ataupun pilihan. Di Malaysia bermula 1 Julai 2013 umur persaraan wajib telah bertambah kepada umur
60 tahun. Sebelum ini umur 56 tahun sudah wajib bersara. Pengumuman ini telah diisytiharkan oleh
Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Hal ini membolehkan bakal pesara memilih
sama ada ingin bersara awal atau lewat. Selepas seseorang itu mula menjejakkan kaki ke alam pesaraan
mereka akan mengalami pelbagai masalah atau perubahan pada diri mereka. Antara masalah yang akan
mereka alami seperti penyesuaian psikologi, kewangan, kerjaya dan sebagainya. Sekiranya keadaan ini
dibiarkan berterusan ia mungkin akan mengakibatkan perubahan dalam struktur masyarakat selain
daripada masalah sosial yang lain. Tambahan itu, menurut George, Fillenbaum & Palmore, 1984,
persaraan akan membawa banyak perubahan di antaranya ialah kekurangan pendapatan, kehilangan
struktur dan amalan harian, kehilangan interaksi dengan rakan sekerja, kehilangan status sosial,
penghormatan, identity dan rasa kejayaan. Menurut kajian persaraan itu sendiri mempunyai kesan yang
kecil ke atas pesara tetapi sebaliknya perubahan seperti yang dinyatakan di atas banyak mempengaruhi
kehidupan pesara, sama ada ke arah kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya. Persaraan membawa
perspektif yang berbeza-beza bagi setiap individu. Sesetengah individu beranggapan bahawa persaraan
merupakan masa yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka kerana setelah beberapa tahun mereka
bekerja kini tiba masa untuk mereka berehat pula. Namun ada sesetengah pula beranggapan persaraan
merupakan sesuatu yang mereka takuti kerana ini menunjukkan mereka sudah tua dan akan merasakan
1

ada sesuatu yang hilang dalam kehidupan mereka. Individu-individu seperti inilah yang tidak dapat
menerima dan menghadapi hakikat yang sebenar bahawa mereka sudah bersara dan tidak perlu bekerja
lagi. Setiap yang bersara pasti ada sebab mereka yang tersendiri antaranya sebab kesihatan,s ebab
terpaksa, sebab peribadi ataupun sebab memang wajib bersara. Walau apa pun alasannya mereka tetap
telah berkhidmat untuk negara pada masa dulu. Mereka ini memerlukan perkhidmatan kaunseling atau
juru nasihat supaya mereka dapat menguruskan dan menyesuaikan diri mereka selepas mereka bersara.
1.1

Latar Belakang Kajian

Semua manusia memerlukan pekerjaan didalam kehidupan dan melalui pekerjaan


manusia mendapat rezeki untuk menyara kehidupan serta memberi nafkah kepada
keluarga disamping berbakti kepada masyarakat. Setiap pekerjaan dipilih adalah
merupakan kerjaya yang dijadikan pekerjaan pilihan atau profesien. Profesian yang
menjadi pilihan ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan pendapatan sematamata tetapi juga untuk mendapat kepuasan. Setiap pekerjaan akan melalui beberapa
proses perkembangan kerjaya. Berdasarkan teori perkembangan kerjaya Super
mengklasifikasikan perkembangan konsep kendiri seseorang dibahagikan kepada lima
peringkat. Peringkat yang pertama adalah peringkat pertumbuhan (sejak lahir hingga
14 tahun) yang dicirikan dengan individu membentuk konsep kendiri, peringkat
penerokaan ( 15 hingga 24 tahun) yang dicirikan dengan individu meneroka diri dan
mula mengenali dunia pekerjaan, peringkat pengukuhan (24 hingga 44 tahun)yang
dicirikan dengan individu yang cuba mendapatkan satu konsep kendiri kerjaya yang
terjamin, peringkat pengekalan (45 hingga 64 tahun) yang dicirikan dengan individu
telah kukuh kedudukannya dan akan mengekalkan konsep kendirinya yang telah sedia
ada dan peringkat penurunan (65 tahun ke atas) yang dicirikan dengan individu
kekurangan tenaga dan mula menukar konsep kendiri sesuai dengan kerja-kerja yang
dilakukan ketika itu seperti bekerja sambilan. Sidek Mohd Noah,2011
Setelah melalui proses perkembangan kerjaya tersebut akan wujudnya satu fasa yang
akan melibatkan penurunan dalam kerjaya iaitu individu perlu melalui pula proses
persaraan. Peringkat ini dikaitkan dengan waktu hampir pencen atau bersara dengan
penekanan individu pada kerja,berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan
output yang minimum. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun,
aktiviti kerja mula bertukar dari atas ke bawah. Langkah dan cara bekerja mula

