Você está na página 1de 10

Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5

SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C, dan D.
Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga Soalan 16
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.


A menenun
C memilin
B menganyam
D menyulam
2. Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada gadis itu.
A saya
C patik
B aku
D hamba
3. Nita, _________datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan, pelawa Idah.
A janganlah
C jemputlah
B usahlah
D silalah
Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.


A tongkol
C papan
B biji
D buah

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

5. Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.


A mengetam
C memaku
B memahat
D menggergaji
Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

6. Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan penat.


A atas
C bawah
B tepi
D luar
Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

7. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
A bebola
C bebuli
B bebawang
D bebendul

Soalan 8 berdasarkan Gambar 6

8. Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.
A membelah
C mencantas
B menebus
D menebang
Soalan 9 berdasarkan Gambar 7

9. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak
dikenalinya.
A tergamam
C terdiam
B tersentak
D terpukau
Soalan 10 berdasarkan Gambar 8

10. Encik Lim Aik membantu jirannya yang akan ___________ ke tempat lain.
A berpindah C berlepas
B bertolak
D berlalu

11. Wahida rajin mengemas rumah._______,


dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.
A Lantaran itu
C Tambahan pula
B Namun demikian
D Selain itu
12. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.
A mundar-mandir
C hiruk-pikuk
B lintang-pukang
D simpang-siur
13. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.
A Tatasusila
C Tatacara
B Tatatertib
D Tatahias
14. Ceramah ______Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai kesihatan
Hospital Kuala Lumpur.
A dengan
C terhadap
B seperti
D tentang
Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

15. Ayah membaca se __________ surat khabar sambil mendengar radio.


A keping
C helai
B naskhah
D kajang
Soalan 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
16. Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.
A bagai pinang dibelah dua
C bagai cincin dengan permata
B bagai bulan dipagari bintang
D bagai bertih digoreng
Soalan 17
Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
17. Orang kaya itu mengusir pengemis yang
meminta sedekah di rumahnya.
A menolak
C menghalau
B mengugut
D memanggil

Soalan 18
Pilih lawan kata yang sesuai bagi kata yang bergaris.
18. Walaupun berbadan kurus, budak itu kuat makan.
A gemuk
C besar
B lebar
D pendek
Soalan 19 berdasarkan Gambar 11

19. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?
A ringan tulang
C habis akal
B berat mulut
D rambang mata
Soalan 20 berdasarkan Gambar 12
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

20. A Bilakah kamu sampai di sini?


B hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?
C Mengapakah kamu datang ke sini?
D Adakah kamu baru sampai?
Soalan 21 hingga Soalan 25
Pilih ayat yang betul.
21. A Oh, panasnya cuaca pada hari ini!
B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu!
C Wah, tergamak engkau mencuri notaku!

D Nah, tingginya lelaki dari Scotland itu!


22. A Lambat amat sekali kura-kura itu berjalan.
B Tutur kata anak Puan Maimon benar sopan.
C Paling cantik nian lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu.
D Hasil kraf tangan golongan istimewa it sungguh unik.
23. A Fazli lebih bijak dari abangnya.
B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.
C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah.
D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.
24. A Sudah satu setengah jam saya Kamil di perhentian bas.
B Semua orang pekerja tidak dibenarkan meninggalkan bangunan itu.
C Nazir menabung separuh daripada gaji bulanannya.
D Tiap malam, William mengikuti kelas muzik.
25. A Bilakah nenek akan keluar dari hospital?
B Siapakah daya kami untuk menentang arahan majikan.
C Diakah yang membongkar rahsia itu.
D Siapakah dia yag bersalah?
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
26. Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.
A Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu.
B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.
C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.
D Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.
27. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada
Jamil.
A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah
berasrama penuh.
C Jamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.
D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh.

Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang
bergaris dengan betul.
28. I Rumah saya agak jauh dari sekolah.
II Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar raya
lain.
III Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu, kata Khairil kepada
rakan baiknya.
IV Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.
A II saja
C III dan IV saja
B I dan II saja
D I, II, dan III saja
Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29. I Mahmud menerima kad ucapan dari sahabat penanya di Brunei Darussalam.
II Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.
III Tolong berikan surat ini kepada Encik Lim, kata kerani itu kepada Hakimi.
IV Di masa lapang, Vince dan abangnya gemar memancing ikan.
A II dan III saja
C II, III, dan IV saja
B I, II, dan III saja
D I, II, III, dan IV
30. I Mesyuarat PIBG itu membincangkan masalah disiplin murid-murid dan lain-lain hal yang
berkaitan.
II Pak Mat tidak dapat menoreh getah kerana sudah seminggu hujan turun dengan lebatnya.
III Tuk Penghulu meminta orang ramai berkumpul di Dewan Serba Guna hujung minggu ini.
IV Pada pandangan saya, beliau memang layak menerima anugerah Tokoh Guru
Kebangsaan 2006.
A I dan II saja
C I, III, dan IV saja
B II dan III saja
D II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
MENABUNG BERSAMA NIKKIE JAMINAN MASA DEPAN YANG CERA2 Mei 13 Mei
2006

Bersempena dengan ulang tahun Bank Nikkie yang ke-10, kami telah menawarkan
pelbagai keistimewaan dan hadiah yang menarik sepanjang promosi kami kepada para
pelanggan.
Kadar dividen yang tinggi
Hadiah wang tunai menanti ahli Kelab Nikkie yang berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
Hadiah-hadiah yang lumayan melalui pelbagai peraduan yang bakal diadakan
Sebuah tabung Nikkie yang cantik apabila anda mendepositkan RM200
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-61401697 atau kunjungi mana-mana cawangan
Bank Nikkie hari ini.
Anda boleh juga melayari laman web kami di alamat: http://www.banknikkie.com.my/banknikkie
31. Kata dividen dalam iklan bermaksud...
A manfaat yang diperoleh.
B peratus keuntungan yang diagihkan sama rata.
C simpanan wang di bank.
D keuntungan yang dibayar kepada penyimpan.
32. Siapakah yang paling layak menerima hadiah wang tunai dari pihak Bank Nikkie?
A pelajar yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun
B pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, atau SPM
C calon yang akan menduduki tiga peperiksaan utama
D graduan dari universiti tempatan
33. Mengapakah pihak Bank Nikkie mengadakan promosi tersebut?
A untuk memperkenalkan Bank Nikkie kepada orang ramai
B untuk meminta orang ramai mengunjungi Bank Nikkie
C untuk menjual tabung Nikkie
D untuk meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-10
34. Apakah ganjaran yang diterima oleh mereka yang membuat simpanan sebanyak RM200?
A tabung Nikkie yang cantik
B kadar faedah yang tinggi
C hadiah wang tunai
D dibenarkan melayari laman web Bank Nikkie

35. Yang manakah penyataan yang tidak benar?


A pihak Bank Nikkie ingin menggalakkan pelajar menabung
B tiada perkhidmatan internet disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut
C peraduan yang diadakan menawarkan hadiah yang menarik
D promosi tersebut berlangsung selama dua minggu
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur.
Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di
Kuala Lumpur pada tahun 2011.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di
kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini
disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan
orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarangjarang ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang
ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa
membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang
betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap
tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan,
China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,
pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di
Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud
A keunikan..
C kebesaran
B kelebihan.
D keindahan.
37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah, kecuali
A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.
B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.
C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.
D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.
38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa
empat tahun itu?
A 500 orang
C 50 000 orang
B 25 000 orang
D 100 000 orang

39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawaTaman Orkid Antarabangsa mendapat perhatian
orang ramai?
A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu
B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan
C bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempat
D pengunjung sering menaiki menara tinjau
40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?
A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru
B untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur
C untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita
D untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

Você também pode gostar