Você está na página 1de 18

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM

E-011-1 JURUTEKNIK RENDAH ELEKTRONIK INDUSTRI


PERALATAN

TAHAP

L1

NO. DAN TAJUK


MODUL

M02 PENYEDIAAN LUKISAN KEJURUTERAAN

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN

01.04 MELUKIS LUKISAN MEKANIKAL

OBJEKTIF
PENCAPAIAN
AKHIRAN

MEMILIH JENIS PERALATAN LUKISAN YANG BETUL


UNTUK MELUKIS SESUATU LUKISAN DISAMPING
BOLEH MELUKIS LUKISAN UNJURAN SUDUT
PERTAMA, UNJURAN SUDUT KETIGA DAN LUKISAN
ISOMETRI MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL.

NO. KOD.

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka : 01

TAJUK : MELUKIS LUKISAN MEKANIKAL


TUJUAN :
Murid mesti boleh:
1.
2.
3.

Melukis lukisan ortografik unjuran sudut pertama.


Melukis lukisan ortografik unjuran sudut ketiga.
Melukis lukisan isometri mengikut arah pandangan yang diberi iaitu
pandangan atas dan pandangan hadapan.

Drp : 18

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

PENERANGAN :
PERALATAN LUKISAN
Pengenalan

Murid harus mengetahui dan menguasai penggunaan alat lukisan asas seperti
sesiku t ( T square), sesiku set (set square), pembaris skala (scale) dan lain-lain
peralatan lukisan. Alat kelengkapan lukisan yang asas dan lazim di gunakan
adalah seperti berikut.
a) Papan Lukisan

(Drawing Board)

Papan lukisan tradisi di buat daripada kayu jenis lembut supaya kertas lukisan
boleh di lekatkan dengan pita pelekat (masking tape). Di bahagian tepi kiri papan
lukis dinamakan tepian kerja (Working edge). Tepian kerja biasanya di perbuat
daripada jalur keras yang lurus supaya tepian (working edge) sesiku T boleh
digerakkan dengan bebas sepanjang tepian kerja.

b). Sesiku T (T square)

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

Sesiku T di buat daripada kayu keras atau plastik dan di gunakan untuk melukis
garisan mendatar sahaja (Horizontal). Sesiku T mempunyai bilah yang lurus dan
dipasang bersudut tepat. Pinggir bilah biasanya di buat daripada bahan keras
seperti plastik tebal yang lutsinar supaya sesiku T tidak mengotorkan kertas
lukisan dan nampak apabila melukis garisan.
c) Sesiku set. ( Set Square)

Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis
sesiku set iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45o, 30o , 60o .
d) Set peralatan Lukisan ( Instrument set)

Peralatan lukisan lazimnya di jual dalam satu set. Komponen utamanya terdiri
daripada Jangka lukis, Jangka pembahagi dan lain-lain.

i)

Jangka lukis (Compass)

NO KOD / CODE NO
ii)

iii)

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

Jangka lukis dii gunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok. Terdapat
beberapa jenis dan bentuk jangka lukis mengikut keperluan yang berlainan.

Jangka lukis boleh laras ( Adjustable compass)

Digunakan seperti jangka lukis biasa tetapi ia boleh dii selaraskan mengikut
keperluan tanpa berubah.
iv)

Jangka lukis besar (beam Compass)

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkuk yang besar yang tidak boleh
di lukis dengan jangka lukis biasa

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

iv) Jangka lukis kecil (Drop spring Bow Compass)

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil.
v) Jangka bahagi (Divider)

Digunakan unntuk membahagi jarak kepada beberapa bahagian yang sama dan
untuk memindahkan jarak dengan tepat.
v) Jangka bahagi boleh laras ( adjustable divider)

kegunaannya sama separti jangka bahagi biasa tetapi ia boleh dilaraskan


mengikut keperluan.
e) Pensil Lukis
Ada berbagai-bagai jenis pensil dalam pasaran kini, tetapi yang biasa digunakan
oleh arkitek dan ahli teknik ada tiga jenis.

1. Pensil kayu

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

la boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya.


Kekerasan mata pensil dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat
pada batang pensi itu. Pensil perlu diasah dengan pisau atau pengasah.

2. Pensil mekanik
la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0.7 mm. la tidak perlu
ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti. Pensil mekanik yang sering
digunakan oleh arkitek berdiameter 0.5 mm kerana ia senang dikuasai dan
menghasilkan garis yang tajam serta halus.