tersangkut-sangkut, tugas mula berubah atau bentuk kerja juga turut bertukar bagi
menyesuaikan kebolehan yang mula menunjukkan penurunan.
Persaraan bermaksud Terdapat beberapa definisi mengenai persaraan ini. Menurut Atchley (1977),
definisi persaraan perlu mengandungi dua keadaan, iaitu seseorang yang bekerja tidak sepenuh masa dan
jugaindividu yang menerima wang pencen untuk persaraan mereka. Atchley menyatakan bahawa
persaraan adalah satu situasi apabila seseorang individu atau pekerja dibenarkan atau
dipaksa untuk meninggalkan kerjaya hidupnya dan layak menerima wang pencen. Setelah seseorang
itu berada pada tahap separuh abad daripada umurnya maka mereka perlu bersedia ke arah persaraan.
Namun begitu, umur persaraan tidak sama bagi setiap pekerjaan sebagai contoh tentera dengan guru
beza had umur pencen mereka. Jika dilihat dari segi negara juga terdapat perbezaan yang ketara. Kalau
kita lihat negara Singapura dan Thailand pekerja mereka wajib bersara pada umur 60 tahun dan Filipina
pula pada umur 65 tahun. Menurut Andrus pula, persaraan adalah satu peluang atau kesempatan yang
baik. Ini kerana individu bebas melakukan aktiviti yang mereka sukai tanpa terikat dengan apa-apa
bidang. Mereka juga cuba mencari minat baru dalam mengisi kekosongan ini (Asmith 1984). Jika
sebelum ini masa mereka dipenuhi dengan kesibukan di tempat kerja kini merekamempunyai banyak
masa yang boleh diluangkan bersama keluarga atau hobi mereka. MenurutCarp dan Praat (1966),
mengemukakan tiga fenomena perbandingan yang menjelaskan mengenai persaraan iaitu persaraan
sebagai satu peristiwa, tahap persaraan dan proses penyesuaian. Dari segi masa, sepatutnya seorang
individu yang bersara boleh menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai
serta yang selama ini mereka ingin sangat untuk melakukannya seperti melancong dan sebagainya.
Namun ada juga aktiviti yang tidak dapat mereka lakukan disebabkan factor umur mereka yang telah
meningkat dan factor kesihatan mereka. Oleh itu, mereka perlu menyusun aktiviti-aktiviti harian mereka
dengan betu lsupaya mereka tidak akan berasa bosan apabila berada di rumah nanti. Antaranya
berpersatuanadalah contoh yang terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang pesara. Dengan ini, mereka
boleh bergaul dengan masyarakat dan bertukar-tukar idea untuk memajukan sesuatu perkara.
Berdasarkan definisi yang dinyatakan dapatlah disimpulkan bahawa persaraan adalah satu babak yang
perlu dilalui oleh setiap individu yang bergelar pekerja. Seumpama juga dengan kelahiran, perkahwinan
dan kematian. Secara umumnya ia adalah pemberhentian daripada pekerjaan utama yang memberikan
pendapatan kepada mereka.

1.2

Latar Belakang Organisasi

Perkhidmatan bomba di seluruh Negara telah wujud sebelum perang dunia


kedua lagi.

Pada waktu itu majlis perbandaran bertanggungjawab mentadbir

perkhidmatan bomba dalam organisasi

masing-masing termasuk Pentadbiran

Perkhidmatan Bomba Negeri Sarawak yang berada dibawah kuasa tempatan atau
pegawai daerah. Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan
diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri
Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba
Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 15hb Mei
1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan dengan Perkhidmatan
Bomba Malaysia.
Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba diwartakan pada tahun 1988, organisasi
bomba dipertingkatkan lagi untuk memberikan perkhidmatan kemanusiaan yang lebih
cekap dan berkesan sehingga pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju
perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri
Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama,
logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak (JBPMNS) merupakan
salah satu agensi yang utama di Sarawak

yang diketuai oleh seorang Pengarah

Negeri, Tuan Norhisham Bin Mohammad. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri
Sarawak komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan
secara unggul dan professional untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar
serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan di semua keadaan.
Berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2011,
bagi urusan permohonan persaraan, sebanyak 242 urusan telah dibuat yang
melibatkan 131 pencen wajib, 98 pencen pilihan dan 13 kes pencen terbitan. Bermula
pada tahun 2010, urusan persaraan pegawai-pegawai Jabatan, Cawangan Pengurusan
Sumber Manusia telah berjaya menggunakan sepenuhnya Sub Modul HRMIS iaitu
Penamatan Perkhidmatan selaras dengan arahan jabatan Perkhidmatan Awam melalui
penguatkuasaan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010. Bagi urusan
pemberian taraf berpencen pula seramai 276 orang anggota telah memilih skim ini
setelah disahkan dalam perkhidmatan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
4

2.0

PERNYATAAN MASALAH
Kajian kes ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti program pra persaraan
di Organisasi Awam khasnya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri
Sarawak, Disamping itu pengupasan tetang persepsi kakitangan berkaitan persaraan
dan persediaan kakitangan dalam menghadapi persaraan serta cadangan kepada
penambahbaikan terhadap program-program persaraan yang sedia ada di dalam
organisasi tersebut. Kajian ini adalah dilimitasikan kepada penjawat awam yang
berpangkat KB 17 sahaja dan diadakan di sekitar kawasan balai bomba dan
penyelamat Siburan.
2.1

