Você está na página 1de 7

Tugas-Tugas Ketua Pengawas

Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati


oleh Lembaga Pengawas

Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan


oleh semua pengawas

Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas

Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah

Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK

Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca


Rukun Negara pada perhimpunan mingguan

Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas

Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada


hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar

Mewakili Ketua Pengawas

Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya

Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha

Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan


pengagihan tugas

Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat

Bertanggungjawab atas surat-menyurat

Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas

Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari

Mengutip wang bagi projek kewangan

Membuka akaun

Menyediakan laporan kewangan

Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)

{AJK Eksekutif}
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:

Menjaga disiplin semua pelajar.

Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.

Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu


sekali atau mengikut keadaan semasa.

Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.

Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang


munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.

Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus


dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.

Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan


akan diberi peluang untuk mempertahan diri.

Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.

Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas


Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK
Eksekutif adalah seperti berikut :

Ponteng sekolah/ponteng kelas

Merokok

Pergaduhan

Datang lewat

Tidak memakai stoking,name-tag/lencana

Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)

Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara

Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum

Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya

Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan


pengawas-pengawas:

Nasihat dan amaran

Detention Class

Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

Denda (wang tunai/buku)

Merotan (merujuk kepada Guru Besar)

Tindakan yang sewajarnya

Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan
pengawas tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar

{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan

Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.

Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan Pengetua


ataupun wakilnya serta guru-guru pengawas.

Mesti dihadiri oleh semua pengawas.

Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-

Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.

Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah diaudit
oleh guru yang telah dilantik untuk menjalankan tugas tersebut.

Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun akan
datang.

Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis yang


telah dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum
mesyuarat tersebut.

Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah


diputuskan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengawas.

Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan

Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan


tempat Meyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan.

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha


dengan persetujuan Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang
terlibat dalam mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari
sebelumnya.

Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada


keahlian Lembaga.

Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan


ditangguhkan dan mesti diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat
dan pada masa yang telah ditetapkan dengan agenda yang sama.

Andainya, berlaku tidak cukup quorum untuk kali kedua,ahli-ahli yang hadir
berhak untuk meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh memutuskan perkara
yang melibatkan semua ahli.

Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan


mengenai perkara tersebut kepada guru-guru pengawas.

Mesyuarat Umum

Diadakan sebulan sekali.

Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.

Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah
diumumkan kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelumnya.

Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya


mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.

Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan


diterima.

Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut


dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.

Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta


perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam
mesyuarat.

Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan


diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guruguru pengawas.

Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran


sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran
Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.

Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya

5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.

Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.

Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat


diadakan.

Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan


mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.

Mesyuarat mesti diminitkan.

{Tugas Pengawas}

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH/ ASRAMA


1. Mengawal disiplin pelajar.
2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar
dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan
atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru dan kakitangan sekolah.

10.
11.
12.

Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.


Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

13.

Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam


bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

14.

Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan


dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.

15.

Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba


sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.

16.

Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran


kepada mereka yang bersalah.

17.

Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai


panduan masa hadapan.

18.

Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke


tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

19.

Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin,


pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu
Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.

20.

Arahan dari pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Você também pode gostar