Memilih gred mata pensil.


Plumbum pensil lukis di buat daripada grafit yang di campur dengan
polimer atau tanah liat sebagai pengikat. Nisbah campuran berbeza dapat
menghasiilan beberapa gred pensil. Setiap gred yang hanya sesuai di
gunakan untuk kerja-kerja tertentu sahaja.

f) Lengkung Perancis (French Curve)

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

Lengkung perancis adalah alat yang digunakan untuk melukis garis


lengkung. Alat ini di buat daripada plastik lutsinar dan bentuknya seperti
dalam gambarajah.

g) Perisai pemadam (Erashing Shield)

Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak


perlu di padam sewaktu kerja memadam di lakukan di sesebuah lukisan.
h) Pemadam (Eraser)

Di gunakan untuk memadam tanda pensil atau dakwat. Pemadam yang


berkualiti digunakan untuk menghasilkan kemasan pada lukisan.

i)

Kertas Lukisan (Drawing Paper)

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

Berwarna putih dan licin. Kertas ini sesuai untuk lakaran bebas dan lukisan
teknik dengan menggunakan pensel, pena, warna air, dan sebagainya.
Soalan:

Nama:

Tajuk:

Pengenalan Ortografik
Pandangan ortografik ialah pandangan yang dilukis atau diunjurkan kepada
satah unjuran. Terdapat dua sudut pandangan dalam unjuran ortografik, iaitu
pandangan sudut pertama dan pandangan sudut ketiga. Lukisan ortografik di
sediakan untuk mengambarkan perbezaan antara unjuran garis infiniti sudut
pertama dengan sudut ketiga.

Jenis dan prinsip unjuran ortografik


Untuk mendapatkan ketinggian, kelebaran dan kedalaman objek sebenar,
pandangan atas, hadapan dan sisi diperlukan. Ketiga-tiga pandangan tersebut
dipanggil satah unjuran utama. Sudut yang terbentuk antara satah ufuk dan
satah tegak disebut sebagai sudut pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Walaubagaimanapun hanya unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga
sesuai digunakan.

Unjuran sudut pertama

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

Drp : 18

Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya


tersendiri. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut
tepat. Rajah 1.1 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek
padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah
pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini
diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 1.1 lukisan bergambar bagi sebuah objek padu.


Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti
yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari
pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah
satah mengufuk sepertimana yan ditunjukkan oleh anak panah kecil.
Pandangan sisi objek ini di ambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk objek
yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek
sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah
lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu
rataan sahaja. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan
berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik
sudut pertama.

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

10

Drp : 18

Rajah 1.2 kedudukan satah dalam sudut pertama

Unjuran sudut ketiga


Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam
satah sudut ketiga. Satah yang berada dalam sudut ketiga dibayangkan
seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu
dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C.
Ketiga-tiga arah padangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek
sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak
panah kecil seperti dalam rajah 1.3.

Rajah 1.3 tiga pandangan dalam unjuran sudut ke tiga


Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi
satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan tehasil seperti rajah 1.4

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

11

Drp : 18

Rajah 1.4 unjuran sudut ketiga yang dibentangkan


Pandangan dalam lukisan unjuran ortografik
Terdapat tiga arah padangan dalam unjuran ortografik, iaitu :
Pandangan pelan
Pada pandangan pelan, kita dapat melihat ukuran kelebaran sebenar bagi satu
objek dari atas arah (a).
Pelan tegak hadapan
Pandangan pelan tegak hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan
hadapan benda kerja. Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan
kelebaran objek dari arah (b).
Pelan tegak sisi
Pandangan sisi diperolehi dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek.
Ia akan memberikan ketinggian dan kedalaman sesuatu objek dari arah (c).

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Pembinaan lukisan unjuran ortografik

Muka :

12

Drp : 18

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

13

Drp : 18

Simbol Unjuran Ortografik

Unjuran sudut pertama

Unjuran sudut ketiga

Garisan tersembunyi
Dalam lukisan unjuran ortografik, seberapa boleh semua bahagian sesuatu
bahagian sesuatu objek, mesin dan peralatan itu hendaklah ditunjukkan dengan
menggunakan garisan nyata. Perkara ini hendaklah ditunjukkan dengan
menggunakan garisan nyata. Perkara ini tidak terkecuali pada bahagian bahagian
yang tersembunyi. Bahagian-bahagian yang tersembunyi ini akan ditunjukan juga
dengan menggunakan garis putus-putus kecil. Berikut ini ditunjukkan secara
bergambar setiap peraturan yang perlu dipatuhi semasa melukis garisan
tersembunyi.