Objektif Kajian
Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengetahui program persaraan

yang terdapat dalam sesebuah organisasi dengan membincangkan persepsi dan


persediaan kakitangan berkenaan persaraan, cadangan penambahbaikan terhadap
program yang sedia ada.
3.0

PROGRAM PRA PERSARAAN DI ORGANISASI AWAM


Proses persaraan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat prapersaraan dan peringkat
persaraan itu sendiri. Peringkat prapersaraan ( preretirement)\ mengandungi 2 tahap, iaitu tahap
jauh iaitu persaraan dilihat secara positif bahawa akan datang pada suatu masa nanti: dan tahap
dekat iaitu apabila individu tersebut mengingatkan dirinya tentang hari persaraannya tidak lama lagi.
Menurut Atchley, dua perkara penting berlaku semasa tahap dekat. Pertama, individu mula melatih
dirinya untuk berpisah dengan pekerjaan dan situasi social mereka. Kedua, dia mula berkhayal atau
memikirkan tentang persaraan mereka. Menurut Atchley lagi, sekiranya khayalan mereka itu adalah
munasabah, ia akan membantu individu tersebut mengetahui isu dan masalah yang akan berlaku dan
dengan itu ia boleh mengambil langkah-langkah yang seterusnya. Tambahan itu, langkah-langkah ini
dapat membantu individu tersebut melalui masaperalihan yang akan berlaku pada dirinya. Namun jika
khayalan yang dilakukan oleh individu tersebut tidak munasabah ia akan memberi satu masalah yang
besar kepada individu itu. Ini kerana harapan yang palsu akan mempengaruhi proses penyesuaian
mereka ke alam prapersaraan. Oleh itu proses prapersaraan amat penting untuk dilalui oleh setiap bakal
persara ini kerana mereka dapat mengenali cara-cara yang betul yang perlu mereka lakukan.Menurut
Richardson (1989) juga menyatakan peringkat prapersaraan atau apa yangdipanggil sebagai peringkat

masa yang ditunggu-tunggu berlawanan dengan masa yangdielakkan. Ini merupakan satu daripada tiga
tahap dalam proses persaraan yang boleh menjadimasalah kepada individu.
Dalam organisasi JBPM khasnya terdapat program pra persaraan yang dianjurkan seperti
mengadakan kursus pra persaraan bagi bakal-bakal persara ini dimana program ini dianjurkan oleh pihak
akademi Bomba samaada Akademi Bomba dan Penyelamat malayasia yang berada di Sarawak, Wakaf
tapai Terengganu ataupun di Kuala Kubu Baru.
Berikut merupakan antara program-program pra persaraan yang dilaksanakan dalam
organisasi JBPM
1) Pemberiaan Taraf berpencen
Pemberian taraf berpencen pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diuruskan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan dan Suruhanjaya Pasukan Polis, mana yang berkenaan. Pegawai
perkhidmatan awam Negeri pula diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri masing-masing kecuali yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Persekutuan bagi Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan
Perlis. Bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,
pemberian taraf berpencen diuruskan oleh JPA di bawah peruntukan Seksyen 6
Akta 239.
Perakuan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam
jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan
sebelum

genapnya

tiga

(3)

tahun

perkhidmatan

yang

boleh

dimasukira. Borang dan dokumen yang diperlukan adalah seperti di Lampiran A.

2) Percantuman perkhidmatan lepas


Percantuman perkhidmatan lepas ialah proses mengagregatkan tempoh
perkhidmatan sekarang dengan tempoh perkhidmatan dahulu di agensi awam lain
bagi membolehkan keseluruhan tempoh perkhidmatan tersebut dimasukira untuk
tujuan pengiraan faedah di bawah undang-undang pencen. Tempoh perkhidmatan
yang boleh dipertimbangkan untuk percantuman ialah seperti yang terkandung di
6

dalam Peraturan 5, 6, 7 dan 8, PU(A) 176 / 80 bagi pegawai perkhidmatan awam


Persekutuan dan Negeri atau Peraturan 4, 5, 6 dan 7, PU(A) 134 / 90 bagi pekerja
Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Anggota serta Ketua Jabatan hendaklah menguruskan permohonan
percantuman perkhidmatan lepas semasa anggota masih lagi dalam perkhidmatan,
iaitu

selewat-lewatnya

dua

(2)

