Você está na página 1de 4

Apa itu Kibod?

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan
kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai
semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan
tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok
lagi pada awal abad ke 15.

GAMBAR 1
Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance
dan di awal Zaman Barok
Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang
disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.
Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya
bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau
keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama
seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama
hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa..

GAMBAR 2

Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod Organ berfungsi
dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang
tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.
Jenis-Jenis Kibod
Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang
terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah
berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya.
Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna
dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung
kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah
semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya
hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis
rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk
diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.

Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod
yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES,
TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal
sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat
dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada
tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah
piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan
alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina
pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri.
Piano
Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat
di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham
untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular
pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk
mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu
grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano
menjadi pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan
sebagai alat muzik yang dimainkan di rumah.
Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan
pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik
sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan
sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga
iringan.
Organ
Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang

biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paippaip khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan
kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh
lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang
sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya
meniru bunyi yang hampir sama dengan organ paip.
Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular
ialah organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul
pula organ elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih
mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah
alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran
pemuzik-pemuzik kontemporari.
Apa Kelebihannya Kibod?
Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One
dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod
adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik.
Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik
bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

Você também pode gostar