Você está na página 1de 1

Adab Berkawan

Siew Min : Siti, saya telah membaca sebuah buku. Saya amat tertarik dengan
halaman yang bertajuk Pesanan Nenek.
Siti : Apakah yang menarik pada halaman tersebut, Siew Min?
Siew Min : Halaman tersebut menceritakan perihal adab berkawan. Mulamula kita hendaklah menerima kekurangan kawan. Jika kita
menegur kawan yang melakukan kesilapan, maka tegurlah dengan
cara berhemah.
Siti : Oh, apakah yang dipesan seterusnya?
Siew Min : Seterusnya, kita diingatkan bahawa sesetengah orang tidak boleh
menerima gurauan kita. Oleh itu, kita perlu berhati-hati supaya
tidak menyakiti perasaan kawan.
Siti : Ya, saya bersetuju dengan pesanan ini. Kita perlu menjaga perasaan
kawan.
Siew Min : Akhir sekali, kita juga diingatkan supaya sentiasa menghormati
kawan. Usahlah kita sengaja memburukkan kawan di hadapan
orang lain.
Siti : Ya. Saya bersetuju. Kalau kita menghormati kawan, pastilah kita
disayangi oleh kawan.

Você também pode gostar