tahun

sebelum

tarikh

persaraan. Permohonan percantuman perkhidmatan lepas hendaklah dikemukakan


kepada JPA berserta borang dan dokumen seperti di Lampiran B.
3) Penyediaan Maklumat Asas Persaraan
Bagi membantu JPA merancang keperluan kewangan, Jabatan Mengurus
dikehendaki mengemukakan maklumat asas bakal pesara termasuk maklumat
mengenai notis pelepasan atau pengasingan caruman Kerajaan di KWSP seperti di
LAMPIRAN C
Program-program yang dissediakan oleh Organisasi berkaitan program pra
persaraan
A) Skim Pencen
Skim pencen bertujuan menyediakan jaminan kewangan untuk kakitangan
Kerajaan yang bersara.Pesara yang memilih skim pencen akan dibayar pendapatan
tetap bulanan, perkhidmatan pembayaran ganjaran dan menikmati faedah seperti
rawatan perubatan percuma di hospital-hospital Kerajaan. Memberi pengiktirafan
dan penghargaan dan perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah
dicurahkan kepda Kerajaan dengan penuh taan setia, dedikasi dan amanah.
Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat
dengan Kerajaan; Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah
mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan; Memberi saraan hidup kepada orangorang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa
di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan Mewujudkan
suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang
dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau
menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika
7

menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. Di bawah Perlembagaan Persekutuan,


pencen merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti mana ditetapkan
di bawah Perkara 74 Jadual Ke-9, Senarai I, Para 6(d) Senarai Persekutuan.
Perlindungan hak pencen adalah termaktub di bawah Perkara 147 Perlembagaan
seperti berikut:"147(1) Undang-Undang yang dipakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau
lain-lain elaun sepertinya (dalam Perkara ini disebut sebagai "award") yang diberi
kepada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya,
anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, ialah undang-undang yang
berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya
yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi award itu".
Pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di bawah
undang-undang pencen bukanlah merupakan hak mutlak seseorang anggota.
Seseorag anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam
undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah persaraan.
Anggota-anggota Kerajaan dalam perkhidmatan tetap yang dilantik pada
atau selepas 12 April 1991 layak diberi opsyen memilih Skim KWSP sebelum
disahkan dalam jawatan.
B) Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239
Pegawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam
sekiranya
Mencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)]
Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik
sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3
Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun. Namun
begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu
perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan
ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan

bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji
sehingga keputusan kesnya diperolehi.
C) Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55 Tahun
atau 56 Tahun
Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit [Seksyen 10(5)(a)
Pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan
jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan
ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan
kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri
untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu
perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh
persaraan.
D) Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan
Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Atas Sebab Kesihatan
Jawatan yang mereka sandang dihapuskan [Seksyen 10(5)(b)]
Sekiranya jawatan yang disandang oleh pegawai/pekerja berpencen dimansuhkan,
maka penyandangnya hendaklah dibersarakan.
Faedah Persaraan Kerana Jawatan Yang Dipegang Dihapuskan
Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Jawatan Yang Dipegang
Dihapuskan
E) Penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5)(c)]
Penyusunan semula organisasi boleh menyebabkan sejumlah jawatan yang
diluluskan kepada agensi awam tersebut tidak diperlukan lagi. Jika ini berlaku
pegawai/pekerja berpencen yang terlibat hendaklah dibersarakan.

F) Faedah Persaraan Kerana Penyusunan Semula Organisasi


Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Penyusunan Semula Organisasi
i) Pekerjaan pegawai/pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam
[Seksyen 10(5)(d)]
Pegawai/pekerja berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan berkelakuan
menjejaskan kepentingan awam tetapi tiada tindakan disiplin yang berkesudahan
dengan buang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Faedah persaraan kepada
mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen dengan satu kadar yang
disusutkan.
ii) Faedah Persaraan Kerana Pekerjaan Anggota Telah Ditamatkan Demi
Kepentingan Awam
Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Pekerjaan Anggota Telah
Ditamatkan Demi Kepentingan Awam
iii) Memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5)(e)]
Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986 hendaklah
dibersarakan sekiranya memperoleh kewarganegaraan asing (selain daripada
perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau telah
mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia atau telah
dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Mereka tidak layak diberi sebarang faedah
persaraan.
Borang

dan

Kewarganegaraan

Dokumen
Asing

Urusan
atau

Persaraan

Dilucutkan

Kerana

Memperoleh

Kewarganegaraan

Malaysia

iv) Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam


perkhidmatan Awam [Seksyen 10(5)(f)]
Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 hendaklah
dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud
10

pelantikannya ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah peluang


yang munasabah untuk membuat representasi bagi kesnya.
v) Faedah Persaraan Kerana Memberi Maklumat Palsu Bagi Maksud
Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Memberi Maklumat Palsu
Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
C) Kursus Pra Persaraan Bomba
Persaraan

samada seseorang itu mahu atau tidak, apabila sampai masanya ia akan
datang juga. Ramai diantara pekerja-pekerja samada di peringkat korporat, swasta
atau kakitangan kerajaan tidak bersedia untuk bersara sedangkan masa untuk bersara
adalah masa yang pasti akan datang. Seseorang yang tidak bersedia untuk bersara
pasti akan menghadapai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di alam
persaraan. Seseoarang pekerja yang menghabiskan masa-masa yang berkualiti di
antara 20 hingga 35 tahun di alam pekerjaan, perlu membuat persediaan yang rapi
untuk menikmati persaraan yang berkualiti dan bermakna.
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
Menyedari perjalanan hidup yang telah di lalui dan yang akan di tempuhi di usia
bersara.
Mengetahui apa itu persaraan dan kenapa persediaan-persediaan perlu di buat bagi
mencapai persaraan yang berkualiti dan bermakna.
Merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi menjadikan persaraan itu sesuatu
yang berfaedah dan bermakna.
Merancang pengurusan kewangan yang baik bagi memastikan tiada masalah
kewangan di usua bersara.
Mengurus kesihatan dan permasalahan kehidupan yang lebih bermakna lagi.
Menyedari kepentingan wasiat dan mengetahui cara menggunakannya.
Isi Kandungan Kursus adalah berkaitan i) Senario kehidupan dan sejarah silam, ii)
persediaan mental untuk memasukki alam persaraan, iii) mengurus masa sebagai
11