NO KOD / CODE NO
i.

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

14

Drp : 18

garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengan sentuhan pada


garisan nyata dan berakhir dengan sentuhan pada garisan nyata. Seperti
gambarajah 1.5.

Rajah 1.5 Garisan tersembunyi yang berterusan


ii.

Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian objek hendaklah


dimulakan bersentuh dengan garisan nyata dan berakhir dengan
membuat ruang ( tidak bersentuh) dengan garisan nyata seperti
gambarajah 1.6.

Rajah 1.6 Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian


iii.

Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satu tempat yang
sama, garisan-garisan tersembunyi itu mestilah bersentuhan di antara
satu dengan yang lain dan berakhir dengan sentuhan pada garisan nyata
seperti rajah 1.7.

Rajah 1.7 Dua atau lebih garisan tersembunyi

NO KOD / CODE NO

iv.

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

15

Drp : 18

Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok pada sudut tegak


mestilah bersentuhan pada permukaan danpada pengakhirnya dengan
garisan nyata, seperti rajah 1.8.

Rajah 1.8 Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok


v.

Garisan tersembunyi yang bertemu dengan garisan nyata pada


pertengahan garisannya mestilah di beri ruang agar tidak bercantum
dengan garisan nyata itu. Seperti dalam rajah 1.9.

Rajah 1.9 Garisan tersembunyi bertemu dengan garisan nyata


vi.

Apabila garisan tersembunyi dan garisan nyata berada di tempat yang


sama, maka garisan tersembunyi tidak perlu ditunjukkan, memadai
dengan garisan nyata sahaja, seperti dalam rajah 1.10.

Rajah 1.10 Garisan tersembunyi dan garisan nyata tempat yang sama

NO KOD / CODE NO
vii.

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

16

Drp : 18

Apabila garisan tengah dan garisan tersembunyi berada di tempat yang


sama, lukiskan garisan tersembunyi sahaja dan tidak perlu melukiskan
garisan tengah, seperti dalam rajah 1.11.

Rajah 1.11 Garisan tersembunyi dan garisan tengah tempat yang sama
viii.

Jika garisan nyata dan garisan tersembunyi bersilang, berikanlah ruang


untuk garisan tersembunyi agar tidak bersentuh dengan garisan nyata itu,
seperti rajah 1.12.

Rajah 1.12 Garisan tersembunyi dan garisan nyata bersilang


ix.

Jika dua garisan tersembunyi bersilang. Tinggalkan ruang pada garisan


tersembunyi yang terpanjang di antara dua garisan yang tersembunyi itu,
seperti rajah 1.13.

Rajah1.13 Dua garisan tersembunyi bersilang

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

17

Drp : 18

Kedua-duanya mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, pandangan hadapan dan


pandangan sisi. Pandangan tersebut dapat dilihat dari tiga arah pandangan.
Pelan

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi
Lukisan Ortografik
Pelan

Pandangan
Hadapan

Pandangan Sisi

Lukisan Isometrik
Perbezaan
Perbezaan antara unjuran ortografik dan isometric ialah objek yang sebenar.
Dalam unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi
dalam pandangan isometrik objek sebenar dapat dilihat dengan mudah.

NO KOD / CODE NO

E-011-1/M02/P(1/3)

Muka :

18

Drp : 18

SOALAN:
1. Rajah di bawah menunjukkan rajah unjuran ortografik pelan tegak sisi dan
pelan tegak hadapan. Dengan mengambil kira satu kotak grid bersamaan
dengan 10mm, lengkapkan rajah-rajah tersebut dengan pandangan unjuran
ortografik.
(a)

(b)

RUJUKAN :
Gisecke, Mitchell, Spencer, Hill, Dygdon dan Novak, 200. Technical Drawing 11
Ed. New York: McGraw Hill Book Co. Inc.
Md.Nasir Abd. Manan, 1996, Lukisan Kejuruteraan. International Book Service.
Mohd. Noh Sarip dan Md. Nasir Abd. Manan, 2002. Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.tpub.com/engbas/5-2.htm

Você também pode gostar