Você está na página 1de 5

SCE 3106 - BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

AKTIVITI 3

AKTIVITI 3
Apakah Mendefinisi Secara Operasi?
Salah satu keputusan secara operasi yang paling penting seorang saintis perlu
lakukan ialah untuk menentukan bagaimana ukuran sesuatu pembolehubah itu
dibuat. Kaedah yang digunakan untuk mengukur pembolehubah adalah mendefinisi
secara operasi. Mendefinisi secara operasi menentukan cara ukuran dibuat. Setelah
saintis menentukan kaedah, kaedah tersebut mestilah dilaporkan kepada saintis lain
supaya mereka boleh menguji hasil penyiasatan tersebut. Mana-mana saintis boleh
membaca definisi secara operasi dan dengan mudah memahami atau melakukan
ukuran yang sama. Contoh di bawah menunjukkan definisi operasi bagi
pembolehubah.
Contoh Pertama.
Seorang pelajar mahu menguji kesan vitamin C ke atas kesihatan pelajar dalam
kelasnya. Pembolehubah kesihatan pelajar boleh didefinisikan dengan cara
berikut.

Bilangan yang mengalami selesema dalam masa sebulan.

Bilangan hari yang tidak hadir disebabkan sakit dalam sebulan.

Bilangan mereka yang batuk dalam sebulan.

Contoh Kedua.
Seorang pelajar mahu menguji kesan poster Jangan Buang Sampah keatas
masalah sampah di sekolah. Pembolehubah masalah sampah-sarap boleh
didefinisi melalui cara berikut.

Bilangan pembalut gula-gula di taman permainan.

Bilangan beg sampah sarap yang dikumpulkan,

Bilangan tin aluminium di courtyard.

Tugasan anda adalah untuk memikirkan definisi operasi yang boleh digunakan untuk
mengukur pembolehubah dalam beberapa situasi. Sebelum itu, lihat contoh .
SARINA SAARI - PPG SN 2

SCE 3106 - BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

AKTIVITI 3

Seorang pelajar ingin mengukur penyerapan tuala kertas. Oleh itu, pembolehubah
adalah penyerapan. Pelajar mestilah menghasilkan definisi secara operasi bagi
mengukur penyerapan tuala kertas. Dia menghasilkan 3 definisi secara operasi.

Celupan: Mengukur jumlah air yang tinggal selepas kertas tandas yang
terperonyok diletakkan dalam 25 ml air selama 5 minit.

Curahan/ tuang: Mengukur jumlah air yang terkumpul selepas 25 ml air telah
dituang ke tisu tandas yang terperonyok.

Kenaikan: Mengukur ketinggian air yang dicapai selepas hujung tuala kertas
yang dilipat dimasukkan ke dalam air selama 15 minit.

Fikirkan definisi secara operasi yang mungkin boleh digunakan untuk mengukur
pembolehubah dalam situasi berikut.
1. Seorang pelajar berminat terhadap magnet. Dia hendak mengukur kekuatan
magnet kesukaannya.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah kekuatan magnet
a) Bilangan pin baju yang boleh ditarik oleh magnet
b) Jisim pemberat yang boleh ditarik oleh magnet
2. Seorang pelajar berminat dalam menyiasat percambahan biji benih.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah percambahan
a) Ketinggian anak pokok selepas seminggu
b) Ukur lilit batang anak pokok selepas seminggu
c) Bilangan daun pada anak pokok selepas seminggu

3. Seorang pelajar hendak mengukur minuman bergas manakah yang menjadi


pilihan rakan sekelas.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah minuman bergas pilihan
a) Isipadu jenis minuman bergas yang diambil dalam seminggu
b) Bilangan tin minuman bergas yang dibeli oleh murid-murid dalam sebulan
SARINA SAARI - PPG SN 2

SCE 3106 - BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

AKTIVITI 3

4. Seorang pelajar hendak mengetahui tahap rakan sekelasnya minat dalam


membaca buku-buku tentang Sains.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah minat membaca buku-buku tentang
Sains.
a) Bilangan buku sains yang dibaca oleh murid-murid dalam tempoh sebulan
b) Jumlah buku sains yang dipinjam oleh murid-murid di perpustakaan sekolah
dalam tempoh sebulan
5. Seorang pelajar hendak mengetahui jika belajar mempengaruhi gred Sains.
Definisi secara operasi bagi pembolehubah belajar
a) Jumlah pelajar yang mendapat markah sains yang melebihi 80 %
b) Peratus pelajar yang lulus matapelajaran sains
MENDEFINISI PEMBOLEHUBAH SECARA OPERASI
1. Seorang guru berminat dalam menyiasat kesan kerja rumah ke atas keputusan
ujian. Apakah dua definisi secara operasi bagi kerja rumah ?
a) Bilangan soalan yang dibuat oleh murid dalam tempoh seminggu.
b) Bilangan lembaran kerja yang telah lengkap di dalam fail lembaran kerja murid.
2. Seorang peniaga kedai runcit ingin mengetahui jika papan iklan mempengaruhi
jualan. Berikan dua definisi secara operasi bagi pembolehubah papan iklan
a) Kuantiti papan iklan yang ditampal di kawasan itu.
b) Saiz papan iklan yang ditampal di kawasan itu
3. Seorang pelajar hendak mengukur pizza topping manakah yang menjadi pilihan
rakannya. Apakah definisi secara operasi bagi pembolehubah pizza topping
preference?
a) Kekerapan jenis pizza yang dibeli oleh rakannya dalam tempoh sebulan
b) Bilangan duit yang diperuntukkan untuk membeli pizza dalam tempoh
sebulan.
SARINA SAARI - PPG SN 2

SCE 3106 - BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

AKTIVITI 3

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN


Di akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Apakah yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini? (5 markah)
a) Kita dapat mempelajari bagaimanakah pengukuran

untuk

sesuatu

pembolehubah dikenalpasti
b) Kita dapat memahami parameter yang sesuai untuk digunakan dalam
mengenalpasti sesuatu perubahan.

2. Bahagian manakah yang terdapat di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini? (5 markah)
Merangkumi topik sains dari tahun 1 hingga tahun 6.
3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. (5 markah)
Guru boleh merancang satu pengajaran yang berbentuk penyiasatan. Guru boleh
meminta murid mengkaji tentang benda yang ingin dilakukan dan apakah yang
boleh diperhatikan . Contoh . murid mengkaji tentang permukaan yang dilalui dan
perubahan pada kereta mainan. Guru meminta murid mendefinisikan permukaan
yang dilalui ialah jenis permukaan manakala perubahan kereta mainan itu di
definisikan sebagai jarak yang dilalui oleh kereta mainan. Murid boleh
meneruskan dengan membuat hipotesis dan menjalankan eksperimen.
4. Kreativiti adalah elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik.
Apakah ciri-ciri kreatif dalam kemahiran proses mendefinisi secara operasi.
(5 markah)
a) Membuat analogi tentang sesuatu perkara
b) Membuat gambaran mental
c) Menganalisis maklumat yang ada.
5. Dalam mengembangkan kebolehan pelajar berfikir dan bekerja secara saintifik,
terdapat beberapa teknik untuk seorang guru menggalakkan perkembangan
kreativiti. Bincangkan perkara yang kamu boleh lakukan? (5 markah)
SARINA SAARI - PPG SN 2

SCE 3106 - BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

a)
b)
c)
d)
e)

AKTIVITI 3

Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea.
Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman.
Meneroka dan menyiasat soalan murid.
Menguji dan membahaskan idea murid.
Mengenal pasti tahap kefahaman murid

SARINA SAARI - PPG SN 2

Você também pode gostar