seorang pesara dan aktiviti-aktiviti untuk pesara, iv) pengekalan kesihatan dan
menangani stress, v) pengurusan kewangan, vi) mencari kedamaian/ketenangan jiwa
di alam persaraan, vii) wasiat dan viii) keusahawanan untuk pesara sebagai satu
pilihan

4.0 PERSEPSI KAKITANGAN BERKAITAN PERSARAAN


Berdasarkan kaji selidik melalui temubual secara tidak langsung terhadap para
penjawat awam terutamanya anggota bomba saya mendapati pelbagai reaksi dari
pandangan yang berbeza daripada mereka .
Ada diantara pekerja tersebut berpuashati dengan program pra persaraan yang ada
pada masakini dan tidak kurang pula yang tidak menyenanginya. Bagi yang
berpuashati mereka menyatakan skim pencen atau skim kwsp yang menjadi pilihan
masing-masing

merupakan simpanan kewangan yang akan menjamin kestabilan

dalam kehidupan di masa bersara nanti. Manakala bagi yang tidak bersetuju pula
mereka mengharapkan agar program persaraan ini ditambahbaik dengan mengadakan
hadiah atau ganjaran melancong atau mengerjakan haji atau umrah seperti mana yang
dilaksanakan oleh beberapa Negara di dunia. Ini bertujuan sebagai ganjaran yang
setimpal bagi pekerja yang telah lama berkhidmat di dalam sesuatu pekerjaan.
Di samping itu terdapat kakitangan yang ditanya menyatakan kan bahawa skim yang
sedia ada mungkin terlalu lama iaitu mencapai umur 60 tahun baru hendak pencen.
Tidak kurang pula mencadangkan agar para pesara di berikan kursus ilmu
kebombaan yang lebih kepada tugasan sebagai pegawai keselamatan (Safety Officer)
di bangunan-bangunan yang berisiko terdedahnya kepada kebakaran. Contohnya
kerja-kerja evacuation menjadi lebih mudah, cekap dan efisien.

5.0 PERSEDIAAN KAKITANGAN DALAM MENGHADAPI PERSARAAN


Dalam meniti hari-hari tempoh persaraan, pengurusan tabungan yang baik amat diperlukan
supaya kehidupan pada waktu itu tidak menjadi sempit. Perancangan seharusnya bermula seawal kita
memasuki alam pekerjaan. Persaraan yang dilalui tanpa melengkapkan diri dengan persediaan yang
sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada segelintir yang terpaksa bergantung
12

harap kepada anak dewasa. Perancangan persaraan membabitkan beberapa langkah mudah yang boleh
anda lakukan sendiri dan ia termasuklah menentukan berapa banyak yang anda perlukan sewaktu
persaraan, berapa banyak yang anda miliki sekarang serta apa yang boleh anda lakukan untuk
membetulkan keadaan. Persediaan untuk menempuh hari-hari persaraan memerlukan perancangan rapi
dan persiapan mental yang secukupnya. Ini kerana pada tahun-tahun akhir tempoh perkhidmatan,
kebanyakan pekerja sudah mencapai tahap gaji maksimum dan mengecapi pelbagai kelebihan selaku
pekerja senior. Selepas bersara, secara tiba-tiba semua kelebihan itu hilang dan hari-hari
mendatang perlu ditempuh dengan sejumlah tabungan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) ataupun dengan wang pencen yang diperoleh. Antara perkara yang menjadi cabaran ialah
perancangan kewangan, kesihatan, masa, mantel, dan sebagainya. Kita lihat dari sudut kewangan,
sebelum persaraan lagi kita harus melihatnya sebagai keperluan jangka panjang, Perkara pertama yang
perlu anda lakukan ialah menentukan berapa tahun lagi yang ada untuk mencapai perancangan bersara.
Langkah selanjutnya ialah memastikan berapa banyak wang yang diperlukan apabila bersara. Sukar
untuk diramalkan tetapi tidak mustahil untuk membuat anggaran. Anda boleh membuat anggaran
dengan mengambil kira perubahan yang anda rancang dalam corak perbelanjaan dan bagaimana (dan di
mana) anda bercadang untuk tinggal selepas bersara. Seterusnya kita lihat dari aspek kesihatan, pastikan
anda tahu sumber mana yang boleh di cari, sama ada insuran dan sebagainya. Sekiranya anda seorang
bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan
pegawai kerajaan, kosrawatan penyakit mungkin tinggi kalau keluar masuk hospital. Seterusnya aspek
masa, jika sebelum persaraan masa anda dipenuhi dengan bekerja. Selepas bersara anda tidak lagi perlu
memikirkan semua itu, cuba penuhi masa anda dengan keluarga, beribadat, hobi yang ingin dilakukan,
penuhinya tanpa rasa tertekan. Buangkan perasaan tersisih, serta rasa tidak berguna dan sebagainya.
Fikirkan selepas

persaraan merupakan masa yang anda ternanti-nanti. Aspek terakhir

yang

ditekankan ialah mantel, dimana ketika bekerja kita dikelilingi rakan-rakan yangramai,
mempunyai kuasa, sangat produktif. Walaubagaimanapun selepas bersara secara tiba-tiba semua
kelebihan itu hilang, lumrah manusia ketika kita berkuasa didekati, andai tidak berkuasa lagi di jauhi,
janganlah memandangnya dari sudut negatif fikirkan ia sememangnya keperluan hidup, rakan-rakan
juga mempunyai hidup mereka sendiri yang perlu difikirkan. Persaraan bukanlah penamat untuk
segalanya, jika anda masih lagi mampu dan aktif anda boleh ikut persatuan-persatuan yang di sediakan
untuk memenuhi masa, Lantaran itu, persediaan yang secukupnya amat diperlukan bagi menempuh
alam persaraan. Ini kerana golongan pesara mempunyai banyak pengalaman yang seharusnya dapat
dicurahkan dan dikongsi bersama golongan generasi muda. Pokok pangkalnya, lagi awal anda
merancang persaraan anda, lagi cerah masa depan persaraan anda.
13

6.0

METODOLOGI KAJIAN/KAEDAH KAJIAN


Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan
maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk
menghasilkan kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif melalui
kaedah temubual sebagai metod kajian kes. Selain daripada menggunakan kaedah
tersebut, kami juga turut menggunakan kaedah pertanyaan dan berbincang dengan
rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan kertas
kerja ini.
Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan
rujukan. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan
disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik
tugasan ini. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan
difokuskan kepada program pra persaraan di Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Sarawak.

7.0

ANALISIS KAJIAN
Setiap orang melalui alam pekerjaan akan melalui proses persaraan sama ada secara sukarela
atau tidak. Oleh itu, banyak perasaan yang bakal menghantui perasaan pesara. Justeru, ada yang
mengambil sikap positif dan tidak kurangyang rasa bimbang mungkin mengenangkan dirinya yang
belum bersedia dalam banyak hal. Hal ini kerana, persaraan membawa banyak implikasi kepada
individu itu sendiri. Antaranya ialah, kekurangan pendapatan, kehilangan struktur dan amalan harian,
kehilangan interaksi dengan rakan sekerja, kehilangan status sosial, penghormatan, identiti dan rasa
kejayaan. Di samping itu, kajian lepas yang dilakukan juga menunjukkan bahawa persaraan itu
sendiri mempunyai kesan yang kecil keatas pesara tetapi sebaliknya perubahan seperti yang
dinyatakan diatas banyak mempengaruhi kehidupan pesara, sama ada kearah kehidupan yang lebih
baik atau sebaliknya (George, Fillenbaum & Palmore,1984).Selain itu, Braithwaite, Gibson dan
Bosly (1986) telah mengenal pasti empat pola persaraan yang lemah, iaitu kesihatan yang kurang
baik, keadaan yang negatif termasuk pendapatan yang tidak mencukupi serta kepuasan hidup,
kreativiti dan kurangnya penglibatan sosial. Di samping itu, persaraan juga akan menyebabkan
beberapa masalah kewangan yang masih bergantung kepada pendapatan daripada ganjaran pekerjaan
untuk menampung kehidupan sekeluarga. Ekoran itu, masalah kekurangan pendapatan ini akan
14

menyumbang kepada masalah kewangan dam masalah psikologi kepada para pesara. Manakala,
menurut Chen Kok Eng (1982) menyatakan bahawa wang pencen adalah tidak mencukupi,
terutamanya apabila kuasa membeli merosot ketika menghadapi inflasi. Hal ini secara tidak lansung
akan mejejaskan kehidupan pesara yang tidak mampu mencari sumber pendapatan lain. Walau
bagaimanapun, lama ke lamaan, pesara ini dapat menyesuaikan diri walaupun telah bersara. Manakala,
Peterson (Atchley 1969) menyatakan bahawa individu yang bersara ini menganggap bahawa
pendapatan mereka tidak mencukupi, terutamanya selepas bersara iaitu bagi yang belum berkahwin
(66%), yang berpendapatan rendah (88%), wanita (60%), kurangpendidikan (83%) dan bagi mereka
yang bersara sepenuhnya (57%). Di samping itu, terdapat juga sesetengah pesara yang bekerja semula
kerana pendapatan yang tidak tetap dan tidak mempunyaiwang simpanan yang mencukupi untuk
menyara hidup seperti yang dilaporkan oleh Abdullah Malim Baginda (1987). Malahan sesetengah
daripada pesara ini ingin mengisi masa lapangataupun untuk terus bergiat aktif dalam kehidupan
mereka. Walau bagaimanapun, pesara ini juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja
semula.

8.0

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH


Bagi pesara yang bakal bersara, mereka perlu peka dengan persediaan sebelum dan selepas
bersara. Ini termasuklah dalam pemilihan aktiviti yang akan dilakukan selepas bersara. Tujuan ini
adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan dan mungkin terjadi pada masa akan datang.
Terdapat beberapa pilihan kewangan bagi pesara Jabatan Perkhidmatan Awam dan swasta dalam
membela nasib pesara selepas tamat perkhidmatannya. Bagi pekerja sektor awam mahupun swasta,
penyimpanan wang sedidit demi sedikit dari mula banyak dapat membantu mereka dalam mencapai
apa yang diingini selepas bersara.Walaubagaimanapun, bantuan kewangan seperti KWSP dan skim
pencen merupakan alternatif lain dalam tindakan kerajaan membantu pesara. Namun, kebanyakkan
ianya dinikmat ioleh pekerja sektor awam berbanding pekerja swasta yang hanya mendapat KWSP,
pampas an atau pun tidak mendapat apa-apa selepas tamat perkhidmatan mereka. Pekerja sektor
swasta ini tidak berhak dalam memilih sendiri apa jua bentuk kewangan selepas bersara kerana ianya
tertakluk kepada sesebuah syarikat terbabit. Bagi pekerja sektor awam terdapat pilihan dari segi
kewangan selepas bersar iaitu skim KWSP dan SkimPencen. Terdapat beberapa syarat yang perlu
bakal pesara mengambil berat dalam memastikan kelancaran proses persaraan yang
lebihteraturTerdapat beberapa langkah dalam mendapatkan skim tersebut dengan cara yang betul.
Antaralangkah yang perlu bakal pesara ambil dalam mendapatkan bantuan kewangan selepas
15

bersaraadalah seperti menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah
dikemaskini,buat opsyen bagi memilah tempoh perkhidmatan, sediakan salinan kad pengenalan, sijil
nikahatau sijil cerai ( jika berkenaan ) dan surat beranak anak dibawah umur 21 tahun dan
belumberkahwin ( bagi anak cacat tiada had umur ditetapkan) serta dapatkan laporan kesihatan
bagimengesahkan keadaan tersebut, pesara juga perlu, mengisi borang JPA/PEN/SPB1
denganmembuat rujukan kepada BPSM&P mengenai bank-bank yang menyertai Sistem
PembayaranPencen Melalui Bank, memastikan akaun cukai pendapatan atau perumahan adalah
kemaskinidan selesaikan hutang kerajaan yang lain, memberi kerjasama sepenuhnya kepada
BPSM&P bagimelengkapkan kertas-kertas persaraan, tidak memberi sebarang maklumat palsu dan
pihak berkuasa berhak mengambil tindakan undang-undang.Antara faedah yang dapat dinikmati
oleh pesara dalam mendapatkan KWSP mahupun skim pencen wujudnya persamaan dan perbezaan
antara kedua-dua bentuan ini adalah berbeza kerana KWSP merupakan bantuan kewangan yang
dapat sekali gus dalam satu masa berbeza denganskim pencen yang dapat setiap bulan mengikut
potongan gaji.Antara faedah bagi skim pencen yang boleh dipilih oleh pesara dalam menentukan
hala tujusebenar selepas bersara ialah merupakan Skim Pencen Keluarga, pegawai yang bersara
ataudibersarakan di bawah undang-undang layak menerima ganjaran dan pencen
perkhidmatanmelalui kiraan gaji terakhir dan potongan cukai, ganjaran wang tunai gantian cuti rehat,
faedah perubatan semasa dalam perkhidmatan untuk suami atau isteri, anak kurang upaya, anak
bawah18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan secara percuma dan potongan harga bagi
pesakityang dimasukkan wad dalam menampung kos penginapan, faedah kematian iaitu
berbentuk tanggungan pegawai yang meninggal dunia mendapat pencen terbitan dan ganjaran
terbitan, faedah hilang upaya akibat bencana, kemalangan dan penyakit semasa dalam tugasnya,
layak menerima penyelarasan pencen berikutan semakan gaji kakitangan awam denga syarat
bermastautin di Malaysia. Selain itu juga, pesara skim pencen ini juga dapat pelepasan daripada cukai
termasuk ganjaran dan GCR dari cukai pendapatan. Manakala bagi skim KWSP pula ialah dengan
mendapat simpanan syer kerajaan ataumajikan dan bahagian syer pekerja serta dividen, ganjaran
wang tunai gantian cuti rehat, faedah kematian dengan kelayakan mendapat RM 2000 dan simpanan
akan dibayar kepada waris terdekat atau penama waris, faedah hilang upaya dengan mendapat RM
2000, layak menerima KWSP walaupun meletak jawatan bila-bila masa, layak menerima dividen
KWSP, pelepasan cukai pendapatan bagi caruman KWSP namun terhad kepada RM 5000 setahun
atau mengikut peraturan semasa. Adalah penting bagi pesara menimbang tara kedua-dua skim mana
yang terbaik untuk mereka pada masa akan datang. Selain membuat persediaan sebelum bersara,
bakal pesara juga perlu bersedia dalam menempuhi kehidupan selepas bersara selain daripada
bantuan kewanganyang diberikan. Mereka perlulah mengambil kira segala kos kehidupan termasuk
16

kos perbelanjaan anak-anak bagi yang masih belum tamat pembelajaran dan perancangan masa
akandatang untuk keluarga dalam meniti usia emas. Terdapat keburukan dalam memilih skim
KWSPdalam jangka masa panjang. Ini berikutan kesediaan duit di depan mata menyebabkan
kadangkala pesara terburu-buru dalam melabur ke sesuatu projek mahupun pelaburan mahupun
sebagai perbelanjaan. Ini berbanding dengan skim pencen yang lebih baik berbanding skim
KWSP.Walaupun melalui skim pencen pesara tidak mendapat wang sekaligus, namun pesara
mendapatsejumlah wang secara tetap setiap bulan. Ia sudah tentunya membantu pesara dalam
merancang sebarang perbelanjaan mengikut keadaan semasa berikutan keadaan semasa yang sering
berubah. Bagi mereka yang sudah bersara tentunya berhasrat untuk memenuhi impian yang
belumtercapai seperti mengerjakan haji bagi umat Islam ataupun melancong ke serata dunia
bersamainsan tersayang. Tidak kurang juga bagi mereka yang berhasrat untuk menubuhkan
perniagaan sendiri sebagai aset dan warisan pada keluarga turun temurun agar terjamin pada masa
kandatang. Disamping dapat menambatkan aset, ianya juga dapat menambah pendapatan sama
adaperniagaannya dari segi pertanian, ternakan mahupun produk kesihatan. Dengan perancangan
yang teliti dalam menguruskan kewangan impian tersebut dapat dicapai. Terdapatnya pembaharuan
yang merupakan berita baik kepada pesara yang memilih skim KWSP pada mulanya dibolehkan
menukar kepada skim pencen. Ini sekaligus memberi peluangkepada pesara dalam memperbetulkan
semula susunan perancangan perbelanjaan bukan sahajapada diri sendiri malah kepada keluarga
berikutan faedah-faedah yang dapat dinikmati olehpemilih skim pencen. Bantuan kewangan ini dapat
membantu pesara dalam menampungperbelanjaan mereka selepas bersara termasuk bayaran
perumahan, cukai, perubatan, kematian, hilang upaya, kemalangan dan lain-lain faedah yang dapat
dinikmati mengikut pemilihan skimyang ditawarkan. Ini sekaligus sebagai ganjaran kepada mereka
atas perkhidmatan yang telahmereka sumbangkan sepanjang tempoh sebelum bersara.
Kesimpulannya, pesara perlulah bijak dalam menilai tindakan yang perlu diambil dalam merancang
semasa meniti usia emas dengan lebih tersusun, terancang dan teratur dalam memastikan mereka
dapat menikmati kesemua faedah itu setelah sekian lama berkhidmat untuk sektor awam mahupun
swata

9.0

KESIMPULAN
Persaraan adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap orang yang bekerja sama ada secara
sukarela atau tidak. Walau bagaimanapun, disini saya ingin memetik kata-kata daripada Allen
Lagarbo mengenai persaraan

Christmas, weddings, funerals, graduations,


17

retirements, and births are like speed bumps in life; we slow down, look around, think about our
lives, and then once over the bump, we speed up to our usual pace. Iaitu, sebagai satu
peringkat yang perlu dilalui dalam perjalanan hidup kita. Menurut kata-kata ini kita akan
terdorong untuk meneruskan kehidupan harian secara aktif, dan ini boleh menghilangkan pelbagai
kegusaran termasuk, kerisauan tentang umur yang semakin meningkat. Di samping itu, walaupun
ada sesetengah pesara yang bekerja semula, mereka harus menjaga kesihatan. Mereka juga harus
sentiasa aktif sama ada dari segi fizikal dan mental. Justeru itu, ianya dapat mengekalkan kesihatan
mereka. Oleh itu, persediaan sebelum persaraan dan selepas persaraan adalah penting. Hal ini kerana,
ianya akan menentukan kejayaan mereka selepas bersara. Oleh itu, mereka hendaklah jadikan
persaraan sebagai persaraan yang kreatif dengan melakukan sesuatu yang memberi kepuasan serta
berfaedah kepada masyarakat dan negara. Maka melalui program pra persaraan serta kursus-kursus
yang dijalankan oleh setiap organisasi tidak kira swasta ataupun awam dapat memberi pendedahan
kepada mereka untuk merancang hari persaraan mereka kelak agar mereka bersedia dari segi mental
dan juga fizikal.

18

Você também pode gostar